Tuesday, January 5, 2016

BAB 3 Suamiku Badak Suamiku Buaya



BAB 3



AKU dan Zira seawal 8.30 pagi sudah berangkat menuju ke hospital. Dengan harapan menggunung untuk melihat Datuk sudah sembuh dan terjaga. Walaupun aku tahu waktu melawat hanya dibuka pada pukul 9.00, tetapi apa salahnya aku pergi lebih awal. Lagipun pergi awal senang untuk dapatkan parking. Orang perempuan macam kami ni, bawa laju memang takda hal, tapi masuk bab parking yang tak berapa nak laju. Tambah pula petak kecil dan kosong di antara dua kereta. Makan tahun juga nak setting kereta baru boleh masuk dalam kotak. Haha.

Sampai di hadapan bilik wad, seperti yang diduga, belum boleh dibenarkan untuk melawat. Jam baru berganjak pada angka 8:42 pagi. Sementara menunggu, kami berbual soal persiapan perkahwinan Zira dan tunangnya Azwan yang bakal berlansung pada bulan Disember nanti. Empat bulan dari sekarang. Kami rancak berbual sehinggalah jam tepat pada pukul 9.00 pagi dan seorang misi yang bertugas membenarkan kami masuk melawat. 

Di saat mereka ingin melangkah masuk melepasi pintu hadapan, tubuh Kiesya telah dirempuh dengan kuat oleh seorang lelaki dari belakang yang turut masuk melalui pintu yang sama. Kiesya hampir terjatuh, mujurlah tangannya lekas mencapai bahu Zira di hadapannya. Lelaki yang melanggar itu pula yang kelihatan marah dengan apa yang terjadi.

"Kau ni tak reti masuk cepat sikit ke?! Terhegih-hegih macam nenek tua," kata lelaki itu dengan marah. Kiesya memerhatikan riak wajah lelaki biadap itu dengan teliti. Dia seakan mengenali wajah itu. Memang tak salah. Mangkuk hayun semalam yang membuat onar di tempat kerja aku. Lelaki kurang ajar tu.

"Hey..." Belum sempat Kiesya menegur lelaki gila yang dah melangkah tiga tapak ke hadapan, dia telah ditegur oleh seorang misi yang meletakkan jari telunjuknya di bibir. Tolong senyap, ini hospital bukan pasar malam. Mungkin itu yang ingin disampaikan oleh misi separuh umur itu, walaupun tiada perkataan yang keluar dari mulut. 

Aku pula yang tak pasal-pasal kena. Orang lain yang baling batu, aku pula yang kena kutip. Ermm... Macam tak kena je peribahasa aku tu? Ah whateverlah.

Kiesya melangkah laju menuruti langkahan kaki lelaki itu sehinggalah dia terhenti di hadapan wad yang menempatkan tubuh Datuk Mokhzani. Kiesya semakin risau. 

Ah sudah, apa lagi yang dia nak. Tak cukup lagi ke apa yang dah dia buat semalam. Kiesya mempercepatkan langkahnya dengan niat untuk menghalang. 

Di saat dia sudah sampai di belakang lelaki itu yang telah bersedia untuk membuka pintu bilik Datuk, lelaki itu menoleh, memandang tajam pada wajahnya. Pandangan setajam pisau dari lelaki yang sangat dibencinya.

"Kau ni dari semalam lagi ikut aku kenapa? Ke kau nak rogol aku? Sedar sikitlah diri tu tak padan dengan betina nak rogol jantan," perli lelaki itu. Kiesya bertambah pening dan hairan.

Kata-kata yang keluar dari mulut jantan jahanam ni membuatkan aku termenung. Sebenarnya siapa jantan siapa betina? Aku nak rogol dia? Rasanya aku tak silap dengar dan seumur hidup, aku tak pernah mabuk. Apa benda yang dia merepek ni haa. Memang sengaja nak cari pasal ni!

"Kau ni....." Belum habis ayat-ayat yang keluar dari mulut aku, si jantan gila tadi dah memotong ayat aku terlebih dahulu. Ingatkan jalan putus-putus je dibenarkan untuk memotong, rupanya ayat-ayat aku pun dibenarkan untuk dipotong sesuka hati. 

"Dah kau jangan nak memekak, aku ada urusan dengan Datuk Mokhzani, kau dengan tu... Kawan kau kan? Tunggu kat luar sampai aku keluar... Faham!?" kata lelaki itu dengan tegas dan terus masuk ke dalam meninggalkan Kiesya dan Zira termanggu-manggu memikirkan apa yang sedang terjadi.

"Siapa tu Sya? Ganas semacam je mamat tadi tu." Soalan Zira yang tak mampu aku nak jawab dengan tepat.

"Entahlah Zira, aku pun tak kenal, tapi dia nilah lelaki yang aku cerita kat kau semalam, yang buat hal dalam office aku sampai Datuk kena heart attack," jawab aku dengan mulut yang muncung. Zira yang kelihatan geram bertambah geram bila mendengar pengakuan dari Kiesya itu.

"Kurang ajar betul. Takpa tunggu jap aku nak ganyang muka dia," kata Zira dengan marah. Lengan baju telah disinsing hingga ke siku. Bukan main betul minah ni. Nanti bukan dia yang kena ganyang, kita kut yang kena humban dengan mamat tu keluar dari bangunan ni.

"Zira, dahla... hospital ni... Biarlah takyah layan... Turunkan balik baju kau tu... Dah macam Undertaker pula aku tengok." Aku cuba mententeramkan keadaan. Kalau kat luar hospital aku pun nak gasak.

Kami hanya mampu menunggu sehingga lelaki itu keluar. Hampir 15 minit kemudian, mamat kerek gila nak mampus tu keluar. Tanpa mengatakan sesuatu, dia melangkah laju ke arah pintu keluar. Sikit pun tak pandang kami. Menyampah sangat tengok muka kau tu. Harap je handsome. Perangai tak sehandsome wajah. Huh! 

Melupakan seketika rasa sakit di hati, mereka melangkah masuk ke dalam. Walau hati berbekas geram dengan pelakuan lelaki itu, apakan daya mereka hanya golongan wanita. Tak mampu untuk menandingi keperkasaan lelaki yang bertubuh tegap itu. 

"Eh... Datuk dah sedar. Alhamdulillah. Datuk nak saya buatkan kopi ke?" ujarku keceriaan bila melihat kelibat manusia yang aku anggap ayah ini bersandar di katil sambil membaca surat khabar. Mana dia dapat surat khabar ni entah. Mesti dia upah misi ni suruh belikan.

"Kiesya!" Tersenyum lebar Datuk Mokhzani bila melihat Kiesya yang melangkah masuk.

"Duduk sini Kiesya. Ermm, yang itu siapa?" soal Datuk sambil memandang pada kawan baik aku Zira. Aku terangkan kepada Datuk siapa Zira serta kejadian yang berlaku tiga tahun lepas.

"Oh... Ya,ya baru saya ingat. Maklumlah dah tua." Datuk berseleroh. Kami sama-sama tergelak kecil. Banyak juga yang kami ceritakan. Zira pula pandai membuka tajuk. Tak kering gusi Datuk melayan kami berdua. Bahagia rasanya hatiku melihat betapa gembiranya Datuk. 

Mereka berbual mesra seperti sudah lama tidak berjumpa lagaknya. Riuh rendah bilik itu dengan hilai ketawa masing-masing. Ramah sekali Datuk Mokhzani kali ini. Seakan ada sesuatu yang cukup menggembirakan hatinya. Sedangkan dia baru sahaja tadi dikunjungi oleh lelaki yang menjadi punca dia diserang serangan jantung. Kiesya berjaya menangkap sesuatu yang pelik sedang berlaku. 

Datuk ni baik tu memang baik. Tapi tak pernah dia seramah ini. Selalu nak ketawa pun susah apatah lagi senyum. Pelik juga aku. Padahal baru je mamat tadi masuk jumpa dia. Mati-mati tadi aku ingat Datuk akan diserang penyakit jantung buat sekian kalinya tapi lain pula yang jadi. Tak faham betul aku. Memang tak faham. Sehinggalah Datuk Mokhzani berkata sesuatu...

"Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak saya perkatakan dengan Kiesya. Boleh cik Zira tinggalkan kami berdua sebentar?" minta Datuk penuh sopan. Zira mengangguk faham. Haa sudah. Serius pula muka Datuk ni. Benda yang dia kata nak bincang dengan aku dulu tu ke?

Zira meninggalkan kami berdua setelah selesai melampiaskan hajatnya yang terpendam sejak sekian lama iaitu mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan yang lalu. Dia berlalu dengan wajah yang cukup berpuas hati. Tak sia-sia dia ambil MC hari ni. Pada akulah. Pada dia aku tak tahu.

"Sebenarnya Kiesya..." Datuk Mokhzani membuka kata tapi dipintas terlebih dahulu oleh Kiesya.

"Tapi sebelum itu Datuk, izinkan saya bertanya sesuatu yang telah lama saya pendamkan." Nampak skema tak ayat aku? Aku dah terbiasa cakap skema dengan Datuk. Lagipun perasaan hormat tu terlalu menebal. Nak bergurau pun jadi segan. Aku tengok Datuk mengangguk sedikit kepalanya tanda memberi laluan pada aku untuk bertanya. Inilah masanya dan waktu yang tepat untuk menjalankan misi korek mengorek aku.

"Datuk, ermm tak ada ahli keluarga ke?" Penat aku fikir ayat yang terbaik, itu je yang keluar. Sya... Sya...

"Hahaha." Datuk Mokhzani menghamburkan ketawa setelah mendengar soalan dari Kiesya.

Kenapa dah orang tua ni tiba-tiba gelak besar tak tentu pasal. Salah makan ubat ke? Soalan tahap UPSR je tu pun.

"Datuk okey ke?" tanya aku cukup risau.

"Okey... saya okey, saya okey," balas Datuk dengan simbol 'Okey' di tangan. Namun dia tetap meneruskan lagi ketawanya yang tidak tertahan.

Takpa-takpa bagi laluan dulu. Orang sakit ni tak boleh push sangat takut tertelan lidah nanti. Aku pun tengok dan tunggu jelah sampai dia berhenti. Lama pula ketawanya. Apa yang lawak sangat soalan aku tadi entah.

"Fuhh... Ermm hikhik..." Datuk cuba mengawal diri tetapi masih ada lagi ketawa kecil di hujung kata. Geli hati sangat beliau dengan soalan Kiesya tadi. Kiesya bertambah hairan dan sedikit geram.

Ingat dah hembus tu dah hilang ketawa dia. Ada lagi sikit tertinggal rupanya kat belakang. Aku cubit juga orang tua ni kang. Orang tanya serius dia gelak pula. Tak funny pun soalan aku tu kut.

"Sebenarnya Sya... Itulah yang saya nak beritahu. Saya ingatkan awak nak tanya apa tadi. Minta maaflah ya saya tak boleh nak kawal diri tadi," jelas Datuk Mokhzani sebab dia ketawa tidak berhenti tadi.

Laa ya ke... Dia pun nak beritahu benda yang sama dengan apa yang aku nak tahu rupanya. Tak apalah baguslah macam tu. Senang kerja aku macam ni kalau tuan badan sendiri yang nak buka cerita.

"Tak perlu nak minta maaf Datuk, takda apa yang nak dimaafkan pun. Lagipun bagus juga untuk terapi diri," balas aku dengan senyuman di bibir. Ikhlas.

Haa kita kalau tension, pandai-pandailah cari bahan untuk dibuat ketawa. Insyaallah mujarab untuk hilangkan stress. Datuk ni pula sepanjang aku kenal dia, baru tadi aku tengok dia gelak sakan. Padahal aku tak buat lawak pun. Jangan-jangan nak meninggal tak? Haa... Minta maaf Datuk. Cabul punya hati

"Ceritakan la siapa ahli keluarga Datuk tu?" tanya aku semula membawa kembali ke topik asal.

Datuk memandang aku dengan tenungan yang cukup redup. Tenungan yang boleh mencairkan hati sesiapa yang sedang marah. Tenungan yang cukup membuatkan aku berasa selesa. Sangat selesa.

"Ingat tak lelaki yang datang semalam? Lelaki penyebab saya terlantar di sini?" soal Datuk cukup lembut.

Lelaki jahanam tadi tu ke? Lelaki yang tumpahkan kopi kat baju aku tu? Lelaki yang buat bos aku kena serangan jantung? Lelaki yang nak langgar aku tu? Takkan aku lupa sama sekali wajah sombong itu biar badan ini dikerat-kerat, biar badan ini... Haa lebih pula aku ni nak berkerat-kerat. Terkerat betul-betul baru tahu.

"Yang baru masuk tadi?"

"Oh Kiesya nampak dia?" tanya Datuk. Aku mengangguk.

"Kenapa dengan dia Datuk?"

"Dia tu anak lelaki saya." kata-kata dari Datuk yang membuatkan Kiesya terkejut sakan.

Woohhhh...What! Lelaki jahanam tu anak Datuk Mokhzani! Are you kidding me! Aku memang tak percaya yang Datuk kata si mangkuk tu anak dia. Kalau orang lain yang cakap sumpah aku tak percaya. Tapi ini Datuk sendiri yang cakap. Suka tak suka aku kena percayalah. Misteri terungkai.

"Jadi?" Sepatah ayat lagi yang keluar dari mulut aku sebab aku dapat rasakan ada lagi yang Datuk nak beritahu pada aku.

"Dia akan ambil alih Layar Emas Holding mulai esok."

Kiesya semakin bertambah tidak percayanya apabila mendengar pengakuan yang baru sahaja keluar dari mulut Datuk Mokhzani. Lelaki jahat itu akan mengambil alih Syarikat Layar Emas Holding mulai esok? Bermakna kalau betul apa yang dikata, dia adalah bos baru mereka. Juga bos pada Kiesya.

Buat sekelian kalinya aku terperanjat, terkesima, ter apa lagi. Sampaikan aku nak tersepak je katil hospital ni macam Ronaldo ambil free kick. Mamat badak tu nak ambil alih? Wow ini memang cerita hot. Kalah cerita hit artis. Dah la ambil alih, anak pula! Patutlah handsome macam Datuk, rupanya anak dia. 

Tapi aku macam mana? Takkan aku nak kena jaga mamat tu pula, jadi PA dia? Atau macam mana aku jaga Datuk, aku kena jaga dia? Gila namanya ni, dah la baya-baya aku je. Dah tu sombong belagak semua ada. Mesra jauh sekalilah.
"Dan urusan yang kemudiannya akan Sya tahu nanti," sambung Datuk Mokhzani lagi cukup tenang.

Urusan? Ada urusan apa lagi? Bersangkutan dengan aku ke? Ni yang lemah ni, Datuk ni pun satu suka nak main teka-teki dengan aku. Cerita jelah bagi habis. Alang-alang dah terkejut monyet ni. 

Patut semalam dia kata ada benda nak dibincang dengan aku. Rupannya benda ni. Tapi kenapa pula nak berbincang dengan aku? Bukannya boleh aku menolak pun. Kalau boleh memang siapa nak ada bos macam anak dia yang kurang ajar tu. Jangankan aku, budak-budak lain pun tak hinginlah.

Perbualan di antara Kiesya dengan Datuk Mokhzani tadi telah merungkai persoalan yang bermain di benak fikiran Kiesya selama ini. Tapi timbul pula persoalan yang baru. Kenapa ia melibatkan Kiesya sendiri. Apakah kepentingan yang ada pada diri Kiesya Humaira sehingga namanya disebut. Cukup membuatkan Kiesya runsing, ditambah pula yang dia akan lebih kerap berurusan dengan lelaki yang paling dibencinya di planet bumi. Mungkin juga di alam semesta.







SELEPAS je keluar dari wad, Zira ajak aku lunch sekali dengan tunang dia kat Pavilion. Lepas lunch ajak aku sekali tengok cerita favourite dia yang akan mula ditayangkan hari ni, The Avengers.

Aku agak dah bukan saja-saja dia nak ambil MC. Tapi mungkin kebetulan kut dia memang beriya nak melawat Datuk tadi. Hari ni aku tak perlu masuk kerja lagi. Datuk kemungkinan besar akan keluar dari hospital pada hari ini juga. Apa-apa, dia akan maklumkan pada aku nanti. Jadi free sesangatlah, kan.

"Kita nak lunch kat mana ni Zira?" tanya aku dengan kelaparan. Memang lapar pun sebab pagi tadi sempat makan sandwich je.

"Ikut ajelah," balas Zira ringkas.

Malas nak layan akulah tu. Sambil-sambil ikut tu cuci mata sekalilah apa lagi. Mana tahu terjumpa jejaka idaman hati. Marilah... Marilah... Marilah wahai lelaki handsome... Datanglah... Datanglah... ho ho ho.

"Sini Sya, tu diorang kat sana." Zira menunding jari ke arah dua jejaka yang sedang rancak berborak sesama mereka. 

Dengar tang diorang tu je aku dah pelik. Diorang tukan kata majmuk menunjukkan lebih dari seorang. Si Azwan tunang Zira tu belah badan dia jadi dua ke? Kalau dah belah badan, tu tak jadi diorang dah. Jadi mayat beb. Tenung punya tenung dari jauh, aku rasa macam kenal la mamat kat sebelah Azwan tu. Bukan ke...

"Zira, zira... Kejap, kejap... Betul ke kau ni meja tu." Aku tunjuk dengan mulut je ke arah meja yang dimaksudkan. Aku memang dah agak pasti, cuma... Entah, rasa semacam pula.

"Yalah... Takkan kau tak kenal Azwan pula. Dia dengan kawan dia tu. Jom..." Zira tegas, tetap menarik tangan Kiesya.

"Ish... Taknaklah Zira." Aku menolak, berusaha memberatkan badan.

"Dah jom." Zira menarik tangan Kiesya lebih rakus. 

Apakan daya cubaan aku memberatkan badan tidak berjaya kerana badan Zira lebih berat dari aku. Manalah aku ada kudrat nak melawan tenaga Zira yang lebih power dari aku. Adui, boleh pula mamat tu kawan si Azwan.

"Hello... Hi baby. Dah lama tunggu?" kata Zira manja menyapa tunangnya, Azwan.

Gediknya kau nikan Zira, nak baby baby sangat. Kuat pula tu suara kau. Habis semua orang kat restoran ni layan drama free. Aku pula tu tersenarai sebagai pelakon tambahan. Dapat anugerah pelakon popular ke boleh tahan kira. Dapat sebiji kereta baru, boleh aku tukar Myvi aku tu.

"Kenalkan kawan baik i, Kiesya. Ni Encik Naufal, kan?" Zira si tukang karut dikir barat dah memulakan cerita memperkenalkan aku pada Naufal. Ya... Naufal yang aku jumpa semalam. Mamat lawyer yang handsome tu.

"Hi... you yang..." Kata Naufal terhenti setelah terpandang akan gadis yang bernama Kiesya di hadapannya. Gadis yang membuat dia terpesona.

Si Naufal tu bila terpandang je aku, dah macam nak bercerita pasal hal semalam. Woii, janganlah kau buka cerita kat sini. Aku yang malu nanti. Sebelum dia buka cerita, lebih baik aku buat sesuatu supaya dia diamkan diri. Aku beliakkan mata seluas-luasnya dengan maksud meminta Naufal tak meneruskan kata-katanya. Tolonglah jangan nak buka mulut kau tu. Please...

"Owhh... Haha..." 

Naufal ketawa memahami bahasa mata yang ditunjuk oleh Kiesya tadi. Kiesya lega, Naufal tidak meneruskan kata-katanya. 

"Haha..." Melihat akan raut wajah Zira dan Azwan yang kehairanan, Kiesya juga turut ketawa. 

Zira dengan Azwan dah pelik tengok kami berdua. Muka Zira ada menunjukkan rasa ketidakpuashatian. Tak puas hatilah tak cerita apa-apa pun kat dia. Masak aku kat rumah nanti. Sorry Zira bukan tak nak cerita, tapi aku semalam memang takda mood kut. Lagipun tak sangka pula boleh jumpa Naufal ni lagi. Kawan si Azwan pula rupanya. Tak sangka betul. Nampak sangat macam jodoh aku je ni. Kahkah.

"So you guys dah kenal each other... Apalagi kita makan."Azwan yang sedari tadi membisu, membuka suara garaunya. Cepat je aku angguk laju-laju. Kerling wajah Zira yang dah macam muka warden penjara pun ada. Marah lah tu. Hihi. 

Apa-apa pun selamat aku buat sementara waktu ni. Aku layankan diorang berborak. Riuh sekampung. Tahu-tahulah kalau ada Zira memang gamat jadinya. Aku tukang gelak bolehlah. Kalau nak seramah Zira memang bukan bidang aku.

Lepas makan kami sama-sama menonton Avengers. Layan juga cerita ni sebab abang Thor memang hensem habis. Cuma bila watak Hulk tu keluar, terus aku teringat kat mamat tadi. Opss, aku pun lupa nak tanya Datuk nama dia tadi, kan. Bakal bos baru aku tu. Tapi memang sebiji perangai dia macam Hulk. Kesian kat Datuk ada anak macam Hulk. Nasib je warna dia tak hijau.

Dalam mata sedang kusyuk melayani aksi-aksi superhero, Kiesya terperasan sesuatu. Ada sepasang mata melirik lembut memandang kepadanya. Walau suasana yang sedikit gelap, tapi dia masih dapat melihat bebola mata putih milik seseorang yang sering memerhatikan dirinya sejak dari awal lagi. 

Mamat seorang ni dah kenapa asyik pandang aku je dari tadi. Bukan nampak pun. Gelap kut. Walau tidak selesa dengan pandangan curi oleh Naufal, Kiesya membiarkan sahaja wajahnya ditatap oleh lelaki yang bergelar peguam itu.

Setelah habis menonton wayang, satu lagi babak yang tidak disangka terjadi. Menguatkan lagi tanggapan Kiesya bahawa pertemuan antara dia dan Naufal seolah-olah telah dirancang.

"Sya, Zira sebenarnya nak kena ikut Azwan balik rumah dia kejap. Ada hal sikit dengan family dia." Zira membuat satu permintaan setelah selesai mereka menonton filem The Avengers tadi.

Apa? Haa ni yang nak geram ni. Saje je nak bikin panas. Kata tadi nak shopping dulu lepas tengok wayang. Ni tiba-tiba nak balik pula. Habis aku ni macam mana? Dah la naik kereta dia tadi. Takkan aku nak balik sorang-sorang pula.

"Habis aku macam mana? Kau hantar aku dululah balik rumah," pintaku dengan harapan. Muka si Zira dengan Azwan dah gelisah semacam. Urgent kut. Kalau hantar aku lepas tu baru gerak pergi ke Klang memang dua jamlah lari. Nak kena redah kesesakkan lalu lintas lagi. Tadi awal-awal tak nak cakap. Kalau tahu, dah bawa dua kereta. Dalam gelisah memikirkan dirinya, Naufal mengambil kesempatan yang terhidang.

"Takpalah, biar saya je yang hantar cik Kiesya. Lagipun saya free hari ni." Naufal menawarkan bantuan.

Haa ni yang aku pelik ni. Macam skrip yang dah dirancang pula. Entah ke diorang ni sengaja nak kenakan aku tak. Saja je nak mempertemukan aku dengan Naufal ni. Nak bagi kami berkawan. Betul ke lelaki handsome ni bakal menjadi ayah kepada anak-anak ku nanti? Wah! Bukan main kau Sya! Hihi.

Aku mula-mula tolak juga, tapi disebabkan Zira dengan Azwan pun dan jadi partner pada si Naufal tu, terima ajelah. Lagipun betul juga kata Zira kalau aku balik naik bus kena samun kat jalan tu, naya aku. Zira bab-bab nak menakutkan aku ni cukup A. Aku pula si penakut yang cukup A.

Di tempat letak kereta.

"Jom, silakan..." Naufal membuka pintu keretanya, mempelawa Kiesya masuk.

Boleh tahan gentleman juga kau ni ya. Bukan main lagi nak bukakan pintu segala ni. Ingatkan aku dalam drama je ada benda-benda macam ni. Rupanya di alam realiti pun ada juga orang yang buat. 

Kiesya yang malu-malu, masuk juga ke dalam kereta Toyota Vios Sportivo kepunyaaan Naufal yang telah dibukakan pintu. Pertama kali di dalam hidupnya menumpang kereta lelaki yang tidak dikenali. Setakat tahu hanya pada nama. Tapi atas dasar percaya yang Naufal ini adalah kawan kepada Azwan, dan atas kepercayaan Zira, dia merelakan diri. Lagipun sikap baiknya semalam sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan di hati Kiesya.

Sepanjang perjalanan menghantar Kiesya, mereka berdua tidak berbicara. Senyap sunyi. Hanya lagu-lagu di corong radio menjadi pemecah sunyi. Kiesya tidak menoleh walau sekali tetapi tetap dia perasan yang Naufal sesekali akan menoleh memandang pada dirinya.. 

Apa hal la dia ni. Seriau pula aku orang pandang-pandang ni. Kalau ya pun ajaklah berborak ke apa. Tadi kat restoran tu bukan main lagi suara dia. Rupanya pemalu juga macam aku. Takpa. Sekali lagi dia pandang. Tahulah...

Kiesya menanti sehingga Naufal memalingkan sekali lagi mukanya memandang pada dirinya. Ya... Naufal memandang.

"Awak ni kenapa dari tadi asyik pandang saya je. Ada niat jahat ke apa?" Haa terkejut kau Naufal. Tak sangkakan tiba-tiba kena sound dengan aku. Naufal agak terkejut tetapi kemudiannya tersenyum. Kendengaran ketawa nipis di hujung senyuman. 

"Boyfriend awak tak marah ke saya hantar ni?" soal Naufal membuka kata. Baru nak bersuara.

Cewahh.... Ceceehh... Berdramalah pula soalan cik abang ni. Mesti nak ayat macam tu ke? Tanyalah benda lain. Kucing awak siapa nama ke. Anak jiran awak pergi sekolah ke tak hari ni. Pisau kat rumah dah asah ke belum. Agak-agak kalau aku cakap ada, dia suruh aku keluar tak? Jauh lagi ni nak sampai rumah. Kalau menapak memang tercabut kaki aku. Soalan nak menduga aku ni dah ada boyfriend ke tidak. Macam susah pula rasanya nak menjawab.

"Gilrfriend awak tak marah ke hantar saya balik ni? Kalau dia tahu, mati awak perang dunia ketiga," tanya pula Kiesya tidak menjawab soalan dari Naufal tadi.
Tudia, ini Kiesya la. Tak payah aku nak jawab soalan dia. Aku bagi balik soalan tu kat dia. Haa apalagi cik abang oi. Jawablah.

"Hahaha." Naufal melepaskan ketawanya setelah Kiesya berjaya mengakali soalannya tadi.

Aik dia gelak je? Tak ada jawapan juga ke? Mungkin dia pun rasa susah kut nak jawab. Nasib baik soalan macam ni tak keluar masa SPM. Kalau tak, berapa ramai yang fail. Kalau kat Universiti, berapa ramai yang kena repeat paper. Memang naya betul. Lawyer pun tak boleh jawab. Kesian. 

Suasana terkini, sunyi sepi macam tadi.

Sedar tak sedar dah nak sampai pun rumah aku. Lepas tu baru dia besuara tanya jalan nak masuk ke rumah. Aku pun teranglah, kan. Dah sampai, siap dah keluar dari kereta dia. Aku pun dah ucap terima kasih. Ingat dah boleh masuk ke rumah, nak makan ais krim, haus tekak tak bercakap tadi.

"Cik Kiesya, awak ada hutang satu benda dengan saya," kata Naufal yakin mengigatkan sesuatu.

Aikkk, hutang apa pula dah. Aku rasa mana ada hutang dia apa-apa, hutang budi adalah sebab hantar aku balik. Owhh ya ya duit minyak. Kau ni pun satu Sya, takkan hantar free aje. Hulurlah sikit. 

Kiesya mengambil sekeping not 20 ringgit untuk diberi kepada Naufal.

"Ni 20 ringgit, ikhlas... Untuk duit minyak," balas Kiesya dengan senyuman. 

Ikhlaslah sangat padahal dalam hati, ini pun nak berkira ke. Tadi dia yang beriya nak hantar kita, tak pasal pula minta duit minyak. Tahu tadi baik aku naik bus je, jimat duit aku.

"Haha... Bukan ini yang saya maksudkan." Naufal gelihati setelah melihat duit yang dihulur oleh Kiesya itu.

"Habis tu?" soal Kiesya kehairanan. Hai, takkan 20 ringgit tak cukup pula. Ini memang nak kena bagi siku la kalau minta lebih-lebih.

"Semalam saya ada bagi awak kad saya, jadi awak hutang saya kad awak." Terlopong mulut aku. Nasib takda lalat berkeliaran. Kalau tak free je jadi santapan aku di kala petang ni.

Nak kadlah konon! Cakap jelah nak nombor phone aku. Eleh... Tapi apa salahnya, kan. Manalah tahu memang dia ni jodoh aku. Semua serba lengkap. Macam perfect sangat. Tapi taklah harap pun. Takkan perigi nak cari timba. Cuma suka tu dah ada la sikit-sikit. Ngee.

"This is my card. Anything happen, call me." Aku copy paste je apa yang dia cakap kat aku semalam. Sukalah tu. Aku pula yang malu. Naufal senyum sampai ke telinga. Nasib baik tak terkoyak mulut dia.

Bibit-bibit pertemuan yang tidak terduga di antara mereka telah menerbitkan perasaan sensasi di hati masing-masing. Naufal seakan terpesona dengan keperibadian dan keayuan Kiesya. Manakala Kiesya pula telah tersentuh hatinya. Mungkin terlalu awal baginya untuk menterjemahkan perasaan itu, tetapi hatinya benar telah diusik.

1 comment:

  1. Wewit! Almak suspen la... Siapa sebenarnya yg bkl menjadi kekasih prtama Sya?

    ReplyDelete