KETUKAN di pintu tetap tidap berjawab. Kiesya yang tercegat sedari tadi di hadapan pintu bilik A.D masih menunggu sahutan. Sahutan yang tidak kunjung tiba.
"Tukk..Tukk..Tukk.." Sekali lagi, mungkin yang terakhir.
Pukul berapa dia balik semalam pun aku tak tahu. Mentang-mentang keizinanku berjaya menutup syarat kami, dia lenjan betul-betul balik lewat malam. Aku tidur semalam lepas berborak dengan Naufal pukul 12 tengah malam, tak balik lagi si A.D tu. Memang cari nahaslah kalau dia tak nak tolong aku bersihkan lalang yang kat depan rumah tu.
"A.D bangun cepat!" jeritku dari luar.
Jangan-jangan tak balik lagi dia ni. Senyap sunyi je. Aku memulas tombol pintu. Tak berkunci. Memang jenis tak suka kunci pintu ke dia ni. Aku tiap-tiap malam kunci pintu, manalah tahu A.D kemaruk nak masuk dalam bilik aku. Dia ni pula tak takut ke aku masuk dalam bilik dia.
Kiesya memulakan langkah untuk meninjau apa yang sedang berlaku di dalam bilik A.D. Ini adalah kali keempat dia memasuki bilik itu sepanjang pernikahan mereka. Asal masuk je adalah benda buruk bakal terjadi. Dah macam tempat keramat pula aku rasa bilik dia ni. Apa pulalah nak jadi kali ni.
"A.D... A.D..." Kiesya memanggil dengan perlahan.
Ermm sah. Belum bangun tidur. Sebatang tubuh yang sedang menyelimuti dirinya hingga ke kepala. Oppss... Jangan-jangan... Macam hari tu juga ke? Tak serik-serik ke dia ni.
"Takkan perempuan lagi, ini dah dikira melanggar perjanjian. Lebihlah ni," bisik dia sendiri. Mula nak meradang.
Betul ke tak betul dia ni. Kata dah janji tak nak bawa balik perempuan. Tapi kalau aku buka kain selimut tu memang A.D macam mana? Argghh... Baik aku pergi tengok dalam bilik air dulu. Aku pergi memeriksa di bilik air. Kosong. Tak ada sesiapa. Haa, maknanya yang kat atas katil itu adalah A.D. Buruk sangka betul aku ni kan.
"A.D... A.D... Bangunlah... Dah pukul 9 lah... Nanti panas dah malas nak bersihkan kat luar tu."
Tak bergerak tak menyahut.
"A.D ooiii!" Kiesya gerakkan badan dia di sebalik selimut itu. Pun tak bergerak tak menyahut.
Tapi pelik juga kenapa lembut sangat badan dia ni. Ahh buka jelah. Kalau dia tak berbaju tak berseluar macam mana? Buka kat kepala jelah Sya. Takkan nak buka habis. Selak punya selak punyalah terkejut aku. Bukan A.D. Bukan juga perempuan. Bukan juga manusia. Bantal! Ya, susunan bantal yang menyerupai orang yang sedang tidur. Mana pula dia pergi ni. Takkan tak balik lagi. Seram pula aku tiba-tiba. Tapi... Macam nak kenakan aku je ni?
Ini kes nak menipu akulah ni! Aku bagi chance balik lewat bukan tak balik langsung. Buaya tak makan saman betullah kau ni. Tapi kenapa ada kereta dia kat bawah aku tengok tadi? Menatang apa yang kau cuba buat ni A.D haa. Kiesya yang mula meradang memikirkan yang A.D telah menipunya, berubah menjadi hairan kerana mengingatkan yang kereta BMW A.D ada di luar rumah.
Dalam tengah geram tak habis dan perasaan pelik menghantui diri, tiba-tiba pintu almari terkuak dengan sendirinya. Haa aku dah agak dah. Aku dah agak dah. Kau nak sakat aku, kan. Aku dah biasalah kena sakat buka-buka almari ni. Si Syam dengan Man belon dah selalu sakat aku buka pintu terkejut-terkejut macam ni. Kau ingat aku nak terkejut? Silap harilah brother. Sebelum kau sakat aku, baik aku sakat kau dulu.
Kiesya terpandang akan sebatang penyapu yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Diambilnya penyapu itu dan bergerak perlahan-lahan ke arah pintu almari yang terbuka. Apabila semakin hampir, dia melompat betul-betul di hadapan almari dan Wachaaaa!
"Yahh yahh yahh..." Kiesya memperagakan aksi kung fu. Habis disapu, diketuknya. Nasib kaulah A.D siapa suruh nak takutkan aku, kan.
Ya, memang A.D yang berada di dalam almari baju besar itu seperti yang Kiesya jangkakan...Tetapi...
"Sya, apa you buat ni..." Suara A.D yang lemah seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku tadi.
Ya, aku pun tak percaya dengan apa yang aku sedang lihat. A.D sedang memegang sebiji kek yang dah tak nampak macam kek lagi sebab kena haiyyaa, waachaa, dengan aku tadi. Bersepah-sepah serpihan kek di merata-rata almari akibat kung fu bukit tadi. Dah kenapa kau ni menyorok dalam ni pegang kek? Nak buka bakery shop pun takkan dalam almari cik abang oii.
A.D yang pasrah dengan keadaan yang menimpa, meneruskan hajatnya.
"Happy birthday to you...
Happy birthday to Kiesha Humaira...
Happy birthday to you..."
Apa? Happy birthday? Hari ni hari lahir aku ke? Haah la. Hari ni... Macam mana aku pun boleh lupa! Alaa... Sweetnya... Kiesya terharu dalam serba salah.
"Sorry A.D... I'm so sorry..." Lemah suaranya meminta maaf.
"Saya ingat nak surprise awak tadi, tapi memang surprised betul jadinya," kata A.D dengan sayu. Sedih
Kiesya yang melihat raut wajah A.D yang sedih itu ditambah pula mengenangkan apa yang yang telah dia lakukan, dah jadi sebak. Hati perempuan macam nilah. Sikit-sikit mulalah nak tersentuh sini sana. Mulalah kilang air mata nak buat sales. Masa nilah ada sales air mata murah-murah sampai 200 persen less...
Cepat-cepat aku kibas-kibaskan baju dan muka A.D yang dah berlumuran dengan kek coklat. Sambil tu sebut sorry berapa ribu capati pun tak terkira. Dalam baik punya tersedu-sedu sambil mengibas-ngibas baju dia, rupanya ada surprise lagi yang belum dikeluarkan. Ini dipanggil kejutan dalam kejutan.
"Pupp..." Kek coklat yang A.D pegang tadi dah ada kat atas kepala aku. Ajaib kan? Terkejut kan? Tadi kek tu ada kat tangan A.D. Sekarang dah ada atas kepala aku. Memang magic sangat!
"A... D...!!!!!!" Kiesya menjerit sekuat hati. A.D dah melarikan diri keluar dari bilik. Kek tadi yang berada di atas kepala, secara perlahan-layan jatuh melalui muka hadapan aku. Aku boleh rasa yang muka aku ni dijadikan litar lumba oleh para-para kek yang berlumba-lumba untuk turun dari kepala aku. Geramnya! Gadis ini telah naik darah! Mampuslah kau A.D!
Tak guna punya jantan sial! Buat penat aku je menangis tersedu-sedu haa. Says sorry beribu-ribu haa.. Kek ni juga yang naik atas kepala aku. Kau ni memang jenis manusia tak reti berkawan ke apa. Hati panas... Hati panas...
Aku pun apalagi kejarlah si buaya tu. Takkan nak nangis pula. Kejar punya kejar sambil terpekik terlolong, maki hamun tak payah cakaplah. Mamat tu siap jelir lidah lagi dengan aku sambil ketawa terbahak-bahak. Mana tak hati lagi panas. Aku kejar dia sampai ke kolam belakang rumah sebab A.D menuju ke situ. Kalau dia berlari ke Jepun? Sampai ke Jepun jugalah aku kejar!
Sampai di kolam. AD berdiri di tebing kolam, masih ketawa berdekah-dekah. Kiesya ketika itu tidak lagi memerhatikan pada tempat lain. Yang dia nampak hanyalah muka A.D. Dah tak sabar nak ganyang dah ni, nak tarik rambutlah apalagi. Perempuan kalau bergusti, kan memang cari rambut dulu. Agak-agak dah makin hampir dia melompat terus ke arah A.D.
"Kecebummm..." Dua-dua masuk kolam.
Dua-dua tengelam timbul. Aku terajang sana sini melepaskan geram. Dalam sedang kalut nak menstabilkan diri di dalam air. Tiba-tiba, A.D merangkul tubuh aku pula dah. Kali ni aku jelas nampak tangannya bukan macam kes hantu air dulu. A.D merapatkan tubuh aku ke arahnya. Ini dah lebih ni, dah lebih sangat ni! Memang siaplah badak ni. Aku dah ready nak keluarkan penampar sulung. Penampar yang lebih padu. Tetapi... A.D lebih pantas dari aku...
"Happy Birthday Sya..." Diiringi sekutum bunga ros bewarna kuning.
Aku yang ready nak lempang tadi terpana, dengan ungkapan dia yang terlampau syahdu, mata yang berkaca-kaca, senyuman manis di bibir dan sekutum ros di tangan, aku layu. Marah tadi yang membuak-buak hilang begitu sahaja. Hilang macam gitu je wei... Tak faham betul aku.
Kiesya yang masih erat di dalam pelukkan A.D boleh pula tak meronta, hanya bermodalkan ayat manis dicampur dengan ramuan rahsia muka kacak dia tu dan sekuntum bunga ros, Kiesya membiarkan dirinya dipeluk sedemikian rupa.
"Untuk saya ke?" Soalan bodoh yang keluar dari mulut aku. Takkan untuk kolam pula.
"Yup for you..."
"For what...?"
"For our friendship..."
Lemah longlai rasanya badan den ni ha.
Kiesya memegang kuntuman bunga ros kuning itu. A.D menaikkan tangannya di atas kepala Kiesya. Diambilnya secebis cebisan kek yang masih tersisa melekat di atas kepala Kiesya. Disuapkan ke dalam mulut isterinya itu diirngi sekali lagi ucapan selamat hari lahir. Kiesya tangkap syahdu. Leleh!
Seumur hidup aku selama 28 tahun diberi nyawa. Inilah detik celebrate birthday aku yang paling best, paling meruntun jiwa. Walaupun tak seperti biasa, potong kek, tiup lilin, lepastu makan kek yang aku potong. Mungkin disebabkan tak seperti yang kebiasaan itu yang membuatkan detik tadi lebih best kut.
Kiesya yang masih lagi tidak berusaha untuk melepaskan diri. Dibawa A.D naik ke atas, keluar dari kolam. Dia mengangkat tubuh Kiesya berjalan ke arah pondok kecil di tepi kolam. Dia baringkan tubuh itu di atas kerusi panjang. Kiesya betul-betul seperti terkena mantera. Dan kemudian A.D berkata.
"Hadiah untuk awak..." A.D menunding tangan ke arah kolam. Kemudian dia pergi ke satu kepala paip dan memulasnya. Hadiah? Apa maksud dia kata kolam ni hadiah untuk aku? Ada orang pernah bagi kolam sebagai hadiah hari jadi ke?
Kiesya memerhatikan sahaja kolam itu, buat seketika tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah kelihatan buih-buih sabun mengalir masuk dari segenap penjuru. Sehingga akhirnya kolam itu dipenuhi dengan buih-buih sabun. Kiesya yang sememangnya tidak percaya, memandang pada A.D.
"Awak suka mandi sabun kan? It's yours," kata A.D.
Ya Allah A.D sampai macam ni sekali kau buat. Takdalah sampai suka sangat. Tapi ni dah terlampau bestlah pula. First time seumur hidup tengok buih sabun penuh dalam kolam renang. Kau ada?
"Tak nak cuba?" A.D menyoalku.
Kiesya yang sedari tadi tidak berkata apa-apa, masih kelu untuk berbicara. Dia hanya memandang A.D dengan senyuman. Kalau cakap tak nak , macam tak patut sangat. Kalau kata nak, sebenarnya memang aku nak cuma masih segan. Lagipun rasa janggal pula kalau masuk dalam kolam tu sambil diperhatikan oleh A.D. Aku rasakan macam aku tengah mandi sambil diperhatikan seseorang. Memang seganlah.
Alah Sya dia kan suami kau. Walaupaun kahwin terpaksa tapi dia masih tetap suami kau yang sah. Dah takda aurat lagi di antara korang berdua. Betul tu memanglah betul tapi... Belum sempat aku habis berfikir. Si tangan gagah tadi telah mengangkat aku tanpa ku sedar. Aku sekali lagi berada di dalam pangkuannya. Kiesya hanya memerhatikan sahaja raut wajah A.D yang tenang tanpa membantah.
A.D membawa Kiesya menghampiri tangga kolam, turun perlahan-lahan dan meletakkan dirinya berdiri di tempat yang sedikit cetek. A.D menolak badan Kiesya dengan lembut meminta pergi ke hadapan dan Kiesya menoleh ke belakang melihat A.D berjalan semula menaiki tangga dan berlalu pergi duduk di kerusi di bawah pondok tadi.
A.D membiarkan aku sendirian di dalam kolam, mungkin kerana dia melihat aku yang tidak begitu selesa atau sememangnya kolam buih ini hanya untuk aku seorang, bak kata dia tadi. Apa lagi Sya buatlah macam kolam sendiri. Apa yang nak malunya. Ada buih, kan. Yalah aku mandi. Melihat Kiesya yang telah melangkah masuk jauh ke tengah, A.D bersuara.
"Sya, i'll back..." Melemparkan senyuman mata dan terus melangkah menuju ke dalam rumah.
Yahooo! Sekarang tinggal aku keseorangan. Aku mandi sepuas-puasnya tanpa mata lain yang memandang. Aku berenang, aku menyelam, dari hujung ke hujung. Sesekali tersedak kerana tertelan buih sabun. Rasa macam indah sangat dunia ni. Terima kasih A.D untuk hadiah ini.
Lebih kurang hampir 20 minit lamanya Kiesya berendam di dalam kolam buih itu, gejala yang paling ditakuti berlaku. Gejala yang menyebabkan ramai nyawa terkorban. Cramp! Ya sebelah kaki aku berlaku kekejangan otot.
Kiesya dah panik, di masa kejadian dia betul-betul berada di tengah kolam, kawasan yang paling dalam. Dia cuba menguak ke tebing menggunakan sebelah kaki yang masih berfungsi tetapi terasa agak susah. Dia tak berjaya nak mengapungkan diri dengan hanya sebelah kaki. Dia melihat ke arah pondok mengharapkan A.D berada di situ. Namun A.D tiada di situ. A.D telah tinggalkan pondok itu sejak 20 minit yang lalu. Apa lagi yang mampu dia buat melainkan menjerit meminta tolong.
"Tolong! Tolong! A.D tolong saya! " jerit dia sekuat hati.
A.D masih tidak memunculkan diri. Diulang lagi jeritan memanggil nama suaminya itu. Cepat A.D, Sya dah tak boleh tahan ni. Cepatlah datang. Hampir satu minit berlalu, A.D masih tidak kelihatan. Kiesya dah tak mampu lagi. Hanya kedua tangan yang terkapai-kapai menahan diri dari tenggelam. Tolong Sya, A.D! Dia dah tak berupaya lagi. Tenggelam sedikit demi sedikit.
"Bumm." Satu hentakan kuat berlaku. A.D terjun ke dalam kolam apabila terdengar jeritan meminta tolong dari Kiesya tadi.
Kiesya yang dalam keadaan lemah menyedari yang tubuhnya diangkat naik oleh sepasang tangan. Alhamdulillah, ku sangkakan ajalku sudah menjelang. Nyawaku masih panjang. Kiesya diangkat oleh A.D naik ke atas. Dia perhatikan muka A.D yang tersangat risau. A.D membaringkan tubuh Kiesya di tebing kolam.
"Sakitnya A.D, tolong saya..." Kiesya merayu. Sakit yang amat terasa di kaki sebelah kanannya.
"Saya nak buat apa ni? Nak pegang tak boleh..." A.D menjawab.
"Apa yang tak bolehnya?" Kiesya bertanya semula dalam keadaan menahan sakit. Air mata penuh di mata. Sakit sangat.
"Dalam perjanjian kita kan saya tak boleh pegang awak sesuka hati," terang A.D dengan muka yang jujur.
Kau ni dah kenapa haa mangkuk. Yang tadi kau usung aku sana sini tu bukan pegang ke. Time macam nilah nak melawak pula dia ni. Alahai kaki dah sakit, nak bagi sakit hati aku pula dah. Tadi angkat aku tak fikir pula pasal perjanjian. Macam-macam pula dah dia ni.
"Buat jelah apa yang patut A.D." Kiesya meminta simpati pertolongan. Sakit sangat rasanya kaki dia. Dia tak kisah lagi kalau A.D nak picit ke apa. Dia dah tak tahan lagi. Picit pun picitlah.
"Okey." A.D membalas pendek.
Kemudian sebelah tangan dia memicit hidung Kiesya, dan sebelah tangan lagi membuka rahang mulut gadis itu. A.D merapatkan mulutnya ke arah mulut gadis ayu itu, umpama seperti ingin melakukan CPR atau pun pernafasan mulut ke mulut. Terkejut dengan tindakan yang tidak disangka itu, terus disemburnya muka A.D dengan air sabun yang masih tersisa di dalam mulut.
"Awak ni bangang ke saja nak kena pelakung dengan saya! Kaki... Tu kaki.... Bukan mulut! Alahai..."Kiesya kegeraman.
Kan dah kena bangang. Memang dasar buaya. Yang sakit kaki aku, bukan mulut akulah setan! Dah kenapa pula nak CPR aku, bukannya aku pengsan tersedak air ke apa. Geram betul la! Nasib aku tak boleh bangun je. Kalau tak memang aku cop mulut kau dengan tapak kaki aku ni.
"Owh cramp ke, kenapa tak cakap awal-awal." A.D berdalih. Buat-buat tak faham.
Haa? Rasa nak nangis air mata jus epal pun ada. Boleh pula tak cakap awal-awal? Pengsankan jelah aku. Malas pula nak layan mamat ni. Mengada betul! Asyik kerja nak cium aku je. Best sangat ke mulut aku ni.
A.D mengangkat tubuh Kiesya ke atas tempat pembaringan di bawah pondok. Dia mengangkat tinggi kaki yang yang cramp tadi ke atas dan menegangkan kaki kanan Kiesya seperti mana yang selalu dibuat oleh pemain bola sepak jika berlaku kejadian kekejangan kaki. Tak lama selepas tu kaki Kiesya dah terasa pulih. Alhamdulillah. Lega sikit, walau masih ada terasa sedikit.
"Ni jenis malas bersenamlah ni." A.D membuka mulut menyindir. Kiesya hanya mencebik.
Memandai je kata aku tak bersenam. Bukan berjalan pun dah dikira bersenam ke? Turun naik lif kat office tu. Kira bersenamlah tu kan. Entah-entah kau letak ubat dalam air kolam tu, saja nak bagi kaki aku cramp. Bukan boleh percaya dia ni. Lepastu nak CPR aku. Tak ada kena mengena kaki dengan mulut. Siot!
"Boleh bangun tak"? A.D menyoal.
Kiesya berusaha untuk bangun dan berdiri tapi masih ada sedikit rasa kebas dan dia hampir terduduk semula. Namun A.D tangkas menyambut dan mendukung Kiesya di pangkuannya. Kiesya tak merelakan. Tadi lain sebab tangkap syahdu. Ni dah tak syahdu lagi. Rasa nak bagi penyapu adalah.
"Ish apa ni, saya boleh jalanlah..." Marah Kiesya.
"Dah tak payah nak ngada-ngada, biar saya dukung jelah." A.D terus mendukung tanpa menghiraukan rontaan kecil dari Kiesya. Terpaksa dia menerima dengan hati yang terbuka kerana sakit di kaki masih terasa. Ingat dah baik tadi. Rupanya ada pula serangan kebas-kebas.
Suka hati dia je kata orang mengada, lempang nanti baru tahu. Ermm, tapi biar jelah, macam dah terbiasa kena dukung pula. Hohoho. Lagipun jimat tenaga aku tak payah berjalan. Tenaga pun dah tak banyak tinggal, simpan sikit buat untuk makan nasi nanti. Ahh mengadalah kau Sya. Habis nak suruh aku mengesot macam hantu lantai tu? Lagi pun dukung je pun. Darurat... Kan?





"Pupp..." Kek coklat yang A.D pegang tadi dah ada kat atas kepala aku. Ajaib kan? Terkejut kan? Tadi kek tu ada kat tangan A.D. Sekarang dah ada atas kepala aku. Memang magic sangat!
ReplyDeleteLawak giler!