AKU pulang ke rumah dengan semangat waja. Lagak sang perwira yang melangkah berani ke medan perang. Aku ingin segera sampai di rumah. Naufal ada tinggalkan pesanan mesej mengatakan yang dia akan menghubungi aku pada pukul 10 malam ini, waktu Malaysia. Rindunya aku pada dia setelah dua hari tidak mendengar suara.
Tepat pada pukul 10, aku yang ketika itu berada di atas katil, tempat yang paling sesuai untuk aku melepaskan rindu melainkan jika aku mahu diganggu oleh Zira di bawah, menerima satu panggilan telefon dari orang yang aku tunggu-tunggu.
"Hello, Assalamualaikum my sweetheart."
"Waalaikumusalam encik Naufal."
"Kita panggil dia sweetheart, dia panggil kita encik je. Tak patut sangat ni." Mereka ketawa serentak.
"Eh apa pulak tak patut, awak tu taraf encik je, kalau Datuk, kita panggil awak Datuk Naufal," gurau Kiesya.
"Mudah-mudahan masin mulut Sya saya dapat Datuk nanti. Kalau saya Datuk, Sya?" Naufal semakin berani menguji. Telah terbayang di mata fikirannya untuk memperisterikan Kiesya suatu hari nanti jika diizinkan. Ingin dia mengetahui jika Kiesya turut terfikir tentang apa yang dia fikirkan.
"Kalau Fal Datuk, saya tumpang gembira. Tak bagi gelaran Datin pun takpa." Kiesya menjawab cara selamat. Walaupun dia tahu gelaran Datin akan diperoleh oleh isteri yang bersuamikan Datuk.
"Maknanya Sha ada hatilah ya nak jadi isteri Fal sebab gelaran Datin diberi jika si suami mendapat gelaran Datuk?" Naufal menyerang tanpa berselindung lagi. Bahagia rasa di hati bila mendengar kesudian Kiesya walau dalam kiasan. Tetapi Kiesya tidak mudah menyerah. Dia perempuan yang pemalu. Tak mungkin dia mengaku begitu sahaja. Macam gedik sangat pada dia.
"Eh mana ada, Sya tak cakap pun nak jadi isteri Fal. Pandai-pandai je Fal ni." Nasib baik dalam telefon kalau tak malu wei terlepas perasaan aku tadi tanpa sedar. Ya Sya nak menjadi isteri Fal suatu hari nanti jika diizinkan.
"Haha, betul ni tak nak kawen dengan Fal. Kalau Sya tak nak, Fal pun tak nak kawen sampai ke tua." Naufal bermain kata. Memang sukar sekali dia mendapatkan pengakuan dari Kiesya. Tak seperti gadis-gadis lain yang dia kenali. Itu yang membuatkan hatinya terpaut.
"Ermm Fal ni cakap soal kawen-kawen tapi tinggalkan Sya sorang-sorang. Takkan Sya nak kawen dengan handphone, kan," balas Kiesya cuba tidak menghampakan kekasih hatinya. Walau tidak kuat untuk dia berterus terang, biar dia berkias. Tak mungkin lelaki secerdik Naufal masih tidak memahami. Nama pun lawyer takkan tak faham. Naufal berbunga di hati. Semestinya dia memahami. Dia tahu inilah gadis yang di tunggu-tunggu selama ini.
"Yalah sayang. Tunggu Fal balik nanti kita bincangkan soal kawen," kata Naufal menjanjikan sesuatu. Tapi segera perasaan bersalah pula menyerang hati Kiesya. Bersalah dengan apa yang bakal dia lakukan nanti. Kiesya terdiam sejenak. Sehinggalah dia mula berkata kembali.
"Misal kata bila Fal balik nanti, Sya ni cacat ke, tak sempurna ke... Fal tetap nak kawen dengan Sya?" tanya dia risau. Risau jika manalah tahu, Naufal berjaya menghidu perkara yang bakal dia sembunyikan nanti. Risau jika Naufal tidak boleh menerimanya lagi.
Naufal tidak berjaya menangkap permasalahan di sebalik pertanyaan oleh buah hatinya itu. Biasalah orang perempuan ni fikir banyak sangat. Pada dia begitu. Suka fikir benda yang bukan-bukan.
"Cacat yang macam mana tu? Macam-macamlah Sya ni. Insyaallah takda apa-apa yang berlaku," jawab Naufal. Kiesya tersedar yang dia tak sepatutnya mengundang perasaan kurang senang di hati Naufal. Tak apalah, mudah-mudahan tidak ada benda buruk yang akan terjadi nanti.
"Tadi lunch makan apa?" Aku menukar topik perbualan.
"Makan kebab dengan ayam goreng je," jawap Naufal jujur.
"Makan kat mana?"
"Hot Munchies, London Bridge."
"Wah bestnya. Nanti bawak Sya tau." Seronok bukan kepalang bila mendengar perkataan "London".
Siapa yang tak ingin ke sana. Aku sekali pun tak pernah pergi ke luar negara. Jangan kata luar negara, Sabah Sarawak pun belum pernah jejak. Kesian betul nasib aku ni. Orang lain dah merantau ke mana hala. Insyaallah kalau ada rezeki, ada jodoh aku dengan Naufal, bolehlah nanti ajak dia berjalan jauh sikit. Lepas kahwin la. Kalau sebelum kahwin ajak aku pergi London, boleh. Tapi kena makan penerajang dululah. Hihi. Pergi dengan family dia ke, boleh juga.
"Ya sayang, kalu dah kawen senanglah nak pergi mana-mana. Sya nak pergi bulan pun Fal boleh bawa." Janji bulan dan bintang orang bercinta. Walau mustahil atau tidak masuk akal tetapi itulah yang sering dilafazkan. Meredah lautan api? Lagilah dasyat.
"Baik! Sya nak pergi bulan. Jangan tipu Sya tau. Siaplah nanti." Kiesya menuntut janji.
"Haha... Baiklah tuan puteri." Naufal mengiyakan. Manis sekali pasangan berkasih berbual sesama mereka. Sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih hati. Walau realitinya palsu tetapi itulah kebahagian yang tercipta. Bahagia yang menyelubungi hati hingga terbawa-bawa kemana-mana. Kiesya dan Naufal juga begitu.
Mereka berbual panjang melepaskan rasa rindu dan sayang. Tak sabar sekali ingin bertemu. Terasa lamanya masa berlalu pergi. Lima bulan bukanlah tempoh yang singkat bagi pasangan kekasih yang memendam rasa. Rasanya seperti lima ratus tahun lamanya bakal tidak berjumpa.
Sedangkan Kiesya pula telah bertekad meneruskan misinya. Misi serampang dua mata. Mujurlah Naufal tidak berada di sini. Jika tidak, pelbagai kata bohong yang terpaksa dia atur. Mujurlah, untuk sementara waktu.
AKU menunggu ketibaan duli yang maha mulia Tunku Aqil Danish masuk mengadap ke pejabat. Semalam tak datang jangan hari ni tak datang pula, aku cari sampai ke rumah juga nanti. Tapi rumah yang mana? Mana aku tahu dia tinggal dekat mana. Jangankan rumah, nombor telefon dia pun aku tak tahu. Jangan tak datang la, tinggal berapa hari je lagi pun.
Kiesya telah bertekad yang dia akan meneruskan perkahwinan di antara dia dan A.D. Niatnya hanya untuk memastikan rakan-rakan yang lain bakal tidak kehilangan pekerjaan. Datuk Mokhzani yang dianggap ayahnya tidak kehilangan tempat kediaman. Tidak hidup merempat. Dia tak sanggup memikirkan soal itu. Biar pun kesemua ini angkara oleh ayahnya yang gatal tangan menetapkan syarat-syarat sedemikian rupa.
Bagaimana pun dia tidak akan menyerah begitu sahaja. Dia akan pastikan haknya terjaga. Dia akan pastikan dirinya tidak akan dijahanamkan oleh bakal suaminya yang sangat dibenci, Aqil Danish. Lelaki kacak bertubuh sasa, tapi perangai tak ubah seperti nak kena makan penerajang di telinga.
Tunggu punya tunggu, akhirnya anak kepada Datuk Mokhzani masuk mengadap ke pejabat jua. Dengan kaca mata hitamnya tersemat di mata. Dia berjalan laju tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Seperti tiada apa yang berlaku. Kiesya memerhatikan dari jauh, dari mejanya yang paling hampir dengan bilik A.D.
Erkk.. apahal la mamat ni sampai ke pejabat pun nak nak berspek-spek ni. Tahulah awak tu handsome, macho bergaya. Agak-agak la sampai ke sini pun nak pakai spek. Nasib baik kau bos, kalau aku bos memang dah makan belakang cangkul dah aku bagi. Orang masuk 8.30, kau 10.30 baru nampak batang hidung. Bos sangat gayanya ni. Nanti tahulah aku sekolahkan kau.
Ketika A.D melintasi meja Kiesya Humaira, menuju ke biliknya. Kiesya bangun untuk mengatakan sesuatu.
"Encik A.D, nanti jumpa saya kat bilik awak. Faham?" Lagak Kiesya seperti dia yang bos.
A.D yang sangat terjejut, kebinggungan dan kehairanan mendengar arahan pelik dari Kiesya. Dia seakan tidak dapat menerima arahan yang begitu tegas dari orang bawahannya sendiri. Dia kepanasan. Dia cuba berkata sesuatu tetapi Kiesya lebih tangkas menutup ruang.
"Dah... Saya tak nak dengar apa-apa. Awak pergi tunggu kat sana. Nanti saya datang lagi sepuluh minit," kata Kiesya. Muka garang. A.D pula kecut perut.
A.D yang seolah-olah terkena sihir melangkah pergi dengan perlahan menuju ke biliknya. Tapi masih menunjukkan muka yang kebinggungan. Dia memandang kembali pada Kiesya ketika pintu telah dibuka, tetapi masuk dengan segera setelah Kiesya membeliakkan matanya.
Walaupun begitu dia masih tidak percaya. Dibukanya kembali daun pintu dan menjeguk separuh kepalanya, memandang pada Kiesya. Kali ini gadis itu mencekak pinggangnya dan A.D cepat-cepat masukkan kembali kepalanya. Kiesya tersenyum puas.
"Hohoho, takut juga kau dengan aku ya." Kiesya bangga dapat menundukkan bosnya sendiri. Tunggu kau kat situ, aku nak pergi buat air dulu.
Tetapi Kiesya terlupa bukan dia dan A.D sahaja yang berada di dalam ruang pejabat itu. Dia belum tahu yang adegan luar biasa tadi telah ditonton oleh sejumlah penonton yang terkejut beruk sangat.
Ketika dia memaling badannya menuju ke mini cafe, terlihatlah dia akan lompongan-lompongan mulut yang memandang ke arahnya. Mulut yang terlopong dan tidak percaya dengan apa yang telah dia lakukan tadi.
Alamak terlupalah pula yang aku berkongsi ruang pejabat dengan yang lain. Hahaha. Nak kelentong apa erk? Kiesya mencari jawapan yang paling bernas.
"Haha... Takda pape, yang tadi tu lakonan je. Sya dengan Mr.A.D kita tu ambil kelas lakonan. Saja je practice. Nak tengok ada bakat ke tidak. Haha... Sambung kerja, sambung kerja." Jawapan paling bernas yang sempat dia fikirkan.
"Oh lakonan. Ingat apa tadi." Terdengar suara yang bercakap. Percaya dengan apa yang dia kelentongkan.
Fuhh lega. Tapi ada juga yang percaya tak percaya. Atas bawah, atas bawah je pandang aku, lepastu buat muka herot. Arrgghh, lantak koranglah nak fikir apa, aku ada kerja penting nak buat ni. Untuk korang juga. Dia terus melangkah ke mini cafe. Bertujuan untuk membuat secawan kopi dan secawan teh. Ada meeting tergempar antara dia dan A.D sekejap sahaja lagi.
Masuk sahaja ke dalam bilik A.D, Kiesya melemparkan senyuman manisnya. Segera dia hidangkan secawan kopi kepada A.D dan teh o untuk dirinya. A.D yang masih dengan kaca mata hitamnya, mengaru-garu sedikit kepala melihat perangai aneh Kiesya. Lain sangat dia rasakan Kiesya yang sekarang. Kiesya yang ini lebih berani, berkeyakinan tinggi, tak seperti Kiesya yang dia tahu sebelum ini.
A.D ingin membuka mulut. Masih tercabar rasanya bila diperintahkan sedemikian rupa oleh pekerja bawahannya. Kiesya yang terkenal dengan sifat penakutnya. Tetapi sekali lagi dia dicantas.
"Tunggu jap ya. Saya nak pergi ambil sesuatu kat meja saya. Jemputlah minum dulu." Manis Kiesya tersenyum. A.D berkerut, dia juga turut tersenyum. Seperti ada sesuatu yang telah berada di dalam kepalanya. Seakan dia telah berjaya menduga apa yang ingin Kiesya nyatakan.
Kiesya segera melangkah keluar pergi untuk mendapatkan satu fail nipis di mejanya. Fail yang menyimpan imuniti untuk dirinya. Masuk semula ke dalam bilik A.D yang ketika itu melekatkan kedua belah hujung jarinya ke dagu. Mendiamkan diri. Hanya memerhatikan sahaja tingkah laku gadis itu. Mungkin tidak mahu cakapnya dicantas lagi. Kiesya duduk di hadapan A.D dengan wajah yang cukup yakin. Dia telah bersedia.
"Saya akan berkahwin dengan awak!"
A.D tersenyum apabila mendengar pengakuan oleh Kiesya tadi. Lega hatinya. Tersangat lega. Tepatlah seperti agakkan dia yang Kiesya ingin menyatakan persetujuan berkahwin dengannya. Tepatlah agakkan dia yang Kiesya telah terhasut dengan kata-katanya sebelum ini. Bagaimana pun dia inginkan kepastian semula.
"Really?" tanya A.D dengan muka yang berseri-seri. Spontan menanggalkan cermin mata hitamnya. Kiesya terkejut.
Bila sahaja A.D membuka cermin mata hitamnya tadi, barulah aku mengerti kenapa dan mengapa. Ingatkan saja nak jadi poyo. Rupanya nak tutup mata dia yang lebam sebelah. Ya lebam! Patutlah. Ini sebabnya dia tak datang semalam. Bergaduh dengan siapa pulalah dia ni. Macam-macam hal betul.
"Tu mata kenapa?" Aku menunding jari ke arah mata A.D yang lebam.
"Not your business," kata A.D angkuh. Kiesya mencebik.
"Jadi akhirnya awak bersetuju untuk berkahwin dengan saya. Bagus, bagus... Tapi saya musykil dan saya percaya persetujuan awak mesti bersebab. Bukan begitu?" A.D menguji. Sikap Kiesya yang agak pelik memungkinkan ada sesuatu yang terselindung.
Baguslah, kalau kau dah cakap macam tu tak payah lagi aku nak buat ucapan pembukaan, tak perlu aku nak bermukadimah lagi. Senang kerja.
Kiesya mengambil fail tadi dan meletakkan di atas meja. Dia membuka fail itu dan mengeluarkan dua helaian kertas yang telah bercetak sesuatu di atas permukaannya. Menghulurkan sehelai kertas kepada A.D.
"Ini syarat-syaratnya," kata Kiesya senyum yakin.
A.D memandang Kiesya dengan senyum simpul, menganggukkan sedikit kepala dan mengambil helaian kertas yang dihulur.
Surat perjanjian yang telah aku siapkan dua hari yang lepas. Syarat-syarat yang aku fikirkan sesuai jika ingin meneruskan surat perjanjian Datuk Mokhzani. Dalam perjanjian ada perjanjian. Cuma perjanjian ini adalah antara aku dan A.D apabila selamat kami diijab kabulkan nanti. Jangan ingat aku nak jadi isteri kau macam itu je A.D. Kau kena tahu yang aku tak ingin pun. Tapi nak buat macam mana, kan.
A.D meneliti ke semua syarat-syarat yang Kiesya nyatakan di atas kertas itu. Kadang-kadang dia tercebik, kadang-kadang dia terkerut dahi, dan menongkat kepala. Tak sangka sama sekali yang Kiesya akan menetapkan syarat-syarat yang sedemikan rupa. Pening sangat ke syarat-syarat aku tu. Dah macam orang mati mak pula aku tengok dia ni.
"Okey takda masalah, janji kita dapat selesaikan perjanjian utama, cuma saya tak faham sangat apa yang awak tulis ni. Cuba explains." Bukan dia tak faham tapi tak percaya. Malas dia nak fikir lagi. Biar Kiesya yang terangkan.
"Awak bacakan satu persatu," minta aku.
"Syarat pertama... Perkahwinan ini tidak boleh dihebohkan pada orang lain terutama kenalan, sanak saudara, atau sesiapa sahaja yang kita kenali kecuali Datuk Mokhzani sahaja."
"Itu pun tak faham? Takkan itu pun nak kena explain. Apa punya bos awak ni kalau syarat budak tadika ni pun saya nak kena explain. Dulu sekolah setakat tadika je ke apa?" Kiesya tiba-tiba hangin satu badan. Tersentak A.D. Mak ai garangnya minah ni. Mengalahkan nenek kebayan. Sempat lagi A.D mengutuk di dalam hati.
"Maksudnya siapa-siapalah yang kita kenal, terutamanya pekerja-pekerja kat syarikat ni, kawan-kawan awak, kawan saya atau sesiapa sahaja yang kita kenal diorang, diorang kenal kita. Faham?" A.D mengangguk.
"Okey... Baca syarat kedua," minta aku lagi.
"Syarat kedua... Awak dan saya tinggal dalam satu rumah. Okey yang ni saya faham. Syarat ke..." Baca A.D dan ingin terus membaca syarat ketiga tetapi sempat dipancung oleh aku. Duduk satu rumah faham pula. Laju je dia membaca. Tak minta aku jelaskan pula. Gatal!
"Nanti... Awak tahu tak kenapa saya diminta berkawin dengan awak?" soal aku. A.D mencebik, mengangkat sedikit bahu. Dia pun tak tahu.
"Sebab awak tu tak guna. Joli sana sini, kaki perempuan dan tugas saya ialah membendung cara hidup awak yang tak betul tu untuk memastikan yang awak berjaya menerajui syarikat ini dengan baik dan dalam masa yang sama saya perlu mengubah diri awak menjadi lelaki yang lebih baik. Tinggal bersama adalah jalannya. Jangan ingat saya nak mengatal. Faham tu!" terangku panjang lebar. Muka garang macam cikgu matematik aku dulu.
Terangkat kening A.D. Mungkin tak menyangka yang Kiesya akan berkata yang dia adalah seorang yang tak berguna. Kaki perempuan lagi. Seakan tidak percaya yang wanita di hadapannya ini bakal mengawal gerak geri tingkah lakunya nanti. A.D pasrah. Dia rela dari kehilangan harta benda yang sepatutnya menjadi milik dia. Dan yang lebih penting, kehilangan nyawanya sendiri disebabkan tidak mampu membayar hutang. A.D mengangguk. Kiesya lega.
Ingatkan dia nak marah tadi sebab aku pun macam terlebih sangat mengata. Tapi nak buat macam mana, itulah kenyataannya.
"Okey bagus... Macam ni barulah harmoni rumah tangga kita nanti, kan?" Kiesya menyindir. A.D pasrah, senyum kelat.
"Baca syarat ketiga," suruh aku lagi. Setelah melihat A.D boleh menerima kata-kata aku tadi. Tak adalah garang mana mamat badak ni pun. Relaks je aku control. Rupanya aku ni yang lagi dasyat. Baru aku tahu. Hahaha.
"Syarat Ketiga... Bilik berasingan dan tiada hubungan kelamin di antara suami isteri?" A.D membaca dengan wajah yang kelat. Baru terbayang-bayang dalam kepala, sekali dia letak syarat pula. Melepas.
"Ya... Syarat ni yang saya paling suka dan paling ingin saya tekankan. Biar pun kita ni suami isteri, tapi yalah... Saya ni bukan la hingin sangat nak jadi isteri awak apatah lagi nak ehemm ehemm dengan awak. Tak selera... Jadi awak tidur bilik lain, saya tidur bilik lain. Jangan nak menggatal dengan saya. Faham tu?!" kata Kiesya tetap dengan wajahnya yang garang. A.D yang kelat semakin kelat.
Tak selera? A.D tercabar. Tapi dia terpaksa bersabar. Dia tak boleh tunjukkan sifat marahnya kerana dia sedar jika Kiesya mengubah fikiran, dia juga yang akan merana. Cuma hatinya tetap geram bila diperbudak-budakkan oleh Kiesya dengan sewenang-wenangnya. Mulutnya terkumat kamit berkata sesuatu yang tak jelas kedengaran di telinga.
"Awak mengumpat saya ke? Terkumat-kamit tu mengata kat saya, kan?"
Kiesya yang melihat A.D seakan mengutuk dirinya bangun dari duduk. Menunjukkan wajah garang singa lapar. A.D yang terkejut terus menyandarkan badannya ke belakang menjauhi gadis itu. Takut sekali dia dengan raut wajah gadis ayu itu yang boleh berubah sekelip mata menjadi seperti seorang nenek kebayan yang menakutkan. Tak sangka sama sekali dia, ada wanita yang mampu menakutkan dirinya sedemikian rupa.
Hohoho... Memang sah kau ni penakut rupanya. Baru kau tahu aku siapa. Haha. Tapi comellah pula muka takut dia tu. Kahkah. A.D... A.D... Nasib kaulah dapat bakal isteri macam aku. Aku ni sebenarnya keturunan keempat belas Hang Jebat... Memandai je kau Sya. Padahal penakut nak mampus.
Setelah melihat Kiesya duduk semula. A.D meneruskan bacaan syarat keempat tanpa diminta.
"Syarat keempat... Nak pergi mana-mana perlu minta izin antara satu sama lain. Okey." A.D tersenyum sinis kali ini.
"Kenapa muka macam tu?" soal Kiesya yang masih di dalam mood singa lapar. Hairan dengan senyuman sinis A.D.
"Takdalah... Muka apanya... Saya tak cakap apa pun." A.D ketakutan sekali lagi melihat muka garang Kiesya. Dia meneruskan kembali bacaan syarat kelima setelah melihat Kiesya hanya berdiam diri.
"Syarat kelima... Aqil Danish mesti berada di rumah paling lewat pukul 10.00 malam." Dia menggeleng kepala bila membaca syarat kelima. Habislah dia. Tak boleh nak lepak lama-lama macam biasa. Tak boleh nak berkepit dengan perempuan lama-lama macam selalu. Dia mengeluh.
"Ingat tu, paling lambat pukul sepuluh malam. Okey next." Cakap Kiesya dengan bergaya. A.D menyampah tapi tak berani tunjuk di muka. Hanya mampu menyumpah seranah di dalam hati.
"Syarat keenam... Genap selepas 12 bulan mengikut perjanjian Utama Datuk Mokhzani, Aqil Danish akan menceraikan Kiesya Humaira," baca A.D dan memandang tepat ke wajah Kiesya.
"Tujuan kita hanyalah untuk melengkapkan Perjanjian Utama, kan. Tak lebih dari itu. Awak dapat apa yang awak nak dan saya cuma membantu untuk pastikan harta Datuk kekal di sini dan tiada sesiapa yang akan hilang pekerjaan. Win win situation," kata Kiesya. A.D mengangguk faham.
"Okey. Thank you. I appreciated that," balas A.D dengan lembut menghargai pengorbanan yang Kiesya lakukan dan melihat kembali untuk membaca syarat yang terakhir.
"Syarat ketujuh... Jika Aqil Danish melanggar mana-mana syarat di atas. Kesemua harta milik Datuk Mokhzani akan dipindahkan kepada Kiesya Humaira." Habis membaca, A.D memandang pada bakal isterinya itu.
"Okey saya faham, jika saya melanggar mana-mana syarat. Kesemua ni jadi milik awak. Takda masalah," kata-kata janji dari mulut A.D. Terpaksa la ikut. Nak kata apa lagi. Lagipun syarat-syarat bodoh je pun. Takda hal lah. Setahun je. Bisik hati A.D.
Aku bukanlah nak sangat harta-harta ni semua. Tapi kalau aku tak letak syarat ketujuh macam tu, takut dia melanggar janji enam syarat yang di atas. Aku ada setahun je nak selesaikan dua benda ni.
"Okey kalau takda masalah, kita boleh turunkan tandatangan masing-masing," kata Kiesya semangat. Tak sangka tiada bantahan langsung dari bakal suaminya itu. Semuanya berjalan dengan lancar.
Mereka berdua menurunkan tandatangan di atas dua helaian kertas perjanjian itu. Satu untuk A.D dan satu lagi untuk Kiesya.
Sekarang, bab ni alhamdulillah dah selesai. Cuma aku nak tahu satu lagi urusan yang paling penting. Soal perkahwinan kami. Cukupkah masa yang tinggal untuk urusan perkahwinan ni. Mana nak pergi kursus, urine test, borang itu dan ini dalam empat hari je pun. Tanpa perkahwinan yang sah, perjanjian utama akan terbatal. Buang masa la kalau aku sanggup berkahwin dengan mangkuk ni.
"Jadi A.D, soal perkahwinan kita bagaimana?"
"Yang itu awak tak perlu risau, semua sudah siap diatur. Dari kursus kahwin hingga ke tok kadi dan wali hakim awak. Apa guna kalau ada pangkat Datuk, kan." A.D mengenyit mata.
"Cuma kita akan sibuk sikitlah tiga atau empat hari ni nak siapkan apa yang patut. Saya dan Datuk akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar," janji A.D dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan bakal isterinya itu. Kiesya menggelengkan kepalanya. Seakan tidak setuju.
"Not yet. Saya belum lagi jadi isteri awak." Kiesya menolak untuk bersalam dengan A.D kerana mereka masih lagi terbatas. A.D sedikit terkejut. Tidak menyangka yang gadis di depannya begitu kuat sekali pegangannya.
"Kalau macam tu kita minum air yang awak buat tadi, tanda ucap selamat. Air pun dah hampir sejuk." A.D mempelawa Kiesya minum air yang dia hidangkan tadi. Kiesya menerima.
Begitulah akhirnya terjawab segala teka-teki. Kiesya nekad meneruskan perkahwinan itu dengan harapan yang cukup tinggi. Harapan dia agar segala pergorbanan yang dia lakukan nanti berbaloi.
Misi utamaku adalah mengekalkan harta kepunyaan Datuk Mokhzani dan memastikan yang Aqil Danish berjaya mengemudi Layar Emas Holding dengan jayanya dalam tempoh 12 bulan atau satu tahun. Misi peribadiku ialah menjadikan A.D, lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seperti mana yang diminta oleh ayah.
Satu tempoh yang tidak panjang tetapi akan aku usahakan sehingga jaya. Naufal, maafkan Sya kerana Sya tidak berniat melukakan hatimu. Sya berjanji setelah tamat tempoh satu tahun yang akan menyeksakan ini. Sya adalah milik kamu.





No comments:
Post a Comment