"KIESYA sampai hati awak tinggalkan saya, Kiesya... Kiesyaa..." Naufal semakin hampir mencekik aku. Aku dah tak boleh lari. Kenapa berat sangat nak lari ni. Nak pusing ke kiri tak boleh, nak pusing ke kanan pun tak boleh.
"Tidakkk!" Aku menjerit.
"Bukan. Saya bukan nak tinggalkan awak, saya cuma ambil cuti je setahun. Lepas tu kita couple bailk. Janji!" Naufal tidak mahu mendengar alasan Kiesya. Dia terus mencekik leher kekasih hatinnya sekuat hati. Makin lama makin kuat, lagi kuat... Paling kuat... Kiesya kelemasan.
"Saya benci awak Sya. Saya benci orang yang tak menepati janji. Lebih baik awak pergi mati sahaja." Naufal semakin marah.
"Tidak, tidakkk!!!"
"Hahhh, hahhh, hahhh... Astaghfirullahaladzim." Kiesya terjaga. Tersedar dari mimpi yang menakutkan. Naufal datang ke dalam mimpi dengan marah yang teramat sangat. Dia berpeluh. Termenung sebentar memikirkan mimpi yang baru dilaluinya sebentar tadi sehingga dia menyedari seseorang telah berada di sisi katilnya. Dia menoleh perlahan. Kejutan kedua.
"Worghh!!!" Buat apa kau kat sini?!"
Dah la mimpi Naufal cekik aku sebab kahwin dengan A.D. Buka-buka mata, si malaun ni pula tengah pegang tangan aku, tak melompat aku terkejut. Kiesya bangun tergesa-gesa duduk di penjuru katil menjauhi dari diri A.D.
"Awak okey ke tak okey ni?" tanya A.D.
"Apa yang tak okey?"
Dah seriau pula aku kenapa mamat ni boleh ada dalam bilik aku sedangkan aku dah kunci pintu tadi. Macam mana dia boleh masuk sini? Siap pegang tangan aku lagi tadi. Dia buat apa kat aku tadi? Patutlah macam susah nak bergerak. Rupanya ada orang pegang tangan aku. Binawe betul. Kiesya memerhatikan tubuh badanya jika ada mana-mana pakaian yang tertanggal. Semua cukup. Alhamdulillah. Memandang kembali pada A.D.
"Macam mana awak boleh masuk dalam bilik saya haa?" Kiesya bertanya lagi. Dia ni tak reti nak menjawab ke.
"Bawa bertenang Kiesya, okey relaks. Tarik nafas... Hembus..." A.D nak mengajar aku bertenang. Bertenang apanya kalau kau ada dalam bilik aku. Setakat tarik nafas hembus tu aku pun tahu. Bingai.
A.D cuba naik ke atas untuk merapati diri Kiesya, cepat-cepat Kiesya menguis dan menendang dengan kaki. Berginjak menjauhi diri A.D, mengambil bantal pemeluk dan peluk seerat mungkin. Jelas yang ketakutan terpancar di wajahnya. Dia takut nak membayangkan apa yang A.D akan lakukan terhadap dirinya.
"Apa yang kau nak buat kat aku ni haa?" Jangan-jangan... Matilah aku. Dah la badan dua kali ganda besar dari aku. Nak melawan tak terdaya ni. Nak menjerit mana ada orang lain kat sini. Takutlah pula...
"Kiesya boleh tak awak bawa bertenang bagi saya cakap." Kali ini nada suara A.D lebih tinggi dari yang tadi. Bengang nampaknya. Kiesya terpaksa mengalah. Jangan dijolok sarang tebuan. Dia mengangguk tetapi dalam masa yang sama kaki dah siap siaga untuk menendang jika perkara tidak diingini berlaku.
"Saya dengar awak terjerit, terlolong macam kena racau dah kenapa?" Pandang aku dengan mata kuyu dia tu. Ya ke aku terjerit. Manalah aku ingat. Setahu aku dalam mimpi tadi je aku menjerit.
"Sebab tu saya masuk sini, nak bagi awak sedar," kata A.D lagi.
Ya ke tak ya, kenapa nak pegang-pegang aku pula tadi. Tapi aku ni memang kadang-kadang kuat mengigau sikit. Taklah selalu. Kalau stress kut. Tapi macam mana dia boleh masuk dalam bilik aku ni. Tak jawab lagi. Sedangkan memang aku ingat sangat yang aku dah kunci pintu tadi.
"Macam mana awak boleh masuk sini, padahal saya kunci pintu tadi," tanya aku lagi. Dah berapa kali nak kena tanya kau ni pun. A.D tidak menjawab dengan segera. Ni yang nak begang ni. Tanya tak nak jawab pula. Baik tak payah jadi manusia macam ni, macam aku bercakap dengan rak kasut pun ada.
"Saya tanya awak, macam mana awak masuk dalam bilik saya?" Suara Kiesya lebih tinggi dari yang tadi. Pertanyaan buat kali keempat. Perasaan takut tadi telah bertukar menjadi geram.
"Ermm ni rumah saya kan, ikut suka hati sayalah nak masuk mana." A.D akhirnya menjawab. Jawapan yang tidak mengikut kriteria yang aku inginkan. Dia memusingkan badan dan cuba melangkah keluar tanpa memberikan jawapan sebenar kepada aku. Ni mulalah ni nak bikin panas. Macam ni takda gunalah aku kunci pintu kalau dia boleh masuk. Baik kopak je terus pintu tu.
"A.D! Awak tak jawab soalan saya lagi." A.D terus melangkah keluar dari bilik Kiesya tanpa menoleh. Dia buat bodoh je aku tanya dia. Tak berpaling tak menyahut. Ini dah kira mengistiharkan perang namanya ni.
Macam mana dia boleh masuk? Tak selamatlah aku macam ni. Gila ke apa setahun aku nak kena duduk dengan dia dan dia boleh bila-bila masa je masuk dalam bilik aku! Tak boleh jadi. Kena pula datang bulan mengawan, memang masaklah aku nak lari ke mana. Nak lawan, confirm aku kalah punya dengan badan gedabak macam badak tu. Kiesya dah mula tak ketahuan.
Relaks Sya... Dia badak, kau kan kancil. Cuba fikir macam mana dia masuk tadi. Okey, okey aku rileks ni.
Aku pergi memeriksa tingkap. Semua terkunci. Kalau nak masuk juga ikut tingkap memang tak masuk akal sebab tinggi juga nak memanjat. Jadi ada satu jelah melainkan dia tu boleh tembus macam hantu. Kunci! Ya dia pakai kuncilah. Punyalah senang jawapan dia. Susah-susah je aku fikir lama-lama.
Tak boleh jadi ni. Aku kena dapatkan kunci tu. Tapi macam mana? Dekat mana? Rasanya ada dengan dia. Tapi macam mana nak ambil, takkan nak bergusti pula. Okey takpa, bawa bertenang. Kita kalau serabut memang fikir apa pun tak jadi. Sekarang ni kunci tu tentu pada A.D. Apa-apa cari dia dulu.
"A.D... A.D..." Aku berlari keluar mencari A.D. Pintu bilik dia terbuka. Tengok dalam bilik tak ada kelibat manusia. Kat bawah kut. Aku berlari turun ke bawah. Nampak dia kat depan TV. Huh.
Aku merapati dan duduk di sofa bertentangan. Pandang muka A.D seperti meraih simpati. Sedih lagi Sya, tak cukup lagi tu mimik muka kasihan. Dah sedihlah ni, nak sedih macam mana lagi. Buat penat aku je buat muka pelbagai jenis. Muka kerbau je aku tak buat lagi. Tapi... Dia buat bodoh juga! Macam aku ni tak wujud.
"A.D tolonglah bagi kunci tu... please." Aku merayu macam orang minta sedekah. Macam minta nak makan, lapar 40 hari tak makan. Macam... Haa kali ni dia dah pandang. Menjadi juga muka kesian aku ni rupanya. Boleh jadi pelakon rasanya aku ni. Silap-silap anugerah bintang popular tujuh tahun berturut-turut.
"Boleh, tapi dengan satu syarat." Dia cuba bermain syaratlah pula. Aduyai. Dah agak dah. Dah agak dah.
"Apa syarat dia?" Orang menjual terpaksa jugalah membeli.
"Memandangkan saya ni penat, kan. Empat lima hari ni urus macam-macam hal pasal kahwin kita ni..." A.D berhenti setakat itu sambil menggeliatkan badan.
Aku pun tunggulah dia nak sambung balik ayat. Sekejap menggeliat sana, sekejap menggeliat sini. Cakapnya tak lagi. Inilah orang kata macam menunggu bulan jatuh ke riba. Bila nak jatuh entah. Rasa kalau aku campak pasu bunga atas kepala dia, baru boleh sambung cakap balik ke apa.
"... Memandangkan saya ni penat..." A.D berhenti setakat itu lagi. Aku ni mulalah nak hilang sabar, nak cakap pun susah. Dah mulalah nak jadi raksasa macam ni. Dah mulalah nak pergi operate muka jadi nenek kebayan ni.
"Memandangkan... Memandangkan... Apa yang memandangkan!!!" pekik aku sekuat hati. Haa baru rasa lega. A.D dah terkejut badak kena pekik dengan aku. Jangan main-main. Aku bukan biasa-biasa. Sedangkan rimau pun bersepah lari kena pekik dengan aku, inikan kau badak.
"Awak nak kunci, awak kena urut badan saya."
Pang!! Rasa macam kena penerajang je bila dengar permintaan A.D tadi. Nak suruh aku urut dia? Ini gila punya kerja. Panjat pokok petai pun aku lagi sanggup dari kena urut badan kaulah. Melampau betul si badak ni. Ini memang melampau. Kalau kes penderaan seksual, haa yang inilah, macam nilah orang kena dera. Mula-mula suruh urut, lepastu suruh apa pulak. Tak boleh. No way! Jangan harap aku nak urut badan kau!
"Saya urut awak? Jangan mimpilah. Hahaha..." Kiesya berkeras dan ketawa yang di buat-buat. Memeluk tubuh.
"Baguslah, macam tu bolehlah saya simpan kunci ni sampai bila-bila, bagus juga... Malam-malam kalau terasa nak meraba... Ermm... Kalau rasa nak peluk... Ermm... Kalau rasa nak..." A.D buat muka macam best. Muka gatal. Muka merenyam kata Umi. Aku dah tak boleh dengar. Baik aku potong dulu ayat dia sebelum dia cakap yang bukan-bukan, yang lebih seram untuk telinga aku ni hadap.
"Diam!" Aku jerit tutup telinga. A.D tersengih-sengih. Bencinya aku!! Jahatnya si badak ni tak tahulah nak cakap macam mana. Betullah kau ni memang orang jahat. Dah la kena kahwin dengan kau, lepastu nak takut-takutkan aku pula. Menyampah la macam ni!
"Tapi terpulanglah, saya tak paksa." A.D mengangkat kedua belah tangan seperti orang yang tidak bersalah. Aku dah serabai sangat. Nak kunci kena urut, tak nak urut tak dapat kunci. Lagi masak aku. Hidup pun tak tenteram.
Kiesya berjalan mundar mandir. Resah dan gelisah. A.D tersengih-sengih. Suka sangatlah tu kenakan aku. Hari pertama dah kena kaw-kaw. Hari esok? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Mampus!
"Awak ni jenis manusia takda hati perut ke apa? Memang jenis tak reti malu ke dengan orang lain? Saya ni perempuan tau. Beralah la sikit." Marah aku pada A.D. Tak nak aku urut dia.
"Cik Kiesya, saya ni pemalu orangnya. Seumur hidup saya tak pernah masuk bilik air orang lain tanpa izin. Malu saya," perli A.D. Wah kau, seronok ya nak perli-perli aku ni. Hati Kiesya bertambah panas.
"Bagi sinilah kunci tu!" Kiesya bertindak garang. Mendekati diri A.D lebih rapat. Menghulur sebelah tangannya. A.D menggelengkan kepala. Tetap tidak mahu menyerahkan kunci itu pada Kiesya. Bencilah dia ni. Hari pertama dah buat orang bertambah benci dengan dia. Jenis manusia tak makan saman dia ni. Apa lagi aku nak buat ni?
Takpa, bertenang-bertenang. Aku kena dapatkan juga kunci tu macam mana pun. Tapi betul ke kunci tu ada pada dia? Kalau kena kencing? Betul juga, jangan-jangan saja nak kenakan aku.
"Okey saya nak tengok dulu kunci tu." Kiesya meminta untuk melihat kunci yang di maksudkan. A.D menyeluk pokek seluar dan mengeluarkan sejambak kunci. Kemudian memasukkan kembali ke dalam poket seluar.
Tanpa menunggu persetujuan dari Kiesya, A.D telah membuka bajunya. Kiesya terkejut. Tak guna punya badak, baru aku tanya nak tengok kunci, dia dah buka baju. Aku tak cakap pun aku setuju. Jenis takda sifat toleransi betul mangkuk seekor ni. A.D sengih gembira melihat muka Kiesya yang masam mencuka.
"Okey mari urut kat sini dulu." A.D menunjuk ke arah dadanya yang berotot. Minta dimulakan di situ. Muka gatal. Gila ke apa. Kalau kat situ aku kena urut sambil mengadap muka kau. Jangan harap! Bangang betullah dia ni. Eeiii.. Kecil besar, kecil besar je aku tengok kau nilah setan!
Takpa, bertenang Sya. Kekerasan tak mungkin berjaya mendapatkan kunci tu. Aku kena akalkan dia ni. Hanya akal sahaja yang mampu tundukkan orang yang tak sedar diri macam dia ni. Okey takpa, aku urut.
"Okey saya urut awak, tapi kat belakang dulu," minta Kiesya. A.D mengangguk tanda setuju. Dia baring di atas sofa secara terlangkup. Kiesya mendekatinya dengan terketar-ketar. Mahu tak terketar. Bukannya pernah aku buat benda ni. Nak pegang tangan lelaki pun aku tak mahu inikan nak mengurut. Kerja gila babi namanya ni. Tapi kau ni memang... Hisy! Nak je aku samakan kau dengan binatang hidung jongket tu.
Aku letakkan tangan di atas belakang badan A.D. Mak ai kerasnya badan dia. Nak urut apa keras mengalahkan batu ni. Belum picit lagi dah rasa keras. Kalau picit ni terkoyak apa sendi-sendi jari tangan aku.
"Cepatlah... Terhegeh-hegeh," kata A.D marah tetapi senyum gembira dapat mengenakan Kiesya. Seronok bukan kepalang. Balas dendam sebab kena pijak kaki dengan Kiesya tadi.
Kiesya mengenggam penumbuk menghala ke kepala A.D. Nak je dia tomoi kepala A.D. Tapi, sabar-sabar. Pukul badak tak selesai masalah. Dah dapat kunci nanti baru aku tomoi muka dia. Tahulah kau nanti. Nak tak nak Kiesya buat jugalah. Picit... Picit... Berusaha dia memicit badan A.D yang keras itu.
"Awak ni manusia ke lalang, tak rasa apa... Kuatlah sikit." Badak minta kuatkan sikit volume.
Masalahnya dah la tangan aku ni halus-halus, badan kau pula macam lori kumbahan. Nak kuat macam mana lagi. Kalau nak kuat pakai hammerlah. Biat aku ketuk kepala kau sekali dengan hammer tu. Tapi tak cakap pun. Maki dalam hati je, sebab mata aku dari tadi sedang memerhatikan kunci tu yang berada di dalam kocek seluar A.D. Adalah nampak, tapi nak tarik keluar, tak lepas kut. Kena suruh dia pusing sikit ni.
"Susahlah macam ni, awak naikkan badan ni sikit." Kiesya menepuk badan sebelah kiri A.D untuk di naikkan sedikit sebab kunci berada di dalam kocek seluar sebelah kiri. Jangkaan Kiesya kunci itu akan terkeluar jika A.D menggerakkan badannya. Memang nasib Kiesya cukup baik. Bila A.D bergerak, kunci dah terkeluar separuh. Kiesya gembira. Nak tunggu lagi? Cepat-cepat dia ambil.
Yes! Kunci sudah berada di dalam tangan aku. Wahaha. Gembiranya aku. Si badak dah terkejut badak. Mesti tak sangka aku dapat curi kunci dari dia. Ini Kiesya la. Budak Ampang Permai.
A.D tidak percaya. Dia cuba bangun untuk mendapatkan kunci itu semula, tapi minta maaflah bang. Sebelum kau dapat berdiri aku ada satu lagi hadiah untuk kau. Ini hadiah kedua untuk suami dari isteri yang comel lote. Hadiah terbaik untuk perkahwinan kita yang serba indah ini. Terimalah buat sekian kalinya pijakkan maut dari isterimu ini. Tadi kena kaki kirikan, yang ni kanan pulak. Boomm!!
Satu pijakan di kaki kanan A.D oleh Kiesya, meletus.
"Kiesya!!!" A.D menjerit kesakitan.
Kiesya melarikan diri naik ke atas. Sempat lagi dia menoleh melihat si badak meraung kesakitan sambil memegang kakinya yang kena pijak oleh dia tadi. Wahaha. Aku tergelak jahat. Rasakan! Nak main-main sangat dengan aku. Ini Kiesyalah budak Puchong Indah. Bukan sebarang Kiesya tau. Inilah orangnya Tuan Puteri Gunung Ledang kalau kau nak tahu. Kahkah.
Aku cepat-cepat masuk bilik, kunci pintu. Puas hati. A.D mesti tak sangka. Hari pertama perkahwinan, dia dah dapat dua hadiah istimewa dari isteri tersayang. Nasib baik kaki aku ni tak besar gajah macam kaki dia. Kalau sama saiz, rasa aku berlekuk kaki dia tu, tak pasal-pasal lumpuh. Tak pasal-pasal bertongkat. Aiii... Seronok, seronok, Hahaha. Girang sekali hati beta.
Jadi petang itu Kiesya hanya menghabiskan masa di dalam bilik. Tak berani nak keluar. Takut terserempak dengan A.D yang pastinya teramat marah. Sehinggalah selepas isyak, masalah baru melanda. Perut meminta makanan.
"Krukk... Krukk... Krukk..."
Perut buat hal pula. Lapar. Nak tak nak terpaksalah kena keluar ni. Kalau terjumpa dengan A.D macam mana Sya? Ermm, lantak dialah! Aku pijak kepala dia pula kali ni.
Kiesya menuruni tangga rumah besar itu ke bawah. Walaupun begitu dia masih takut dan risau jika bertemu A.D yang masih marah pada dia. Takut juga kalau A.D hilang pertimbangan dan menyerangnya. Tapi tak nampak pula si A.D ni. Ada dalam bilik dia kut tengah meratapi kepedihan kaki berlubang.
Sampai di dapur, tengok atas meja kosong. Hampa. Buka peti ais, air je yang banyak dengan telur. Ya Allah punyalah banyak telur. Dia buat apa telur banyak-banyak ni? Memang mental la dia ni. Makan telur boleh kenyang ke? Habis aku nak makan apa. Tak selera pula aku nak makan telur semata. Keluarlah tapow.
Aku berlari naik ke atas nak bersiap pakai tudung. Si A.D tadi dah la nampak aku tak bertudung. Ahh lagi pun dia suami aku. Memang tak salah pun kalau aku tak pakai tudung depan dia, kan.
Aku yang dah bersiap, nak keluar dari pintu rumah. Belum pun aku nak buka pintu tu, daun pintu tu dah terbuka sendiri. Tercenggang kejap aku. Punyalah canggih gila. Baru hulur tangan dah terbuka. Dasyat betul teknologi sekarang ni. Kenapa orang kaya je boleh pakai pintu macam ni.
Sebaik sahaja daun pintu itu terbuka habis, A.D berada di sebaliknya.
Lah, dia yang buka rupanya. Ingat canggih sangat tadi. Tapi terkejut jugalah aku, mana tahu A.D nak pijak kaki aku pula. Nak balas dendam. Dia memandang A.D dengan berhati-hati. Bersiap sedia untuk berlari naik ke atas jika A.D bertindak sesuatu ke atas dirinya.
Tapi A.D hanya berdiam diri. Tidak berkata apa walau menunjukkan raut wajah yang berlainan ketika memandang pada Kiesya yang tercegat di sebalik pintu itu. Dia kelihatan tenang.
A.D yang memegang sekotak besar ayam goreng, berjalan melepasi Kiesya. Dia masuk ke dalam terus duduk di atas sofa. Ambil remote, buka TV. Sambil makan ayam goreng, sesekali dia mengaduh suara kesakitan mengurut-urut kakinya. Sikit pun dia tak hiraukan Kiesya umpama dia tidak terlihat akan gadis itu yang sedari tadi memandangnya.
Terliur aku tengok ayam goreng tu la hai. Bukannya nak semawa aku yang sememangnya lapar tahap kanggaru ni. Tapi seganlah pula nak minta. Sekali aku minta, dia tak bagi. Mahu tak malu muka aku. Takpalah untung sabut timbul, untung batu tenggelam kata orang.
"Tak nak bagi saya sikit ke?" Aku buat muka seposen meminta sedikit ayam goreng. Banyak sangat sampai sekotak tu. Takkan seketul dua tak boleh.
"Nak ambil sendiri, awakkan memang jenis ambil sendiri tak minta izin." A.D memerli, bercakap tanpa memandang ke wajah Kiesya. Matanya tetap terarah ke kaca TV. Marahlah tu, tahu pun marah. Nak pujuk sorrylah. Bukan aku yang buat hal dulu. Kau yang cari pasal dulu dengan aku.
Aku yang memikirkan hari yang dah larut malam. Lagipun aku tak familiar dengan kawasan ni. Baru hari pertama duduk sini. Mana aku tahu kedai makan kat mana. Ermm, makan jelah ayam goreng ni. Lagipun bukan ayam goreng orang lain, kan. Ayam goreng suami tercinta juga. Cinta apa tak tahulah. Hari pertama je dah perang Dunia Kedua. Dua kali perang. Kalau setahun berapa kali perang entah. Silap-silap lagi setahun rumah ni pun dah tak jadi rumah, berlubang sana sini.
Keadaan semasa sunyi sepi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut mereka. Hanya suara TV yang menghiasi suasana. Cuma sesekali terdengar suara A.D yang mengaduh kesakitan. Hati lembut Kiesya terusik. Serba salah. Kesianlah pula. Sampai sekarang tak baik-baik lagi ke kaki dia tu. Tapi memang aku pijak sekuat hati aku tadi.
"Sakit ke?" Aku yang dihantui rasa bersalah, bertanya. Walaupun boleh di kategorikan soalan bodoh. Habis takkan nak aku picit kaki dia pula. Kira baik hatilah tu Tuan Puteri mencemar duli bertanya.
Tapi A.D tak berkata, tak menjawab. Masih tetap memandang pada TV. Sambil sekali sekala dia minum air mineral yang dia bawa tadi. Sombong pula dia, dah tua bangka pun nak merajuk. Pigii dah. Ada aku kisah!
Tak nak cakap lagi bagus. Lagi aku rasa selamat. Kalau boleh setahun ni tak payah bercakap. Kau buat hal kau. Aku buat hal aku. Tapi tak sangka juga aku yang A.D kaki merajuk juga rupanya. Dulu ingat bukan main garang lagi dia dengan aku. Tapi bukannya garang, mengatal pula jadinya.
"Perut pun dah kenyang jadi saya nak minta diri dululah ya," kataku memberi isyarat untuk berambus dari situ. Makin lama aku lepak kat sini makin aku rasa pelik pula. Aku dengan dia, berdua. Walau tak bercakap tapi memang aku tak biasa. Buatnya tiba-tiba dia naik tocang, tak cukup tanah aku nak lari. Sebelum berlaku apa-apa baik aku cabut dulu. Perut pun dah selamat dipenuhkan, nak apa lagi.
"Awak ingat, rumah saya ni rumah tol ke apa? Suka-suka hati nak touch, suka-suka hati nak go?" Aku yang baru berapa langkah membuka jalan, terhentilah. Ingat tak nak cakap tadi. Tapi kenapa pula tiba-tiba cakap macam tu. Aku menoleh, pandang pada A.D yang masih membatukan mata pada skrin televisyen.
"Apahal pula?"
"Ni... Tulang-tulang ayam yang awak melantak ni... Ingat saya ni orang gaji awak ke apa nak tolong kutip." A.D yang tetap memandang pada TV. Hanya menggunakan sedikit gerakkan kepala tunjuk pada meja di sebelahnya, pada mangkuk berisi sisa-sisa tulang ayam yang Kiesya makan tadi.
Ya Allah. Boleh pula terlupa. Hihi. Takut punya pasal tadi sampai terlupa nak ambil mangkuk tu. Nampak pula dia tu. Ada mata dalam lubang telinga ke apa. Kiesya berpatah balik untuk mengambil mangkuk yang dimaksudkan.
"Lagi satu... Bila ada dalam rumah saya... Jangan suka-suka hati nak sentuh barang-barang yang ada dalam rumah ni, terutama bilik saya.. Faham tu?" Kali ini A.D memaling muka, memandang tepat pada Kiesya. Cuba membesarkan matanya yang sedia kuyu itu.
Aku yang hujung-hujung jari je lagi nak sentuh mangkuk tu, jadi kaget pula bila A.D tiba-tiba memalingkan muka dia. Hujung-hujung mata je aku tenung dia. Tu dah kenapa terbeliak macam tak berapa nak terbeliak. Nak aku tolong angkatkan kelopak mata tu dengan sudu ke apa. Kalau dah mata tu kuyu,buat jelah mata kuyu.
"Okey... Baguslah kalau awak cakap macam tu, sebab saya memang pun tak hingin nak sentuh barang-barang awak apatah lagi nak masuk dalam bilik awak yang macam reban itik tu." Lagak aku dengan kedua tangan di pinggang. Bergoyang-goyang kepala aku dah macam adegan dalam filem tamillah pula.
"Reban itik? Hahaha... Hai... Muka macam pinggan pecah nak komen bilik orang. Hahaha..." Ketawa yang di buat-buat. A.D membalas semula bila Kiesya tak semena-mena mengutuk biliknya tadi.
Wah, tak berlapik betul mulut kau, kutuk muka aku macam pinggan. Muka macam ni kau kata pinggan? Aku pun satu, dah kenapa tiba-tiba mengutuk bilik dia tadi. Mana pula datang reban itiknya.
"Wahaha..." A.D tiba-tiba semakin galak ketawa. Bukan lagi ketawa yang di buat-buat. Ketawa yang menggelikan hatinya. Teringat akan sesuatu yang apabila dikenang, secara tak sedar mulut berfungsi sendiri untuk ketawa.
"Kau ni dah kenapa? Kena sampuk dengan jin itik ke apa?" Kiesya semakin meluat bila melihat A.D lebih bersungguh-sungguh mentertawakan dirinya. A.D cuba memandang semampu yang boleh kerana tertawanya masih berdekah di mulut. Bergenang air mata di hujung kelopak matanya. Menekan-nekan perutnya. Dia belum mampu berkata-kata. Gelihati sungguh dia.
Memang sah kau ni kena sampuk. Kiesya semakin menyampah. Geram sekali dia melihat akan keadaan A.D sedemikian rupa. Tertanya-tanya di hatinya, perkara apa yang buatkan A.D ketawa tak berhenti-henti. Apa yang funny sangat ni. Tak funnylah kalau setakat kutuk muka aku macam pinggan.
"Adui, adui... Tolong... Macam mana nak berhenti ketawa ni. Kihkihkih..." A.D cuba berhenti dari terus ketawa tetapi dia tidak mampu. Masih meneruskan ketawanya cuma, tidaklah sekuat tadi.
Sebiji macam ayah dia, mangkuk ni. Kalau dah ketawa tu, susah pula nak berhenti. Kiesya tetap terpaku di situ. Memeluk tubuh. Kalau ikutkan nak je dia blah dari situ. Tetapi hatinya tidak puas. Dia ingin tahu benda buruk apakah pada dia, sehingga A.D ketawa sedemikian rupa.
A.D duduk bersandar. Ketawa yang berdekah tadi telah hilang. Tetapi senyuman tetap di bibir. Matanya basah dengan air mata. Dia memandang pada Kiesya dengan senyuman. Senyuman mata.
"Haa... Kenapa yang seronok sangat tadi tu?" Kiesya meninggikan suara. Bertanya buat sekelian kalinya bila melihat A.D sudah berhenti dari ketawa. Senyum pula dia. Handsome sangatlah konon, senyum mata tu. Buat pertama kalinya Kiesya melihat senyuman mata dari A.D. Atau dah banyak kali? Mungkin dia yang tak perasan.
"Woi! Tak dengar ke aku tanya. Kenapa yang kau suka sangat, gelak macam orang gila dari tadi. Haa?!"
"Tadi... Masa awak mandi dalam tab tu... Dalam bilik air saya tu, kan. Masa mula-mula saya buka pintu bilik air tu, dalam tab tu saya ingatkan penyu mana tersesat masuk. Rupa-rupanya bila awak menjerit, baru saya tahu. Bukan penyu, tapi awak..." A.D menyambung ketawannya. Kiesya berubah muka.
Kau ni memang dah lebih sangat ni. Lebih sangat ni. Tadi kata muka aku macam pinggan pecah. Sekarang kata aku ni penyu?
Kiesya geram tak terkata. Hatinya bertambah panas bila A.D menyamakan dirinya seperti penyu. Dia melangkah ke hadapan, berdiri dekat dengan A.D. Mangkuk berisi tulang ayam yang dipegang sejak tadi di angkatnya dan menelangkupkan mangkuk itu di atas kepala A.D. Tulang-tulang ayam jatuh berguguran dari kepala A.D yang telah bertukar menjadi tiang. Kaku. Kelu. Tak sangka.
Tidak cukup dengan itu, hatinya belum puas. Sakit di hati cukup terasa. Buat kali ketiganya dia memijak sekali lagi kaki A.D yang masih tergamam. Buat sekelian kalinya juga A.D menjerit kesakitan. A.D sempat memandang geram tetapi Kiesya tidak melarikan diri seperti sebelumnya.
"Haa kenapa? Nak buat apa dengan saya?!" kata Kiesya membalas renungan tajam A.D. Mahu sahaja lelaki itu membalas kembali tetapi dia sedar yang dia bukanlah lelaki dayus.
"Huhhh!" Kiesya berdengus. Melangkah pergi. A.D hanya mampu terdiam. Tak sangka yang isterinya itu begitu marah. Tak boleh dibawa bergurau betul minah ni. Garang mengalahkan harimau. Itu pandangan pertama yang A.D pelajari.
Puas hati aku. Jahat ke aku? Bukan aku yang jahat, dia yang jahat. Aku dah tolong dia, kahwin dengan dia. Hari pertama je dah menyakitkan hati. Bukan nak layan aku baik sikit ke apa. Tapi aku memang takda niat pun nak pijak kaki dia. Benda tu jadi spontan. Lagipun apalah yang aku ada nak mempertahankan diri, kan.
Tapi satu je yang aku pasti. Hati aku ni dari tadi terlompat-lompat. Dah macam-macam lompatan dia buat. Lompat bintang, lompat bulan, lompat galah, lompat polis entry one two jaga. Sambil melompat siap menyanyi lagi tu. Padan muka kau A.D. Padan muka kau A.D. Polis mati pencuri pun kata, padan muka kau A.D!
MUKA monyok. Mengetap-ngetap gigi sendiri. Sekejap tergeleng. Sekejap mengeluh. Sesekali dia mengaduh sakit.
"Slow sikitlah picit tu pun," A.D bersuara. Terasa urutan itu menambahkan lagi sakit di kakinya. Tasya hanya mendiamkan diri. Sesekali senyum simpul. Puas dah dia gelakkan A.D tadi. Tak larat dah nak gelak. Air mata pun dah takda stock. Kalau ada jual kat kedai, nak aje dia pergi beli. Sambung ketawa. Baru layan ketawa keluar air mata.
"Eeii geram betul!" marah lagi A.D. Tak putus-putus mulut dia memaki hamun isterinya Kiesya.
"Sudah-sudah lah tu. Salah abang juga yang buat pasal dulu. Dah tahu perempuan tu menyampah, dikacaunya. Kan dah kena. Tulah..." bebel Tasya. Bernanah telinga A.D mendengar.
"Kau ni, hairan juga aku kan. Sejak bila kau jadi satu geng dengan Kiesya tu? Bukan nak kesian dengan aku ke apa. Dia juga yang kau bela kenapa?" marah A.D. Tenungan geramnya dialihkan kepada Tasya.
"Arghh!" A.D tiba-tiba menjerit. Kakinya baru dipicit kuat oleh Tasya. Sengaja.
"Kau nak bunuh aku ke apa?"
"Padanlah muka! Orang lain yang buat hal, kita pulak yang kena marah. Picitlah sendiri kaki busuk ni." Tasya menghempas kebawah kaki A.D yang di ribanya itu.
"Ala la la Tasya... Sakit ni..." A.D buat muka sedih. Muka merayu. Minta diurutkan lagi kakinya yang sakit itu. Tasya mencebik. Tapi mengangkat semula kaki A.D ke ribanya.
"Sorry lah. Aku memang tengah bengang ni. Sakit gila kut kaki aku tu. Tiga kali tau dia pijak," tunjuk A.D tiga jari tangannya pada Tasya dengan mata yang terbeliak. Tasya hanya mengeluh.
"Lepas ni jangan diusik-usik lagi dia. Buat bodoh sudah la. Dah kata tapi tak nak dengar, ha kan dah kena. Ini baru dia pijak kaki. Kalau dia pijak bibir? Tak mengelembung bibir meleret sampai ke tanah?" usik Tasya. Ketawa kecil dia. A.D pandang tak puas hati. Tapi tak berani nak membalasa. Kang ada pula yang tak nak mengurut kaki dia. Redha jelah.
"Lepas ni aku malas nak layan dia pun... Aku ni bukan apa, yalah dah duduk sekali. Ingat nak berbaik-baik. Tapi..." A.D tak meneruskan kata-katanya. Hanya menggelengkan kepala.
"Betul ke ni? Bukan kata suka ke mengusik si Kiesya tu ke?" soal Tasya tak percaya.
"Yup! I'm gonna just ignore her. Till she says sorry to me."
"Okey. If she say sorry, then what?"
A.D hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab pertanyaan Tasya. Lagipun dia tak percaya yang Kiesya akan meminta maaf padanya. Tak mungkin perempuan garang itu akan menuntut maaf. Tak mungkin.
Benarlah seperti apa yang A.D tekadkan tadi. Dia langsung tidak menghiraukan Kiesya sejak itu. Walaupun Kiesya ada menegur dirinya tapi dia tetap berhati batu. Hanya menggunakan bahasa isyarat jika perlu. Cuma satu yang dia tunggu. Kata-kata maaf dari Kiesya.
Dia ingat dia siapa. Aku ni bos dia la. Suami pula tu. Nak besar kepala konon.
Keadaan itu berlarutan hampir ke hari kesepuluh sejak mereka dinikahkan. A.D tetap tidak mempedulikan Kiesya. Kerena apa yang dia mahu belum Kiesya nyatakan.





No comments:
Post a Comment