AKU dibenarkan pulang ke rumah. Tapi rasa serabai sangat. Aku ajak Zira temankan aku berjalan-jalan sambil mengambil angin, tapi bos dia tak bagi pula. Dah banyak sangat MC. Tadi pun dia cilok-cilok juga mencuri masa datang melawat aku di wad. Nak ajak budak-budak office, diorang pun kerja. Dari cerita Zira, semalam hampir kesemua budak office aku datang melawat. Tapi masa tu aku belum sedar. Sayang juga diorang kat aku rupanya. Mesti risau sangatkan diorang...
"Truttt... Truttt... Truttt..." Panggilan telefon tanpa nama.
Siapa pula yang call ni... Takda dalam list contact aku pun.
"Hello."
"Hello... Kiesya?"
"Ye saya... Kiesya."
"Assalamualaikum..".
"Waalaikumusalam... Siapa ni?"
"Sampai hati tak save nombor saya."
"Haa... Siapa ya... Ermm Naufal?"
"Haha... Arr awak free ke?"
"Ermm boleh la... Kenapa ya?"
"Saya dengar awak dah keluar dari wad... Nak saya temankan awak?"
"Haa? Ermm saya..."
"Awak tunggu kat situ, kejap lagi saya sampai."
"Tunggu kat sini?"
"Tunggu je kat tempat awak berdiri tu, lagi sepuluh langkah saya sampai."
Haa sepuluh langkah? Depan memang takla sebab ada gaung. Aku memusingkan badan aku ke belakang umpama model iklan rambut. Tapi aku pakai tudung. Gaya-gaya jelah.
Benda pertama yang aku nampak selepas berpusing ala-ala gaya model tadi itu ialah bunga! Ya sejambak bunga ros warna kuning yang hampir menyentuh hidung aku. Mana pergi Naufalnya? Dah kena sumpah jadi bungakah?
Kemudian perlahan-lahan jambangan bunga itu diturunkan. Wajah Naufal disebaliknya. Wah so sweet.
"Hi Kiesya."
"Hi... Ermm, dari mana ni... Dari Cameron Highlands ke?" tanyaku sedikit menyindir. Mana entah dia tahu aku ada kat sini.
"Owhh Haha... Taklah saya bawa bunga ni ingat nak melawat awak kat hospital tadi... Tapi sampai je tengok awak dah takda... Saya tanyalah Zira... Dia yang beritahu awak ada kat sini."
Dah agak dah. Ni mesti kerja Zira yang kantoikan lokasi aku. Sweetlah pula dia ni. Dengan berkot semua. Rajin pula datang sini cari aku, takda kerja ke. Takda kes ke yang nak diselesaikan. Takda orang nak buat wasiatkah. Siap dengan bunga ros kuning lagi. Ni ada tanda-tanda nak berkawan lebih serius ni.
"Kenapa warna kuning?" soal aku menduga merujuk kepada warna kuning bunga ros tu. Naufal terpinga-pinga bila aku mengajukan soalan yang dia sendiri tak menduga. Nampak sangat dia pun kelam kabut nak menjawab. Confirm tak tahu apa-apa ni. Siapalah penasihat dia di sebalik warna bunga ros ni.
"Haa... Haha, sebenarnya saya pun tak tahu... Aunty bunga tu tanya, saya cakap nak melawat orang sakit. Hihi." Naufal tergagap-gagap.
Mesti tak sangka aku nak tanyakan. Maksud warna bunga pun tak tahu, kalau aunty tu bagi warna hitam lepastu bagi kat aku pula memang nak kena pelangkung kepala dia ni. Hehe, hati je cakap tapi tak buat pun.
"Awak tahu tak maksud bunga warna kuning ialah pergi meninggal dengan aman?" Perangai menyakat aku mulalah nak keluar bila terkejut-terkejut ni. Naufal terkedu, tidak menyangka. Pergi meninggal dengan aman? Kihkih.
"Ya Allah... Sumpah saya tak tahu. Minta maaf Sya, saya tak bermaksud macam tu. Adui dah kena kencing dengan aunty bungalah ni... Haha..." Naufal tergaru-garu kepala yang tak gatal. Sedikit pun tidak menyangka warna kuning itu untuk orang yang telah mati. Inilah kali pertama dia menghadiahkan bunga pada seorang wanita. Wanita yang berjaya mempersonakan dirinya.
Melihat akan diri Naufal yang serba salah, gundah gulana, Kiesya tidak berjaya mempertahankan rasa gelihatinya lagi.
"Hahaha." Aku dah tak tahan nak gelak. Gelak dulu ya. Apa punya lawyerlah dia ni. Maksud warna bunga takkan tak tahu. Ingat aku lawyer semua benda diorang tahu. Rupanya salah anggapan aku selama ni.
"Haha" Naufal tumpang ketawa setelah melihat Kiesya berbuat demikian. Tidak mengerti mengapa Kieya begitu beriya mentertawakan dirinya.
Aku pun malas nak explain kat dia maksud warna kuning. Pandai-pandai dialah google. Sekarang ni bukan susah sangat nak cari maklumat. Semua pakai hujung jari je. Macam-macam info ada dalam internet tu.
Mereka memandang di antara satu sama lain. Melemparkan senyuman manis. Kiesya tertuduk malu apabila Naufal tidak lepas menatap wajahnya. Dia berpusing dan berjalan perlahan sambil diikuti oleh Naufal di belakang.
"Ermm Sya... Tak bahaya ke awak sorang-sorang kat sini?" Naufal memerhatikan sekeliling, kiri dan kanan.
"Taklah. Saya dah biasa datang sini... Kalau tak dengan Zira memang saya sorang je. Lagipun udara kat sini fresh... Orang sakit macam saya memang sesuai sangat."
Memang inilah tempat yang aku tuju bila fikiran berkecamuk. Aku perlukan udara segar untuk menstabilkan semula otak-otak yang dah bersimpul. Kalau tak dengan Zira, aku datang sendiri. Dekat sini boleh lihat seluruh kota raya Kuala Lumpur, kalau tak seluruh pun sebahagian kut.
"Ya memang segar udara kat sini... Maksud saya tak risau ke kalau ada orang nak apa-apa kan awak." Naufal memperjelaskan maksudnya.
"Tak risau pun... Kan ada pondok polis kat belakang sana... Awak tak nampak?" Aku menunding jari tunjuk ke pondok polis kecil nun di hujung, agak tersorok di bawah dedaun pokok. Kesian kat dua orang abang polis tu mesti bosan gila kena bertugas kat situ. Line pun kecil je kat atas bukit ni. Nak main game facebook pun tak lepas. Apalah yang diorang berdua buat kat dalam pondok kecil tu.
"Owhh ya... Patutlah..."
"Apa yang patut?" Aku bertanya inginkan penjelasan.
"Patutlah tak takut. Ada dua orang boyfriends tolong jaga." Naufal bergurau dalam menduga. Kiesya tersenyum simpul.
Dari hari itu lagi dia nak duga aku pasal boyfriend. Takkan tak boleh duga sendiri lagi kut. Nak kena aku cakap pula ke. Saya takda boypren lagi. Single mingle. Naufal tackle la saya. Haha, gedik sangatlah pula. Aku bosan juga umur dah 28 tapi takda boypren lagi, Zira pun hujung bulan 12 dah nak kahwin. Tinggal akulah nanti sorang-sorang. Apa aku nak buat kalau sorang-sorang. Takkan setiap hujung minggu lepak kat rumah layan cerita Korea je.
"Taklah, boyfriend saya bukan dua orang. Sebenarnya ada empat orang," kataku penuh bangga. Senyum di bibir dan terus berjalan ke hadapan. Naufal terpaku dan terpinga-pinga.
Apa yang dia fikir entah la. Mungkin dia ingat aku playgirl kut, paling tidak pun buaya betina bertudung. Triple B. Hahaha.
"Empat orang?" soal Naufal sedikit cemas. Kiesya tersenyum lagi melihat gelagat Naufal yang seakan tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah berpunya. Raut wajah kecewa jelas terpampang di wajahnya. Tahulah Kiesya yang Naufal sememangnya menaruh perasaan terhadap dirinya.
"Tu kat hujung sana ada lagi satu pondok polis. Itulah lagi dua orang boyfriend saya," tunjuk Kiesya pada sebuah lagi pondok polis. Nampak lega raut wajah Naufal. Haha. Dia mesti fikir aku ni jenis perempuan loyar buruk, kan. Nasib la Naufal siapa suruh nak berkawan dengan aku. Lagipun loyar dengan lawyerkan lebih kurang je. Insyaallah ada chemistry.
"Sya ni pandai bergurau ya. Kalau masuk Maharaja Lawak ada chance boleh masuk final ni rasanya," kata Naufal.
"Ish, takdalah sampai ke situ. Gurau-gurau gitu je. Siapa lagi nak hiburkan hati sendiri kalau bukan kita, kan?" Seraya Kiesya melarikan pandangan matanya mencuri-curi lihat pada wajah Naufal yang sedang memandang ke arah gaung. Kacaknya dia ni. Rasa sekali tengok tak puas pula. Kalau ayam goreng dah sampai menjilat jari ni.
"Kalau macam tu malam ni Sya free?" soal Naufal kembali menatap pada wajah gadis yang berada di sebelahnya. Kiesya yang terkejut dengan permintaan dan pandangan itu, cepat dia mengalihkan wajahnya memandang pada gaung di hadapan.
Alamak dia memang dah serius sangat ni. Ermm, tapi apa salahnya, kan. Nampak dia pun bukan jenis yang ambil kesempatan. Aku pun macam sukalah pula dengan dia ni. Lagipun kalau tak keluar, macam mana aku nak kenal hati budi dia. Macam mana aku nak tahu dia betul-betul ikhlas suka pada aku.
Tapi Sya macam mana dengan perkahwinan kau dengan Mr.A.D? Adui time macam ni la nak teringat kat benda tu pula. Aku tak cakap pun aku setuju nak kahwin dengan dia, kan. Siapa nak kahwin dengan dia! Aku tak suka kat dia pun. Macam mana dengan ayah pula Sya? Ala malaslah nak fikir. Bencilah!
"Sya tak free ke?" soal Naufal sekali lagi meminta kepastian dari Kiesya yang sedari tadi tidak mengiya atau menidakkan.
"Haa... Boleh aje. Saya memang free malam ni. Tapi kena balik sebelum pukul sepuluh." Leganya dapat jawab macam tu. Soalan macam senang, tapi nak jawab tu yang susah. Jenis macam aku ni pula kalau yang melibatkan hal perasaan memang kadang-kadang tu boleh terkelu lidah. Cuma itulah malam hari jumaat ni memang aku tak lepas tengok Maharaja Lawak Mega. Nak hilang stress. Kena balik awal. Pukul sepuluh dah kena ada depan TV.
Naufal mengukir senyuman di bibir. Hasrat hatinya termakbul. Dia menyeluk tangannya ke dalam baju kot yang dipakai, dan mengeluarkan dua keping kertas. Macam tiket pun ada.
"Malam ni pukul sepuluh, Maharaja Lawak Mega." Naufal menggoyangkan dua keping tiket, terukir senyuman di bibir. Aku mahu tak terkejut. Memang surprise sangat ni. Ajak tengok live ke.
"Wah bestnya... Saya pun tak pernah tengok live," kataku excited. Setakat tengok kat TV je pun. Nak pergi tengok live dengan siapa. Padahal bukan jauh pun dari sini dengan Shah Alam tu. Tapi pelik juga kan, macam tahu-tahu je aku suka. Kalau aku tak suka? Ermm, mesti Zira punya kerja ni.
"Tapi sebelum tu kita pergi dinner dulu, boleh?" Wah nak ajak aku dinner sekali. Candle Light Dinner ke macam yang dalam TV tu. Ada lilin je yang menerangi suasana, sampai nak makan pun tak nampak sebab tak cukup terang. Pakai lampu biasa sudah. Kira jadi jelah.
"Okey." malu-malu je aku jawab okey.
"Tapi saya nak balik rumah dulu, nak bersiap. Asar dengan maghrib sekali. Dah pukul lima ni," kataku pula.
"Okey... Lepas maghrib. Dalam pukul lapan saya datang jemput awak."
Aku menganggukkan sedikit kepala tanda setuju.
AKU dah kelam kabut tadi nak menggayakan baju. Zira bukan main suka. Excited betul dia tolong padankan aku baju yang sesuai. Kawan baik nak keluar dating la katakan. Siap jampi lagi tadi tu. Hembus kat muka aku. Apa benda yang dia jampi aku pun tak tahu. Bau petai adalah. Hikhik.
Tepat pukul lapan tak kurang satu saat pun, Naufal dah terpacak di hadapan rumah dengan keretanya. Betul-betul pukul lapan dia ni. Menepati masa sangatlah pula.
Dalam kereta.
"Awak nak bawa saya makan kat mana ni?" tanya aku pada Naufal yang sedang memandu.
"Adalah rahsia. Tapi tak jauh dari Shah Alam. Lepas makan nanti senang kita nak gerak ke sana. Tak jauh sangat." Naufal memandang.
"Cantik sangat awak hari ni," kata dia lagi memuji.
Ish dia ni. Yang aku tanya, rahsia. Yang aku tak tanya pula dia jawab. Bilanya aku tanya aku nampak cantik ke tidak? Dah alang-alang terpandang tu, aku perhatikan pakaiannya dari atas ke bawah. Memang smart habis. Bergaya. Kalau siap dengan kaca mata. Confirm meletup. Kalah artis woo.
Tepat pada pukul 8.17 malam, kami telah sampai di destinasi rahsia Naufal. Bawa macam pelesit, punyalah laju. Nak luruh jantung aku tadi. Cuma aku je berlagak cool. Padahal dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Baru aku tahu pengertian laju yang sebenarnya, sebab aku ingat selama ni aku dah bawa laju dah, rupa-rupanya taraf adik-adik je aku ni. Kesian.
Restoran yang dia bawa ni pun bukan main dasyat. Tak pernah terfikir dek akal aku nak makan kat sini. Kalau aku saja-saja nak datang memang taubat taklah kut. Class sangat. Mesti mahal gila harga makanan kat sini. Dah siap booking meja lagi. Orang banyak duit. Apa ada hal.
"Sya nak makan apa?" Naufal bertanya, sambil kami berdua menjamah mata dengan menu-menu pelik yang aku tak pernah tengok pun.
Nak order pun tak reti sebenarnya ni. Nak cakap pun tak pandai. Bahasa apa punya menu entah la. Saumon aux agrumee, gambar menu macam ikan salmon. Kalau ada buttonkan senang. Boleh tekan je kat menu yang kita nak, tak payah nak sebut.
"Sya... Order?"
Ish dia ni. Sabar la. Dah la aku tak pandai nak menyebut, dia pula sibuk tanya nak order apa. Mahu terkerut lapan belas dahi aku kalau nak menyebut satu menu. Kalau dua menu, tak terlipat terus dahi aku?
"Sya tak kisah... Apa-apa pun boleh," jawab aku dengan confidentnya. Selamat aku tak payah nak sebut. Siapa suruh push aku sangat. Pandai-pandai kaulah Naufal.
Lepastu si Naufal ni senyum-senyum pula. Rasa nak luku kepala dia pun ada. Perli ke apa. Dia pun order, apa benda aku pun tak tahu. Nampak macam senang pula dia menyebut. Ke... Aku yang tak sekolah dulu?
"Sya nak minum apa?"
Ya Allah kau ni Naufal. Aku ingat dah settle. Air pula dia tanya! Kiesya berpura-pura melihat kembali pada menu di depan mata. Wajah berkerut. Tidak tahu dia nak menyebut dengan betul menu di dalam bahasa Perancis. Risau jika sebutannya akan mengundang ketawa oleh Naufal.
"Teh ais."
"Teh ais?" Naufal mengajuk kembali.
Naufal dah pelik. Mana ada teh ais pun dalam menu ni. Habis aku nak sebut apa. Semua pun macam aku tak pernah minum. Pandai-pandai kaulah translate teh ais dalam bahasa Perancis ni. Kira okey aku sebut teh ais, kalau air buah kedondong? Tak pasal-pasal malam-malam ni nak kena cari kedai buku pula. Mencari kamus dewan bahasa Perancis.
Kiesya tidak membalas kembali pertanyaan Naufal, berpura-pura melihat pada telefonnya, seakan ada mesej yang masuk. Padahal berusaha melarikan diri dari terus ditanya. Naufal mengukir senyuman memahami. Salah dia juga menyangka yang semua orang tahu menyebut bahasa Perancis. Salah dia juga menyangka yang semua orang mampu makan di tempat begini.
"Maaflah kalau buat Sya tak selesa dinner kat sini." Naufal bersuara kesal. Nampak sangat aku dah kantoi. Siot je.
"Eh Sya okey je... Makanan apa pun Sya tak kisah janji halal... Makanan Morocco pun Sya makan... Cuma nak sebut je tak pandai." Aku membuat muka toya, berterus-terang. Rasa rendah dirilah pula. Tapi baguslah sekurang-kurangnya dia dah tahu serba sedikit tentang aku. Kalau dia tak suka pada aku, sebab aku tak reti nak sebut bahasa France, nak kata apa kan. Pasrah jelah.
Naufal melemparkan senyuman sweet dia sekali lagi. Aku tidak berani memandang lama. Takut kecairan. Takut terkena penyakit angau sampai terbawa ke dalam tidur. Tapi rasannya dah adalah angau tu. Tadi masa balik rumah kejap, punyalah seronok aku cerita kat Zira yang Naufal nak ajak aku dinner. Zira pun suka. Petanda yang aku dah mula suka kat dialah, kan.
Baik punya sedang berborak dengan Naufal secara tiba-tiba terlintas dua orang makhluk Allah yang salah seorangnya cukup aku kenali. Kat sini juga ke dia nak mencekik. Macam dah tak ada kedai makan lain. Kalau ya pun nak makan kat sini, datang la esok ke, minggu depan ke. Bala... Bala...
Kiesya berjaya menghidu masalah yang bakal kunjung tiba. Orang yang paling dibenci juga kebetulan ingin menjamu selera di situ. Orang yang banyak memberi masalah pada dirinya sejak beberapa hari ini. Orang yang sanggup berkahwin dengan dirinya demi untuk mendapatkan harta pusaka ayahnya. Aqil Danish.
Dia dah nampak aku dah. Nak tak nak kena hadap jugalah.
"Hei Keisya Humaira. Tengah makan ke? Kebetulan pula." Mr.A.D menyapa. Berdiri di sebelahnya seorang perempuan seksi. Seksa mata aku memandang pada pakaian minah seorang ni.
Soalan pun entah apa-apa. Tak nampak ke orang tengah makan. Kalau aku jawab tengah asah parang, nak potong-potong mulut kau tu yang macam puaka. Kau kata aku gila. Malas nak layan.
Kiesya tidak mempedulikan sapaan oleh bosnya itu. Hatinya masih marah dan malu mengenang apa yang telah terjadi.
"Tak nak kenalkan i dengan boyfriend you?" kata Mr.A.D lagi. Kiesya masih membisu. Namun...
Naufal pula dengan ramahnya berdiri dan bersalam dengan A.D. Mengaku ke boyfriend aku? Belum apa-apa dah mengaku dia ni. Tak cakap dengan aku pun nak jadikan aku ni girlfriend dia?
"I'm Naufal."
"Aqil Danish. Do call me A.D... And this is my sweetheart, Bella." Mr.A.D mempekenalkan dirinya dan awek di sebelahnya yang seksi itu. Bella menghulur tangan pada Kiesya, dan mereka berjabat tangan. Senyum simpul.
Nama nak macam mat salleh, Bella. Nama tu okey lagi, pakaian pun dah macam mat salleh. Tak cukup kain punya baju. Skirt tu kenapa tak angkat terus sampai ke pinggang je. Alang-alang dah seksi. Patut ayah kata perangai si A.D ni dah lain macam. Tengok perempuan ni pun dah tahu.
Kiesya mempertikaikan cara pemakaian gadis yang bernama Bella itu. Kekasih bosnya. Teringat akan luahan hati Datuk Mokhzani akan anaknya yang semakin menuju ke arah kehancuran. Kaki perempuan. Buaya!
Sedar dirinya tak dilayan oleh Kiesya, A.D ingin melangkah pergi. Tapi sebelum dia berangkat pergi, ada pesanan yang ingin dia sampaikan kepada gadis itu. Pesanan untuk mengigatkan Kiesya tentang perjanjian kahwin mereka.
"Enjoy your meals and Kiesya, you only have ten days left. Remember that," kata Mr.A.D dan berlalu pergi.
Aku senyum tawar. Aku tengok Naufal dah berkerut tak memahami dengan apa yang berlaku. Nak kena menjawab pulalah lepas ni. Geram pun ada. Kenapalah boleh jumpa si setan tu kat sini. Punyalah besar Malaysia ni, hari ni juga, waktu ni juga, tempat ni juga kau nak datang. Kiesya mengeluh.
"Apa maksud dia, Kiesya ada sepuluh hari je lagi? Macam ada yang tak kena je saya tengok? Siapa dia tu?" Aku dah kata dah.
"Takda apalah." Ringkas je aku jawab. Malas.
Tetapi Naufal ni nampaknya tak puas hati dengan jawapan yang aku beri tadi. Dia mengangkat kedua-dua belah kening dan tangan-tangannya sekali. Nak tahu juga. Takkan aku nak beritahu dia, itu bos aku. Nanti tanya pula kenapa sepuluh hari lagi. Banyak benda pula nak kena explain nanti. Silap-silap kantoi tercakap pasal kahwin tu. Aku tak nak kahwin dengan dialah!
"Dia tu Ah long, dulu saya ada pinjam duit sikit dengan dia." Suka hati tok wan aku je bagi jawapan.
"Ah long?! Habis sepuluh hari tu? Berapa banyak lagi kena bayar? Biar saya tolong." Naufal terkejut. Menawarkan diri untuk membantu.
Ish Naufal ni. Aku pun sengal juga tetiba Ah long pula. Mana sempat nak fikir laju-laju. Kalau bagi dua hari ke bolehlah aku fikir nak bagi jawapan lain yang lebih bernas, kan.
"Tak, tak... Dah settle dah pun sebenarnya... Tinggal lagi duit bunga je belum settle." Ini orang kata bila dah menipu sekali akan menipu lagi untuk menutup penipuan yang pertama.
"Banyak mana lagi bunga tu? Awak betul ke boleh selesaikan dalam sepuluh hari ni?"
Naufal dah mengelabah semacam. Tadi dah la mengaku yang dia tu boyfriend aku. Declare apa pun tak. Suka hati dia je. Tapi kalau Naufal nak jadikan aku girlpren dia memang aku tak tolaklah. Haha. Aku pun malas nak panjangkan cerita lagi, kira kasi tutup terus ini kes jelah.
"Awak relaks je. Bunga tu tak banyak pun lagi. Saya boleh selesaikan. Banyak sangat masa sepuluh hari tu pun," balas Kiesya dengan nada yang berlagak. Seolah-olah masalah yang dihadapainya, hanyalah setakat masalah budak-budak sekolah sahaja.
"Berapa?"
"Tak silap saya lima ringgit kut. Lebih kurang macam tulah."
Aku buat bodoh je makan ikan salmon yang Naufal order tadi. Malas aku nak tengok muka dia. Sebab aku tak tahan nak gelak. Takut tersembur. Malu ooo kalau perempuan makan tersembur. Kalau dah kahwin cerita lain. Ini baru first date. Kelakuan kena jaga. Bunga apa, lima ringgit? Kihkih.
Naufal menggelengkan kepala melihat kelakuan Kiesya yang tak habis dengan bergurau. Anggapannya benda itu mungkin tidak terlalu serius. Lagipun pertemuan seindah ini tak mahu dirosakkan dengan permasalahan yang lain. Tapi jika benar Kiesya berhutang dengan Ah long itu, dia sanggup membantu. Anytime!
Sekurang-kurangnya Kiesya berjaya menutup sementara permasalahan yang sedang membelenggu dirinya dari pengetahuan Naufal. Dia telah bertekad untuk tidak mempedulikan soal perjanjian itu. Baginya lelaki yang berada di hadapannya sekarang adalah yang terbaik. Dia tak mahu hanya kerana masalah orang lain, dia juga terjerut ke lembah kekusutan.
Setelah habis menjamu selera, kita orang bergerak ke dewan MBSA, nak layan pula Maharaja Lawak. Best rasanya sebab ini kali pertama aku akan menonton secara live. Agak-agak muka aku masuk TV tak nanti?





No comments:
Post a Comment