LANGKAH Aqil Danish cukup laju. Tak sabar rasanya hendak sampai di rumah. Tak sabar juga dirinya hendak berkongsi saat gembira itu dengan seseorang. Cepat kunci disauknya dari poket seluar. Membuka pintu usang itu.
"Tasya, ohh Tasya..." pekik dia agak kuat. Tak terlihat kelibat pemilik yang bernama Tasya itu di ruang depan rumah. Berjalan masuk ke bilik. Takda pula. Mana pergi dia ni. Rumah kecil macam ni pun boleh main sembunyi-sembunyi pula.
"Ha kenapa bang!" suara seorang wanita dari arah dapur. Cepat A.D ke situ.
"Kenapa ni?" soal Tasya lagi pabila melihat kelibat A.D yang gembira semacam. Senduk yang dipegang, ingin diletak semula ke dalam kuali. Namun belum pun sempat senduk itu masuk ke dalam kuali, dirinya telah dipeluk erat oleh A.D. Terjatuh ke lantai senduk itu.
"Ni apahal pulak ni?" tanya dia hairan. A.D melepaskan pelukkan itu. Pandang wajah Tasya cukup ceria.
"Ni... Dia setuju!" senyum sampai ke telinga. Tunjuk pada Tasya sekeping kertas. Kertas yang tertera perjanjian antara dia dan Kiesya.
"Ya ke? Alhamdulillah," Tasya memanjatkan rasa syukur. Jiwanya juga riang. Masing-masing senyum tak terkata.
"Dia setuju. Tapi dia letak syarat... Nah." A.D menyerah kertas yang dipegang sejak tadi. Belum pun sempat Tasya melihat, tangannya telah ditarik. Menuju ke depan. Menghempas dirinya di atas sofa. Senyuman masih melekat di muka. Tasya yang turut terduduk di sebelahnya, terus menatap kembali pada kertas yang dipegang. Membaca.
Selesai membaca, dia mengalihkan pandangan pada A.D di sebelah. Senyuman tadi telah hilang di muka.
"Abang boleh ke buat semua ni?" tanya Tasya. Gusar dia. A.D hanya mengangguk laju.
"Boleh punya. Kacang jelah," kata A.D. Masih tetap tersenyum. Kaki bergerak-gerak. Seakan-akan menari-nari mengikut alunan lagu yang berkumandang dari radio usang mereka.
"Betul ke ni?" soal Tasya lagi. A.D memalingkan mukanya. Pandang pada Tasya. Tangan diangkat, letak pada kedua belah bahu wanita di depannya itu.
"Ya aku boleh... Cuma... Lepas ni tak bolehlah kita duduk sekali... Tapi takpa, sebab orang tua tu dan janji dengan aku. Kalau Kiesya setuju dia akan tunaikan beberapa permintaan aku. So lepas ni aku akan minta sebiji rumah untuk kau duduk nanti. Okey?" tenung A.D ke dalam mata pemilik yang bernama Tasya itu.
"Tapi takkan nak cakap pasal..."
"Pasal tu semua kau tak payah risau. Semua tu nanti aku uruskan," cantas A.D. Tahu apa yang nak diperkatakan oleh Tasya.
"Yalah..."
A.D menjulur panjang kakinya. Lega sangat hatinya kini. Segalanya juga bakal berakhir. Setidak-tidaknya dapatlah dia keluar dari rumah flat ini. Setidak-tidaknya hutang dengan Ah Long yang berjumlah lima puluh ribu ringgit itu juga bakal dilangsaikan nanti. Rimas betul kalau kocek seluar tak berduit. Nak melepak dengan awek lagi. Awek sekarang bukan jenis pandang kalau kocek berlubang.
Tapi... Budak tu...
"Tasya... Kau rasa budak si Kiesya tu macam mana?" toleh A.D memandang pada Tasya yang masih meneliti surat perjanjian tadi.
"Ermm?" Tasya pandang. Mata berkelip-kelip. Tak Faham.
"Yalah... Memanglah kau tak pernah jumpa dia. Tapi dari yang aku cerita selama ni... Dari, syarat tu..." bergulung-gulung tangan A.D hendak menyampaikan apa yang dimaksudkan tadi.
"Ohh... Ermm kalau tengok dari syarat-syarat yang dia tetapkan kat sini, firstly dia memang tak suka kat abang. Itu confirm. Bukan setakat tak suka je. Tapi mungkin ada rasa nak pijak je muka abang tu kut. Hihi... " Tasya dah tergelak kecil. A.D geleng kepala. Nak menambah cerita serah kat budak Tasya ni.
"Lagi?" soal A.D.
"Secondly, dia tak pandang abang ni siapa. Walaupun abang ni ada rupa, bakal menjadi kaya-raya, tapi dari syarat-syarat yang dia tetapkan ni... Dia tak terpegaruh langsung. Kalau tak, tak mungkin dia letakkan semua syarat-syarat ni, kan?" kata Tasya, pandang pada A.D dengan kening yang terangkat. A.D mengangguk. Sama seperti apa yang dia fikirkan.
Kiesya, Kiesya... Nasib la kau setuju. Kalau tak... Tapi makin lama pandang muka kau, makin comel pula aku rasa. Kenapa aku tak perasan selama ni erk. Haha. Tengah marah masa tu. Manalah perasan.
"Ni yang tersengih-sengih dari tadi ni kenapa ni?" terkejut A.D dek sergahan Tasya.
"Jangan-jangan fikirkan si Kiesya tu tak?" serkap Tasya pula. Bertambah mengelabah A.D. Ish dia ni, tahu pula dia.
"Mana ada..." nafi A.D.
"Eleh... Tengok muka pun dah tahulah," balas segera Tasya. Cebik mulut.
"Ish takkanlah... Lagipun dia kan dah ada boyfriend. Itu hari terjumpa kat Shah Alam. Suka apa pulak,' kata A.D.
"Betul ke ni?" soal Tasya lagi. Mata dikecilkan. Pandang tajam pada A.D.
"Ya... Lagipun bukan apa. Si Kiesya tu macam pelik sikit la gaya dia. Macam sengal pun ada. Hihi," tergelak A.D sendiri setelah mengutuk bakal isterinya itu.
"Erm sahlah ni. Dah angau!" Tasya menolak jari telunjuknya pada kepala A.D dan bingkas bangun menuju ke dapur.
"Eh mana adalah..." nafi A.D lagi. Turut serta bangun menurut Tasya ke dapur.
KIESYA menatap lama syiling di atas. Dia terbaring di situ hampir setengah jam yang lalu. Tidak bergerak. Terlalu banyak perkara yang sedang bermain di kotak fikirannya. Memikirkan cara yang terbaik untuk menangani masalah baru yang bakal melanda tidak lama lagi. Boleh ke Zira terima apa yang aku nak cakap nanti? Kalau dia tak boleh terima? Kalau dia marah?
Dia berusaha mencari kekuatan untuk mengadap Zira. Pasti kawan baiknya itu akan terluka. Pasti dia akan bersedih nanti. Tetapi yang lebih penting. Percayakah dia akan pembohongan yang bakal dia katakan nanti?
Malas memikirkan lagi soal itu, dia turun ke bawah mencari Zira yang sedang melayan mata dengan drama melayu di kaca TV.
"Kau pergi mana lama sangat kat atas tu. Dah start dah ha cerita ni," kata Zira bila memandang Kiesya yang baru menampakkan diri.
Cerita drama melayu yang tidak pernah terlepas untuk ditonton. Kiesya memandang kosong pada kaca TV itu. Hari ini dia tidak berminat untuk menjamu mata dengan drama melayu kerana hatinya lebih runsing memikirkan drama yang bakal terbit tidak lama lagi.
"Kau ni kenapa... Senyap je aku tengok... Sakit gigi ke apa?" Sempat lagi Zira menegur walau matanya tetap tidak berpaling dari TV. Kiesya senyum simpul.
"Beb, aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Aku memandang serba salah pada Zira.
"Nak cakap apa, cakap jelah. Tapi kalau nak pinjam duit, aku takda duit lebih sekarang ni. Kau tahu jelah, duit aku banyak nak guna untuk kenduri kahwin aku nanti," sambil tangannya tak lepas memasukkan keropok ke dalam mulut. Kali ini dia menoleh memandang pada aku.
"Lain macam je muka tu. Kau bagi tahu jelah berapa nak pinjam. Kalau sikit-sikit bolehlah kut." Zira tak sampai hati. Melihat muka Kiesya yang monyok dan mencebik. Muka sedih.
"Bukanlah. Bukan nak pinjam duit." Kepoh je Zira ni. Selama ni pun mana pernah aku pinjam duit dia. Dia yang pinjam duit aku adalah.
"Habis?"
"Ala, serba salah la aku nak cakap. Kau mesti tak suka punya nanti." Belum cukup kekuatan yang ada untuk dia berterus terang. Kiesya masih berkira-kira untuk menyusun ayat yang terbaik untuk diucapkan pada kawan baiknya itu.
Zira menurunkan kaki dari atas sofa. Dia duduk mengadap Kiesya. Sesuatu yang lebih menarik dari drama di kaca TV itu.
"Haa... Ini mesti ada benda salah yang kau dah buat ni.. Kau pecahkan pasu bunga aku ehh? Melihat Kiesya yang masih terdiam, Zira cuba menduga. Teringat dia akan pasu bunga di hadapan rumah. Kiesya pernah pecahkan sebiji dahulu. Macam nilah muka dia.
"Bukan..." Aku menggelengkan kepala.
"Habis tu sebab apa pula?" Zira semakin tidak sabar untuk mendengar.
"Janji tau, apa-apa kau jangan melenting.." Aku meminta persetujuan dari Zira terlebih dahulu. Zira mengangguk setuju.
"Datuk Mokhzani, bos aku tu... Dah makin teruk kesihatan dia. Makin tak sihat," kataku memulakan pembohongan.
"Haa okey. Habis tu kenapa? Dia kena masuk wad lagi ke? Oh aku tahu, mesti dia nak kena bedah, kan? Lepastu dia perlukan penderma organ. Ish, tak naklah aku. Kau cari orang lain jelah." Zira kembali berpusing mengadap TV, memeluk bantal sofa. Tergeleng-geleng kepalanya.
"Apa benda kau ni, derma-derma organ pula?" Aku hampir nak tergelak. Muka aku ada macam nak minta sedekah buah pinggang ke.
"Habis tu tak betul? Dah kau juga yang cakap dia sakit tadi. Mesti nak minta orang derma hati ke, buah pinggang ke, jantung ke, kornea mata ke. Ish tak naklah aku. Aku ni muda lagi Sya. Kahwin pun belum. Kau pergilah cari orang tua-tua sikit. Minta dengan aku pula. Sampai hati tau kau ni." Zira geli geliman bila memikirkan yang salah satu dari organnya hilang dari tubuh.
"Haha... Apa je kau nilah. Ini tak ada kena mengena dengan derma ke dengan organ ke. Takda," balas aku. Hilang sedikit rasa gemuruh bila melihat Zira yang sedikit menggigil geli geliman tadi.
"Haa, kalau macam tu sebab apa pula?"
"Datuk dia memang tak sihat sekarang ni, kau tahulah dia hari tukan. Doktor kata dia tak boleh stress sangat. Tak boleh datang kerja lagi dah..." Aku berhenti setakat itu dahulu. Melihat reaksi Zira. Dia berkerut dahi.
"Maksud kau dia dah tak boleh bekerja?" tanya Zira. Aku mengangguk.
"Habis tu siapa yang ambil alih syarikat tu pula kalau dah dia tak boleh kerja lagi?" tanya Zira pula ingin tahu.
"Anak dia. Anak lelaki dia," jawab aku.
"Bukan ke kau cakap dulu dia takda ahli keluarga?" soal Zira.
"Haah... Dulu aku tak tahu. Sebenarnya ada seorang. Kau ingat tak mamat kurang ajar yang kita jumpa kat hospital dulu? Yang kau nak bergusti dengan dia tu." Aku cuba mengingatkan Zira.
"Ehh mestilah... Muka je handsome tapi perangai macam setan. Kenapa dengan dia? Takkan itu pula anak dia?" Ingat aku je sangka A.D tu perangai macam setan. Zira pun sependapat dengan aku. Setan, setan pun dah nak jadi suami aku nanti. Hai nak buat macam mana.
"Sebenarnya dia takdalah setan sangat. Dia merajuk dengan ayah dia sebab Datuk suruh dia ambil alih syarikat. Tu yang mengamuk tu." Ehh dah kenapa aku tiba-tiba backup si A.D tu pula? Ermm, sebab dia nak jadi suami aku kut. Terasa pula bila orang panggil setan kat dia walaupun dia memang setan.
"Owh... Habis, apa masalahnya?"
"Masalahnya sekarang ni, doktor nak seseorang tolong jagakan Datuk tu. Datuk pula nak aku yang jaga dia. Itu masalahnya." Fuh, punya panjang mukadimah. Lega dapat juga aku cakap. Zira Kehairanan. Tidak berjaya menangkap apa yang Kiesya ingin cuba sampaikan.
"Apa masalahnya pula? Selama ni memang kau jaga dia, kan? Haa habis tu?" soal Zira kekusustan di kepala. Alahai, tak faham ke dia ni.
"Maksud aku, aku kena jaga Datuk dekat rumah dia. Maknanya aku kena tinggal kat sana Zira. Aku tak boleh duduk sini lagi. Itu yang Datuk minta." Perlahan suara Kiesya cuba menjelaskan maksud sebenar. Zira seperti yang dia jangka, terkejut. Melopong mulutnya.
"Haa? kau... Kau nak tinggalkan aku ke?" kata Zira sedih. Aku pun spontan jadi sedih bila tengok muka kawan aku ni macam tu. Aku mengangguk membenarkan apa yang dia tanya. Zira semakin sedih. Mencebik.
"Aku pun tak nak mulannya tapi kau tahulah, mengenangkan apa yang dah dia buat pada aku. Jasa-jasa dia tu. Aku tak sampai hatilah pula. Lagipun memang aku je yang pandai jaga diri dia selama ni. Tapi kalau kau tak suka, takpalah. Nanti aku cakap dengan dia yang aku tak boleh."
Kalau Zira tak bagi, masalah la aku. Macam mana nak teruskan rancangan aku tu. Dah sain pun kena tinggal dengan A.D sekali. Kalau tak tinggal sekali susah pula aku nak bendung perangai A.D nanti. Lagipun sebab tu ayah minta aku kahwin dengan anak dia. Tujuannya itu jelah.
"Fuhhh... Kesiankan kat kau Sya. Tak pasal pula kau kena jaga dia. Yalah aku pun tahu yang dia banyak tolong kau selama ni. Tolong aku juga. Tapi kau okey ke kalau macam tu?" Zira seakan merestui. Leganya aku. Alhamdulillah.
"Sebenarnya Zira kalau kau nak tahu. Masa Datuk suruh kau keluar dari wad dia hari tukan. Kau tahu tak apa yang dia cakap dengan aku?"
"Apadia?"
"Dia cakap yang dia anggap aku ni macam anak dia. Haa... Aku pula memang dah lama anggap dia macam ayah aku," kataku jujur. Yang ni aku tak bohong kau Zira. Memang dia yang cakap macam tu.
"Ya ke? Alhamdulillah. Bagus juga tu. Adalah juga kau ayah. Walau bukan ayah kandung," balas Zira. Rasa nak nangis pula bila Zira kata macam tu. Akhirnya aku ada ayah?
"Ermm takpalah. Bagus juga aku ingat. Sebab tak lama lagi aku pun nak kahwin. Tinggal dengan Azwan. Bila fikir-fikir, kesian pula kau tinggal sorang-sorang nanti. Apa-apa jadi risau juga aku. Sekurang-kurangnya ada juga orang nak tengokkan kau kat sana nanti." Senyum Zira pada aku. Ya Allah beruntungnya aku dapat kawan yang memahami macam kau ni Zira.
Tapi tulah, aku takda kekuatan lagi nak cerita dengan kau perkara yang sebenar. Kalau boleh aku nak simpan rahsia perkahwinan aku nanti dengan A.D dulu. Takut juga nanti mana tahu kau terlepas cakap pada Azwan. Azwan pula cakap pada Naufal. Aku tak nak kehilangan Naufal. Maafkan aku sebab terpaksa menipu. Nanti Insyaallah, orang pertama yang aku beritahu ialah kau Zira. Kalau keadaan mengizinkan.
"Habis, bila kau nak pindah duduk sana?" soal Zira.
"Insyaallah dalam tiga atau empat hari lagi. Nanti Datuk maklumkan pada aku," jawab aku mengikut tarikh perkahwinan kami yang bakal berlangsung tak lama je lagi. Lega, syukur sangat. Selesai satu perkara.
"Baik-baik duduk rumah orang nanti. Jangan pecahkan pasu bunga orang pula." Zira menyindir.
"Eh, orang pecahkan sebiji je pun. Itupun tak sengaja. Kecoh je." Aku buat muka masam.
"Hahaha..." Zira ketawa. Aku turut ketawa.
Sekali lagi Alhamdulillah, satu perkara telah selesai. Tapi banyak benda lagi nak kena buat ni. Esok nak kena pergi kursus kahwin pula. Anak Datuk tak Datuk. Takda sijil kursus kahwin, tak boleh kahwin kat Malaysia ni. Wajib ada. Tapi mujurlah bak kata A.D, private class. Sehari setengah dah boleh dapat sijilnya. Lepastu segala urusan yang lain akan mudah.
Wajah Kiesya yang tadinya kelegaan perlahan-perlahan berubah bentuk. Memikirkan tentang sesuatu yang pasti mengecewakan. Seseorang yang pastinya kecewa jika mendapat tahu apa yang akan bakal berlaku.
Fal... Maafkan Sya... Biarpun nanti Sya pernah menjadi isteri orang tapi Sya berjanji yang Sya sama sekali tidak akan menyerahkan diri Sya. Sya berjanji walau apa pun status Sya nanti... Hanya suami tercinta sahaja yang mampu memiliki diri Sya. Hanya suami tercinta sahaja yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak Sya. Diri Sya sepenuhnya hanya untuk suami yang Sya cintai...
ESOK bakal bermulalah kehidupan baru. A.D yang kepenatan terduduk di lantai. Menyandar pada dinding. Mengah dia. Mana tak penat. Dalam masa tiga hari ni dah segala benda dia uruskan. Soal kahwin dia lagi. Rumah ni lagi. Setelah menerima kunci dari Datuk Mokhzani, terus sahaja dia membanting tulang berdekorasi dengan rumahnya ini. Buang apa yang dia tidak suka, tambah apa yang dia mahu. Duit pendahuluan yang diberi oleh ayahnya itu juga cukup untuk dia memiliki apa yang dia mahu.
Janji Datuk Mokhzani yang ditabur dulu jika dia berjaya memujuk Kiesya mengahwini dirinya juga telah tertunai. Duit sebanyak dua ratus ribu ringgit telah bertukar tangan. Hutang Ah Longnya juga berjaya diselesaikan. Legalah sikit hatinya. Tapi itu tak bermakna dia puas. Harta yang sebenar belum dia perolehi. Apa yang dia dapat ini hanya sekecil kuman sahaja. Dia tahu itu.
"Ni gambar si poyo ni nak kena gantung juga ke?" ejek Tasya pada sebingkai gambar yang cukup besar. Gambar A.D tak berbaju.
"Eh kau ni. Mestilah... Tengokla baik tak baik badan aku tu. Tough gila kut." A.D masuk bakul angkat sendiri. Puji pada gambar dirinya itu. Tasya cebik meluat. Tak sudah-sudah nak bangga dengan badan dia tu. Siap ambil gambar letak dalam bingkai lagi tu. Hisy...
"Habis yang dekat luar tu macam mana?" soal pula Tasya. Rumah yang diberi oleh Datuk Mokhzani ini sudah tidak berpenghuni agak lama. Semak samun di luar sana.
"Nanti jelah aku buat... Dah bawak sini air tu," minta A.D pada Tasya. Air mineral itu bertukar tangan. A.D meneguk laju. Habis setengah dari yang ada.
"Kesiankan..." tiba-tiba Tasya bersuara sayu.
"Apa yang kesian?" soal pula A.D tak faham. Letak botol air mineral itu di atas lantai.
"Yalah... Bilik dan cantik-cantik, tapi kena tinggal asing pulak." Cis! Ingat apa. Nak mengutuk rupanya.
"Asing pun asinglah Tasya. Dia dah bersetuju pun dah kira bagus tahu tak. Kalau tak sampai ke sudah kita melepak dalam rumah buruk tu," balas A.D akan rumah lama yang mereka duduki sebelum ini. Dengan duit yang ada, berjaya juga dia dapatkan sebiji rumah yang terletak tidak jauh dari sini. Untuk Tasya. Senang nanti jika dia perlukan apa-apa.
"Ermm betullah tu... So apa rancangan abang nanti?" Tasya dah duduk di sebelah A.D. Pandang cukup berminat.
"Rancangan?" kata A.D. Tasya mengerakkan sedikit keningnya ke atas.
"Rahsia..." jawab A.D kemudiannya Buat muka good-good. Tasya mencebik mulut. Adalah tu. Rahsia konon.
"Jangan nak langgar syarat dia pulak. Kang tak pasal-pasal terlepas semua," tutur Tasya pula. Mengingatkan.
"Eh mestilah... Lagipun tak pandai juga si Kiesya tu pun. Syarat budak-budak je tu.'" A.D tersenyum jahat. Sudah ada rancangan telah direncanakan di dalam kepalanya. Dua tiga hari menguruskan soal kahwin bersama Kiesya, membuatkan dia semakin galak untuk mengusik. Tambah-tambah dengan sikap Kiesya yang kuat melenting itu. Makin bertambah keinginan dia untuk mengusik. Boleh juga dibuat bahan ketawa.
A.D teringat saat-saat dia mengusik Kiesya ketika mengambil kursus kahwin pada dua hari yang lepas. Mengelabah je minah tu. Pantang kena usik. Melenting macam nak bom muka aku je. Tapi yang peliknya. Makin dia melenting, makin suka pula aku mengusik. Hehe. Kiesya, Kiesya...
"Ermm habislah budak tu, ada orang gila dah naik tocang," gumam Tasya. Menggelengkan kepala.
A.D yang mendengar hanya tersenyum.





No comments:
Post a Comment