Thursday, January 7, 2016

BAB 15 Suamiku Badak Suamiku Buaya

SUDAH hampir dua minggu kami tidak bertegur sapa. Hahaha... Merajuklah apa lagi aku. Dia merajuk 10 hari, aku takkan nak sama juga 10 hari, kan. Kenalah up sikit, bagi lagi lama. Barulah namanya perempuan. Mana boleh aku kalah dengan dia. A.D ada cuba memujuk, tapi tak semudah itu aku nak memaafkan. 

Dah la kau bawa balik perempuan satu hal. Lepastu pura-pura lemas satu hal. Menyamar jadi hantu pula. Dah menyamar saja boleh tahan lagi, peluk aku pula. Paling tak boleh tahan dan paling aku tak boleh terima bila dia cium aku. Mana aku tak geram. Ingat aku ni sama macam perempuan-perempuan murahan yang selalu dia hadap tu ke. Suka-suka nak cium, peluk aku. Tak pasal-pasal kena penampar dengan aku. Kalau ikutkan hati nak bagi makan penumbuk je hari tu.

Selama dua minggu berkabung ni aku hanya menghabiskan masa di bilik. Sesekali aku turun ke bawah tengok TV, itupun kalau dia takda. Hujung minggu aku lepak rumah lama dengan Zira. Balik kerja pun terus aku singgah rumah lama. Tak adalah bosan sangat. Dari aku nak mengadap muka dia. Padan muka. Baru tahu aku siapa. Ingat dah serik kena pijak kaki. Ingat dah faham yang kita ni orang baik-baik. 

Naufal pun tak putus call aku setiap hari, selalunya pukul 10 malam dia akan call atau sekali sekala aku berWhatsApp dengan dia. Dia pun macam sibuk je memanjang. Bila aku tanya kes apa yang dia selesaikan, tapi tak nak beritahu pula. Rahsia sulit katanya. Lawyer ke apa dia tu sampai nak bersulit-sulit sangat dengan aku. Dengan awek sendiri pun nak berkira ke.

Tapi dekat office cakap jugalah. Cakap gitu-gitu je mana yang penting. Nak lebih-lebih aku tak layan. Tapi tulah, letih sebenarnya nak merajuk ni. Mana tak letih, kalau tak jumpa terus senang. Tapi hari-hari jumpa. Tak dekat rumah, dekat pejabat. Mana nak lari. Haiii...

"Sya, nanti lu bawakan fail-fail ni ke bilik Mr.A.D, aku nak siapkan minit mesyuarat kejap." Husni memberi arahan kepada Kiesya. Dia hanya mengangguk. Malas kalau ikutkan nak jumpa muka si badak tu. Dah kerja, nak buat macam mana.

"Tuk... Tuk... Tuk..." Kiesya mengetuk pintu bilik kekanda buayanya.

"Ya encik A.D." Kiesya seperti biasa memanggilnya dengan panggilan encik atau Mr. apabila di pejabat. Sejak kejadian dua minggu yang lepas tak berselera aku nak berawak-awak, bersaya-saya dengan badak ni.

"Tak payah nak berencik-encik sangatlah. Bukan ada orang nampak pun." A.D memandang dengan pandangan redup. Senyum dekat Kiesya. Sorry... Itu tak membantu untuk aku memaafkan kau pun. Dah buat macam-macam kat aku nak senyum-senyum konon.

Kiesya hanya mendiamkan diri seperti kebiasaan, menunggu arahan darinya.

"Tak habis lagi ke merajuknya... Macam manalah saya nak majukan company ni kalau P.A saya, tak nak bercakap dengan saya." AD memandangku tepat ke dalam mata. Bila masa entah aku jadi P.A dia, aku P.A Hus okey! Biarlah aku nak merajuk. Sibuk buat apa. Tapi sampai bila? Entah.

"Awak nak apa?" Kiesya yang membatukan diri tadi bersuara. Berlembut akhirnya. Keluar juga perkataan awak sejak kes di kolam renang dulu.

"Okeylah saya... Saya janji tak buat lagi, janji!" A.D mengangkat tangannya seperti mengangkat sumpah dan senyuman yang paling sweet, dengan mata-mata sekali tersenyum. Sweet memanglah sweet tapi perangai tak boleh blah. Memanglah tak haram aku bercium dengan dia. Kalau ya pun mintalah izin. Kalau minta izin dapat ke? Dapat... Dapat penyepak kat tengkuk.

Kiesya yang sedari tadi memandang tepat ke arah mata A.D, terdiam sejenak. Kalau ikutkan memang tak berani nak tenung lama-lama. Kalau tak kerana marah, memang boleh cair jadinya, boleh tangkap cintan. Siti dengan Umi pun dah lama angau dengan mangkuk ni. Kalaulah diorang tahu yang A.D ni sebenarnya suami aku. Masak aku. Tak cukup mulut nak menjawab. Apa aku nak cakap ni ya. Marah pun macam dah reda je. Dia pun dah berjanji.

"Okey, tapi dengan bersyarat." Kiesya mengemukan syarat. Beralah juga dia. Banyak kali sudah A.D memohon maaf, cuma kali ini A.D bersumpah dan berjanji. Dia terima. Tapi bersyarat. Dah lama pun aku tunggu nak bagi lagi tambahan dua syarat. Ingat saja-saja ke nak maafkan kau macam itu aje.

"Syarat lagi ke, nak kena sain perjanjian baru pula?" A.D muram. Dia bangun dari tempat duduk dan berjalan menuju ke arah Kiesya. Kiesya yang berdiri di hadapan mejanya tadi terpaksa berundur satu langkah ke belakang. A.D melabuhkan separuh punggungnya di atas meja. 

Aku terdiam sejenak menunggu apa pula yang jahanam ni nak buat. Jangan nak buat hal pula dalam office ni nak peluk aku ke apa, memang runtuh nanti bangunan ni aku jerit.

"Mana dia surat perjanjian baru awak tu, bagi saya tengok." A.D menghulur tangan meminta.

"Takda surat pun, awak janji je dengan saya."

"Okey saya janji." A.D mengangkat kembali tangannya tanda sumpah ikrar dan dia memainkan keningnya, atas dan bawah meminta syarat aku dikemukakan. Depan-depan aku pula tu dia buat kening atas bawah. Bajet handsome sangat. Tapi aku serius tak selesa. Macam dah takda tempat lain dia nak duduk.

"Awak boleh tak pergi jauh sikit, saya rimaslah dekat-dekat macam ni," jujur Kiesya meluahkan ketidakselesaannya. Dengan bau minyak wangi dia yang menyucuk-nyucuk hidung. Minyak wangi apa ni, dah macam bau asam boi pun ada. Minyak wangi pak guard sedap lagi baunya. Tak pandai.

"Apa yang tak selesanya, kitakan suami isteri... Tak jadi apa pun kan kalau setakat dekat macam ni, tak boleh buat baby pun." A.D dah mula dah. Dah mula dah si buaya ni. Baby? Siapa nak buat baby dengan kau. Pergi jalanlah!

"Okey... Awak suka duduk atas meja nikan? Haa duduk situ..." Selepas je habis Kiesya berkata, dia terus berjalan ke arah kerusi A.D, kerusi bos dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk kulit itu. Ambil kau, siapa bos sekarang ni. A.D melirikkan senyuman.

"Kenapa senyum? Awak ni memang jenis suka mengata orang dalam hati ke?" kata aku. Benda yang sama pernah dia kata pada aku dulu. Pulang balik buah paku buah keras. Macam lain pula simpulan bahasa aku tu. Lantaklah, nanti aku buka kamus balik. A.D hanya tersenyum. Sedar akan soalan yang Kiesya ajukan itu.

"Awak nak kata bibir saya terkumat-kamit ke? Haha..." A.D ketawa. Tolong jawabkan benda yang aku nak cakap kalau dia bertanya semula bagaimana aku tahu dia mengutuk aku di dalam hati. 

"Habis tu, dari tadilah awak pandang bibir saya? Teringat sesuatu ke?" A.D cuba membuat lawak kurang ajar. Tak ada masa la aku nak teringat benda tu. Ingat aku hadap sangat ke kena cium.

"Awak jangan nak lebih-lebih eh dengan saya. Nak saya sambung merajuk ke apa?" Aku mengugut. 

"Tak, tak... Maafkan saya bos," kata A.D. Wah tak sangkanya. Dia panggil aku bos tu. Kembanglah pula hidung.

"Dah jangan nak mengampu saya. Saya tak suka orang mengampu." Cewahh aku. Tak sukalah sangat. Biasalah. Dalam lain. Luar kenalah jaga ketrampilan. Nanti orang tu pijak kepala pula. A.D senyum-senyum.

"Dengar baik-baik, syarat yang pertama...." Belum pun sempat Kiesya mengemukakan syarat pertama A.D telah memotong cakap.

"Aduh pertama? Seriously? Banyaklah ni nampak gayanya..." A.D kegelisahan apabila mendengar perkataan 'pertama'. Ada pertama bermakna adalah yang kedua, mungkin ketiga. Adui. A.D mengeluh.

Ya memang banyak mangkuk! Siaplah kau. Siapa suruh nak berbaik dengan aku. Jangan coba-coba nak mempermainkan Kiesya Humaira, kalau tak mahu badan binasa oleh syarat. Nyahlah kau dari sini. Apa daa aku melalut.

"Nak dengar tak nak?" Kiesya mula menunjukkan wajah singanya. Bila lagi nak jadi garang, kan. Inilah masanya. Duduk kerusi bos pula. Memang ada gaya aku ni jadi bos yang berjaya. Bos macam A.D pun aku boleh jentik, inikan bos-bos kecil yang lain. Ingat, aku bukan biasa-biasa.

"Okey, go ahead." A.D pasrah dan berjalan ke arah rak fail di sebelah. Buat-buat sibuk melihat pada deretan fail-fail yang terdapat di situ.

"Pertama... Jangan suka-suka hati nak sentuh saya!"

"Okey... Okey... Saya faham, yang kedua?" A.D mengangguk laju kepalanya tanda setuju dan meminta syarat yang kedua.

Kan aku dah kata, memang aku ni ada gaya jadi bos. Haha. Sekali cakap je dah faham. Bagus A.D, good boy. Nanti saya akan naikkan pangkat awak kepada cleaner. Bos kepada cleaner. Kalau dah faham bagus, lepas ni jangan suka-suka nak sentuh aku. Sentuh merangkumi semua aspek menyentuh. Jangan nak ter ter pula, terpeganglah, terciumlah, terpeluklah. Memang terpenerajang je jawapan aku nanti.

"Kedua... Jangan bawa balik perempuan lain ke rumah." Syarat kedua yang juga penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Adinda tidak mahu melukakan kekanda badak dengan tamparan dan pijakkan. Jadi tolong hormati keputusan adinda yang comel ini.

"What?" Ini pun ada dalam syarat awak? Aihh..." A.D mengeluh panjang.

"Kenapa? Tak suka? Kalau tak suka takpalah." Kiesya berpura-pura bangun untuk melangkah keluar dari pejabat A.D.

"Okey, Okey, Sya. Saya janji," kata A.D sambil mengeleng-gelengkan sedikit kepalanya. Pasrah!

"Tapi kalau awak nak jumpa perempuan kat luar, itu suka hati awak, jangan bawa balik rumah, saya tak suka," tambah Kiesya lagi. Lantak dialah nak jumpa awek dia ke, girlfriend dia ke, janji dia tak kacau aku nak jumpa Naufal nanti bila dia balik sini. Aku pun kena pandai juga supaya tak menjerut diri sendiri.

"Syarat ketiga?" A.D meminta syarat yang seterusnya.

Syarat ketiga? Sebenarnya dua syarat je yang aku nak bagi pun. Memang tak ada pun nombor tiga... Ermm, tapi dah alang-alang dia minta. Syarat apa lagi ya... Haa...

"Syarat ketiga... saya nak awak beli barang-barang dapur. Saya tak nak ada telur je dalam peti ais tu. Boleh? Lagi pun awakkan suami takkan saya pula yang nak kena beli, kan." Kiesya pula buat senyuman sweet macam A.D. Mudah-mudahan dia terpikat dan aku boleh memasak je kat rumah dari terus makan kat luar.

"Awak nak buat apa barang-barang dapur?" soal A.D naif.

Apa punya banganglah kau ni A.D. Mulalah nak mencarut. Ini bukanlah soalan yang ada jawapan sebenarnya. Sebab semua orang tahu apa yang nak dibuat dengan barang-barang dapur doh! Nak buat apa dia tanya. Boleh tahan sengal juga kau ni tak padan dengan taraf bos kau tu. Ke kena tempeleng dengan aku hari tu sampai tak boleh berfikir langsung ni. Masalah syarikat, kalau ada bos macam ni.

"Saya nak masaklah sayang." Kiesya senyum lagi.

A.D terlopong apabila aku mengatakan yang aku ingin memasak. Baru tahu ke aku pandai masak. Tengok kaki la. Ini Kiesya Humaira tau bukan sebarang wanita. 

Tetapi sebenarnya A.D terlopong disebabkan Kiesya memanggilnya dengan panggilan sayang sedangkan Kiesya tidak perasan. Mungkin sudah biasa memanggil Naufal dengan panggilan sayang sehingga dia terlupa yang berada di hadapanya ialah A.D, bukan Naufal.

"Awak panggil apa tadi? Sayang?" 

Erkk dah kenapa mamat ni, sayang, sayang pula ni. Aku panggil dia sayang? Hahaha. Gila apa aku panggil kau sayang badak. Siapa sayang kau. Perasan punya jantan. Memang sah akibat tamparan wanita aku tu dah membuat otak dia tak mampu berhubung dengan baik. 

"Sayang apa pulak ni. Saya cakap saya nak memasak. Kenapa? Sayang sangat dengan telur-telur awak tu ke sampai tak nak belikan saya barang dapur? Nanti awak juga boleh makan. Asyik makan luar. Tak bagus!" Kiesya membebel. Tak mengaku. Bukan tak mengaku. Memang dia tak perasan pun yang dia terpanggil sayang tadi.

"Tapi awak panggil saya sayang tadi" A.D masih mengulangi kenyataan tadi.

"Awak ni kenapa? Saya panggil awak sayang? Hahaha... Memang merenglah awak ni. Hahaha..." Aku merasa sangat lucu apabila A.D mengatakan yang aku memanggil dia dengan panggilan sayang. Ada ke aku panggil dia sayang? Mana ada kan? Betullah Sya tadi kau panggil dia sayang. Ehh ewah, ewah... Kau ni hati, sejak bila menyebelahi si buaya ni haa? Kau tu hati aku bukan hati dia. Duduk diam-diam dalam tu.

"Mental..." A.D seperti bercakap sendiri. Tapi Kiesya terdengar walaupun tidak jelas. Sengaja cari penyakit.

Aku yang masih ketawa kerana tidak dapat menahan rasa lucu tadi terpaksa memberhentikan ketawa kerana terdengar ada seseorang tu mengutuk aku. Walau dengar tak dengar, tapi aku dengar! Mental? Kata pada siapa? Aku dengan dia berdua je kut dalam bilik ni. Kata kat aku ke? Ni memang nak cari pasal ni.

Kiesya bangun dari duduk dengan tangan sebelah mencekak pinggang dan sebelah tangan lagi menunding jari ke arah A.D. Dah menjelma menjadi nenek kebayan pula.

"Awak kata saya apa!? Mental!!? Angin kus-kus aku dah meletup. Dulu boleh la kau kata aku bengap, aku diamkan diri. Itu, sebab kau yang merajuk. Sekarang ni aku yang merajuk. Ingat aku nak berdiam diri macam dulu. 

A.D yang melihat Kiesya telah berubah menjadi nenek kebayan, terkejut sampai hampir tersadung kakinya sendiri.

"Bila saya kata mental, saya cakap mentol. Tu, tu... Awak tak nampak mentol yang terpadam tu... Nak kenar tukar tu... Susah la nak buat kerja kalau tak cukup cahaya, kan. Ermm." A.D tunjuk ke arah sebiji mentol di syiling yang tidak berfungsi. Mujurlah dia mempunyai alasan yang munasabah.

Kiesya melihat ke arah mentol yang dikatakan oleh A.D tadi. Yalah, memang tak menyala. Rosak ke? Aku silap dengarlah tadi. Ish buat malu betul. Apa-apa jelah aku ni. Tadi tu pun dengar tak dengar. Sikit-sikit nak mengamuk pula aku sekarang ni. Mana kesopanan dan kesusilaan yang menjadi trademark aku sebelum ni. 

Lagipun kerja-kerja begitu adalah kerja khas Kiesya sendiri. Dia yang perlu pastikan segala peralatan dan kelengkapan di pejabat berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Mungkin disebabkan tempoh dia merajuk selama hampir dua minggu, dia tidak terlalu memberi perhatian pada kelengkapan di bilik A.D.

"Okey takpa, nanti saya minta technician tukarkan mentol tu, lain kali bagi tahulah awal-awal." Part-part macam ni memang kerja aku pun. Yang mana terkurang, yang mana terlebih, yang mana terosak, yang mana terpadam. A.D lega bila mendengar kata-kata Kiesya. Fuh, nasib baik punya alasan dia bagi. Kalau tak...

"So macam mana awak setuju tak semua syarat yang saya minta?" soalku pada A.D mengingatkan dia semula.

"Ya of course. Perkara kecil je." A.D menunjukkan isyarat tangan OKEY.

Kiesya tersenyum gembira apabila melihat kesanggupan A.D untuk bersetuju dengan syarat-syarat yang dia nyatakan tadi. Taklah susah sangat berunding dengan dia ni. A.D ni bukannya tak baik, cuma mungkin sejarah hidup dia yang menjadikan dia sedikit nakal kut. Rasa akulah.

"Petang nanti kita pergi sama-sama shopping barang dapur boleh? Lagipun saya memang tak tahu nak beli apa." A.D mengajak Kiesya bersama-sama membeli-belah barangan dapur.

"Ehh mestilah boleh!" Sambut Kiesya tanpa berfikir dua kali.

Nama pun perempuan, kan. Asal sebut shopping je memang freelah. Tak kisah la shopping apa pun. Beli barang dapur pun shopping juga. Jalan-jalan saja cuci mata tak beli apa-apa pun dikira shopping juga. Shopping mata. Jangan fikir lama-lama kalau ada yang sudi mengajak. Nanti menyesal.

"Tapi nak pergi dua kereta ke?" Kiesya bertanya kemusykilan di hati.

Sejak aku berkahwin dengan A.D. Kami akan ke pejabat dengan menaiki kereta masing-masing. Sebab tak nak menimbulkan syak wasangka. Yalah mana orang lain tahu aku berkahwin dengan dia. Yang diorang tahu aku sekarang dah berpindah ke rumah ayah, Datuk Mokhzani bagi tujuan menjaga keperluan dan kesihatan Datuk. Sama macam yang aku tipu Zira, sama jugalah apa yang aku kelentong diorang. Bagusnya, ayah tolong anggukkan kepala. Lagi la diorang percaya. Minta maaflah, bukan sengaja nak menipu. Untuk kebaikkan syarikat. Biasalah politik.

Selama ni pun memang kerja utama aku menjaga Datuk, memang tak ada masalah yang timbul bila aku memberitahu alasan berpindah ke rumah Datuk. Lagipun bukannya aku berdua. Ada ramai lagi kat rumah Datuk, kan. Diorang pun tahu.

"Apa kata kalau kita balik rumah dulu. Boleh saya bersihkan diri. Lepas maghrib ke kita pergi beli barang," aju aku mencadangkan cadangan.

"Bagus juga tu." A.D menerima cadangan aku tanpa banyak songeh.

Kan, kadang tu memang senang nak deal dengan dia ni. Dia ikut je apa aku kata. Sayang pula manusia macam ni boleh jatuh ke lembah maksiat. Insyaallah aku akan berusaha semampu aku untuk mengubah A.D menjadi seorang lelaki yang lebih baik seperti yang dipinta oleh ayah.

Belum pun habis memuji, A.D dah datang ke arah aku yang masih terduduk di kerusi bos, kepunyaan dia. Nak apa pula lagi ni, baru je janji tak nak sentuh-sentuh aku. Jangan la buat hal pula.

"Tepi sikit sayang, i nak ambil fail kat laci tu." A.D buat muka senyum mata dia lagi dengan sayang sekali. Sayang? Nak termuntah pula aku dengar. Kiesya bangun. Serah balik mahkota kerusi kepada empunya tuan.

"Tolong saya siapkan semua documents ni. Berkenaan dengan kontrak dari Singapore tu." A.D meletakkan satu fail hitam di hadapan Kiesya.

Owh ingat apa tadi. Fikir aku ada hadiah ke apa untuk aku sempena mengenang hari berbaik-baik semula ni.

"Okey baik Bos..." Kiesya menunduk separuh badan, buat seperti orang-orang jepun menunjukkan tanda hormat. Baikkan aku? Yalah dah berbaik semula, nak bawa aku pergi shopping pula. Apa salahnya tunjuk hormat sikit. Bos ni. Kenalah hormat dia. Baru berkat kerja kita, kan. Hihi.

A.D tersenyum-senyum melihat gelagat Kiesya. Sambil sekali-sekala menggelengkan kepala. Kiesya juga tersenyum riang melangkah keluar dari bilik A.D. Pertama sebab mereka dah berbaik. Kedua, kesemua syarat dia diterima bulat-bulat. Ketiga sebab dia nak pergi shopping malam ni. Hehe.

"Amboi Sya lain macam hang kali ni. Selalu muka macam sambai belacan aku tengok hang keluaq dari bilik Encik A.D, yang ni tersenyum-senyum macam kerang, kenapakah?" Umi yang perasan perubahan tingkah laku Kiesya menduga dengan soalannya.

"Takda apalah Umi. Ni haa pasal kontrak Singapore yang kita menang tu, manalah tahu boleh dapat extra bonus." Kiesya hanya mampu berdalih. Takkanlah nak cerita perkara yang sebenar.

"Betoi ka Sya? Encik A.D cakap lagu tu ka?" Umi cukup teruja.

"Lagu yang mana Umi? Hang nak tuju lagu ka, lagu apa?"

"Apa hang ni, tak senonoh betoi aku nak tuju lagu buat apa."

"Papp." Satu tamparan lembut hinggap di bahu Kiesya. Umi meradang bila Kiesya bergurau dengan soalannya tadi.

"Alahh melawak sikit pun tak boleh, sakit bahu Sya tau."

"Gasak pi kat hang, lain kita tanya lain dia cakap, memang loyar buruk betoi hang ni." Umi mencebik dan mengambil cawan di atas meja Kiesya menuju kearah mini cafe pejabat. Kiesya gelihati melihat muka masam Umi. 

"Umi tak mahu teh, nak milo tau," jerit Kiesya pada Umi. Sempat lagi order.

Ya je Umi kata aku loyar buruk. Dia yang buruk loyar dengan aku selalunya. Hati tengah gembiralah Umi. Kihkih. Biasalahkan gurau-gurau aku dengan Umi. Dia pula jenis tak makan hati, tak macam rakan perempuan sepejabat aku yang lain. Aku dengan dia kalau takda kerja macam itulah. Tolong buatkan air untuk kawan. 

Cuma... Rasa dah lama sangat tak buat air untuk ayah. Nanti free aku nak pergi jumpa dialah. Mana tahu ada Musang King lagi untuk aku. Ada lagi ke? Macam dah habis musim je. Citt... Tak ikhlas. Orang datang nak melawat ayah bukan nak melantak durian kau ni Sya. Dah la panggil A.D sayang, tak mengaku pula. Malam ni nak shopping pula tu dengan A.D. Kalau tahu kat Naufal, mati kau Sya. Diam jelah. Kan aku cakap duduk diam-diam dalam tu. Haiii...

No comments:

Post a Comment