Monday, January 11, 2016

Nak buat yang no 2 pulak...

Alhamdulillah....

Manuskrip 'Suamiku Buaya Suamiku Badak' dah selamat dihantar. Almaklum kisah pertama, getaran dia lain macam sikit. Lama pulak nak menunggu untuk diriview. 4 bulan woo... 

Kalau ada rezeki adalah. Kalau diterima dan dipersetujui untuk dibukukan, orang yang paling gembira sudah tentu bukan jiran korang. Bukan juga Mak Esah kat belakang rumah aku tu...

Sementara menunggu kabar berita dari pihak Karya Seni, elok jugalah hamba tidak membuang masa. Elok jugalah hamba membuang masa yang ada dengan kisah yang kedua.

Kisah apa pula kali ni... Ermm... Fikir, fikir... Tengah fikirlah ni. Tolong sms idea kat otak aku boleh? 


Thursday, January 7, 2016

BAB 22 Suamiku Badak Suamiku Buaya

PAGI ni ada benda special yang aku buat untuk A.D, suamiku yang nakal. Jeng, jeng, jeng... Nasi lemak! Lepas ni dia kena sarapan je kat rumah. Tak payah nak lepak kat warung tu lagi. Tak terbuang masa dan boleh masuk ke pejabat on time. Baik tak aku? Mestilah baik. Isteri contoh peringkat kebangsaan, lapan tahun berturut-turut. Kahwin pun tak sampai 8 minggu, macam mana boleh menggondol anugerah selama lapan tahun pula Sya? Tak kisahlah. Teringat masa pergi kursus kahwin dulu. Ustaz tu kan kata, kita sebagai isteri wajib menggembirakan hati suami. Tak gitu?

Mana dia ni tak keluar-keluar lagi. Aku dah tak sabar dah ni. Mesti dia terkejut gila bila dapat tahu aku buatkan sarapan untuk dia hari ni. Tunggu punya tunggu akhirnya putera badak keluar juga. Macam biasa baju kot. Bergaya? Sudah tentu. 

Tapi dari tadi pandang aku semacam. Muka macam nak mengutuk je.

"Aik, ni bukan baju yang kita beli semalam ke?" soal A.D berkenaan blouse yang aku gayakan hari ini. Memang yang beli semalam. Haha. Balik je malam tadi terus aku basuh. Lepastu sidai bawah kipas angin. Selalunya pagi dah kering. Hari ni dah boleh pakai. Lantak la baju aku, suka hatilah nak pakai bila, kan.

"Ya, yang kita beli semalam," jawab aku jujur. A.D memandang sebelah muka.

"Apa? Saya dah basuh malam tadi, ni dah kering, lagipun suami saya yang beli, buwerkk..." Kiesya menjelir lidah pada AD. Dia senyum tergeleng-geleng.

"Dah jom cepat..." Tarik aku tangan A.D ke dapur. Dia kehairanan.

"Kenapa pula ni?"

"Ikut jelah..." 

Sampai di dapur, Kiesya membuka tudung penutup hidangan. Bergemerlapan juadah nasi lemak yang lengkap di hadapan mereka. Sambal ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, timun dan nasi lemak. A.D terkejut dan dia terharu. Pandang pada Kiesya seredup pandangan.

"Awak buat semua ni?" soal A.D percaya tak percaya. Apa punya soalan daa. Kalau bukan isteri kau ni, siapa lagi. Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni.

"Yalah. Siapa lagi yang nak buat. Lepas ni hari-hari Sya akan buatkan sarapan. Tapi kena janji tak boleh masuk kerja lambat lagi," kata aku manja. Senyum gembira. Tengok muka A.D yang terharu tadi, rasa berbaloi sangat aku bangun awal tadi. 

"Kenapa pula saya tak boleh masuk lambat. Saya kan bos," jawab A.D nak kena luku dengan aku.

"Tak boleh. Sebab awak boslah, awak kena tunjuk contoh yang baik pada pekerja-pekerja awak. Barulah diorang respect dengan awak. Kan?" tenung aku pada muka A.D dengan sehabis lembut. Dia mengangguk faham.

"Dah cepat duduk, makan," suruh aku. Tetapi dia tidak segera duduk, tetap memandang aku. Pandangan yang cukup menawan.

"Sya.." 

"Apa?" Apa pula dia ni.

"Cium sikit.." Mai dah penyakit gatal dia tu.

"Cium saya tak boleh... Cium ni boleh," tunjuk aku pada dia telur rebus. Yang ni ciumlah kau berapa banyak pun aku tak kisah. Jangan buang angin banyak sangat sudah. Pening orang lain nanti bau telur kemuruk. Kihkih.

Gembira rasanya hati. Dapat buat sarapan untuk suami. Walau kami hanya sekadar berjanji. Tak kisahlah asal A.D senang hati. Ehh macam pantunlah pula. Tak sangka selain pandai memasak aku juga pandai berpantun. Siapakah aku yang sebenarnya? Kihkih. 

A.D memang senang hati. Dia telah berjanji untuk masuk ke pejabat sebelum pukul 8.30 pagi. Selagi ada sarapan di atas meja kami. Cis sempat lagi dia bersyarat dengan aku si badak ni. Insyaallah, aku akan cuba laksanakan, mudah-mudahan diberkati. Walau aku bukan sebaik-baiknya isteri. 

"Nak naik sekali dengan saya ke macam mana? soal A.D.

"Sya dah boleh bawa kut, dah boleh genggam ni..." Aku menunjukkan tangan yang sudah dibuka balutan. Dah okey dah.

"Okey jumpa kat office," balas A.D serta memberi satu kenyitan mata yang menyilaukan.

"Haa... A.D... Ermm..." Aku sedang menghulur tangan untuk bersalaman dengan suami sebelum pergi ke tempat kerja. Ingat nak jadi isteri mithalilah walau tak macam isteri sangat. Semalam sebelum tidur berazam nak berubah jadi baik sikit. Eleh Sya kau tu lepas A.D belikan baju terus nak jadi baik. Salam tangan konon. Ya! Salah ke? Tak salah kan? Sibuk je kau.

"Ni apa ni? Takda duit ke nak makan nanti? Kenapa tak cakap awal-awal, jap saya tengok ada cash tak..." A.D membuka wallet dan menghulurkan sekeping not 50 ringgit kepada Kiesya.

Apalah kau ni badak!! Aku nak salam kaulah ngok! Kenapa pula aku nak duit sampai hulur dua tangan ni. Ada macam aku tadah tangan ke? Ada macam aku minta sedekah ke? Geram pula aku dengan dia nilah.

"Huh, dah la... Sya pergi dulu.." Aku blah macam tu je. Tak jadi nak salam cium tangan. Si badak tu boleh buat lawak pula pagi-pagi ni. Lepas tu buat muka tak faham. Ketuk juga kepala dia dengan sport rim kereta aku kang.





SEJAK jadi isteri orang ni berubah terus pola carta hidup aku. Walaupun sekadar isteri separuh masa. Kalau isteri sepenuh masa macam mana pula erk. Lagi teruk rasanya. Nak buat untuk suami itu. Nak buat ini. Tapi seronok pula aku. Tak rasa pula terbeban. Dapat pahala lagi kata ustaz. 

"Sya... Sya... Mr.A.D tu hang perasan tak?" soal Umi bak tsunami yang menyerang tanpa memberi amaran.

"Apa Umi ni... Buat terkejut orang jelah, bagilah salam dulu kalau ya pun." Memang terkejut pun aku. Tengah susun fail tadi tiba-tiba datang serbu macam itu je. Dari dulu macam tu. Dari dulu jugalah aku asyik terkejut.

"Apa yang perasannya Umi?" tanya aku semula. Macam cerita best je.

"Hang tak tengok si Hus tu, kejap-kejap masuk bilik Mr.A.D, aku tengok Mr.A.D tu pun lain macam senyum ja kat Hus tu. Depa ni ada apa-apa kot Sya," bisik Umi separuh dengar.

"Betul ke Umi? Hus tu kan Setiausaha dia, biasalah tu.." Ya tak ya je Umi ni, tapi... Mungkin betul juga kut, kan A.D kata dia suka kat seseorang. Seseorang yang aku selalu jumpa. Aku pun rasa orang yang dimaksudkan ialah Hus. Ermm. Kena siasat ni. Kena pada masanya Umi bawa cerita ni hari ini. Yalah kalau dia bawa cerita ni semalam memang aku tak fikirlah apa-apa.

"Umi kalau kau ada cerita baru lagi pasal A.D dengan Hus, bagitau kat aku tau." Aku menyampaikan hajat terpendam. Lagipun bab-bab korek mengorek ni memang Umi yang paling terer.

"Eleh, tadi habaq biasalah tu, setiausaha dialah. Padahai dia pun nak tau juga." Umi senyum. Aku kalau tunjuk minat dengan cerita dia, memang dia suka.

"Tapi kan Sya, aku tengok tak sesuailah si Hus dengan bos kita tu, dia tu kan macam jantan sikit, baik hang lagi sesuai couple dengan Encik A.D," kata Umi bersungguh-sungguh. Yeke? Tapi jangan jeles tau Umi, A.D tu suami aku tau sebenarnya. Semalam kami pergi tengok wayang, pergi shopping. Kahkah. Kalau Umi tahu confirm berdarah hidung dia.

"Tapi Umi, aku rasa hang lagi sesuai kalau couple dengan A.D tu, sama padan, sama besar." Sengaja nak menyakat Umi.

"Amboi... perli aku ke apa ni, mentang-mentanglah aku ni tembam sikit... Mana nak sama, dia tu tembam tough, ada ketul-ketul. Aku ni tembam ketul juga, ketul lemak... Hahaha..." Umi gelakkan diri sendiri, aku pun tumpanglah gelak. Nanti kata sombong pula tak nak gelak. Tapi dia memang tough Umi. Ketul sini, ketul sana. Macam batu badan dia Umi. Berdarah pusat Umi kalau tahu aku dah pernah picit ketul-ketul A.D. Hahaha.

"Sya... Tengok, tengok tu.." Umi memuncungkan mulut ke satu arah. Aku memandang. Kekanda badak aku tengah tergelak-gelak dengan Husni selepas keluar dari bilik dia. Apa yang best sangat sampai tergelak sakan tu. 

A.D kemudiannya melangkah ke arah aku setelah selesai gelak sakan bersama Hus tadi. Cepat-cepat aku kuis tangan Umi suruh bersurai sebelum kantoi menyembang waktu kerja. Aku tak kisah kalau dia nak marah aku, tapi tak nak la dia marah Umi depan aku.

"Kiesya, nak pergi mana tu? Ikut saya..." A.D memanggil Kiesya yang baru nak melangkah ke mini cafe. Dah orang tu panggil, kita ikutlah dia, kan. Mana pula nak bawa aku pergi ni.

"Nak pergi mana?" Kiesya tanya separa berbisik.

"Ikut je," ringkas jawapan A.D. Bukan jawapan pun.

Kiesya dibawa oleh A.D ke sebuah restoran yang terletak di seberang jalan. Itu pun naik kereta! Buat habis minyak je dia ni. Manalah tak jam time macam ni. Sikit-sikit nak bawa kereta. Dah la aku handbag pun tak bawa. Cakaplah nak lunch tadi.

"Sayang nak makan apa?" tanya A.D dengan suara yang agak kuat. Kiesya yang terkejut terus menyepak kaki A.D di bawah meja. Mahu tak sepak. Kalau orang lain yang kenal aku dengan dia dengar, tak haru? Tak menjawab aku? Tak masuk berita kalau ada reporter kebetulan makan dekat sini?

"Aduih Sya... Sini pun nak garang juga ke..." A.D buat muka sedih sambil mengusap keting yang kena sepak tadi.

"Awak tu kalau nak bersayang-sayang dengan saya tengok kiri kanan, kalau orang lain dengar?" Cakap aku macam orang berbisik.

"Biarlah diorang tau," jawab A.D dengan mudah. Pak! Kena sepak lagi sebelah keting. Terkerut-kerut muka A.D menahan double sakit. Sedap dia je cakap biarlah diorang tahu. Kiesya menjegilkan mata seluas alam.

"Yalah... Yalah..." A.D mengalah

"Nak makan apa orderlah," sambung A.D lagi.

"Nak makan apanya, saya handbang pun tak bawa, mana nak ada duit, tadi orang tanya tak nak bagitau," balas aku jujur.

"Order jelah, saya belanja," kata A.D ikhlas. Dah suami kata macam tu, aku order jugalah. Nanti kata menderhaka pula lagipun takkan nak tengok dia melantak sorang-sorang, kan.

Sepanjang menunggu makanan yang dipesan sampai, kami tak bercakap. A.D macam tak ada modal pula nak usik aku. Takkanlah. Ke dia makan hati, sebab aku sepak keting dia tadi? Boleh jadilah. Aku ni pun ganas tak kena tempat. Kesian pula pada kekanda tersayang aku ni.

"Sorry, tadi sepak kaki awak," kata aku dengan muka bersalah.

"Owh taklah, setakat kaki kecik awak tu bukan bagi kesan pada badan saya ni pun," jawab A.D dengan belagak.

"Habis tu yang awak senyap kenapa?" soal aku pula.

"Si Husni tu..." Kata A.D dengan ayat tergantung. Haa pasal Husni? Entah ke dia nak bagitahu dekat Hus yang dia dah jatuh hati tapi tak berani. Ini mesti nak minta tolong akulah ni. Patutlah ajak aku lepak sini. Maknanya betul la sangkaan aku dengan Umi. Hus tulah perempuan yang dia maksudkan semalam.

"Kenapa dengan Hus?" Kiesya dah tak sabar nak dengar.

"Dia pelawa saya datang rumah, ada buat doa selamat sikit. Pasal itu saya tak kisah, tapi dia tu yang saya kisah. Lain macam pula dia layan saya sejak dua menjak ni, lagi gedik dari awak.," terang A.D. Gedik? Lagi gedik dari aku? Kurang ajar. Ingat nak sepak je lagi kaki dia, tapi baru tadi minta maaf. Ermm... 

"Habis tu pergi jelah, kan awak suka dekat dia, inilah peluang awak nak berkenalan dengan family dia kan..." Aku memulakan misi korek mengorek.

"Eh bila pula saya cakap saya suka dekat dia? Pandai-pandai awak je," balas A.D dengan muka pelik.

"Habis tu yang awak cakap awak suka dekat seseorang yang saya selalu jumpa tu, bukan Hus ka? Lagipun tengok awak dengan dia macam mesra semacam je, dengan saya pun tak semesra macam gitu," kata aku dengan teknik mengumpan. Teknik memancing rahsia. Belajar dari Umi.

"Suka hati awak je, bukan dialah..." Haa bukan Hus? Habis tu siapa pula. Lagi menambahkan kehairanan aku macam ni.

"Lagipun takkan saya nak suka orang macam Hus tu, macam dah takda perempuan lain pula," kata A.D buat muka geli-geliman. Fahamlah kenapa geli. Sebab Hus tu memang perempuan tapi lagak dia macam lelaki. Betul juga. Takkanlah A.D suka dengan perempuan macam tu. Tapi siapa orang tu? Ish dia ni dengan isteri tercomel pun nak berahsia.

"Alahhh... Bagitaulah siapa yang awak suka tu... Plsese..." Kiesya dah tak tahan lagi, nak tahu juga dengan gaya mengada gedik semua keluar tadi. Sampaikan orang kiri kanan memandang. Woi suka hati akulah nak ngada ke, gedik ke, ini suami akulah. Sibuk je hal rumah tangga orang.

"Awak carilah sendiri." A.D jawab cara malas nak layan aku. Kerek betul la dia ni. Aku boikot tak nak masak baru tahu. Macam dia peduli je aku tak masak. Tapi nak tahu juga!

"Merajuklah macam ni..." Usaha aku yang terakhir. Jangan sampai aku keluarkan air mata, itu dah dikira senjata sulit.

"Kalau nak merajuk duduk sini sorang-sorang, saya nak balik, nanti awak tolong bayar," ugut A.D. Alahhh senjata sulit dia lagi dasyat rupanya! Tak naklah duduk sorang, duit pun tak bawa, nak suruh aku basuh pinggan dekat sini ke. Nampak gayanya usaha aku terbantut tapi yang pasti bukan Hus, ermm siapa pula gerangan wanita misteri itu ya... Macam penyiasat pula aku ni kan.

"Habis tu bilanya majlis doa selamat tu?" Kiesya bertanya semula berkenaan jemputan yang A.D terima dari Husni. Tapi Hus ni memangkan. A.D je dia jemput, aku PA dia pun dia tak bagitahu. Apatah lagi orang lain. Memang ada udang di sebalik arnablah dia ni.

"Malam ni," jawapan ringkas A.D yang hampir membuatkan aku tersedak tadi ketika sedang menikmati kelazatan air kosong. Teruknya Hus ni, agak-agaklah jemput orang hari ni, malamnya majlis. Ini kaedah memaksa namanya. Mentang-mentang dia tahu schedule A.D.

"Pergi tak?" soal aku lagi.

"Pergilah nak kata apa, tapi saya tak nak la pergi sorang-sorang," kata A.D. Cuma muka dia seperti ada sesuatu yang tersirat. Sepertinya ada sesuatu rancangan yang sedang dia atur.

Lepas selesai memberi nafkah pada perut. Kami pulang semula ke office yang tak jauh dari situ. Memang tak jauh pun. Seberang jalan je. Tapi datang naik kereta. Manusia apa punya pemalas nak jalan kaki.

"Wei Sya, hang ni bagitaulah nak keluar tadi, aku call banyak kali nak ajak lunch, tapi tak berjawab, rupanya tengok handbag hang dok tang situ" Umi muncung mulut tak puas hati. Sorrylah Umi, Sya pun tak tahu kekanda badak Sya nak bawa pergi lunch sampai telefon semua tertinggal.

"Alaa Umi sorryy... Tadi A.D bawa pergi tengok kilang kejap, aku pun terlupa nak bawa handbag..." Tipu lagi aku. Nak buat macam mana, takkan nak cakap aku lunch dengan A.D tadi. Tak putus urat telinga Umi kalau dengar.

Dalam berborak dengan Umi sambil membuat kerja. A.D keluar dari biliknya dengan gaya yang cukup memukau. Gaya seorang bos yang dilimpahi kurnia wajah yang tampan dan gagah. A.D melangkah ke bahagian tengah ruang pejabat. Seakan bersedia untuk mengucapkan sesuatu.

"Minta perhatian semua, saya ada sesuatu yang penting untuk diberitahu... Husni setiausaha sulit saya akan mengadakan majlis doa selamat pada malam ini... Anda semua dijemput hadir ke majlis yang akan dianjurkan oleh keluarga beliau... Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan pada Husni." A.D menunjuk tangan ke arah Husni dengan senyuman mata dia. Husni yang tengah cantik membuat kerja di meja, melopong. Punah harapan terbaca di raut wajahnya.

Apalah kekanda aku ni suka-suka hati dia je jemput orang lain. Bukannya sikit orang dalam pejabat ni. Kalau dah semua ni datang tak pening kepala mak ayah Husni, makanan tak cukup. Haha. Pandai juga dia, tak nak datang sorang-sorang, dia ajak semua orang. Husni muka frust menonggeng.

BAB 21 Suamiku Badak Suamiku Buaya

LEGA masuk kerja tadi tak ada yang perasan aku datang dengan A.D. Keluar je dari kereta cepat-cepat aku berlari masuk dulu. Kalaulah ada yang perasan, memang keluar berita utama kat TV malam ni. Bos Layar Emas berpacaran dengan pekerjanya sendiri. Bukan boleh percaya zaman sekarang ni. Semua benda nak kecoh, semua benda nak masuk paper, nak masuk TV.

"Ni awat tangan berbalut ni, adik manis. Sakit ke, meh abang Man tengok... Alaa ciannya dia, itulah abang ajak kahwin tak nak, kalau abang Man ada tak jadi balut-balut ni." Abang Man Belon dah merapu pula. Tak habis-habis nak ajak aku kahwin. Aku dah kahwinlah! Tak padan dengan perut memboyot macam mengandung 40 tahun. Manalah orang tak panggil dia belon.

"Hang ni Man, takda keje lain ke nak kacau Kiesya je. Aku report kat bini hang baru tau.." Umi tiba-tiba muncul, mencelah. Kenyit mata kat aku.

"Kacaulah hang ni Umi, hang tu pula bila nak menikah, umur 30 dah, tak elok tunggu lama-lama kang berkulat, siapa pun tak mau." Abang Man dah mula buat pasal bagi Umi naik darah. Kalau bercakap dengan Umi, automatik slanga Abang Man bertukar ke loghat kedah. Dua raksasa dah bertempur. Aku yang kat tengah ni pula kena tadah telinga. Baik punya kata-mengata antara depa dua orang ni, tiba-tiba mari lagi seorang raksasa. Yang ni paling king sekali. Aqil Danish.

"Apa korang berdua ni? Takda kerja lain ke nak bergaduh kat office? Saya tak nak tengok lagi benda-benda macam ni berlaku dalam pejabat saya lagi. Faham?" Mr.A.D garang bak raja di rimba. Aku dah tersenyum-senyum. Muka Umi dengan abang Man dah terpeleot kena tegur dengan A.D. Nasib baik aku tak masuk campur tadi. Kihkih. 

A.D kalau kat pejabat, garang bukan main. Tapi dengan aku je dia menikus. Sejak kes aku merajuk tulah. Tak berani dia nak garang-garang dengan aku lagi. Gamaknya dia takut kut kalau aku merajuk lagi, minta cerai ke. Masak dia. Habis semua harta benda ni terlepas. Nampak tak betapa speacialnya aku. Pekerja-pekerja kat bangunan ni tak tahu yang sebenarnya bukan A.D bos paling besar kat sini. Tapi aku. Kahkah.

"Kiesya... Yang awak suka sangat kenapa? Dari tadi senyum sorang-sorang... Masuk bilik saya sekarang." Aku pula yang kena? Amboi garang betul kau dengan aku depan orang lain ya. Biasaaa diaaa tuuu... Tak apalah kat office, bagi chance.

Kiesya berjalan masuk ke bilik A.D.

"Sya, awak tengok lampu ni. Itu hari bukan awak kata nak betulkan ke?" A.D menunjuk tangan ke arah lampu yang terpadam. Yalah minggu lepas, kan. Lupa pula aku nak bagitau technician.

"Minta maaf, saya terlupa nak bagitau Abang Jan, nanti kejap saya pergi panggil dia." Jawab jujur jelah. Memang terlupa pun.

"Tak payah, tak payah... Mari tolong saya betulkan." A.D memandang ke arah lampu itu tanpa memandang kepada Kiesya. Betul tak betul apa yang aku dengar tadi. Tolong dia tukarkan lampu tu? Aku dengan dia?

"Saya dengan awak?"

"Yalah, awak dengan sayalah. Bukan suruh pasang bumbung pun. Lampu je, dah cepat mari sini." A.D mengarah. Kiesya yang macam dah kena pukau ikutkan jugalah. Nama pun bos. Bos minta tolong, takkan aku kata tak nak. Tapi apahal pula aku perempuan nak kena tolong. Dekat luar tu banyak lagi lelaki. Panggil Abang Jan tak nak pula dia.

A.D pergi mengambil sekotak lampu yang baru di atas meja. Haa ini aku dah pelik. Macam mana boleh ada lampu spare tu dekat sini. Benda-benda spare ni tak patut ada dekat sini melainkan dia pergi ambil dalam stor tadi atau Abang Jan yang bagi. Kalau dah Abang Jan yang bagi, kenapa tak suruh dia je yang betulkan? Macam-macam jugalah A.D ni.

"Kenapa benda ni boleh ada kat sini?" tunjuk aku pada lampu spare tu. A.D tidak memandang. Masih membuka balutan kotak lampu itu.

"Tadi saya pergi stor, nak minta dengan Jan, tapi dia takda. Call, kata dia betulkan wire kat luar banggunan sampai petang, saya nak tunggu sampai petang tak boleh la. Ni lampu takda macam mana saya nak buat kerja." Celoteh A.D panjang lebar. Owhh... Abang Jan tak ada ke, patutlah. Tapi boleh tahan juga tak boleh nak buat kerjalah sangat. Sebiji je pun yang tak menyala.

"Dah... Awak pegang kerusi ni, saya naik tukarkan, pegang betul-betul. Jangan goyang-goyang. Jatuh pula nanti saya." A.D menyuruh Kiseya memegang kerusi yang dah diletakkan oleh dia tadi. Suruh aku pegang kerusi je rupanya. Sikit punya lebar kerusi ni takyah pegang pun takpa. Mengada. 

Sebelum naik ke atas kerusi A.D membuka kot bajunya dan menyinsingkan lengan baju kemejanya. Kemudian dia membawa keluar lampu yang rosak dan meminta Kiesya hulurkan lampu yang baru. Tiba-tiba A.D menjerit setelah selesai menukar kepada lampu yang baru.

"Aduh... Aduh... Sakitnya tangan saya..." A.D mengipas-ngipas tangan. Mukanya berkerut seakan menahan kesakitan yang amat. Kiesya dah gabra. Kenapa pula dah si badak ni. Tiba-tiba pula sakit.

"Kenapa ni?" tanyaku. Memang risaulah juga. Kena karen ke?

"Saya rasa macam kena karen tadi, sakitnya Sya..." A.D berkerut-kerut dahi menahan sakit. Kiesya pula dah cuak. Betul seperti agakkan dia tadi.

"Macam mana awak ni. Tukar lampu pun tak pandai. Nanti saya pergi panggil ambulans..." Itu jelah yang aku tahu kalau ada orang sakit kat dalam office ni.

"Tak payah... Tak payah... Sya ambilkan minyak angin kat atas meja tu, tolong sapukan..." Aku pandang pada meja. Aik bila pula ada minyak tu kat situ. Selalu takda. Biarlah, syurkur jelah dah ada. Kesian kat A.D kena karen. 

Kiesya sapukan minyak angin itu dan menggosok pada tangan A.D yang terkena karen. Wajahnya cukup risau apatah lagi bila melihat A.D berkerut menahan sakit yang teramat sangat. 

"Kat sini Sya... Haa kat situ..." A.D menunjuk tempat yang sakit. Kiesya gosok tempat yang sakit.

"Kat sini pula... Sampai sini karen ni naik... Gosok sini Sya... Sakit... Sakit..." Aku pun gosok pula di mana yang A.D tunjuk. Macam tulah sekejap dekat sini, sekejap dekat situ sampainya satu lengan dia, aku gosok, aku urut dengan tangan kiri aku. Lenguhlah pula, tapi nak buat macam mana tangan kanan aku pun berbalut lagi. Risau memang serius aku risau.

Tapi yang tak fahamnya... Si A.D ni kena karen muka macam best dah kenapa... Jadi best ke kena karen? Tapi risau punya pasal, buatkan jugalah. Tiba-tiba dia tunjuk dekat dada pula. Sakit katanya dada dia. Tapi muka tak macam orang sakit.

"Awak ni sakit ke tak sakit?" Kiesya yang kehairanan dah mula nak menyoal.

"Sakit Syaaa... Sakitnya dada saya ni... Matilah saya... Matilah saya." A.D dah meracau, sampai mati pula. Aku jadi lagi cuak bila dia kata nak mati. Panggil ambulans tak nak. Dada pula sakit. Urutkan jugalah, risau sangat, takut A.D mati. Cepat dia bukakan butang baju A.D satu persatu.

"Dekat mana?" Kiesya tanya lagi setelah membuka butang-butang atas baju kemeja yang A.D pakai. Dia tunjuk kat dada kirinya. Kiesya sapukan minyak angin dan gosok dada dia berulang kali 

Malu tu memang tapi kalau dah sampai nak mati, takkan aku nak tengok je. Kiesya yang baik hati mengikut seperti apa yang A.D inginkan. Dia terfikir juga mungkin yang A.D sengaja nak kenakan dia tetapi takkanlah semua benda A.D nak kenakan dia. Dia sangsi. Sehinggalah...

"Alahhh... Sedapnya," kata A.D dengan mata terpejam. Dengan muka yang layan habis. Aku tenung lama-lama muka A.D yang sedang keasyikkan tu. Siap pejam mati lagi ya kau. Ini bukan sakit ni. Ini membongak aku ni. Kena kencing dah aku ni. Memang buaya betullah kau ni! Baru je malam tadi berbaik-berbaik dengan aku, kawanlah, apalah. Takpa-takpa, tahulah aku nak ajar kekanda buaya aku ni. Kiesya tersedar juga yang A.D hanya mempermainkan dirinya.

Kiesya ambil minyak angin tadi, dibukanya penutup putih yang menghalang minyak angin itu keluar dengan banyak dan dia menuang kesemua minyak angin itu di kelangkang A.D! Main gila lagi dengan aku! Oppsss, sorry sangat tertumpahlah pula. Rasakan... 

A.D yang telah merasa perubahan suhu cuaca yang agak panas di kelangkangnya, membuka mata. Pandang pada aku. Tak berkebil. Terjojol matanya. Selain aku menghadiahkan dia rasa kepanasan, tak lupa juga aku hadiahkan dia senyuman lesung pipitku.

"Sorry sayang... Tertumpah." Aku memaparkan raut muka yang paling comel disertakan kerlipan mata berulang kali. Tunjuk pada A.D botol kosong minyak angin. Nak nangis ke A.D? Apalagi...

"Wahhh... Panas, panass..." A.D terlompat-lompat kepanasan. Berlari masuk ke dalam bilik air. Terkangkang-kangkang dia berlari. Hilang sudah kemachoan dia. Nasib baik memang ada bilik air dalam bilik dia ni. Kalau tak ada? Mahu tak terperanjat orang kat luar tu tengok A.D berlari dah macam beruk kena sula. Kahkah.

Hampir 15 minit juga aku tunggu dia keluar dari bilik air. Nak ketawa lebih-lebih takut dia dengar. Ketawa cover je, tutup dengan tangan. Nanti ingat aku sengaja pula. Tapi seronok betul dapat kenakan dia. Risau memang risau. Sebotol tu aku tuang. Entah berzuriat ke tak berzuriatlah dia lepas ni.

"Prakkk..." Pintu air terbuka. A.D keluar dengan kusut masainya.

"Sorry tau sayang, Sya tak sengaja tadi. Sya tengah seeeedap urut dada awak tadi tak sedar minyak angin tu dah tertumpah. Awak okey tak ni? Ada sakit lagi? Kalau ada minyak angin lagi, meh Sya urutkan." Kita pun kena pandai berlakon juga. Cakap elok-elok, nanti tak bercakap pula aku dengan dia sebulan.

"Takpa Sya, saya dah okey... Semua karen dah hilang... Awak boleh balik ke meja awak..." A.D terkerut-kerut dahi. Jalan pun dah mengengkang. Hahaha. Karen dah hilang? Kahkah...

"Okey, kalau nak apa-apa bagitau Sya tau." Kiesya keluar dari bilik A.D senyum gembira. Nak menggatal sangat dengan aku. Duduk dekat meja, sambung gelak. Orang lain dah pandang semacam. A.D ooi A.D..




SEPERTI yang dijanjikan. Aku dan dia dalam satu kereta. Pergi Shooping! Ini kali kedua aku bakal membeli belah bersama suami tercinta. Cintalah sangat. 

"Kita nak pergi mana ni?" tanya aku pada A.D yang sedang memandu.

"Kita pergi O.U," jawab A.D.

"One Utama? Wah best-best.. Lama dah tak pergi sana," kata aku jujur. A.D senyum seperti biasa. Dah hilang kut pedih dia kena minyak angin pagi tadi. Langsung tak ungkit pasal tu. Dah insaf rasanya. 

Nasib baiklah dia memang ada baju spare dalam almari bilik dia. Kalau tak, tak boleh bayang aku dia dengan perfume minyak angin semua cukup. Tadi aku terjumpa Abang Jan, technician tu. Aku tanya betul ke Abang Jan buat kerja luar hari ni. Dia cakap mana ada. Dia ada je dekat stor dari pagi. Haa, kan si buaya ni memang dah rancang nak menggatal dengan aku. Silap harilah kekanda.

Sampai je di O.U, dia terus ajak aku pergi ke cinema terlebih dahulu, katanya nak beli tiket wayang. Aku ikut aje. Tapi aku tak tanyalah dia beli nak tengok dengan siapa. Mungkin dengan awek dia kut. Tak kisahlah kan. Aku teman je. Lagipun dia tak tanya pun aku nak tengok wayang ke tidak. Bukan dengan akulah tu.

"Sya nak tengok cite apa?" Soalan A.D ketika sampai di hadapan kaunter cinema. Haa? Nak ajak aku tengok wayang ke. Tadi tak cakap. Dah sampai depan kaunter baru tanya aku. Memang perangai jenis tak tanya orang dulu dia ni. Ikut suka hati dia je.

"Ikut awaklah, saya okey je" Terpaksa aku setuju. Manalah sempat nak fikir. Cik kaunter tu dah menunggu dari tadi. Patutlah ajak aku sekali beratur dengan dia tadi. Nak tunggu aku fikir, orang lain dekat belakang pun nak beli tiket juga.

"Batman, 6,15 pm, couple seat," kata A.D pada cik kaunter.

Owh cerita Batman, layan jugalah aku, 6,15 okeylah juga sebab aku pun tak boleh sembahyang hari ni. Tapi tang couple seat yang aku tak faham tu. Aku dengan dia, couple seat? Suka hati tok wan dia je. Dah la tak tanya aku dulu. Aku cubit lengan dia, dia buat bodoh je. Lepas tu senyum mata pada aku. Mengada je nak couple seat sangat. 

"Jom kita pergi makan dulu, sekarang baru pukul 5,05 minit, lepas tengok wayang nanti teman saya beli barang," kata A.D. Bagus juga cara dia. Beli tiket dulu lepastu baru makan. Lepas tengok wayang baru shopping. Jadi tak payah nak bawa beg-beg bagai bila masuk wayang. Aku suka caramu itu A.D. Ini pun nasib baik keluar awal. 3.30 dah cabut dari office.

Kiesya yang tak banyak songgeh, mengikut A.D menjamu selera di restoran makanan western. Janggal? Tak juga, sebab dah biasa jumpa. Hidup sekali di bawah satu bumbung dengan usikan dan gurauan membuat Kiesya langsung tidak berasa janggal walau buat pertama kalinya nanti, dia akan menonton wayang bersama A.D.

"A.D, nak tanya sket ni," aju aku pada A.D yang sedang menikmati barbecue beef ribs.

"Ermm, apa dia Sya?" A.D yang sesekali akan menolong aku potongkan lamb chop yang aku pesan. Tangan sakit lagi. Nak genggam pisau tak boleh. Jalan ke sana ke mari dengan tangan yang berbalut.

"Awek-awek awak tak cemburu ke?" soal aku. A.D tersenyum dan menggelengkan kepala.

"Cemburu tengok kita berdua? Awek-awek? Awek yang mana satu nak cemburu?" A.D ketawa gelihati dengan soalan aku. Apa yang gelihatinya entah. Awek yang mana satu? Berapa banyaklah awek dia. Macam belagak pun ada.

"Saya ni... Kawan perempuan tu memang ramai... Tapi yang serius tu takda... Belum jumpa," tambah A.D lagi sambil mengunyah beef ribs dia.

"Kenapa Sya tanya? Sya takut diorang marah?" tanya A.D dan menyedut air apple juice yang dipesan.

"Ehh buat apa saya nak takut... Saja tanya." Aku sebenarnya rasa bersalah pula bila keluar berdua dengan A.D ni dah macam loving couple pun ada. Manalah tahu, awek dia ternampak, tak ke dah salah faham. Kata aku perampas. Tak pasal-pasal bergaduh sebab aku.

"Habis si Bella yang seksi nak mampus tu bukan awak kata sweerheart awak ke? Bukan awek ke tu?" Teringat aku dengan minah seksi yang kami berjumpa dulu kat restoran Perancis. Tercarutlah pula tadi. A.D pandang semacam. 

"Apa kata orang nak mampus Sya. Tak baik." A.D bertukar menjadi ustaz. Mudah-mudahan. Aaminn. Aku buat muka terkedu jelah. Muka tak sengaja.

"Saya kawan je dengan dia. Tapi tak sesuailah pula dengan citarasa saya. Lagipun biasalah lelaki kawan dengan ramai perempuan. Nak kenal hati budi dulu. Sesuai ke tidak. Nak dibuat isteri. Bukan boleh diceduk macam tu je." Yeke? Berkepit macam tu punya mesra bukan awek dia rupanya. Tapi dia kata nak kahwin tadi. Dah sampai seru ke nak kahwin. Agaknya lah. 

"Tapi adalah seorang tu yang saya suka Sya..." A.D membuka kata tentang seseorang yang telah menawan hatinya. Aku? Confirm la nak tahu. Bila dah tahu senang kita nak jaga kelakuan depan orang tersayang dia, kan.

"Siapa perempuan tu? Ceritalah..." Kiesya mendesak.

"Sya selalu jumpa," terang A.D ringkas.

"Saya selalu jumpa? Siapa?" Perasaan nak tahu aku berkobar-kobar. Yang aku biasa jumpa budak-budak office jelah. Umi, Siti, Husni ermm, ramai lagi kut perempuan dalam office tu.

"Dah jom kita gerak, pukul 6:00 dah, jap lagi wayang nak start. Saya nak beratur beli pop corn lagi." Lah... Tak jawab pun soalan aku. Apa je. Nak tanya lebih kang, nanti kata aku penyibuk pula. 

A.D tidak menjawab persoalan aku. Ditinggalkan aku dengan teka-teki yang tiada jawapan, hanya satu klu, seseorang yang biasa aku jumpa. Tapi legalah juga bila dengar macam tu. Risau juga kalau-kalau dia sukakan aku. Cuba bayangkan kalau dia suka pada aku. Dia pikat aku dengan pelbagai cara dan aku jatuh hati pada dia. Naufal nak letak mana, kan.

Dalam sedang menonton cerita Batman ini pun, fikiran aku menerbang memikirkan siapakah sebenarnya perempuan yang A.D dah syok tu. Rasa-rasa aku Husnilah. Sebab Hus memang biasa berurusan dengan dia, yalah Setiausaha Sulit. Setahu aku Hus pun memang syok habis dengan A.D. Bukan Hus je sorang, perempuan yang lain pun sama. Bos, muda pula tu baru 31 tahun, handsome, kacak bergaya semua ada kat si badak sebelah aku ni.

First time jugalah aku merasa couple seat. Best juga kerusi luas macam gini. Nak tidur pun boleh. Walaupun luas, kekanda buaya aku ni memang tak reti nak duduk diam. Sekejap dia pusing sini, sekejap dia pusing situ. Mulut tak berhenti makan pop corn. Padahal tadi dah makan steak. Ni tambah lagi nala punya pop corn. Itu pun ada hati juga nak pegang tangan aku bila aku ambil sikit pop corn dia. Gatal tak ikut tempat dia ni. Kalau dah kena terajang dengan aku, melekat juga dia ni kat skrin wayang tu. Batman ke mana, pop corn ke mana.

Tapi aku respect sangatlah kat dia, walaupun dia bos besar, lagak dia macam orang biasa juga. Tak ada nak bodyguard sana sini. Beli apa-apa, beratur macam orang lain juga. Kalau tengok gitu-gitu memang tak sangka dia ni Bos Layar Emas. Berbeza dengan Datuk-Datuk yang aku kenal. Mungkin sebab dia muda lagi kut. Rimas kena jaga.

Lepas habis layan cerita Batman, A.D bawa aku pergi membeli-belah! Part ni yang aku tunggu-tunggu. Hehe.

"Cantik baju ni, cuba awak pakai. Sesuailah saya rasa dengan awak, lagipun awak suka pink kan?"

"Arghh sakitt..." A.D mengaduh kesakitan kena cubit di pinggang. Buat malu aku je. Suruh aku try baju tidur bapak seksi gila warna pink. Mana entah dia tahu aku suka pink. Owhhh yang kes hari pertama tu. Memang favorite akulah pink dengan purple.

"Sya, awak cuba ni... Saya rasa kena dengan awak." A.D hulur sehelai blouse kepada Kiesya. Sekali imbas memang cantik tapi kena tengok harga dulu. Mak ai 380 ringgit. Mahal sangat ni. Aku paras-paras bawah 150 ringgit je. Kadang, tak masuk akal juga harga baju-baju ni. Aku menolak untuk mencuba disebabkan harga yang mahal. Nanti dah cuba tersuka pula. Mana ada duit nak bayar.

"Sya... Try ni."
"Sya... Ini cantik."
"Sya... Cuba yang ni."
"Ini sesuai dengan awak."

A.D saja je nak meruntunkan jiwa aku. Suruh try baju-baju yang mahal aje. Masuk sini masuk sana. Kalau duit banyak memang bestlah.. Sekali sekala bolehlah beli yang mahal sikit. Kalau dah berkala-kala, tak koyak poket aku. Gaji bukan besar mana. Sebulan 3500 ringgit je bersih. Duduk K.L, bayar sana, bayar sini, dapatlah menyimpan sikit. Duit kereta, makan minum dengan minyak tol je dah habis 2000 ringgit, belum kira lagi untuk perbelanjaan aku yang lain, nak bayar bil handphone, duit insuran, pakaian, make up... Ish, Nasib baik rumah tak payah bayar. 

A.D memang ada menyampaikan hasrat menanggung semua, yalah aku kan isteri dia. Tapi aku tak sanggup sebab walaupun aku isteri dia, aku tak macam isteri dia. Aku tolak cara elok. Aku nak dia tahu apa yang aku buat ni bukan sebab untuk duit dia. Aku just nak membantu sahaja.

"Sya awak cubalah yang ni, takpa saya belanja." A.D tak berputus asa menyuruh aku mencuba baju yang mahal. Nak belanja?

"Takpalah A.D, tak naklah..." Aku pun tak berputus asa menolak.

"Kalau awak tak nak, saya beli juga, tak nak pakai, saya buat kain buruk aje lap lantai, lagipun salah ke seorang kawan belanja kawan dia, tak salah kan?" A.D tetap memaksa. Serba salah pula aku. Nak terima ke tidak ni. Dalam tengah berfikir tu dia buat kerja gila dia pula dah.

"Bak sini tengok awak saiz apa..." A.D kerobek belakang baju Kiesya untuk mencuri lihat saiz yang dia pakai, menyelak tudung isterinya itu. Meradanglah minah tu. Memang nak kena pijak kaki betul buaya sekor ni. Terpaksa dia mengalah sebelum terjadi benda-benda yang tak sepatutnya.

"Yalah, yalah... Sya cuba, Sya cuba..." Aku ambil blouse tu pergi fitting room. A.D tersenyum puas.

"Keluarlah, saya nak tengok..." A.D menjerit dari luar, meminta Kiesya keluar menayang baju yang dia cuba tadi. Tunggu depan pintu. Kiesya keluar dan muka terus bertukar rupa menjadi nenek kebayan disebabkan kekanda badaknya sedang memegang sepuluh helai blouse yang perlu dicuba lagi!

"Awak ni biar betul. Banyaknya nak suruh saya cuba." Tak tahulah nak gambarkan yang aku ni resah ke atau gembira. 

"Cuba jelah. Bukannya tentu nak beli lagi. Kalau cantik dengan awak, baru beli. Dah pergi masuk balik. Cuba satu-satu," desak A.D. 

Keluar masuk, keluar masuk. Cuba itu, cuba ini. Sudahnya lima helai blouse menjadi kepunyaan aku. Haha. Habis, orang tu beriya sangat nak belanja. Kalau aku tak nak, dia belikan juga. Dari dia sakitkan hati aku dengan buat lap lantai, baik aku ambil jelah. Rezeki jangan ditolak. Baru aku faham maksud peribahasa tu. Hihi.

"Awak ni sibuk suruh saya try itu ini, beli itu ini dekat saya, awak tu tak beli apa-apa pula." Dari tadi barang-barang aku je yang terbeli. Barang dia satu benda pun tak ada. Hairan juga aku.

"Ada, nanti saya beli. Kat sini takda," balas A.D. Aku pun tak sabar juga nak tahu benda apa yang dia nak beli tu. Dari tadi masuk sana sini tak beli apa pun. Sampailah di kedai jualan barangan runcit. A.D masuk ke situ membeli sesuatu dan keluar. Aku yang ketika itu menunggu di luar memerhatikan budak-budak kecil bermain-main sesama mereka.

"Dah Sya jom balik.." A.D mengajak aku balik.

"Aik, barang awak kan tak beli lagi?" soalku kehairanan.

"Dah beli dah, ni haa..." A.D menunjuk kepada aku sekotak rokok dan lighter.

"Ini yang awak nak beli sampai ajak saya datang sini?" Mahu tak terkejut aku. Menatang tu yang dia nak beli rupanya sampai nak ajak aku shopping bagai. Padahal dekat luar sana pun bersepah.

"Haah, saya terlupa letak kat mana rokok dengan lighter, hilang mana entah, cari kat rumah malam tadi tak jumpa." Lah. Apa jelah kekanda aku ni. 

Ya, A.D memang penghisap rokok tapi bukan penghisap tegar. Jarang sekali aku terserempak dengan dia sedang menghisap rokok. Bukan jarang sekali, jarang sangat rasa aku. Sebab selama aku kenal dia, tak silap dua kali je aku nampak dia merokok. Pertama, masa first day aku jumpa dia tengah meradang dekat tempat parking. Kedua, masa tempoh aku merajuk tak nak bercakap dengan dia, dua minggu lepas tak silap. Habis tu, semalam dia cari rokok ni sebab meradang kat siapa pula? Aku dengan dia okey je semalam.

Yalah sayang. Oppss tersayang pula. Baru A.D belanja sikit, dah tersayang-sayang. Ini yang aku tak nak ni. Minta la jauhkan perasaan sayang menyayang ni. Hati aku tetap untuk Naufal.

BAB 20 Suamiku Badak Suamiku Buaya

TANGAN aku yang terluka siang tadi semakin berdenyut-denyut. Kenapa sakit sangat ni. Macam teruk je aku rasa. A.D kata lukanya tak besar. Nak tengok macam tak beranilah pula. Badak ni bila nak balik. Dah pukul 9.45 malam kut. Takkan nak tunggu pukul 10 juga baru nak balik.

Perut memulas-mulas. Seharian makan pizza. Manalah perut aku tahan makan pizza satu hari. Lain la aku ni kacukan Itali, ada juga DNA pizza dalam badan aku. Orang melayu original kut, nasi jugalah yang dia cari. Nak cuba pegang pisau tadi pun tak boleh. Ingat nak masak juga. Sakit kat tengah-tengah ni tak boleh nak genggam tangan. Tangan kanan pula tu.

"Sya..."

Kiesya yang ketika itu sedang leka mengira berapa ketul kristal yang ada di lampu chandelier yang tergantung di syiling seakan ingin melonjak gembira apabila mendengar suara yang sangat dirindui. Bukan rindu sayang tu tapi rindu bawah sikit dari tu. Kategori apa aku tak pasti. Nanti nak kena buka kamus dewan. Alamak dah terlupa aku kira sampai mana tadi!

"Apa yang Sya tengok tu dari tadi lagi melangut kat atas." A.D menegur Kiesya yang ketika itu masih memandang pada lampu chandelier tadi.

"Oh A.D, saya ingat siapa tadi. Sya tengah kira berapa biji kristal yang ada kat lampu tu, banyak sangatlah. Tadi dah kira separuh lepastu terlupa pulak." Nampak tak, aku saja je kononya tak sedar yang dia dah balik. Padahal suka punya hal dengar suara dia tadi tu yang buat aku terlupa.

"Owh lampu tu, ada 526 batu crystal. Saya beli masa pergi Italy dulu," terang A.D sejarah kedatangan lampu chandelier sebelum melekat kat syiling atas tu siap dengan berapa biji sekali. Wah aku kira tadi baru setakat 200 lebih. Dasyat juga ingatan A.D ni, boleh ingat lagi.

"Eh tapi awak kata baru je duduk rumah ni? Bila pula awak pergi Italy?" Teringat pula dia kata baru duduk kat rumah ni tiga hari sebelum kami kahwin. Tapi selama ni bila pula dia pergi Italy? Nak kencing akulah ni.

"Dah lama dah beli lampu tu. Lampu kesayangan arwah mama. Saya bawa ke sini." Perlahan je A.D jawab. Terdiam aku bila dia cakap macam tu. Mesti spesial lampu ni. Lampu kesayangan arwah mama dia.

"Nah ni, nasi kukus saya beli masa nak balik tadi. Tak makan lagi kan?" A.D meletakkan sebungkus bungkusan di atas meja. Pandainya kekanda adinda ni, tahu-tahu je kita cari nasi.

Kiesya yang sedari tadi memang mengidam nak makan nasi terus melonjak bangun dari baring dan seperti kebiasaan menggunakan kedua belah tangan bagi membantu lonjakan tersebut. Tetapi dia terlupa bahawasanya salah satu dari tangannya tercedera. Saja lupa ke buat-buat lupa Sya? Betul la memang terlupa. Ingat saja-saja ke nak tempah sakit. Kecoh je kau. 

"Owchh, aduh... Sakitnya..." Perkataan yang biasa keluar apabila mengalami gejala kesakitan. Kiesya memegang atau tangan kiri memegang tangan kanan yang sakit dan terbaring semula. Sakit gila kut, tertekan betul-betul kat tempat luka tadi. Kita ni dah biasa mengharap pada tangan kanan, yang luka pula tangan kanan juga. A.D tergeleng kepala. Gelojoh.

"Macam mana boleh sampai macam ni, bak saya tengok.." A.D meminta kebenaran untuk melihat luka di tangan.

"Takyah lah, jap lagi okey kut.." Malu masih ada, walaupaun dah berapa kali dia pegang tangan aku. Yang balut pun dia juga tadi siang.

"Alah, nak malu lagi ke, nanti melarat luka tu sampai ke perut, saya juga yang susah." Cubaan A.D untuk menakutkan Kiesya. Dah kenapa perut pula yang jadi mangsa. Sikit punya jauh tangan dengan perut.

Tanpa mendengar kesudian dari mulut Kiesya sendiri, A.D memegang tangan yang terluka itu. Dia duduk di sebelah Kiesya yang ketika itu masih terbaring. Lagi tambah malu sampaikan pinggangnya menyentuh paha gadis itu. Kiesya yang merasa ketidakselesaan cuba menggerakkan tubuhnya menjauhi tetapi terhenti apabila A.D memacakkan pandangan tajam menyuruh dia supaya tidak bergerak. Kiesya menurut. Tidak berani membantah.

Helaian balutan dibuka satu persatu sehingga habis. Kiesya tak mahu melihat. Berpaling ke arah lain. Terasa telapak tangannya diusap lembut olej jari jemari A.D. Sesekali dia mengaduh sakit apabila jemari itu menyentuh luka. Kata tak bagi pegang tanganlah, apa kau ni Sya. Habis tu siapa lagi aku nak minta tolong? Aku nak buat sendiri? Aku nikan penakut. Takut dengan darah.

"Kita pergi hospital jelah..." A.D tiba-tiba bersuara.

"Kenapa pula? Teruk sangat ke?" Kiesya dah mula merasai debaran ketakutan apabila A.D menyebut hospital.

"Kena jahit ni..." A.D bercakap dengan nada yang serius. Apa? Kena jahit. Alah tak naklah aku nak jahit-jahit ni. Macam seram je. Dah la jahit takda bius apa pun aku tengok dalam TV. Cucuk tangan aku dengan jarum ke? Tak naklah. Kiesya menggelengkan kepala seperti budak kecil.

"Kalau tak jahit bahaya ni, kemungkinan tangan ni nanti kena potong, sebab dah kira tisu-tisu tangan ni rosak." Doktor A.D memberi penerangan. Kiesya dah rasa nak menangis, tak nak kena jahit tapi takut pula tangan kena potong. Ermm, betul tak betul A.D ni. Dah macam aku ni ada kencing manis pula sampai nak memotong semua. Serius sangat je bunyinya.

"Susah kalau takda tangan nanti Sya, nak bawa kereta tak boleh, nak makan pun susah. Kalau nak jadi gedik macam siang tadi, takut tak berapa nak jadi pula nanti." A.D menambah perisa, mengeleng-gelengkan kepala tanda kesian sambil jari jemarinya tak lepas dari mengusap lembut telapak tangan Kiesya. 

Ewah sempat lagi tu perli kita. Yang dia ni dari tadi tak habis usap tapak tangan aku kenapa. Tapi betul juga kata dia. Masalah kalau tangan aku hilang sebelah. Jahit jelah dari hilang tangan.

"Jomlah pergi hospital." Kiesya pasrah. Termakan juga dengan usikan A.D.

A.D terus memalingkan muka mengadap ke arah lain setelah mendengar kesanggupan Kiesya tadi. Badannya terhenjut-henjut seperti menahan sesuatu. Kiesya yang kehairanan cuba memandang muka A.D. Ya, jejaka itu sedang ketawa cover, cuma apabila dia melihat Kiesya memandangnya dengan muka yang kehairanan, ketawa yang ditahan tadi dilepaskan.

"Wahaha... Kihkih..." Melihat A.D ketawa teramat best, sedarlah Kiesya yang dia telah dipermainkan. Kau ni lembablah Sya, manalah tak kena sakat je dengan orang. Diamlah kau! Dah tahu kenapa tak beritahu tadi. Tak boleh pakai punya hati. Kiesya memarahi diri sendiri 

Suka sekali engkau wahai kekanda badak mempermainkan adinda sebegini rupa ya. Sampai sekali hatimu memainkan perasaan adinda yang lemah ini ya. Tidak mengapa kekanda kerana remote ini akan ku abadikan di kepalamu sebentar sahaja lagi. Remote yang berada di atas meja, Kiesya ambil dengan tangan kirinya dan ditujukan tepat ke sasaran. Kepala A.D menyambut dengan baik.

"Kelekukk..." Bunyi remote dan kepala apabila bersatu.

"Kiesyaa!!! Aduiii... Ganas betullah dia ni." Ketawa yang berderai tadi berjaya di hentikan. A.D menggosok kepala bertalu-talu. Padan muka kau. Puas hati aku. Kiesya mencebik, merajuk.

"Alahhh nak gurau pun tak boleh. Sikit-sikit nak merajuk." A.D bersuara setelah kesakitan di kepalanya reda. Kiesya masih mencebik. Memeluk tubuh.

A.D pergi meninggalkan Kiesya menuju ke arah dapur dan kembali semula membawa sebuah peti kecemasan. Ingat dia pun nak merajuk tadi, rupanya pergi ambil peti ubat tu. Boleh aku sambung merajuk lagi, kan.

A.D mendekati Kiesya, diambilnya iodin dan disapu ke tempat luka. Kiesya memberanikan diri untuk melihat, tak mahu lagi ditipu. Lebih kurang hampir satu inci torehan kaca betul-betul di tengah pelipat tapak tangan. Patutlah tak boleh nak genggam, tapi tak adalah serius sampai nak kena jahit. Mengada je nak takut-takut kan aku tadi. A.D membalut semula dengan kain yang baru.

"Okey dah siap, nak makan tak?" A.D bertanya. Memanglah nak makan. Lapar sangat dah. Kiesya mengangguk perlahan. A.D membuka bungkusan nasi kukus yang dia bawa tadi. Diambilnya sudu dan cuba menyuap ke arah mulut aku. Aku menggelengkan kepala tanda tidak setuju mahu disuap, biar aku pegang sendiri dengan tangan kiri. Menyampah pula nak manja-manja dengan kau.

"Biarlah saya suap sendiri..." Kiesya akhirnya bersuara yang sedari tadi hanya menggunakan bahasa badan. Dia mengambil sudu dari tangan A.D. A.D tidak membantah. Dia menyuap nasi dengan kekok menggunakan tangan kirinya. Sesekali jatuh sebutir dua nasi akibat pegangan yang tidak kemas. A.D hanya memerhati.

"Saya nak tanya sikit boleh?" A.D ingin tahu sesuatu. Kiesya mengangguk.

"Siapa lelaki yang saya jumpa masa awak makan kat French Restaurant dulu?" Kiesya hampir sahaja tersedak sebaik mendengar pertanyaan A.D tadi. Cepat-cepat dia mengambil gelas air yang sedia ada di atas meja.

"Kenapa tanya?"

"Boyfriend awak ke?" Soalan A.D yang seterusnya. Ermm, rasanya elok aku berterus terang je dengan dia kut siapa Naufal. Bagus juga kalau dia tahu. Sekurang-kurang dia tahu batasannya. Aku ni awek orang lain.

"Ya boyfriend saya, nama dia Naufal," kata Kiesya jujur.

"Haa yalah, nama dia Naufal, saya ingat lagi. Tapi dia tak tahu ke pasal kita ni? Dia tak marah ke?"

"Dia tak tahu pun, sebab sekarang dia ada kat England. Urusan kerja," balas Kiesya. Meneruskan suapan nasi ke mulut sambil menunggu jika ada lagi soalan yang ingin di tanya oleh A.D.

"Apalah perasaan dia kan kalau dapat tahu yang buah hati dia sekarang ni adalah isteri pada orang lain. Kan?" A.D menambah. Kiesya yang mendegar dah stop suap nasi ke mulut dan pandang ke muka A.D.

"Kenapa? Awak nak bagitau dia ke?" soal aku pada A.D. Rasa tak sedap hati pula bila dengar dia cakap macam tu.

"Taklah, saya cuma kasihan je, tak pasal-pasal awak terlibat sama," kata A.D lagi. Kiesya mengangguk lemah.

"Tapi tidak bermakna yang kita tidak boleh berkawan betul?" A.D bertanya lagi, kali ini dia memperlihatkan senyuman matanya yang sweet itu. Kiesya memandang ke arah wajah tampan A.D dan mengangguk perlahan tanda setuju. Membalas senyuman mata A.D dengan senyuman lesung pipitnya.

"Okey kalau macam tu sebagai seorang kawan, biar saya suapkan awak nasi ni, dari tadi tengok tak habis-habis. Kalau dibiar sampai nasi basi pun awak tak habis suap lagi. Dengan tumpah sana sini..." A.D membebel pula minta nak suapkan. Aku hanya terpaku melihat sudu dirampas dan terpaksa menelan setiap suapan dari A.D...

"Kalau awak nak apa-apa bagitau kat saya okey, saya nak naik atas kejap mandi." A.D berkata selepas selesai menyuap kesemua nasi kukus tadi. Aku mengangguk. Dengan ekor mata aku melihat A.D berlalu pergi.

Wah sweetnya tadi. Haha. Legalah juga A.D dah tahu, kan. Dan yang lebih melegakan dia nak berkawan dengan aku. Suami aku, kawan aku. Ermm, kawan-kawan juga jangan sampai nak lebih-lebih sangat. Setakat pegang tangan aku kira halal jelah. Lagipun memang halal pun. Kesian juga dekat dia, yalah dia kan lelaki, duduk dengan aku pula berdua. Tapi tak dapat jadi suami yang sempurna.





TANGAN yang sakit, masik menyucuk-nyucuk. Ingat nak pergi kerja, tapi rasa macam tak lepas je nak pegang stereng kereta. Nak minta keizinan dari A.D supaya aku dapat cuti hari ini. Manalah tahu dia bagi.

"Tukk..Tukk..Tukk.." Aku mengetuk pintu bilik A.D

"Kenapa Sya?" A.D keluar dari bilik, bergaya dengan kotnya. Beg bimbit di tangan di letakkan ke bawah dan membetulkan sedikit kedudukan tie yang tidak selari sambil tetap memandang pada wajah Kiesya.

"Sya ingat tak boleh pergi kerjalah hari ni, nak cutilah rasa... Boleh tak?" Aku memandang dengan wajah mengharap.

"Pasal tangan tu ke? Ermm, tak pun jom naik dengan saya jelah," balas A.D. Betul tu betul tapi kalau orang lain nampak? Apa kata diorang pula. Mesti kata aku ada skandal dengan Mr.A.D. Banyak pula nanti soalan yang aku nak kena jawab kang.

"Tapi kalau..."

"Dah tak payah nak tapi-tapi lagi... Jom..." AD memotong percakapan aku. Alaa nak kena ikut juga ke. Bagi jelah aku cuti kan, berkiralah dia ni. Kiesya tidak berganjak. Tetap dengan pendiriannya, tidak mahu pergi kerja. Membatukan diri.

"Lahh, tak nak pergilah ni? Okey takpa... Hari ni saya bagi awak cuti... Tapi hari ni je," kata A.D memberi persetujuan. Yey! Dapat juga aku cuti. Aku dah best. Boleh lepak rumah hari ni layan cerita Korealah. Kiesya melepaskan senyuman tanda terima kasih. A.D mengangguk perlahan.

A.D mengambil beg bimbitnya dan melangkah tiga tapak kehadapan. Ketika langkahan keempat...

"Ingat nak ajak pergi shopping sekali, tak nak ikut pulak dia..." A.D seolah-olah berkata sendiri. Ya, dia bercakap sendiri kononya tapi masalahnya aku dengar apa yang dia cakap tu. Nak pergi shopping? Kalau aku ikut, dia nak bawa aku pergi shopping? Macam bestlah pula. Nama pun shopping mestilah best. 

Taktik A.D menjadi. Faham benar dia sifat perempuan. Sengaja dia berkata begitu ingin melihat akan reaksi Kiesya. Seperti yang dia jangka, gadis ayu itu akan berubah fikiran demi kerana shopping. Tetapi dia ingin menunggu dan mendengar apakah yang ingin dikatakan oleh Kiesya.

"Arr A.D, Sya rasa tak selesalah duduk sorang-sorang kat rumah, semalamkan Sya ada dengar macam bumbung kat atas tu berbunyi-bunyi..." Kiesya membuat cerita dengan harapan A.D mengajak dia semula ke office. Nak cakap direct malu. Ego? A.D menoleh memandang Kiesya.

"Owh bumbung tu takpa nanti saya suruh orang betulkan, biasalah kalau hujan, angin memang kuat sikit, bilik saya pun berbunyi-bunyi juga," balas A.D dengan sinis. Eiii badak ni, bukannya tak faham, saja je tau. Saja nak suruh aku cakap nak ikut dia. Padahal bisik apa sampai aku dengar.

"Aiiii... Pergi sorang-soranglah shopping aku nanti..." A.D kononnya bercakap sendiri lagi. Mengeluh. Mengada betullah badak ni. Apa salahnya ajak jelah aku, Sya nanti A.D nak pergi shopping, nak ikut? Kan senang. Nak kena aku juga cakap. Padahal aku dah memang tak nak ikut tadi. Dah la... Malas nak kias-kias.

"Dah jom kita pergi kerja. Tapi jangan tipu saya, tak bawa saya pergi shopping, siap awak saya pijak kaki... Huhhh..." Aku terus berjalan kehadapan, malas nak tengok muka A.D. Gelakkan akulah apalagi tu. Memalukan betul.

Seperti yang difikirkan Kiesya, A.D tergelak sendiri. Seronok hatinya dapat mengenakan Kiesya sekali lagi. Tak pernah seumur hidup dia ada wanita yang menolak pelawaannya pergi membeli belah. Tak pernah. Kiesya pun sama.

A.D tersenym-senyum. Sekali sekala terdengar juga ketawa kecilnya terlepas dari mulut. Kiesya tetap berjalan ke hadapan, tidak mempedulikan A.D. Sehinggalah sampai di kereta.

"Awak ni kenapa? Tak habis lagi ke gelakkan saya... Selalu je nak kenakan orang." Kiesya sudah ingin merajuk apabila melihat yang A.D tetap tersenyum-senyum dan ketawa. Takdalah best sangat kut sampai ke sini haa nak senyum-senyum bagai ni. 

"Kahkah..." Kali ini ketawanya berderai. Lebih kuat dari yang tadi. Kiesya semakin geram dengan gelagat A.D. Dia mencekak pinggangnya. Memerhatikan wajah A.D dengan muka yang sangat tak berpuas hati. 

"Awak ni memang macam ni ke perangai awak? Suka memperkecilkan orang? Kalau macam ni takpalah. Saya pun dah malas nak pergi. Ingat saya ni suka sangat ke pergi shopping tu? Saya ikut awak ni sebab nak bekerja. Nak majukan company kita tu." Marah aku. Pandai tak aku putar belit? Habis dah dia gelakkan aku je dari tadi. Mesti ingat aku ni perempuan yang senang dibeli. Umpan dengan shopping je terus setuju. Malulah aku kan. Tak pandai jaga hati orang betul buaya kulit badak ni.

"Kahkah... Kiesya... Kiesya... Hahaha..." A.D semakin galak ketawa. Menekan-nekan perutnya.

"Dah la, kalau macam ni perangai awak. Kita putus kawan. Huhhh." Kiesya berdengus. Menyampah sudah. Dia melangkah untuk masuk semula ke dalam rumah. Tak nak ikut pergi kerja. Tetapi belum sempat dia membuka langkahan yang kedua, bahunya telah dipegang oleh tangan A.D. Menahannya dari berlalu pergi.

Huhhh, tahu pula kau. Main-main dengan aku. Cakap putus kawan je, gabralah tu. Takut rupanya aku tak nak kawan dengan dia. Sekarang, pandai-pandai kaulah minta maaf dengan aku.

"Adui... Sya... Saya tahu awak bukan jenis perempuan yang senang dibeli. Awak juga bukan hadap sangat nak pergi shopping tu. Saya tahu awak adalah pekerja yang terbaik kat syarikat kita tu. Memang awak suka majukan lagi syarikat kita tu..." Memuji ke apa ni? Haa pandai pun kau. Ingat tak tahu tadi. Habis yang beriya gelakkan aku tu kenapa. Mereng!

A.D berjalan dan mengadap Kiesya. Memegang kedua belah bahu isterinya itu. Masih tersisa lagi gelihati di raut wajahnya.

"Haa, habistu kenapa? Kalau dah bukan semua-semua tu, yang awak suka sangat dari tadi kenapa?" tanya aku garang. Tajam memandang ke dalam mata A.D yang berair. Banyak gelak sangat. Mana tak berair.

"Masalahnya... Takkan awak nak pergi kerja dengan baju kelawar ni... Dengan gigi pun tak tahu gosok ke tidak. Rambut mengerbang macam hantu kak Limah," kata A.D berusaha menahan ketawanya.

Haaa? Allahurabi. Biar betik? Aku pun tengoklah diri sendiri. Suluh muka kat cermin kereta A.D lagi. Wahhh! Memang betul pun. Baju kelawar semua cukup. Rambut serabai. Alahai, tadi memang aku tak nak pergi kerja. Buat apa aku nak salin baju segala. Dah dia tiba-tiba kata nak pergi shopping terlupalah pula aku yang... Argghhhh!! Memalukan!

"Awak ni pun satu. Kenapa tak cakap dari atas tadi!" Geramnya! Sengaja je kan. Dah puas gelakkan aku. Baru nak bagitahu. Kenapa tak bagitahu masa nak sampai office je. Badak gemuk! Benci dengan badak!

"Dah, tak nak marah-marah. Pergi salin baju. Orang nampak tu tudung tak pakai. Takpa masuk lambat sikit takpa. Saya tunggu," pujuk A.D. Memanglah. Dah puas ketawakan aku, pandai pula nak pujuk. Pandai pula orang nampak aku tak bertudung. Ish! Kiesya menghempas kaki. Berjalan laju masuk ke dalam rumah. 

Kalau ikutkan hati, malas dah aku nak pergi. Tapi bila dia sebut tang tudung tu yang aku syok sikit. Tahu juga dia yang aku ni menitik beratkan aurat aku. Pandai juga dia bab-bab ni. Kiranya dia respect jugalah aku yang bertudung ni. Alhamdulillah. Good Boy. Disebabkan satu perkara itu. Kiesya mempersiapkan dirinya secepat mungkin untuk mengikut A.D ke tempat kerja. 





DALAM kereta tak bercakap. Bukan nak merajuk ke apa. Dia dari tadi tersenyum-senyum tak habis lagi. Mesti teringat pasal tadi. Aku nak pergi kerja dengan baju kelawar. Nasib baik aku tak pakai bedak sejuk kat muka. Kalau tak sampai esok apa dia gelakkan aku.

"Nak pergi sarapan dulu?" A.D bertanya. Kali ni muka dia serius. Yang ni aku boleh layan.

Aku melihat jam di tangan. Dah pukul 8.35 pagi. Mana sempat dah nak makan. Ini pun dah terlewat lima minit. Belum lagi sampai pejabat. Kalau hari-hari biasa tu sampai awal setengah jam, bolehlah pergi sarapan dulu.

"Takyah lah kut, dah pukul berapa ni. Lambat dah pun," jawab aku.

"Nanti senak perut pula tak makan," kata A.D tetap memandang ke hadapan. 

"Takyah lah, bos marah nanti," balas aku.

"Nanti awak cakap la dengan bos awak yang awak tak berapa sihat."

"Ish ingat dia bodoh ke. Nanti tak pasal-pasal pula saya kena potong gaji," balas aku. 

 Opsss... Aku pandang pada A.D. Dia pun memandang pada aku. Kami sama-sama tergelak. Adui lupa pula yang bos aku tu dia. Aiisemenn, boleh pula terlayan dia. First time pergi kerja dengan dia. Lupa seketika yang dia tu bos aku. Dia pula pandai nak bermain kata dengan aku.

"Kita makan kat depan tu dulu," kata A.D tunjuk dengan isyarat kepala di hadapan. Dia memasuki lorong kecil dan menuju ke sebuh warung kecil yang terletak di tepi jalan. Wau ramainya orang kat kedai tu. Kedai kecil je pun. Mesti sedap ni. Aku turun mengikut A.D yang seakan sudah biasa dengan persekitaran di sini.

"Lambat hari ni Aqil?" Seorang pakcik yang aku rasa dalam lingkungan 50'an menegur A.D.

"Haah pakcik. Ada urusan sikit tadi. Nasi lemak ada lagi?" tanya pula A.D.

"Mah! Ada lagi nasi lemaknya?" jerit pakcik itu.

"Ada tiga lagi bang!" jerit juga wanita yang dipanggil Mah itu. Isteri pakcik ni kut.

"Bagilah saya tiga-tiga tu pakcik dengan telur sekali, macam biasa..." Senyum A.D meminta kesemua nasi lemak yang tinggal. Mak ai dia ni. Sampai tiga bungkus dia nak melantak? Sarapan je kut, nak makan banyak-banyak kenapa. 

"Boleh... Air macam biasa ke?" tanya pakcik tu lagi. A.D mengangguk kepalanya. Gayanya macam dah biasa sarapan di sini.

"Sya nak minum apa?" Ehh tanya minum je ke? Aku pun nak makan juga. Tak tanya pun aku nak makan apa. Aku pun tak tahu ada jual makanan apa lagi kat sini. Nak order nasi lemak dah A.D tapow semua.

"Sya nak teh o nipis. Kurang manis." Pandang aku pula pada pakcik itu. Lepas je aku cakap macam tu, pakcik tu pun terus pergi macam itu je. Wei agak-agaklah, tak tanya pun aku nak makan apa. A.D ni pun senyap je. Kata nak bawa aku makan sarapan. Siot betul.

"Itu apa lagi yang mengata dalam hati tu? Mengutuk saya lagi ke?" tanya A.D tiba-tiba. Sah kantoi! Nampak sangat ke bibir aku ni bergerak-gerak. Selama ni orang lain tak pernah pun tegur. Dia pula yang terlebih terer ni. Jelmaan Mak Lampir ke apa dia ni, boleh baca-baca pula.

"Haah saya mengutuk awak," jawab aku jujur dan ikhlas, sopan dan santun.

"Mengutuk pasal apa pula? Yang tadi tak habis lagi?" soal A.D. Pandang pada aku dengan muka ala-ala James Bond dia. Macholah konon dia tu.

"Yalah, awak tak tanya saya pun nak makan apa. Air je," jawab aku berterus-terang. Buat muka monyok. A.D hanya tersenyum. Itu pun nak best ke. Belum pun aku nak buat lebih muka tak berpuas hati, pakcik tadi telah datang semula membawa tiga bungkus nasi lemak yang diorder oleh A.D tadi. Tak la besar mana bungkusan nasi lemaknya. Patutlah A.D minta sampai tiga. Tak kenyang kut sebungkus.

"Nah, ni awak punya satu." Beri A.D sebungkus nasi lemak itu kepada aku. Aik, aku punya ke. 

"Haa kenapa? Makanlah. Tadi bising kata nak makan. Awak ingat saya nak melantak tiga-tiga bungkus ni? Awak punyalah satu," kata A.D tetap tersenyum, menggeleng-gelengkan sedikit kepalanya.

Cakaplah awal-awal tadi. Suka je buat keputusan sendiri untuk aku. Bukan dia reti nak tanya aku dulu, aku suka ke tidak. Cebik Kiesya. Membuka bungkusan nasi lemak itu dan menyuap ke dalam mulut.

Sekali dah masuk mulut, sedap giler! Sambal dia punyalah sedap. Nasi lemak paling sedap pernah aku makan ni. Patut la A.D ambil semua tadi. Hehe. Dia dah tahu yang aku mesti suka punya. Patut jugalah ramai pelanggan kat sini. Warung kecil je. 

"Sedap tak?" tanya A.D. Aku hanya mengangguk kepala. Senyum malu.

"Tu ada sebungkus lagi. Kalau awak nak," tunjuk dia pada sebungkus lagi nasi lemak yang belum dibuka. Aku punya juga ke? Hehe. Terpaksalah aku tebalkan muka ambil juga nasi lemak yang sebungkus lagi. Sedap punya pasal. Haha. Lagipun mungkin lepas ni aku tak datang sini lagi. Yalah, lepas ni datang kerja sendiri. Aku pula terlupa jalan yang dia masuk ke sini tadi. Lagipun kalau aku, takkan nak lepak sini sorang-sorang. 

"Awak kata baru jekan datang Kuala Lumpur ni... Tapi banyak pula tempat yang awak tahu," tanya aku kehairanan yang terbuku di dada. Dia tidak terus menjawab. Minum dahulu seteguk air kopi tariknya.

"Sayakan dulu orang sini. Dari kecil sampailah saya pindah ke J.B. Apa pula saya tak tahu... Macam kedai Pak Hamid ni. Dari saya belasan tahun dulu dah ada sini. Tu... Awak nampak lelaki yang bancuh air tu? Kawan sekolah saya dulu," kata A.D pandang pada lelaki yang dimaksudkan. Mengangkat sedikit tangannya bila lelaki itu juga melihat ke arah kami.

Oh kira dah kenal lamalah ya. Patut la. Hairan juga aku. Kata baru datang. Tapi betul juga, teringat cerita ayah dulu. Dia pergi ke Johor Bahru masa berumur 18 tahun. Maknanya dia tinggal di sinilah kan dulu. Memang tempat dia pun.

"Dah kenyang belum?" Pertanyaan A.D menyedarkan aku dari lamunan. Mengelamun pasal dia juga.

"Dah." 

"Jom... Lambat dah ni. Nanti bising pula bos awak tu."

"Mengada..." 

Patutlah lambat je dia masuk kerja. Rupanya melepak makan sarapan. Sikap yang tak bagus sebagai seorang bos besar pada syarikat yang besar. Nak kena tegur juga dengan bini bos ni. Tapi salah aku juga. Harap je bini dia, tapi tak pernah sekali pun aku buatkan sarapan untuk dia. Haii...