"KIESYA, dah siap ke belum?" jerit A.D dari luar bilik Kiesya yang ketika itu baru selesai mengambil wudhu. Dia segera berlari ke arah pintu bilik.
"Kenapa ni, terjerit-jerit?"
"Kata nak pergi shopping, jomlah cepat."
A.D yang ketika itu segak bergaya walaupun dengan hanya berbaju t-shirt. Nampak jelas kelibat otot-otot kekarnya di sebalik t-shirt yang aku fikirkan adalah terlalu kecil berbanding badannya. Saja nak tayang badanlah tu, apa lagi.
"Sya nak sembahyang maghrib dulu, kan baru je azan tadi."
"Owh., ingat dah habis tadi. Haha..." A.D tergosok-gosok kedua belah tangannya. Malu.
Apalah dia ni. Baru je azan macam mana pula dah siap sembahyang. Dia ingat sembahyang tu time azan ke. Sah tak sembahyang ni. Apalah nak jadi dengan kekanda badak aku ni. Ke, memang tak pernah sembahyang. Masalah besar ni.
"Awak tak sembahyang ke?" Aku memberanikan diri bertanya.
A.D yang sedari tadi tersipu-sipu malu. Mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan aku yang cukup mudah. Yes or No je. Apa alasan dia nak kelentong aku ni. Kiesya memandang menunggu jawapan.
"Saya sebenarnya... Sebenarnya datang bulan... Haa datang bulan, tak boleh sembahyang, kan?"
Ya Allah... Aku sodok juga dia ni dengan batang mop. Apa ke halnya kau jantan nak ada bulan-bulan pula ni. Ke kau ni dua alam. Kiesya memandang A.D atas bawah, bawah atas. Kecil besar, besar kecil. Mula nak membebel.
"Awa..." Belum sempat Kiesya mentazkirah A.D, dia dah potong dulu.
"Nantilah Sya, saya belum sampai seru. Nanti dah sampai rasa ikhlas, saya buatlah. Dah la, cepat gi sembahyang, saya tunggu kat bawah.," kata A.D.
Tahu rupanya. Okeylah sekurang-kurangnya dia tahu. Ingat tak tahu langsung. Tapi benda wajib bukan nak kena tunggu seru-seru. Memandai je. Kalau aku cakap lebih-lebih nanti, panas hati pula. Insyaallah mudah-mudahan terbuka hatimu A.D. Mudah-mudahan mendapat hidayah hendaknya. Aaminn.
Selepas siap segalanya, Kiesya yang mengenakan blouse, turun ke bawah. A.D menyambut dengan senyuman. Mereka pergi ke pasaraya besar yang berdekatan dengan rumah, menggunakan satu kereta tak seperti kebiasaan menaiki kereta masing-masing. Pertama kali naik bersama.
"Tanya sikit boleh?"
"Tanya apa?" Pandang A.D sekilas dan memandang semula ke hadapan. Memastikan kereta yang dinaiki tidak berada di luar haluan.
"Saya dengar dulu, awak ada buat bisnes juga. Buat bisnes apa?" Tersengih Kiesya, kuatir jika soalanya itu terlalu peribadi. Manalah tahu dia tak suka ke aku menyibuk pasal hal dia. A.D tidak memandang, tetap fokus dalam mood pemanduan.
"Itu pun, dia cerita dengan awak ke?" tanya A.D. Mengerti yang ayahnya telah menceritakan soal hidupnya dahulu. Mungkin kesemuanya.
"Ayah ada cakap yang awak dulu ada buat bisnes. Lepastu awak, ermm... Awak tak boleh handle... Lepas... Mak awak meninggal." Aduh susah pula aku nak cakap. Risau sangat aku ni. Takut juga A.D cop aku ni penyibuk. Tapi dah alang-alang tertanya. A.D memandang lama sehingga Kiesya menghabiskan ayatnya. Pandang semula ke hadapan. Sedikit mengeluh.
"Nampak gayanya habislah rahsia saya dah awak korek. Apa lagi yang orang tua tu cerita pada awak?" tanya A.D seakan tidak berpuas hati.
"Alah, awak janganlah marah dia. Saya yang desak ayah cerita hal awak pada saya. Kalau tak, saya tak nak kahwin. Ayah ceritalah," jawab aku bohong. Bukan aku yang mendesak. Ayah yang cerita sendiri. Kalau aku cakap yang ayah dia yang beritahu dulu, silap-silap mengamuk pula dia ni dengan ayah.
"Saya buat macam-macam dulu. Ikut musim. Musim raya, saya bawa masuk kuih raya atau segala benda raya. Musim orang nak pakai tudung, saya jual tudung. Musim orang nak mandi, saya jual tuala," kata A.D tetap memandang kehadapan. Muka serius. Aku pula yang pelik. Ada musim orang mandi ke?
"Ada ke musim orang mandi? Bila?" sengalnya aku bertanya. A.D pandang tergelak kecil. Geleng-geleng kepala. Dah agak dah menipu. Siot betul. Apa je musim orang mandi. Hari-hari orang mandi apa. Mana ada musim. Apa je lembab aku ni.
"Saya meniaga macam-macam dulu, apa sahaja peluang yang saya nampak boleh menghasilkan duit. Saya buat. Okey juga dulu perniagaan saya. Tapi macam yang awak tahulah. Lepas mama meninggal, saya down habis." A.D semakin selesa untuk bercerita lanjut soal hidupnya.
"Jual orang pun saya pernah," kata A.D lagi. Kiesya yang sejak tadi kusyuk mendengar, terkejut. Jual orang? Nak je dia menjerit di dalam kereta. Tak sangka yang A.D sebegitu teruk. Dia perlahan-lahan memandang pada A.D. Jelas ketakutan terpancar di riak wajahnya. Kemudian menjadi geram. Jahatnya dia ni.
"Kenapa pandang saya macam tu?" soal A.D yang melihat Kiesya mengetap bibir kegeraman.
"Teruknya awak ni. Dah berapa ramai yang mati kat tangan awak?" Kiesya beranikan diri bertanya. Terasa sungguh berat rupanya tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Sedarlah dia, ini adalah misi yang cukup sukar. Merubah orang yang sejahat ini, Dia tak yakin yang dia boleh berjaya.
"Takda siapa yang matilah. Kenapa nak mati pula," balas A.D tidak bersalah.
Habis tu jual orang untuk apa? Jadikan diorang pelacur? Jual budak-budak yang tak bersalah untuk jadi pengemis? Jual untuk dapatkan organ badan diorang?" Bertubi-tubi aku bertanya. Geram. Teringat kisah-kisah yang aku tanya tu di dalam surat khabar, dalam berita. Inilah salah seorang daripada dalangnya.
"Lah kesitu pula. Maksud saya bukan orang betul. Orang lidi. Untuk budak-budak buat main. Itu pun dah lama. Masa saya kecil-kecil dulu. Boleh la buat-buat duit belanja sekolah," kata A.D, berusaha menahan ketawa. Sekali lagi dia berjaya mengenakan Kiesya. Muka Kiesya terus berubah dari geram bertambah geram.
"Bodohlah awak ni! Haaa..." Satu cubitan kegeraman hinggap di rusuk A.D
"Arghhh... Sakittt... " Mengeliat A.D menahan kesakitan. Kiesya melepaskan cubitan. Hatinya puas, sedikit lega. A.D menggosok-gosok rusuknya yang dicubit tadi dengan sebelah tanganya.
"Ala, gurau sikit pun tak boleh. Semua nak berubah muka jadi nenek kebayan," gomel A.D. Pandang Kiesya semula pada A.D. Mengetap bibir. Kata aku nenek kebayan lagi? Tak serik-serik ke?
"Relaks la Sya... Kata nak ubah saya. Takkan gurau-gurau sikit pun tak boleh," balas A.D, tetap menggosok rusuknya yang kena cubit tadi. Kiesya kembali bertenang. Gurau bukan tak boleh, tapi teruk sangat guraunya. Nasib baik aku tak ada penyakit jatung. Kalau tak, dah arwah apa aku tadi. Tak gila ke dengar bila dia mengaku yang dia pernah jual orang. Cakap jelah awal-awal jual orang lidi. Bengong.
"Haa ni yang saya menyampah ni," tiba-tiba A.D pula yang geram. Menyampah dengan aku ke?
"Kenapa pula nak menyampah dengan saya?" tanya Kiesya hairan.
"Bukan awak, ni haa kereta depan ni. Saya minta jalan tak nak bagi. Laju sikit takpa juga. Terhegeh-hegeh. Punya besar laluan, ada empat kut. Sebelah kanan juga dia nak bertenggek." Marah A.D pada kereta di hadapan yang dipandu terlalu perlahan di laluan paling kanan.
"Kita dah dekat bontot kereta dia, takkan tak faham lagi. Takkan nak kena bagi lampu tinggi, nak kena hon baru nak ke tepi," gomel A.D. Tergeleng-geleng kepalanya. Marah je kekanda aku ni. Tapi betul juga kata dia. Sebelah kiri jalan kosong. Kenapa tak ke tepi je. Pelik juga kadang perangai sesetengah pemandu kat Malaysia ni. Aku pun kadang hangin juga jumpa orang yang macam ni. Kesian dengan orang yang nak cepat. Bini nak beranak ke, ada kematian ke, emergency kes ke. Sahih kalau tak main telefon, bercakap dengan orang sebelah. Lupa nak tengok cermin sisi.
"Sorry tau, cubit awak tadi. Kat sini ehh..." Aku tiba-tiba rasa bersalah sebab cubit dia kuat sangat tadi. Gosoklah sikit. Mungkin sebab aku cubit tadi yang dia tiba-tiba nak marah. Dah kereta depan ni yang kena maki.
A.D palingkan muka memandang pada Kiesya yang tersenyum simpul. Sedang menggosok rusuknya yang masih lagi terasa sakitnya. Dia juga tersenyum di hujung bibir. Hilang sudah marah yang tadi.
Sampai di pasaraya terus masuk ke bahagian barangan dapur. Kiesya mencapai segala benda yang dirasakan tiada di rumah.
"Benda alah ni pun nak juga ke Sya?" A.D mempersoalkan aku sambil membelek-belek asam jawa yang aku ambil tadi.
"Nak! jangan usik." Kiesya menampar tangan A.D suruh meletakkan semula ke dalam troli.
"Ini pun nak juga ke? Nak buat apa ni?" soal A.D lagi menunjuk pada aku sejambak daun kesum.
"Nak, itu nanti Sya nak buat sambal ikan bakar." Resepi turun temurun keluarga aku. Membuat sambal ikan bakar menggunakan daun kesum. Memang terangkat habis. Resepi yang aku belajar dari arwah ibu. Sesuai untuk ikan pari, talapia ermm apa lagi ya. Cubalah sendiri.
"Ini pun nak juga?" Si A.D tak habis-habis mempersoalkan aku. Dia kalau tanya apa kegunaan benda tu aku boleh jawab, tapi mempersoalkan benda yang aku ambil, sedangkan dia pun tak tahu benda tu apa, memang tak patutlah, kan. Diam sudahlah kekanda. Biar adinda cinderella je yang buat keputusan. Kekanda buaya sediakan duit je nanti, tolong bayar.
"A.D... Boleh tak kalau saya ambil je apa yang saya rasa perlu. Lagipun dekat rumah tu memang apa pun takda tau, harapkan telur je banyak." Aku memandang muka A.D yang terkebil-kebil.
Dekat rumah tu nasib baiklah ada juga dapur gas. Itu pun ada sebiji je periuk dengan sebiji kuali. A.D buat untuk rebus telur je kut. Dapur punyalah besar cantik, apa pun takda. Hampeh betul.
"Okey ikut awaklah. Memang saya dah kata tadi tak tahu apa-apa." A.D membuat senyuman mata.
Aloo so sweet... Rasa nak cungkil je senyuman dia tu. Ish godaan... Godaan. Jangan Sya... Ingat kat Naufal nu.
"Haa... ni saya nak tanya. Kenapa banyak sangat telur? Kenapa saya tengok hari-hari awak makan telur?" Persoalan yang telah lama aku simpan untuk ditanya. Tolong bagi aku jawapan yang masuk akal.
A.D memandangku dan menyelak sedikit lengan bajunnya dan memperlihatkan otot lengannya. Ish pejal betul. Kalau potong dengan pisau tu. Haaa tak adalah. Hihi... Geram pula tengok rasa nak ramas-ramas nak picit-picit. Ya ya je kau tu Sya, itu hari A.D suruh picit badan dia, terketar-ketar kau dah macam kena parkinson apa hal. Berangan pun tak boleh, menyibuk betul hati aku ni.
"Untuk dapatkan muscle, saya perlukan banyak sumber protein, telur salah satunya." Itu betullah tu, aku pun ada belajar sains juga. Putih telur tu protein, kuning telur tu kolestrol. Bila dia cakap, baru teringat tapi tak sangka pula boleh guna telur je nak dapat badan macam dia.
"Kena makan hari-hari ke?"
"Terpulanglah, sehari dua biji ke, empat biji ke. Tapi nak bergantung pada telur semata boleh tu boleh, tapi lambatlah. Kena minum air toniknya juga," jawab A.D.
"Air tonik? Air apa tu? Air yang macam orang berpantang minum tu ke, yang ada kayu-kayu, daun-daun ke ehh?"
"Haha, bukan air tulah sayang, perasan tak weight gainer powder yang dekat dalam rak tu, yang plastik besar tu ada gambar body builder." Pandang AD dengan kening terangkat.
Owhh itu ke air toniknya, faham-faham. Aku mengangguk. Erkkk ada sayang lagi tadi. Dah dua kali panggil aku sayang hari ni. Buang tabiat ke apa. Tapi kalau betul sayang tak kisah, janji jangan buat aku marah sudah. Nanti tolong beli periuk pula ya... Kata, sayangkan.
"Banyak lagi supplement yang lain, vitamin, drug pun ada tapi saya tak gunalah yang itu. Memang tak terfikir pun nak badan besar sangat macam body builder tu. Macam ni dah kira okeylah. Cuma sekarang ni je dah jarang sikit workout sebab sibuk kan," cakap A.D sambil membelek bungkusan rempah ratus.
"Workout tu nak kena buat apa? Ohhh Sya tahu yang angkat-angkat besi tu kan?" soal aku lagi penuh minat. Saja jelah nak tahu. Alang-alang dah tinggal serumah. Ada juga ilmu baru masuk dalam kepala ni. Lagi pun apa salahnya, aku memang nak kena berbaik-baik dengan dia. Kalau tidak macam mana aku nak ubah dia, kan.
Ya ke Sya? Entah kau dah suka dekat A.D tak? Haii, aku ni ada otak, kau tu hati je mana tahu apa. Kalau dah 24 jam bermasam muka, bilanya aku nak ubah perangai dia? Kalau nak ubah, aku kena berbaik dengan dia. Bila baik, baru aku boleh bercakap, baru aku boleh bagi nasihat. Faham? Huhhh...
"Ha betullah tu, awak ni tanya dah macam reporter, berminat nak badan ketul-ketul juga ke? Jap saya bayangkan awak dengan badan ketul-ketul... Wuuuu seksa... Hahaha." A.D ketawa gelihati bila membayangkan badan Sazali Samad tapi kepala Kiesya.
Kiesya tersenyum melihat A.D yang begitu riang ria macam budak tadika dapat bermain gelonsor. Kesian juga tengok dia. Kalau ikutkan sejarah hidup dia seperti yang ayah cerita, memang kesian. Mula-mula aku jumpa dia dulu gambaran yang aku dapat ialah lelaki ganas dengan tubuh yang sasa. Sejak akhir-akhir ni, dia dah jadi makin periang, sikit-sikit nak senyum. Okeylah tu ada improvment. Syabas Sya!
"Awak ni saya tengok apa pun tak tahu, asam jawa tak tahu, itu tak tahu, ini tak tahu." Aku memulakan siasatan baru untuk mengorek rahsia.
"Memang tak pernah memasak langsung ke?" soal Kiesya pula.
Entah dia ni, benda simple pun tak tahu. Takkan tak pernah masak langsung seumur hidup dia. Benda-benda asas memasak je pun. Lain la kalau buah keras ke, biji ketumbar ke munasabah jugalah budak lelaki tak tahu, kan. Asam jawa tak tahu, memang kes naya ni.
"Saya memang tak pernah memasak seumur hidup, semuanya mama yang buat. Saya hanya tahu cari duit je." A.D memulakan cerita.
"Itupan bila mama ada lagi, saya makan kat rumah. Sejak dia dah tak ada, saya memang tak pernah lagi makan kat rumah, apatah lagi nak masak sendiri."
Aloo siannya dia. Ini kalau aku tanya lagi terutama pasal mama dia, mahu drama sedih mengambil alih. Relaks dulu Sya. Dia tengah gembira tu, biarkan dulu. Lain kali ajelah aku congkel lagi.
"Lepas ni awak takyah risau. Cakap je nak makan apa saya masakkan." Kiesya tersenyum sendiri tetapi tidak memandang pada wajah A.D.
Dia tidak menjawap, mungkin tersenyum juga, mungkin juga soalku tadi mengingatkan dia pada arwah mamanya. Aku pun sedih juga bila teringat pada arwah ibu. Nak buat macam mana. Senasib la kita A.D.
Sedar tak sedar dah hampir penuh troli kami dengan barang-barang yang aku ambil. Bukan satu troli ya tapi dua troli. Apa nak di kata, cik abang kita bagi green light. Aku ambil jelah apa yang aku suka, kan. Tengok muka cik abang macam tak ada kesan je dengan dua troli penuh ni. Tambah satu lagi boleh... Hihi.
Tengah sedap menolak troli nak ke kaunter bayaran, tiba-tiba datang entah dari mana dua orang minah yang mak aii seksi habis. Skirt paras paha. Datang tersenyum-senyum pada A.D.
"Hi baby..."
"Eh hi Tasya. Buat apa kat sini?" A.D menegur salah seorang dari minah tu.
Macam aku kenal je minah ni. Tapi di mana ya? Oh ya aku dah ingat. Inilah perempuan yang aku jumpa dalam bilik A.D itu hari. Hidup lagi rupanya. Panjang umur kau ya. Lepas ni jangan nak suka-suka masuk rumah aku!
"Apa la you ni janji nak bawa i pergi shopping, dah seminggu i call you tak angkat. Sedih tau." Minah yang dipanggil Tasya tadi tergedik-gedik di hadapan A.D. Meliut-liut tubuhnya.
"Ah bukan, i memang busy sikit dalam seminggu dua ni." A.D yang seperti tidak senang dengan perjumpaan mengejut dengan Tasya. Sekejap-kejap dia menoleh ke arah aku.
Entah perempuan ni tak faham bahasa ke, kan A.D cakap dia sibuk. Terkinja-kinja dah macam tenuk. Tak malu ke tergedik-gedik macam ni depan orang ramai. Bawa-bawalah mengucap.
"Ni orang gaji you kan yang itu hari. Hi saya Tasya. Ini kawan baik i, Mimi." Tasya menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Kiesya. Memperkenalkan rakannya di sebelah..
Orang gaji? Muka macam aku ada gaya orang gaji ke? Kurang asam punya A.D. Nanti aku sumbat juga mulut kau dengan asam jawa nanti. Ada ke dia kata aku orang gaji. Tak patut, tak patut.
"Hi." Kiesya menyambut salam dihulur Tasya dan Mimi.
"Bila you nak bawa i pergi rumah you lagi baby? Rindulah." Tasya semakin menggoda.
"Haa, i memang busy sikit. Banyak kerja nak buat. Nantilah i call you... Okey?" A.D menjawab secara mengelak.
"Janji tau... Kiss i please..." Tasya memuncungkan mulut minta dicium. Woiii kau ni memang A sangat! Suruh cium depan-depan public ni? Rosak... rosak... Apalah nak jadi dengan budak-budak muda sekarang ni. Bawa-bawalah bertaubat woiii... Kalau aku ni mak kau, sekarang juga aku debik hidung kau Tasya.
"Ish apa ni Tasya, kan ramai orang ni." A.D gelisah. Dia memberi isyarat muka kepada Kiesya meminta untuk ke hujung sana bersama dua orang minah gedik itu. Kiesya mengangkat sedikit kening membenarkan.
A.D dan dua orang perempuan tak cukup sifat itu melangkah ke hujung sedikit sambil tergedik-gedik ketawa. Apa yang dibualkan tidak jelas di halwa telinga aku. Sesekali memandang ke arah aku. Mengutuk aku ke? Yalah, aku ni kan orang gaji A.D. Mamat tu pun bukan main pula suka, gelak ketawa. Tadi bukan main muka serba salah. Tak faham betul!
Tak lama selepas tu, perempuan-perempuan itu pergi meninggalkan A.D dan dia melangkah laju ke arah Kiesya.
"Sorry." Perkataan pertama yang keluar dari mulut A.D.
Kiesya tidak menjawab. Kebetulan giliran mereka untuk membuat bayaran di kaunter bayaran. Kiesya naikkan barang-barang ke atas kaunter. A.D berusaha menolong. Tiada perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Selepas A.D membayar, mereka seakan telah berjanji, berjalan terus menuju ke arah tempat letak kereta. Masing-masing tidak bercakap walau sepatah.
Di dalam kereta setelah selesai upacara memunggah barang masuk ke dalam kereta. A.D memulakan semula perbualan yang terhenti sejak tadi. Kiesya tetap dengan mukanya yang masam.
"Sorry Sya... Saya..."
"Saya ni orang gaji awak ke?" Aku memotong cakap A.D.
"Habis... Awak nak saya beritahu diorang yang awak ni isteri saya? Kata tak nak orang lain tahu," jawab A.D.
Haah betul juga kan. Takkanlah dia nak beritahu aku ni isteri dia. Aku yang letakkan syarat tak nak perkahwinan kami dihebohkan. Habis tu yang aku nak emosi sangat kenapa. Ish pelik pulak aku ni. Patut aku terima kasih pada A.D sebab tak bocor rahsia. Tapi bukan salah aku pun. Dia dah tau, yang gatal bawa perempuan gedik tu balik rumah buat apa. Kan.
Kiesya memandang ke arah A.D yang sedang fokus memegang stereng kereta.
"Hari tu masa saya masuk bilik awak, terjumpa si Tasya tu kan, lepas tu dia pergi mana?"
Masa kejadian tu kan aku berlari terus ke kolam, lepastu berlaku episod Hantu Air aka A.D. Aku naik keatas masuk bilik. Ke, perempuan tu masih ada lagi dalam bilik dia. Tapi tak nampak pula.
"Lepas je awak keluar dari bilik saya, saya suruh dia balik. Pergi balik ambil teksi kat depan rumah tu. Lepastu saya cari awak," terang A.D .
Owhh yeke. Pasal perempuan tulah kami tak bertegur dekat dua minggu. Eh bukan la, sebab dia cium akulah. Dua-dua kut. Dah tak bertegur, aku pun tak tanyalah kan. Baru hari ni je pun bebaik dengan buaya seekor ni. Takkan perempuan ni punya hal kami tak bertegur lagi hari ni. Ermm...
Perjalanan pulang tidak serancak perbualan mereka ketika datang tadi. Masing-masing hanya melayan kotak fikiran sendiri. Walaupun begitu Kiesya sangat gembira kerana akhirnya, peti ais di rumah bakal dipenuhi dengan barang-barang basah. Tak perlulah dia membawa pulang nasi bungkus lagi ke rumah. Bolehlah dia memulakan kembali kepakarannya yang telah lama ditinggalkan.
"Awak ada request nak makan apa-apa tak malam ni? Aku cuba menukar tajuk. Malas cerita panjang lagi pasal Tasya.
A.D melihatku dan tersenyum. Mungkin lega kut sebab aku tak memanjangkan cerita. Dia memuncungkan mulutnya seakan sedang memikirkan sesuatu.
"Kalau saya kata nak asam pedas. Awak pandai ke buat?"
"Haa asam pedas. Awak nak makan asam pedas? Okey no problem." Kiesya mengenyit sebelah matanya. A.D mengangguk-angguk tersenyum.
Kacang je asam pedas. Nasib baik dia tak minta rendang, dengan kerisik pula terlupa nak beli tadi. Tapi yang beli siap tak sedap. Aku lebih suka goreng sendiri kerisik. Baru kaw. Baru sehingga menjilat jari. Belajar dengan mak Umi pun.
Sampai je rumah, Kiesya meminta A.D menolongnya menyusun barang-barang yang dibeli tadi di tempat yang sepatutnya. Sambil-sambil dia menyediakan juadah ikan pari masak asam pedas dan nasilah sekali, kan. Tepat pukul 10.32 malam barulah mereka dapat menjamah makanan malam.
"Macam mana, okey tak?" Kiesya meminta pendapat ikhlas A.D tentang masakan asam pedasnya. Risau juga dia kalau A.D kata tak sedap.
"Awak nak tahu tak? Inilah asam pedas paling sedap saya pernah makan. Serius..." A.D memuji masakan asam pedasku.
Kembang kempis kejaplah hidung aku kena puji melambung. Paling sedap pernah dia makan? Tak bangga mak ayah? Tak bangga orang kampung aku, bos besar Syarikat Layar Emas kata aku masak sedap? Hahaha.
"Esok awak nak masak apa pula kat saya?" A.D seperti sudah ketagihan menikmati masakan air tangan Kiesya. Meminta dia memasak lagi untuk dirinya. Dah lama dia tak merasa masakan rumah sebenarnya. Betul mengigatkan dia pada masakan arwah mamanya. Riang sekali hatinya kali ini.
"Esok rasanya saya nak buat ikan bakar sambal kut," ujarku.
"Ermm... Pastikan sedap tau. Kalau tak, saya nak claim bil beli barang-barang tadi." A.D mengugut dalam bergurau. Lahap sekali dia menjamah asam pedas masakan Kiesya. Senang juga hati Kiesya. Permulaan yang baik bagi mereka. Baik untuk Kiesya memulakan misi peribadinya. Macam ni baru senang aku nak buat kerja. Insyaalah ayah, kalau tak ada aral, berubahlah nanti anak ayah sorang ni. Doa-doakan kejayaan Kiesya tau.
"Baik bos..." Aku menundukkan sedikit kepala." A.D ketawa melihat gelagat Kiesya.
Barulah rasa harmoni sikit tinggal kat rumah ni sejak hampir empat minggu kami diijab kabulkan. Cuma satu benda yang aku terlupa. Aku lupa sesuatu yang telah biasa aku lakukan pada setiap hari pukul 10 malam. Aku terlupa akan panggilan telefon dari Naufal. Shit! Sorry Fal... Sya sibuk memasak tadi.





No comments:
Post a Comment