Tuesday, January 5, 2016

BAB 4 Suamiku Buaya Suamiku Badak



AKU menanti Zira pulang ke rumah, kerana ada sesuatu yang ingin ditanya. Mesti Zira dengan Azwan yang rancang ni. Pandai-pandai diorang je nak kenalkan aku dengan si Naufal tu. Tapi yang peliknya mana diorang tahu aku dah berkenalan dengan dia? Takkanlah Naufal pula yang rancang semua ni? 

Kiesya menunggu penuh sabar. Sehinggalah deruan enjin kereta Zira kedengaran di luar. Dia berlari anak ke muka pintu, menyambut kepulangan rakan baiknya itu. Berkarung beg plastik berada di tangan Zira. Kiesya meluru dan membantu.

"Benda apa ni Zira? Macam sedap je bau?"

"Nasi dengan lauk pauk, mak Azwan bagi tu."

"Oh, jadi memang betullah kau balik Klang tadi? Ingat aku tipu ke apa."

"Ehh, apa pula aku nak menipunya. Memang aku balik sanalah tadi sayang oii. Kenapa pula kau tanya macam tu?"

"Tak adalah. Aku pelik je tadi. Tiba-tiba pula si Naufal tu kawan pada Azwan. Lepastu tinggalkan aku suruh si Naufal tu hantar balik. Ingat aku, korang ni yang sengaja merancang semua ni. Kan?" Aku memandang Zira. Mata dikecilkan. Macam detektif Conan. 

"Ya Allah Sya. Sumpah takdanya aku ke Azwan nak merancang apa. Kebetulan je Azwan tu jumpa Naufal nak bincang pasal soal harta makcik dia tu. Makcik dia suruh cari seorang peguam harta. Itu je. Lagipun korangkan dah kenal? Dah la tak cerita pun dengan aku. Kata aku pula yang rancang." Cebik Zira. Alamak aku pula yang kena. Marah pula Zira ni.

"Haa kenapa senyap. Ceritalah apa korang buat tadi? Bilanya kau kenal Naufal tu? Pandai kaukan. Senyap-senyap kawan dengan mamat hensem." 

"Eh takdalah, aku baru kenal dia semalam je pun. Itu pun kebetulan kat parking kereta tempat kerja aku."

"Tapi kau nak tahu tak. Tadikan dia tanya aku. Boyfriend aku tak marah ke dia hantar ni." Cerita aku semula apa yang Naufal tanya pada siang tadi.

"Habis tu kau jawab apa?" soal Zira

"Aku tak jawab. Aku tanya dia balik soalan yang sama. Girlfriend dia tak marah ke hantar aku balik." 

"Hahaha, pandai-pandai. Habis dia jawab apa?" tanya lagi Zira.

"Dia pun tak jawab. Hahaha." Mereka kertawa acara bersama.

"Untunglah kau Sya, ada mamat hensem dah syok dengan kau. Habis kau suka ke tidak pada dia?" Zira menguji.

"Ehh apa punya soalanlah kau ni. Manalah aku tahu. Tapi hensem kan? Kihkih." Aku pula dah tergedik semacam. Zira mengangguk setuju kemudian menepuk perlahan paha aku.

"Baguslah Sya... Mungkin jodoh kau dah sampai kut. Aku pun risau juga tengok kau ni. Umur dah 28 tahun. Boyfriend pun tak ada lagi. Kalau betul Naufal tu suka pada kau, Alhamdulillah la. Aku tengok pun macam baik juga mamat tu." Aku hanya tersenyum. Jangan kata kau. Aku pun risau dengan diri sendiri. Tapi kalau Zira dah kata okey, elok sangatlah tu. 

Selama ni pun aku dengar cakap dia je. Kalau mana-mana lelaki yang nak berkawan dengan aku, mesti aku cerita pada Zira minta pendapat dia terlebih dahulu. Dari zaman sekolah lagi. Sebab pendapat dia punya pasallah, sampai sekarang aku tak ada boyfriend.

Tapi masalahnya betullah pula pendapat dia selama ni. Lelaki-lelaki yang dia rasakan sengaja nak permainkan aku atau jenis yang tak sesuai dijadikan bakal suami, dia tolak. Macam jiran sebelah rumah aku ni dulu pun suka kat aku. Tapi Zira tak bagi. Katanya jenis buaya. Sekali betul buaya daa. Mana dia tahu entah. Dah macam tukang tilik pun ada kadang si Zira ni. 

"Habis kau rasa yang sorang ni macam mana?" soal aku minta pendapat Zira lagi. Walau dia dah kata Naufal ni agak baik orangnya. Tapi aku nak dengar lebih lagi dari dia. Manalah tahu ada sesuatu yang aku tak nampak. 

Zira tidak segera menjawab. Memandang aku lembut. Memegang kedua belah tanganku. Senyum pada aku.

"Aku rasa dah sampai masa kau putuskan sendiri. Kau dah besar. Rasa aku kau dah pandai fikir sendiri. Sampai bila nak harapkan aku, kan. Lagipun aku risau juga kalau aku terlampau menyibuk, nanti sampai ke sudah kau membujang. Aku pun dah nak kahwin tak lama lagi," kata Zira dengan nada perlahan. Ala macam sedih je cakap macam ni. Aku mencebik mulut. Mengingatkan yang dia akan berkahwin tak lama lagi. Tinggal akulah seorang diri nanti. Nak mengadu dengan siapa lagi lepas ni.

"Takyah nak buat muka sedih sangat. Aku kahwin je pun, bukan lari mana... Nasihat aku, kau kawan je dulu dengan Naufal tu. Aku tengok dia jenis orang yang baik-baik. Itu yang aku berani lepas biar dia hantar kau tadi. Nanti kau selami sendiri hati perasaan kau macam mana. Jangan lurus sangat dengan lelaki ni. Ingat tu." Zira memberi peringatan. Ermm, dari dulu lagi kata aku ni lurus sangat. Memang pun. Selalu je kena buli dengan lelaki. 

"Okey... Nanti kalau apa-apa, aku cakap dengan kau." Senyum aku kembali. 

Syukur sangat aku. Nasib aku ada kawan baik yang sorang ni. Aku dah anggap Zira ni macam kakak aku sendiri. Walaupun kami sebaya. Tapi dia lebih pandai membawa diri berbanding aku. Aku percaya pada dia. Aku percaya yang sudah sampai masanya aku membuat keputusan aku sendiri. 







HARI ni mesti gempak gila office aku. Rasanya ramai yang akan berubah menjadi beruk, paling tidak pun muka tertukar sekejap macam beruk. Sebab tulah ada perumpamaan terkejut beruk, kan. Aku pun nanti akan berpura-pura terkejut macam beruk, sebab tak naklah nampak sangat yang aku dah tahu. Mahu tak terkejut kalau pucuk pimpinan bertukar ganti. Mahu tak terkejut beruk kalau diorang tahu bos baru tu ialah mamat biadap yang buat kecoh hari tu. 

"Sya Sya... Hang nak tau dak, hang tau dak apa yang aku tau." Umi, entah datang dari mana tiba-tiba tanya aku tahu ke tidak. Mestilah aku tak tahu kalau dia tak bagi tahu. Lain macam sangat cerita kali ni.

"Terkejut aku kau nilah Umi, kalau ya pun bagilah salam. Artis mana yang kena tangkap basah semalam?" Tunjuk aku dengan muka yang penuh berminat. Kalau bab-bab artis ni Umilah manusia kat bumi ni yang akan tahu dahulu. Nak tanya skandal artis-artis terbaru boleh tanya pada Umi. 

"Ish hang ni, basah apanya. Ini lagi dasyat dari artis kena tangkap basah habag hang." kata Umi lagi siap dengan muka teruja. Kemungkinan gosip yang ingin disampaikan kali ini lebih gempaq dari biasa. Loghat Kedahnya tetap bertiti di bibir.

"Cite la, cite la Umi. Cepatlah." Aku pula yang tak sabar-sabar, dah lagi teruk rasanya muka excited aku dari Umi.

"Tadi hang nak tau, masa aku pergi tandas, kan. Lama jugalah aku dalam bilik ayaq tu. Tiba-tiba..." Umi memberhentikan ayatnya sambil membeliakkan mata seluas-luas alam. Lain macam je Umi ni. Cerita seram ke apa ni. Jangan kau cakap ada hantu pula dalam toilet tu. Mampus aku kalau ada hantu.

"Tiba-tiba kan Sya..."

"Okey, tiba-tiba..." sambung Kiesya ayat tergantung Umi. Tangannya sudah mengenggam erat lengan Umi. Wajah ketakutan jelas terpampang. 

"Mak aku call, diorang semua kirim salam, tanya bila hang nak mai rumah," kata Umi dengan selambe ayam menghabiskan cerita tiba-tiba dia dengan muka poyo gila. Muka sengaja nak cari pasal!

Ohh nak sakat aku ehh... Takpa-takpa. Tunggu kejap. Kiesya dengan sepantas kilat mengangkat kedua belah kakinya keatas dan menjerit dengan pakej muka yang kegelian. Terjerit dia menunding ke lantai.

"Lipas... Lipas... Lipas..." Tangan dihala ke serata lantai terutamanya di kaki Umi. Umi yang terkejut segera melompat untuk menyelamatkan diri. 

"Mana lipas, mana lipas... Shoohh, shoohh, shoohh." Umi dengan tangannya menghalau sesuatu yang tak ada. Aku yang melihat dah ketawa terbahak-bahak. Dia ingat nak halau ayam masuk kandang ke apa shoohh shoohh. Mengalahkan lipas masuk kain je kau ni Umi.

Sedap punya gelak kat Umi...

"Awak ingat office ni pasar ikan, nak terjerit ketawa macam takda kerja nak dibuat! Makan gaji buta ke apa?"

Tanpa diduga dan sempat terlihat oleh mata, bos baru merangkap anak kepada Datuk Mokhzani telah tercegat di tepi mereka tanpa disedari. Kiesya yang seakan terkena sumpitan orang asli, terus mendiamkan diri. Telah bertukar menjadi tiang.

Bila masa dia terpacak kat situ pun aku tak perasan. Dah la tak pandang tempat lain, terbeliak biji mata disemburnya kat aku. Nasib tak ada garpu, kalau tak dah aku korek-korek bagi itik makan. Dia ingat handsome sangatlah muka dia tu.

Lelaki yang bakal mengambil alih teraju syarikat Layar Emas Holding itu kemudiannya memerhatikan sekalian para pekerja di situ, satu persatu. Semua mata yang ada, terarah kepadanya. 

"Dengar sini semua... Mulai hari ini, saya adalah bos awak semua yang baru menggantikan Datuk Mokhzani yang dah uzur. Nama saya Aqil Danish Bin Datuk Mokhzani. Call me Mr. A.D," kata lelaki yang menggelar dirinya Mr.A.D dengan sedikit angkuh. 

Semua yang mendengar terkejut beruk. Masing-masing bercakap sesama sendiri. Kiesya memerhatikan satu persatu wajah rakan-rakan sepejabatnya. Betul tak aku cakap. Mesti terkejut punya. 

Nama dia Aqil Danish rupanya. Bukan main sedap Aqil Danish, tapi sudahnya A.D je? Ayam Dedak pun A.D juga, kihkih. Kiesya tersenyum sendiri bila dapat mengata bosnya yang baru itu di dalam hati.

"Awak!" Mr.A.D menunding jari pada Kiesya dengan pandangan yang cukup tajam. Tersentak Kiesya menerima teguran yang tidak disangka.

"Err... Saya ke?" Kiesya yang masih lagi terkejut kena sound tepet tadi memandang ke belakang, kut-kut ada manusia lain di belakangnya. Confirm tak ada orang. Penyapu adalah. Sadis betul mamat ni nak berawak-awak dengan penyapu. Tapi kalau penyapu tu yang naik atas kepala dia, lagi sadis. Kiesya tersenyum sendiri lagi.

"Ya Awak! Ikut saya masuk bilik." Mr.A.D dengan muka yang bengis mengajak Kiesya masuk ke bilik. Kerutan demi kerutan pula timbul di dahinya.

Haa bilik? Bilik apa? Bilik air? Bilik tidur? Oh tidakkk! Amboi, amboi kau ni. Baru masuk kerja nak kerek dengan aku ehh. Tak pernah lagi ada lelaki yang berani ajak aku masuk bilik tau. Ingat aku ni ayam ke. Melampau sangat dah dia ni nak ajak aku masuk bilik tidur. Siap kau.

"Minta maaf ermm... Mr.A.D, saya bukan isteri awak. Kenapa nak ajak saya masuk bilik tidur?" soal Kiesya tegas dengan tangan mencekak pinggang. 

Jangan ingat aku ni biasa-biasa. Haa haa tengok muka dia dah berubah. Takyah nak kerut-kerut sangatlah. Kalau dah salah tu minta maaf dengan aku cepat. Memang kurang ajar betul dia ni, tak cukup-cukup nak susahkan aku, sekarang nak ajak aku masuk bilik tidur? Tolonglah...

Mr.A.D bergerak ke hadapan. Berdiri agak rapat dengan Kiesya Humaira. Menundukkan mukanya ke arah muka Kiesya Humaira. Cukup rapat, hanya empat inci jarak yang memisahkan di antara hidung mereka.

"SAYA SURUH AWAK MASUK BILIK PEJABAT SAYA. BUKAN BILIK TIDUR !!!" pekik Mr.A.D sekuat hati.

Wahhhhh.... Apa ni air hujan menimpa. Bergegar otak aku mendengar pekikan yang maha kuat. Cakap elok-elok tak boleh ke. Ni muka aku yang dah banjir dengan air liur kau nak kira macam mana. Kurang asam betul.

Kiesya yang tersentak setelah menerima herdikan oleh bosnya. Tidak berkata apa. Siot betul la, macam mana pula aku dengar bilik tidur tadi. Bengong. 

Suasana senyap sunyi tiada suara yang kedengaran. Masing-masing gerun dengan perwatakan bos baru mereka. Rakan sekerja yang lain hanya memerhati dan menunggu untuk melepaskan sesuatu. Sesuatu yang tak dapat ditahan lagi. 

Sebaik sahaja Mr.A.D bergerak masuk ke dalam biliknya, gamat ruang pejabat dengan hilai tawa terkekek-kekek oleh rakan sekerja Kiesya yang lain. Menyampah betul! Syam dengan abang Man Belon paling over. Nak gelak pun nak kena tekan perut ke. Memalukan betullah!

"Adui kau ni Sya. Mengigau apa siang-siang ni masuk bilik tidur... Kahkah." Umi yang kena gelak dengan aku tadi mengambil peluang yang ada untuk mentertawakan aku semula. Inilah dipanggil pulang paku buah keras. Okey fine.

No, no, no, kau tak boleh biarkan ni Sya. Ini dah dikira ganguan seksual. Ya ke? Mamat ni tak boleh dibiarkan. Itu hari nak langgar aku semua cukup. Hari ni kau malukan aku sebegini rupa. Aku takkan biarkan. Sebelum lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku lebih baik aku bertindak sekarang. Aku mesti sound mamat ni supaya dia tahu aku bukanlah senang-senang ayam nak dipermainkan. Kau ingat kau bos boleh buat ikut suka hati ya. Ini Kiesya la, budak Subang Jaya.

Aku dengan lagak pendekar, yang bersiap untuk bertempur melangkah berani ke dalam bilik Mr.A.D. Tadi kau sembur aku, kan. Tunggu kejap aku nak sembur kau balik. Aku masuk tanpa mengetuk pintu. Cis nak hormat apa lagi, orang macam ni memang tak boleh bagi muka. Kalau makin dibiar makin menjadi dia ni. 

"Awak ingat awak tu..." Belum sempat Kiesya menghabiskan ayatnya. Mr. A.D telah mencelah.

"Kiesya Humaira, boleh awak berkahwin dengan saya?"

Tak jadi nak maki. Kaku empat saat. Apa dia cakap tadi? Kahwin? Ehh kahwin tau bukan main kahwin-kahwin macam budak-budak tu. Ke, aku silap dengar macam tadi atau... Entah-entah aku ni tengah bermimpi kut. Mana ada orang maki orang, lepastu ajak kahwin. Memang takdalah kan. Confirm ni mimpi ni. Tak masuk akal betul apa yang dah jadi pada aku dari tadi. Patutlah macam bodoh sangat je aku dari tadi. Mimpi rupanya. Mimpilah ni. Aku test dia tengok.

"Ka... Kahwin?" tanya aku tergagap-gagap. Kalau dia jawab kahwin, memang sah mimpi!

"Ya kahwin dengan saya. Boleh?" Mr A.D menjawab dengan begitu yakin sekali. Haa memang sah mimpi! Apa punya mimpilah, orang macam kau nak ajak aku kahwin? Haha. Tak sesuai okey! Kalau ya pun bagilah artis ke. Artis Korea lagi cantik. Boleh juga aku tumpang glamour.

Ermm, tapi apa salahnya, kan. Kalau setakat mimpi. Nama pun mimpi mainan tidur. Jangan kata kahwin. Nak suruh aku bertukar menjadi Ultraman pun boleh. Jadi ayam pun boleh. Ermm, tapi nak cakap apa ya? Biar pun mimpi, kena jual mahal juga. Kita ni orang perempuan jangan jual murah-murah sangat baik dalam mimpi sekalipun, kan.

"Baik saya setuju. Tapi dengan satu syarat."
"Apa syaratnya?" tanya Mr.A.D.

"Saya nak awak lompat katak seratus kali, lepastu bertukar menjadi katak yang paling handsome sekali di dunia ini, yeayyy," kataku siap dengan tangan tunjuk tanda bagus. Buruknya aku rasa muka aku masa ni. Hilang terus tata susila seorang perempuan yang sopan. Alah kata mimpi. Chill la.

Selepas itu suasana menjadi sepi. Sepi gila. Mereka saling berpandangan. Kiesya masih menunggu jawapan Mr.A.D sama ada boleh atau tidak dia bertukar menjadi katak yang paling handsome, teruja sekali dia ingin tahu kehandalan bosnya itu walau di dalam mimpi. Sedangkan Mr.A.D yang berwajah baik tadi telah bertukar rupa. Perlahan-lahan raut wajahnya bertukar menjadi buruk. Bengis.

"Saya rasa awak ni merenglah. Awak ni gila ni. MACAM MANA AYAH SAYA BOLEH SURUH SAYA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN GILA MACAM AWAK NI HA !!!"

Mr.A.D mengamuk, menghempas tangannya sekuat hati ke atas meja. Kiesya menjadi blur. 

Suruh jadi katak pun nak mengamuk ke? Tak powerlah tu. Ada hati nak ajak aku kahwin. Harap badan je gedabak tapi nak jadi katak pun tak mampu. Ish ish .Takpalah mungkin jadi benda lain boleh kut. Jadi apa ya? Haa... Apakata kalau aku suruh dia jadi kapal selam. Teringin juga nak nak lihat keindahan lautan dalam.

"Ala relaks arr... Dalam mimpi pun nak marah-marah dah kenapa... Chill la... Okey takpa... Kalau tak boleh nak jadi katak, jadi kapal selam. Bawa saya jalan-jalan dalam laut. Saya memang seumur hidup tak pernah masuk laut lagi," kataku memeluk tubuh memandang rendah keupayaan Mr.A.D.

Mr.A.D seakan tidak percaya dengan apa yang telah Kiesya katakan. Dia tidak menyangka yang Kiesya akan bergurau dengan dia sedemikian rupa. Tidak menyangka sama sekali gadis yang minta dinikahi oleh ayahnya adalah perempuan yang tak berapa nak betul. Sedangkan Kiesya beranggapan yang dia berada di alam mimpi. Dia sama sekali tidak menyangka yang dia tidak bermimpi! 

"Dah saya tak nak dengar awak merepek lagi. Ni fail tentang surat perjanjian kahwin tu. Awak bacalah dulu. Esok bagitau saya keputusan." Mr.A.D menghempas satu fail merah ke atas meja. Selepas itu meninggalkan Kiesya yang masih termanggu-manggu kerana percaya yang dia masih di alam mimpi.

"PANG!" Bunyi pintu dihempas kuat.

Ermm macam real je bunyi pintu terhempas tu? Apasal nak marah-marah sangat ni. Dia kata aku merepek? Bukan mimpi ke? Kiesya mencubit kuat tangan kirinya untuk merasai kesakitan. Sakit! Kemudian menampar pipi gebunya. Sakit! Bangun-bangun Sya, sambil menampar pipinya berulang kali dengan harapan terjaga dari tidur. Tak jaga pun! Apa ni? Bukan mimpi ke?

Janganlah wei...

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh!... Argghhhhhhhhhhhh!!!"

Kiesya menjerit sekuat hati setelah sedar apa yang sedang berlaku bukanlah mimpi seperti yang dia bayangkan. Apa yang kau dah buat ni Kiesya. OMG, OMG. Memalukan! Kau dah melakukan sesuatu yang cukup memalukan! Mana nak letak muka kau Kiesya. Mana nak letak! Tak masuk akal betullah aku ni boleh pula tertipu dengan diri sendiri. Apa aku dah buat ni!

"Warghhhhh!! Bodohnya aku ni!" jerit Kiesya lagi masih tidak percaya. Menekup muka dengan kedua belah tangannya. 

Serentak dengan itu, bilik Mr.A.D telah diserbu oleh pekerja-pekerja yang lain setelah mendengar jeritan Kiesya Humaira yang menakutkan tadi. Pelbagai pertanyaan diajukan kepada rakan sekerja mereka itu.

"Sya kenapa ni?"
"Apa dah jadi ni Sya?"
"Kau okey tak Sya?"

Pertanyaan demi pertanyaan hingap bertubi-tubi.

Entah aku pun dah tak tahu siapa yang tanya. Rasa macam ramai pula yang bertanya. Rasa nak nangis pun ada. Bukan rasa lagi dah, memang dah nangis pun. Adui Sya nak buat apa ni. Aku tak sangguplah nak duduk sini. Sebelum lebih banyak perkara memalukan terjadi. Baik aku blah dulu.

Sebaik sahaja dia ingin mengangkat kaki teringat akan fail merah yang dihempas oleh Mr.A.D tadi. Baik aku ambil. Kalau diorang ni terbaca mahu lagi kecoh bangunan ni. Arghhh tensionnya!

"Eh Sya kenapa ni?" sempat Umi bertanya lagi. Risau sekali riak wajahnya melihat akan Kiesya yang sedang menangis.

"Takda apa-apa, aku cuma tak sihat je," jawab Kiesya dan cepat-cepat berlalu pergi dari situ sedaya menyapu linangan air matanya yang belum berhenti mengalir. Malu yang tak dapat dibendung.

Kiesya meluru laju ingin pulang ke rumah. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Dia ingin cepat sampai di rumah. Kalau boleh tutup muka aku dengan baldi, nak je aku tutup. Kenapa dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba je jadi bodoh aku ni? Arghh bencilah!

Kenapa pula si setan tu ajak aku kahwin? Surat perjanjian apa yang ada dalam fail merah ni? Kepalanya cukup berserabut. Memikirkan perkara-perkara yang tak terduga dek akalnya, sedang terjadi. 

Sampai sahaja di rumah dia terus meyembamkan diri di atas katil. Dia keliru, dia sedih, dia malu, yes of course dia marah. Terlalu banyak persoalan yang sedang ligat bermain di fikirannya sekarang. Aku tak bermimpi itu yang pasti. Kegilaan apakah sehingga aku diajak berkahwin tidak semena-mena di atas perjanjian? Apa maksud semua ni?





HIDANGAN tengahari yang dipesan tidak disentuhnya. Hanya memandang kosong. Perut yang memanggil-manggil untuk menyantap, tidak dihiraunya. Wanita yang berada di depannya pula pandang kehairanan.

"Laa... Ni kenapa pulak? Tadi beriya ajak lunch. Dah tu termenung pula macam ada yang mati ni kenapa?" soal wanita itu.

"Hai..." mengeluh dia.

"Cepatlah cerita. Duk hai, hai dari tadi," desak wanita itu. Ambil sepotong daging dan suap ke mulut.

"Tahu tak siapa perempuan tu?." Barulah tangan diangkat mengambil sudu yang tersedia ada. Mata tetap tertacap pada wanita di hadapannya itu.

"Manalah tahu kau ni pun abang oii. Cerita pun tidak. Haa siapa perempuan tu? Tua sangat ke?" soal pula wanita itu agak sinis. Disimpannya ketawa terlebih dahulu. Kalau betullah perempuan tua, dia dah tak kisah. Dia nak gelak sekuat hati. Biarlah semua orang tengok. Dia tak kisah. Janji dapat gelakkan A.D.

"Tak tua pun. Muda lagi. Cantik pulak tu," jawab A.D. Diambilnya lagi sesudu nasi masuk ke mulut. Hampa wanita itu mendengar. Kalau dah muda, cantik pula, nak gelak apanya. 

"Habis yang muka susah hati ni kenapa? Kata muda cantik. Patut happylah. Apa daa..."

"Memanglah... Tapi perempuan tu macam tak betullah otak dia. Pelik pulak orang tua tu suruh aku kahwin dengan dia. Ke orang tua tu pun gila macam perempuan tu. Hisy..." mengeluh A.D. Tak faham dia. Nak beri harta pun macam-macam kerenah. Dah la suruh kahwin dengan perempuan gila. Macam tak ada perempuan lain.

"Hisy... Tak baik kata ayah sendiri gila... Ermm... Kenapa pulak abang kata perempuan tu gila?" soal wanita itu hairan sambil memotong daging salai di atas meja. 

"Mana tak gila. Tadi masa kat ofis. Lepas aku cakap minta dia kawen dengan aku, tahu dia cakap apa?"

"Cakap apa?" wanita itu dah meletak pisau yang dipegang ke dalam pinggan. Pertanyaan A.D agak menarik untuk didengar.

"Dia suruh aku jadi katak. Tak gila?" kata A.D membesarkan mata.

"Jadi katak?" A.D mengangguk kepala.

"Hahaha..." wanita itu melepaskan tawanya. Mengetuk-ngetuk meja di depan mereka. Aduhai. Apa punya cerita ni. Sampai katak pula naik ni. Musim banjir ke apa.

"Habis tu abang jadi katak la?" soal dia pula dengan mata yang bergenang.

"Hotak kau aku nak jadi katak. Celah mana aku nak jadi katak..." balas A.D laju. Minah ni pun satu. Gelak je kerja dia tak habis-habis. 

"Habis tu?" soal lagi wanita itu. Sisa-sisa ketawa masih melekat di wajah.

"Habis tu aku tengking la dia. Dah tu ingat dia nak minta maaf ke apa. Dia suruh pulak aku jadi kapal selam... Gila punya orang," bebel A.D. Wanita itu yang mendengar semakin galak dia menghamburkan ketawanya. Tak sangka di tengahari yang ceria ini ada cerita lawak kanak-kanak ribena pulak. 

"Alaaa... Kapal selam? Kahkah... Adoi macam-macam betul la dunia ni. Eloklah, eloklah tu..." 

"Apa yang eloknya?"

"Elok la dua-dua pun gila. Kahkah..." wanita itu sambung ketawa. A.D mencebik mulut. Rasa nak sumbat je daging dalam pinggan tu kat mulut dia. Ketawa tak ingat dunia. Bukan nak rasa simpati ke apa.

"Dah la. Tak selera aku nak makan... Lagipun banyak lagi kerja aku nak buat kat ofis tu," kata A.D bingkas bangun dari duduknya.

"Eh kejap, kejap bang..." Wanita itu yang masih tertawa laju memaut lengan A.D. Toleh A.D memandang.

"Apa lagi?" tanya A.D.

"Abang tak perasan ke dah dekat seminggu K.L ni tak hujan. Tak panas ke?" soal wanita itu. 

"Memang la panas. Apa masalahnya? Nak suruh pasang air cond pulak?" kata A.D. Direnung wajah wanita itu menanti jawapan. Baru masuk kerja sehari dah suruh pasang air cond pula dah. Kalau ya pun tunggulah dulu.

"Pasang air cond apanya. Abang kan boleh bertukar menjadi katak. Panggillah hujan... Wakaka..." Berdekah-dekah lagilah ketawa yang terhambur dari mulut. Bergenang lagi air mata. Aduh, senak perut ketawa memanjang dari tadi. 

Muka A.D dah kemerah-merahan. Menahan geram. 

"Kau ni, jangan sampai pinggan tu masuk dalam telinga kau tau... Elok-elok muka dah lawa tak pasal-pasal senget sebelah nanti kang." Marah betul A.D. Tajam mata dipacaknya pada wanita itu yang bertambah gamat ketawanya.

Sakit otak aku nak melayan dua orang ni nanti. Sorang gila. Soarang asyik ketawa. Yang si tua tu pun sama. Takpalah. Janji apa yang aku nak, apa yang sepatutnya menjadi hak aku, bakal menjadi milik aku. Biasalah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tekad hatinya.




MATA Kiesya tajam memerhatikan fail merah yang dicampak di atas meja solek tadi. Semua jawapan untuk persoalan yang berlegar di dalam kepala dia ada di dalam fail tu. Kenapa ribut takda, angin takda ajak aku kahwin? Berkahwin dengan Mr.A.D? Memanglah muka kau boleh tahan kacak, tapi dah kenapa tiba-tiba pula ajak aku kahwin. Kalau perangai baik, boleh tahan aku relaks lagi. Tapi perangai macam iblis, ajak aku kahwin? Kenapa tak ajak Umi ke, Husni ke, Siti ke, makcik kantin ke. Kenapa pula aku? Tadi dia kata Datuk yang suruh? Ini ke yang Datuk maksudkan semalam? Arghh sudah, apa benda semua ni.

Okey Sya, calm down. Masalah takkan selesai kalau aku berterusan begini. Aku mesti dapatkan jawapan.

Kiesya mengagahkan tangan mencapai semula fail merah itu. Dia kuatkan diri untuk membuka fail itu. Terpampang di hadapannya ketika ini helain-helain kertas yang bercetak. Jelas di muka hadapan helaian yang pertama...

SURAT PERJANJIAN PENGAMBILALIHAN HARTA

Di antara Datuk Mokhzani dan Aqil Danish? Datuk nak serah harta pada mangkuk tu? Kenapa pula? Tapi kenapa pula aku kena kahwin? Okey bertenang. Tarik nafas, hembus. Kiesya berulang kali berbuat demikan untuk menenagkan dirinya sendiri. Terasa sesak nafasnya bila membaca tajuk surat berkenaan. Dia memperkuatkan diri membuka helaian yang seterusnya. Dia membaca isi-isi paling penting yang terdapat di dalam surat perjanjian itu.

"Keseluruhan harta baik di dalam negara atau di luar negara kepunyaan Datuk Mokhzani bin Abdul Rahman akan diserahkan keseluruhannya kepada badan-badan amal kebajikan seperti yang telah dipersetujui oleh Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman sendiri di lampiran yang terakhir." Apa? Kenapa tiba-tiba nak serah pada badan amal pula ni Datuk? Relaks Sya, baca lagi.

"Bagaimanapun perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya jika anak tunggal kepada Datuk Mokhzani iaitu Encik Aqil Danish Bin Datuk Mokhzani dapat melakukan perkara-perkara yang disebutkan di bawah mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan oleh Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman sendiri."

Perkara Pertama :

Encik Aqil Danish Bin Datuk Mokhzani sebagai pewaris tunggal Layar Emas Holding perlu mengambil tanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif Layar Emas Holding dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pihak yang terbabit.

Bagaimanapun jika di awal bulan yang ke 13 selepas surat ini ditandatangani berlaku kemerosotan nilai dan aset syarikat dari tarikh surat ini ditandatangani, Encik Aqil Danish Bin Datuk Mokhzani tidak berhak menuntut apa-apa bahagian atau harta sepeninggalan Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman.

Perkara Kedua :

Encik Aqil Danish Bin Datuk Mokhzani ketika surat ini ditandatangani haruslah telah memperisterikan Kiesya Humaira Binti Razak. Perkahwinan ini haruslah kekal sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh surat perjanjian ini ditandatangani.

Jika mana-mana perkara di atas tidak dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari surat perjanjian ini dikeluarkan. Segala harta milik Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman akan diagih-agihkan kepada badan-badan amal kebajikan seperti yang telah ditetapkan oleh Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman di lampiran terakhir.

Tatkala selesai Kiesya membaca perenggan terakhir, matanya mula berpinar. Otaknya seperti kosong tidak berisi. Segala anggota badannya terasa cukup lemah. Dia rebah, tidak sedarkan diri

1 comment: