Tuesday, January 5, 2016

BAB 2 Suamiku Badak Suamiku Buaya



BAB 2


KIESYA memandu laju jentera Myvinya menyusuri jalan raya Kuala Lumpur. Hatinya mula runsing bila memikirkan akan Datuk Mokhzani yang kini berada di hospital. Hatinya juga tertanya-tanya akan gerangan lelaki yang cukup biadap tadi. Lelaki pembengis. Lelaki yang ditegah oleh bosnya untuk tidak ditahan.

Pelik je Datuk tak bagi security tahan tadi. Mesti ada something special dengan mamat tu. Entah ke mamat jahanam tu cuba ugut Datuk tak? Patutlah besar kepala dia tadi. Geram je...

Tapi... Hehe. Ada pula si kacak yang datang membantu. Macam cerita dalam novel pula rasa aku. Entah ke bakal suami aku tak si Naufal tu? Hihi. 

Kiesya mula memikirkan sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini. Wajah kacak Naufal berbekas di hatinya. Ditambah pula kebaikan dan kelembutan tutur bahasa Naufal buat hati dia terawang-awangan. Mungkinkah lelaki itu bakal menjadi teman lelaki dia yang pertama. Haha. 

Bukan main betul kau ni Sya. Mentang-mentang mamat tu handsome terus nak berbekas bagai. Orang handsome macam tu bukan kata kau je terpikat, perempuan lain yang memandang buat kali pertama pun boleh jadi cair. Boleh jadi angau.

Ehh biasalah. Lelaki kacak, baik pula tu. Siapa yang tak cair. Rasa aku kalau perempuan lain kat tempat aku tadi pun boleh lemas. Boleh tangkap cintan. Tengok macam mamat yang sorang lagi tu, mamat jahanam. Handsome juga tapi kalau perangai dah macam setan, siapa nak suka. Nak jatuh cintan jauhlah sekali. Rasa nak baling peti ais kat kepala dia adalah.

"Alamak jalan jam pula... Kalau aku gerak awal sepuluh minit tadi taklah seteruk ni. Semua kau punya pasal jantan!"

Marah aku lagi pada mamat Thor aka Hulk tadi. Nak maki, nama pun aku tak tahu. Jenis tak pakai name taq juga. Perangai dia sebiji macam Hulk, langgar orang ikut suka, rempuh sana, rempuh sini, sini mati sana pengsan. Badan pun dah sama sador. Cuma tang muka je macam abang Thor. Tapi perangai, ya Allah teruk betul! Kalau tak sebab dia, tak sangkut aku dalam jam ni.

"Alahai lambat lagi ke ni, diorang ni pun satu. Asal nak keluar makan je nak bawa kereta, cuba tiru macam aku bawa bekal, tidak pun layan cafe dekat tempat kerja sudahlah, jalan pun tak jam," omel Kiesya seorang diri.

Tapi itulah keadaannya yang berlaku di Kuala Lumpur ni, bila lunch je berpusu-pusu orang bawa kereta ke sana ke mari. Tempat kerja diorang takkan tak ada sediakan cafe ke, kantin ke. Nak makan jauh-jauh sangat. Tunggu hari lain tak boleh ke. Nak tengahari juga. Dah la datang pun jam, balik pun jam, tengahari pun jam. Manalah tak stress kerja kat Kuala Lumpur ni.

Kemarahannya pada lelaki jahat itu terbawa-bawa sehingga dia bergomel sendiri di dalam kereta. Hampir pada pukul dua petang baru dia tiba di hospital. Dengan kaki yang masih terasa sakitnya, dia bergerak naik ke aras tiga. 

Aku dah tau dah, bab-bab jantung semuanya aras tiga. Lagipun aku dah biasa sangat dengan hospital ni. Aku pun ingat nak tanyalah cik misi kat kaunter tu, bilik Datuk Mokhzani yang mana satu.

"Boleh saya tahu yang mana satu bilik Datuk Mokhzani?"

Tanya aku dengan lembut pada seorang jururawat yang boleh tahan masam mukanya. Ni sahih kena kerja lebih masa ni. Kasihan juga bila tengok diorang ni. Tambah-tambah bila tahu tahap gila gelaban diorang punya kerja macam mana. Jangan kata masa bersama keluarga pun tak berapa nak cukup. Masa untuk tidur pun sama. Mujurlah aku tak ditakdirkan menjadi seorang doktor atau jururawat. Stress Ooo.

"Sya... Sya..."

Belum sempat cik misi menjawab soalan, ada suara telah menyeru nama aku separa berbisik. Kelihatan Hafiz dan Syam melambai-lambaikan tangan memanggil di hujung koridor. Lah ramai rupanya yang dah sampai. Datuk Tarmizi, Datuk Sapuan pun ada. Diorang boleh la, kalau jalan jam, pasang lampu biru.

Kiesya melangkah menuju ke arah mereka yang kelihatan gelisah di raut wajah masing-masing.

"Macam mana dengan keadaan Datuk?" Pertanyaan pertama yang aku tanya pada Hafiz.

"Datuk okey alhamdulillah, cuma doktor tak bagi masuk lagi. Biar dia berehat dulu. Sekitar pukul lima nanti baru kita dibenarkan melawat," jelas Hafiz menerangkan situasi semasa.

Lega hati aku mendengar. Nasib tak jadi apa-apa. Kalaulah kata mati orang tua tu, tak boleh bayang aku. Dengan pewaris pun tak tahu siapa. Tak jadi kerja pula nanti semua nak berebut harta Datuk. Zaman sekarang ni lain macam sikit. Pasal harta pun, adik beradik sanggup membunuh. 

"Okey kalau macam tu, Sya ingat nak balik ke rumah kejap. Sya nak bersihkan diri dulu. Insyaallah dalam pukul tiga setengah Sya sampai sini, boleh?" kataku sambil tangan menunjuk ke arah tompokan kopi yang bersepah-sepah di baju kurung pink rose aku. Kalau baju warna hitam, taklah ralat sangat, kan. Warna pink dengan kopi hitam, faham-faham jelah.

Syam yang sedari tadi memerhati, tak semena-mena menutup hidungnya dengan sebelah tangan sambil mengibas-gibas tangannya yang satu lagi dan berkata...

"Patutlah tengik semacam je dari tadi. Rupanya ada minah sorang ni pakai baju tak basuh. Haha," gelak Syam menyakat Kiesya.

Kau ni nak bergurau pun tengoklah tempat sama. Satu hari tak usik aku tak boleh ke. Dah tak pasal-pasal semua mata memandang. Dekat office cukuplah, ni sampai bawa ke luar perangai kau ni. Buat malu orang betullah dia ni. Kena bagi ajaran nampak gayanya... Ini ajaran untuk kau Syam. Bab tiga, muka surat enam belas.

"Opss sorry sangat terpijak pula kaki... Tak sengaja sangat, memang tak nampak," aku buat muka tak bersalah.

Kiesya telah memijak kaki rakan sepejabatnya Syam sekuat hati sambil meletakkan tangan di mulut seakan tidak sengaja. Terloncat-loncat Syam menahan kesakitan sambil memandang pada Kiesya dengan riak muka yang teramat sakit. 

Hahaha, rasakan. Itu baru pijak ala kadar je. Kalau aku pijak betul-betul, berlubang lantai hospital ni. Jangan macam-macam sangat dengan aku.

Geng lelaki dalam pejabat yang paling kuat menyakat aku, Syam dengan abang Man Belon, ermm Umi pun sama naik juga. Satu hari kalau tak kacau aku tak sah hidup diorang. Abang Man lagi merepek, siap ajak aku kahwin dekat Siam. Tak nak bini dia tahu katanya. Tapi... Kalau tak ada diorang ni rasa sunyi pula hidup aku yang sebatang kara ni. Kalau ada, menyakitkan hati.

"Haa padan muka kau Syam." Datuk Tarmizi mencelah sambil tergelak kecil melihat telatah kami berdua. Dah kesian pula aku tengok Syam tu terkipas-kipas kaki dia. Kuat sangat ke aku pijak tadi. Perasaan bersalah pula menyerang hati. Hati perempuan biasalah.

"Sya pergilah balik dulu, jangan dilayan sangat Syam tu, over acting je lebih." Hafiz pula mencelah sambil meneruskan kembali gelak besarnya. 

Mungkin dia perasan kut raut wajah serba salah aku tadi . Baik aku jalan dulu. Misi-misi yang memerhatikan kami dari tadi hanya menggelengkan kepala. Silap-silap diorang ingat aku ni minah gangster. Tak pasal-pasal nama jadi busuk.

Tiba kat rumah tak sampai lima minit pun. Dekat gila kan?

Rumah aku dengan hospital ni memang tak jauh. Taman ni betul-betul kat belakang hospital. Memang tersangat dekat. Datuklah yang beriya minta aku tinggal kat sini. Free pula tu. Tak payah bayar sewa. 

Mula-mula dulu pelik juga. Tapi bila kali pertama dia dimasukkan ke hospital ni dua tahun yang lepas, baru aku faham. Rupanya dia nak ada seseorang yang dekat dengan dia. Apa-apa hal senang aku nak melawat dia. Yang bestnya tu, selagi dia berada di hospital ni, aku tak perlu ke pejabat. Husni pun dah faham sangat. Cuma aku sendiri je yang tak faham skop pekerjaaan aku yang sebenar. Personal Assistant Husni ke Personal Assistant Datuk Mokhzani aku ni. Pelik betul.





FAIL merah itu dihempas kuat di atas meja. Juga menghempas kuat dirinya di atas sofa. Seorang wanita yang sejak tadinya memerhati mengangkat kedua belah keningnya. Hairan dengan tingkah laku lelaki yang menghempas fail itu.

"Kenapa ni? Bengang semacam je?" soal dia.

"Tu.. Fail tu. Bacalah..." tunjuk lelaki itu pada fail yang dihempas tadi. 

Wanita itu mengambil fail yang dimaksudkan. Buka lilitan tali yang bersimpul. Mengeluarkan beberapa keping kertas yang bercetak di atasnya. Dia mula membaca. Seketika kemudian, wajahnya berkerut. 

"Ada syarat pulak?" kata dia dan melemparkan pandangan matanya pada lelaki yang bermuram durja itu.

"Haah syarat... Tapi itu okey lagi. Cuba baca yang bawah sekali," balas dia dengan nada yang agak marah. Mata tertacak pada dinding. Hati panas bagai nak meletup. Wanita itu pula menurut. Meneruskan bacaan yang tertinggal.

"Apa?" Pandang semula pada lelaki itu. Muka tak percaya.

"Dia suruh kahwin?" tanya dia pula.

"Ermm..." jawab lelaki itu mengakui.

"Hahaha..." tak semena-mena wanita itu pula ketawa. Bersungguh-sungguh dia ketawa. Meleleh air matanya di hujung kelopak mata. Lelaki itu pula berdengus geram. Dah la hati sakit, dia pula ketawa lebih-lebih.

"Apa yang best sangat sampai nak meleleh air mata, ha? Seronok sangat kenapa?" Wajahnya dibuang sepenuhnya memandang pada wanita itu yang tak berhenti-henti tertawa. 

"Adehhh... Kena kahwin? Kihkih..." menyambung lagi ketawa yang terhenti. Menekan perut sendiri. Rasa nak berguling atas jalan raya pun ada. Kena kahwin? Kihkih...

Lelaki itu yang kepanasan semakin panas. Bangun dari duduknya. Melangkah beberapa tapak menuju ke arah wanita itu. Fail yang dipegang oleh wanita itu diragutnya.

"Kita ingat dia nak menolong ke apa... Tolong gelak pulak. Tak boleh harap betul," kata dia dan terus berjalan menuju ke dapur dengan fail merah di tangan. Macam dah takda hari lain nak digelak pun dia ni. Hati dah la panas, dia tambah lagi panas. 

"Alaa okey apa kena kawen. Umur pun dah tua. Bilanya lagi," laung wanita itu agak kuat.

Lelaki itu yang mendengar, menjenguk kembali kepalanya dari dinding dapur rumah flat itu..

"Okey?" balas dia dan berjalan semula ke arah wanita itu. Sungguh dia tak senang duduk. Sejak mengetahui yang dia perlu memenuhi syarat-syarat yang mengarut untuk memperoleh haknya sendiri. Tak masuk akal betul! Bentak hatinya.

"Masalahnya perempuan mana pun abang tak tahu. Kalau perempuan tua?" kata dia pula. Mata ditenung tajam pada wanita itu.

"Perempuan tua? Lagi bagus apa. Jimat waktu malam tak payah kerja. Nafkah batin dan tentu tak payah bagi," jawab dia dan menghamburkan ketawa kecil. Lelaki itu pula dah menjulingkan matanya ke atas. Melepaskan sedikit keluhan. 

"Alaa tak payah nak runsing-runsing sangatlah. Janji dapat harta tu sudahla, kan? Kalau tak suka dengan perempuan tu, ceraikan jelah nanti. Betul tak?" kata wanita itu dengan dua jari telunjuk dan hantu bergerak turun dan naik. Lelaki itu yang mendengar seakan direnjat. Muka masam bertukar ceria.

"Betul juga kan? Haha... Aduii tak terfikir pula. Lagipun setahun je pun. Bukan sepuluh tahun," gumam dia kembali tersenyum.

"Entah. Kecoh je lebih... Benda kecil punya hal pun nak panas bontot," balas pula wanita itu.

Senyuman sudah mula menguasai raut wajahnya. Kata-kata dari wanita itu telah memberi sinar harapan buat dirinya. Langsung tak terfikir akan soal itu. Aku kan lelaki. Kuasa ditangan aku. Setahun je pun. Haha si tua. Aku lebih cerdik dari kau lah. Bisik hatinya.




TEPAT pada pukul 3.25 petang aku dah berada semula di perkarangan hospital. Aku mengarahkan Hafiz, Syam dan stuff yang lain untuk pulang semula ke pejabat. Selebihnya akan aku uruskan. Walaubagaimanapun aku masih tidak dibenarkan melihat keadaan Datuk Mokhzani sehinggalah doktor memberi kebenaran. Jadi nak buat apa, layan bloglah. Cerita gosip apa pula hari ni. 

Sedang dia menarik keluar iPhone 6 kepunyaannya dari beg tangan, berterbangan keluar sekeping name card terjatuh betul-betul di atas pahanya. Dia mengambil dan melihat.

Syed Naufal bin Syed Faizal. 

Peguam Wasiat Harta Pusaka.

"Oh lawyer rupanya Naufal ni, patutlah smart semacam," bisik dirinya sendirian.

Kalau lelaki beri kita name card dia, apa maksudnya? Aku ni tak pandai sangat hal-hal lelaki ni. Tak ada pengalaman langsung. Tak pernah bercinta walau sekali. Kalau tengok drama cinta tu selalu sangat. Nak kata bengap sangat tu taklah kut. Mungkin adalah sikit kut. Haha.

Tapi kenapa kau tiba-tiba cakap pasal cinta ni Sya? Orang tu bagi kad je kut. Entah, aku rasa dia macam syok kat aku je. Dari pandangan mata dia tu lain macam je rasa. Ke aku yang perasan lebih? Masalah betul kalau dah terserempak dengan lelaki kacak ni. Tiba-tiba pula jadi angau tak pasal-pasal.

"Cik Kiesya kan?" Seorang jururawat muda mengaju soalan. Musnah lamunan Kiesya tadi. Dia mengangguk perlahan.

"Cik dah boleh masuk ke dalam," kata misi itu sambil menunding jari ke arah sebuah bilik. Kata Hafiz pukul 5, sekarang baru pukul 3.40. Biarlah orang dah bagi masuk kita masuk jelah, nak tanya apa laginya.

Kiesya melangkah menuju ke arah bilik yang dimaksudkan. Melangkah masuk dan melihat sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Hati lembutnya tersentuh. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang telah tersedia. Melihat tubuh tua itu dia terasa kasihan. 

Malang sekali diri lelaki tua ini, mempunyai harta yang banyak tetapi miskin keluarga. Hanya aku yang sering menjadi temannya di kala dia memerlukan darah dagingnya sendiri di saat kritikal sebegini. Jika tiada halangan berbicaralah padaku, agar ku tahu siapakah ahli keluarga Datuk yang masih tinggal, supaya dapatlah mereka menumpahkan kasih dan sayang mereka terhadap diri Datuk.

Aku menjadi peneman setia di sisi beliau, menatapi raut wajah tuanya sehingga tidak sedar air mataku jatuh menyembah bumi. Teringat saat-saat kematian ahli keluarga terutamanya ibu yang dicabut nyawanya di hadapan aku, di dalam pelukkan aku. Tak sanggup aku nak menghadapi lagi saat-saat sebegitu buat sekian kalinya. Adakah sekali lagi aku akan mengalami perkara yang sama?

Pada aku Datuk umpama ayah kedua. Walaupun kami tiada ikatan kekeluargaan tapi sikap Datuk yang amat menyanyangi aku membuat aku berasa rapat sekali dengan beliau. Dialah yang menyediakan tempat kediamanku dan memberi aku pekerjaan ketika aku mula menapak di bandar besar Kuala Lumpur ini walaupun tiada balasan yang diminta. Mungkin pada Datuk, itu adalah perkara kecil bagi beliau tapi cukup besar dan bermakna bagi aku.

Sepertinya pertemuan kami telah dirancang Ilahi. Mahu sahaja aku membenamkan muka di atas tangannya, mencium kedua belah tangannya seperti mana aku mencium kedua belah tangan ibu dan ayah yang telah membesarkan aku. Tapi aku masih waras, aku masih berpegang pada nasihat ibu dan larangan Islam. Walau banyak mana jasanya ke atas aku, kami masih lagi bukan mahram. Haram untuk aku bersentuhan kulit dengan manusia berlainan jantina yang bukan mahram aku. Itu akan ku pegang sehingga penghabis hayat... Melainkan...

Ya... Melainkan aku dipertemukan jodoh dengan anaknya.Ya aku sanggup jika itu dapat menghalalkan cara. Tapi sayang sekali Datuk tidak mempunya zuriat. Datuk juga sebatang kara seperti aku.

Ooohoii... Dah merapu tahap gabanlah kau ni Sya. Tiba-tiba bersastera sangat bisikkan kau tadi. Tiba-tiba pula nak kahwin-kahwin ni. Kau ingat main kahwin-kahwin macam kecil-kecil dulu. Tapi apa salahnya aku berangan, kan. Umur aku dah nak masuk 28 tahun kut. Orang kata dah cukup sesuai untuk dijadikan isteri orang... Tapi itulah boyfriend pun takda lagi. Habis dah kerja aku kat pejabat je banyak. Bukan selalu jalan sangat. 

Kiesya menghabiskan masa yang ada menatap wajah emas itu dengan harapan yang beliau akan terjaga, tetapi hampa. Hanya kedengaran hembusan nafasnya sahaja yang menggerakkan alunan ombak di dada Datuk Mokhzani, menerima dan menghembus udara. Mengelamun memikirkan untung nasib manusia yang dianggap seperti ayahnya sendiri. Walau lelaki tua itu tidak pernah menyatakan yang dia seperti anaknya. Cuma sikap baik dan penyanyang yang ditunjuk oleh Datuk Mokhzani pada dirinya sejak sekian lama buat dia terhutang budi. Sehingga dia telah menganggap lelaki itu seperti ayahnya sendiri. Cuma perbatasan telah menghadkan pergaulan di antara mereka.

"Minta maaf ya cik, masa melawat dah habis." Tersentak aku dari lamunan. Aku memandang ke arah datangnya suara yang cukup sopan itu, lembut sangat dia bercakap. Oh cik misi rupanya. Melihat pada jam di tangan, tepat 6.30 petang. Tak terasa masa yang berlalu dengan pantas.

"Saya balik dulu ya Datuk, esok Insyaallah saya datang lagi," kataku separa berbisik masih mengharap yang Datuk akan terjaga. Hampa. Keadaannya tetap seperti tadi. Tidak bergerak.

Kalau ikutkan hati nak je aku tunggu kat situ sampai dia sedar. Manalah tahu dia nak minum kopi air tangan aku. Kalau misi yang buat mesti dia tak nak minum, tak kick katanya. Hanya ahli keluarga je yang dibenarkan untuk stay kat sini, di luar waktu melawat. Tapi kesiankan takda seorang pun ahli keluarga dia. 

Takpa, nanti dia dah sedar aku nak korek rahsia dia. Kali ni aku mesti korek sampai dapat. Aku mesti nak tahu siapa ahli keluarga dia yang lain, jika ada la.

Kiesya melangkah lemah ingin pulang ke rumahnya. Hatinya telah ditekadkan untuk mengetahui kebenaran. Dia akan menunggu Datuk Mokhzani tersedar nanti. Dia tak mahu lagi membiarkan lelaki tua itu sendirian.

Tapi rasa aku memang dia takda ahli keluargalah. Kalau tak buat apa dia ambil berbelas-belas orang pekerja tinggal sekali dengan dia dekat rumah tu. Diorang tu tahu ke tidak ni dia masuk hospital. Tapi diorang tetap bukan ahli keluarga dia Sya. Ermm, betullah tu, macam aku juga.

Kiesya mengambil telefonnya, mendail nombor pakcik Abu, pemandu peribadi kepada Datuk Mokhzani memaklumkan pada dia berkenaan Datuk yang terlantar di hospital. Bimbang betul suara Pak Abu tadi.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumusalam, lambat balik Sya. OT ke?" Zira yang tengah sedap melepak kat atas sofa empuk kami sambil menonton TV. Aku senyap lagi. Sebab badan rasa lesu sangat. Nak bercakap pun takda mood. 

Kiesya melabuhkan punggung di sebelah rakan serumahnya itu dan menyandarkan kepalanya ke bahu Zira. Tempat dia selalu melepaskan keluh kesah. Tempat dia sering mengadu.

"Kenapa ni Sya... Tak sihat ke?" soal Zira yang serba risau melihat keadaan rakan baiknya itu. Anggapannya, mesti ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak, masakan Kiesya bermuram muka. Zira meletakkan tangan di dahi Kiesya ingin tahu jika rakannya itu mendapat sakit.

"Tak la Zira... Aku okey, cuma penat je sikit. Bos aku kena heart attack tadi." terang aku jujur pada Zira.

"Haa abis tu mati ke?" Zira dengan mulut terlopong dia. Memang takda kerja lain mulut dia ni. Kalau terkejut sikit nak lopong. Buatlah benda lain pula, angkat kening ke, muncung mulut ke, capangkan telinga ke.

"Ishh kau ni ke situ pula. Ada kat hospital depan tu haa... Aku baru balik dari sana tadi ni."

"Lah kenapa tak hello aku aje, boleh aku pergi sekali tadi. Lagipun bos kau tu dah banyak tolong kita, kan," balas Zira.

"Bukan aku tak nak ajak, tapi Datuk masih tak sedar lagi. Lagipun doktor tak bagi kecoh-kecoh sangat, biar dia berehat dulu."

"Tapi macam mana boleh kena tu Sya... Kau tak bagi dia makan ubat ke?" soal Zira dah mula nak korek mengorek. Biasalah perempuan kalau nak tahu tu dari A sampai Z. Lagi-lagi si Zira ni.

"Panjang ceritanya Zira," jawab aku perlahan. Aku sebenarnya takda mood nak cerita sebab macam-macam benda jadi kat aku hari ni. Mulut pun dah jadi berat macam kena benam dalam tanah. Kepala ni ingat bantal dalam bilik tu je. Tapi nak tidur pun awal lagi.

"Alah kau pendekkan la sikit," paksa Zira dengan muka seposen dia tu. Ini kalau aku tak cerita memang sampai ke bilik dia kejar aku ni, nak tahu juga. Memang aku faham sangat dah. Aku faham dia, dia faham aku, kawan baiklah katakan. Dah faham sangat hati budi masing-masing.

"Tadi ada lelaki mana entah buat kecoh kat pejabat aku, alih-alih Datuk dah rebah sakit dada, terus bawa gi hospital," terang aku seringkas mungkin. Dah kata nak pendek, itu aku dah pendekkan habis. Zira memuncungkan mulut. Seakan tidak berpuas hati dengan penerangan Kiesya yang teramat malas.

"Itu je? Pendek sangat cerita kau ni Sya, panjangkan la sikit." Zira mendesak aku lagi sebab dia tahu ada benda yang aku tak ceritakan. Yalah dia bukan tak kenal aku. Kami kawan dari sekolah lagi.

"Ish kau ni, tadi suruh pendekkan. Haa... Haa..." Aku mengeletek pinggang Zira, dia berlari-lari sampai ke dapur takut kena geletek dengan aku. Haha, hilang rasa penat dapat bergurau senda dengan Zira. Tapi aku still takda mood nak cerita keseluruhan babak-babak yang terjadi. Mungkin esok lusa kut.

"Zira, aku naik atas dululah. Nak mandi. Jap lagi aku turun makan," kataku pada Zira. Dia mengangguk faham. Faham sangat dengan raut muka keletihan di wajah Kiesya.

Hampir sejam kemudian, Kiesya turun semula ke bawah dengan raut wajah yang lebih segar. Kali ini dia lebih bersemangat untuk berborak. Mencari Zira yang masih lagi terpaku di hadapan TV.

"Tak sembahyang ke beb?" tanya aku. Dari tadi tak bergerak, kat depan TV tu juga dia hadap.

"Hari ni cuti. Ehh jomlah makan. Aku lapar sangat ni. Tunggu kau lama pula kau buat kat atas tu. Tertidur dalam mangkuk jamban ke apa?" Kiesya tergelak kecil. Mereka menuju ke dapur.

"Wau... Banyaknya kau masak hari ni? Nak buat majlis kesyukuran ke apa?"

 "Banyaklah kau punya cekadak majlis kesyukuran. Aku masak untuk kaulah ni. Sebab aku tahu dah kau balik lambat tadi." Selalunya akulah tukang masak utama dalam rumah ni. Zira kata aku masak sedap dari dia. Entah sengaja mengampu aku ke apa. Tapi aku makan masakan sendiri pun aku rasa sedap. Kahkah. 

"Esok kau pergi hospital lagikan, aku nak ikut boleh? Lagipun aku tak sedap hatilah kalau buat bodoh je. Boleh kan, kan?" kata Zira tiba-tiba. Nasi pun tak sempat masuk mulut lagi, dah kena menjawab. 

Tapi aku faham kenapa dia teringin sangat nak melawat Datuk. Sejak kejadian rumah sewa kami yang terbakar tiga tahun lepas dia tak berkesempatan bersua muka untuk mengucapkan terima kasih pada bos aku tu. Yalah Datuk bukan orang biasa-biasa boleh nak jumpa macam itu je. Lagipun dia tak kisah sangat pasal benda yang dia dah tolong kami tu. Pada dialah, pada kami memang kami kisah sangat. Kalau tak sebab Datuk, tak tahu apa nasib kami sekarang ni.

2 GADIS BERJAYA DI SELAMATKAN BOMBA
Kebakaran yang bla bla bla...
Aku ada simpan lagi keratan akhbar tentang kejadian rumah sewa kami terbakar. Lima biji buah rumah hangus terbakar malam tu. Kami tinggal sehelai sepinggang. Tak berjaya selamatkan apa-apa. Diri kami ni pun berjaya diselamatkan oleh abang-abang bomba yang berani. Kalau tak, tak sanggup aku bayangkan. Alhamdulillah umur kami masih dipanjangkan.

Dah la sehelai sepinggang, duit dalam bank pun ada ciput. Nasib baik ada Datuk Mokhzani yang menghulurkan bantuan. Siap bagi kami seorang sepuluh ribu ringgit lagi buat beli apa yang patut. Tak gila ke ada orang semurah hati bagi kami duit sebanyak tu. Lepas tu bagi pula kami tinggal kat rumah ni secara percuma. Rumah ni rumah Datuk. Entah rumah yang ke berapa biji tak pasti pula aku. Mesti banyak rasanya rumah dia, orang kaya katakan.

Sebab tu aku memang sayang sangat kat Datuk, dengan aku ni yang bukanlah pandai sangat pun boleh dia jadikan aku PA Husni. Dah tu kerja aku merapu je. Bancuh kopi, pastikan dia makan ubat mengikut waktu. Ambil fail itu ambil fail ini. Selesaikan hal-hal pejabat. Jealous budak-budak pejabat aku. Hehe.

"Mestilah boleh Zira. Esok pukul 10. Tapi kaukan kerja esok. Nak ikut aku macam mana?"

"Ala esok aku MC jelah. Macam tak biasa pula kau ni." Zira senyum memperlihatkan barisan gigi-giginya yang putih tersusun. 

Ehh yang biasa tu kau. Aku ni boleh kira dengan jari je berapa kali aku MC sejak bekerja dekat Layar Emas Holding tu. Habis asyik berpeleseran je dengan tunang dia tu. Asal ada cerita best je kat panggung wayang, ambil MC. Tak nak tunggu sampai hujung minggu dah. Tak nak ketinggalan katanya. Mentang-mentang la tunang dia tu bekerja sendiri.

"Okey cun," jawab aku setuju.

"Haa.. cantik. Esok kalau dia tersedarlahkan, aku nak terima kasih dengan dia banyak-banyak. Baru hati aku ni lega sikit," kata Zira lagi sambung menyuap nasi ke mulut.

Seronok bukan kepalang muka Zira. Akhirnya bakal tertunai juga hasrat dia selama ni. Bukan aku tak pernah cakap dengan Datuk yang Zira ni berterima kasih, dah banyak kali sangat. Sampai aku pula naik segan nak cakap dengan Datuk. Bayangkan dah tiga tahun. Berapa ratus kali aku kena cakap. Selagi tak berjumpa, selagi itulah dia tak puas hati rasanya. 

Minta-minta esok Datuk dah okey. Jangan esok aku pergi, doktor kata nak buat pembedahan pula. Macam serius sangat je bunyinya. Insyaallah takda apa-apa kut. Mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment