MASUK je kerja hati pula berdebar-debar. Seperti yang aku jangkakan kata-kata nakal bakal mengusik. Ini antara usikan yang aku terima bila melangkah kaki masuk ke dalam pejabat.
"Wei Keisha famouslah kau lepas ni, sejak masuk dalam TV itu hari tak terima apa-apa tawaran belakon ke?"
"Keisya minta tandatangan."
"Sya nanti bila kau dah menang anugerah pelakon popular janganlah lupa kat aku tau."
Macam-macam hal betul budak-budak ini. Baru alaa masuk TV itu pun aku tengah gelak. Dah dicopnya aku artis. Bagai sangat diorang ni. Malam tadi kebetulan ada ulang tayang. Tak silap aku dua kali je kut muka aku diorang shoot. Tapi sempat juga aku rakam. Sebab Naufal pun gelak sakan masa tu. Kalau rasa rindu pada dia, tengok itu pun jadilah. Buat pelepas rindu.
Semalam hantar dia kat airport KLIA. Sedih siot aku masa tu. Yalah, kita baru nak rindu-rindu nak sayang-sayang dah kena berpisah. Nasib baik hidup zaman sekarang ada telefon, internet semua. Kalau zaman dulu. Mahu keras aku jadi batu.
Haa tu dia mai dah minah ni. Ni tak lain nak kepoh pasal aku masuk TV tulah.
"Wei hang sampai hati tak habaq kat chek noo." Umi membuka kata.
"Habaq apa Umi oiii. Umi nak chek ceghita apa. Habaq mai kat chek tengok." Aku pulun tiru cakap loghat kedah dia.
"Kugha-kugha dalam perahu, pugha-pugha buat tak tau pulak artis kita niii." Tang 'ni' tu yang tak tahan tu. Panjang betul dengung dia.
"La sungguh aihh, kugha-kugha dalam perahu, chek memamg tidak taghu," kataku dengan loghat kedah yang semakin terer di lidah sejak mengenali Umi.
"Kahkah." Umi dah gelak dengar aku cakap tadi. Kenapa, salah kat mana Umi. Saya budak baru belajar, kalau salah tolonglah beritahu.
"Ni aku nak habaq kat hang, mana ada orang utagha sebut tahu tu taghu. Hang pulak dah lebih utagha dari aku ni, Hahaha," terang Umi dan sambung gelak lagi.
"Habis tu?"
"Kalau sebut tidak tahu, kita cakap tak tau ja. Bukan tak taghu. Understand?" Umi buat muka cikgu-cikgi.
"Sayaa faaaham cikguuuu," balas aku macam budak sekolah bagi salam kat cikgu diorang yang baru masuk ke dalam kelas. Tapi okeylah tu, dari dulu apa pun aku tak tahu. Boleh juga aku cakap loghat kedah sikit-sikit.
"Bagi la tau kat aku siapa lelaki yang duduk kat sebelah hang tu? Aku tengok bukan main lagi hangpa sembang berdua. Boypren hang ka?"
"Bilanya aku duduk, tang mana satu?"
"Ha tengok... Ha tengok... Tang mana satu tu pun dah banyak. Kompem boypren. Macam nilah dengan kawan-kawan tak nak cheghita."
Umi dah buat muka tepung talam, merajuk.
"Alah Umi.. Kami baru je kawan... Baru nak kenal hati budi." Aku berdolak dalik, sedangkan hatiku sebenarnya telah dicuri. Jawapan aku sebiji macam jawapan yang selalu kita dengar dari artis-artis yang bercinta, kan. Aku rasa aku dah faham. Susah juga nak jadi artis ni. Haha
Kalau aku cerita pun mesti orang tak percaya. Baru kenal berapa hari dah cintan cintun. Muka handsome lepastu orang tu suka kat kita pula. Siap kata I Love You lagi. Takkan tak jatuh cinta, kan. Kalaulah aku berkahwin dengan dia, mesti anak kami comel-comel, kan. Bestnya. Bila pula dia nak melamar aku ni.. Tak sabarnya...
"Ish cik adik kita sorang ni, mengelamun pula dia. Orang mabuk bercintalah katakan."
"Kahkah," gelak tawa beramai-ramai. Acara berpasukan.
Tak sedar pula aku yang Umi, Azman dan Aida memerhatikan aku dari tadi yang sedang melayan perasaan. Bahaya betullah. Inilah benda yang dirisaukan dah terjadi. Berapa hari gamaknya diorang nak mengusik aku ni.
"Bila masa korang berdua ada kat sini? soal aku pada Azman dan Aida.
"Ada dekat empat tahun setengah Aida kan?" Azman mengusik sambil diangguk setuju oleh Aida.
"Hahaha." Barai lagi diorang gelakkan Kiesha pabila menlihat wajah gadis manis itu terkerut-kerut.
Fal... Tengok diorang ni ketawakan saya. Kalaulah dia ada kat sini... Wah sejak bila aku jadi budak manja ni. Macam tak biasa pula kau ni Sya dengan usikan kawan-kawan kau ni. Chill la.
"Kiesya..." Husni tiba-tiba muncul memanggil namaku.
"Ya Hus, nak Sya buat apa?" Sebagai PA kepada Husni aku memang sentiasa bersedia untuk membantu dia.
"Bos nak jumpa lu."
Alahh, dengar je kata bos nak jumpa, rasa nak balik rumah pun ada. Apa yang A.D tu nak lagi. Ishh apalah kau ni Sya, dia kan bos kau. Mungkin dia nak kau buatkan kopi kut macam ayah. Yalah kut. Tugas aku yang sebenar pun belum tahu lagi. Takkan nak layan dia macam aku layan ayah dia pula. Memang seget la aku nanti.
"Sya... Jangan menjerit lagi macam itu hari tau, kalau dia nak apa-apakan kau, bagitau aku." Syam mendabik dada siap tunjuk penumbuk, konon untuk membela aku. Yalah tu Syam, kalau si A.D tu keluar... Rasanya bawah meja juga kau lari. Nak bela akulah sangat. Tolong gelakkan aku adalah kau tu.
Kiesya melangkah perlahan ke bilik A.D. Seram sejuk dia rasa.
"Tuk. Tuk. Tuk."
"Masuk..."
Kiesya masuk berdiri di satu sudut dan diam membatukan diri. Menunggu arahan darinya. Mr.A.D yang sedang duduk di atas kerusi bosnya sedang memegang sebatang pen sambil melakarkan sesuatu di atas helaian-helaian kertas. Mungkin menurunkan tandatangannya. Kebiasaan seperti yang ayahnya, Datuk Mokhzani lakukan. Tanpa menoleh ke arah Kiesya. Dia berkata.
"Awak budak kopi kat sini kan?" Mr.A.D meletakkan pen di atas meja dan memandang pada aku. Memang pun. Aku mengangguk setuju. Tak class langsung kerja aku.
"Buatkan saya kopi." Mengambil semula pen yang diletakkan tadi dan meneruskan kerja menandatangani kertas di hadapannya.
"Buatkan dua," kata Mr.A.D lagi tanpa memandang pada Kiesya.
Betul ke tak mangkuk ni. Sampai dua sekali kau nak mencekik. Ke kau nak buat mandi kopi. Kiesya yang tadi sudah ingin melangkah keluar, terhenti sejenak inginkan kepastian jika betul apa yang dia dengar tadi, dua cawan kopi. Baru hendak dia membuka mulutnya bertanya.
"Ya dua cawan kopi." Mr. A.D berkata tanpa langsung memandang pada dirinya. Ajaib juga mamat ni. Dia macam boleh baca fikiran aku tu. Lelaki-lelaki handsome memang pandai baca fikiran orang ke?
Kiesya melangkah keluar menyiapkan apa yang dipinta oleh bos barunya itu. Selang sepuluh minit kemudian, dia masuk kembali membawa dulang bersama dua cawan air kopi.
"Buat kopi pun sampai sepuluh minit ke cik Kiesya Humaira?"
Aduh. Dia kira ke berapa lama aku buat kopi tadi. Telitilah sangat. Umilah tadi sibuk kacau aku. Kiesya hanya diam membisu, menundukkan sedikit kepalanya. Belum bersedia untuk dia berkata-kata.
"Silakan duduk cik Kiesya Humaira." Mr.A.D menunjuk kerusi di hadapannya dengan tangan.
Sebelum Kiesya duduk di atas kerusi itu, terlebih dahulu dia meletakkan secawan kopi di sebelah kanan Mr.A.D dan kemudian mangambil satu lagi cawan kopi untuk di letakkan di sebelah kirinya. Tetapi di saat pengalas cawan kopi itu ingin menyentuh permukaan meja...
"Yang lagi satu tu awak punya," kata Mr.A.D memandang Kiesya dengan sedikit senyuman di hujung bibir.
Lah aku punya rupanya. Patutlah dua. Lain kali cakaplah awal-awal. Tahu tadi aku buat teh o untuk aku sebab aku tak minum kopi. Dapat minum kat tempat bos macam glamour juga. Ni dah kopi siapa yang nak minum...
Kiesya melabuhkan diri di atas kerusi.
"Jemput minum."
"Saya tak minum kopi."
"Owh, orang yang buat kopi sesedap ini, tak minum kopi rupanya. Interesthing."Mr.A.D memuji sambil menghirup air kopi panas itu. Masih tetap memandang Kiesya. Cuma kali ini pandangan matanya lebih lembut. Tak segarang seperti dahulu.
Baik semacam je mangkuk ni. Sopan-santunlah pula. Apa yang sedap pun aku tak tahu. Padahal aku minta Umi yang buatkan tadi dengan harapan kopi ni jadi tak sedap. Sebab ayah kata kopi yang Umi buat langsung tak sedap. Kalau tak sedap tak payah dia suruh aku buat kopi lagi nanti. Malas pula nak hadap muka kau selalu. Tapi... Dasar lelaki. Baru aku faham bukan orang yang membuat kopi yang akan menyedapkan kopi tu, tapi tukang pembawa kopi yang akan membuatkan kopi itu sedap, walaupun sebenarnya tidak. Setuju angguk...
"So... Apa keputusan you?"
Nak tanya pasal perjanjian tu rupanya. Konon macam tengah berbincanglah ni kat kedai kopi. Patut siap air bagai. Kenapa tak order roti canai ke sekali. Nasi lemak ke apa. Aku pun lapar ni.
"Keputusan apa?" Saja aku buat tak faham.
"Macam nilah."
Mr.A.D bangun berdiri. Melangkah beberapa tapak ke hadapan di sebelah kanannya, menuju ke arah tingkap. Nak pergi mana pula dah dia ni. Takkan nak terjun dari tingkap kut sebab syahdu sangat rasa air kopi yang Umi buat tu.
Mr.A.D membuka salah satu dari tingkap itu.
Kiesya secara tidak sedar telah mengangkat sedikit tubuhnya dari atas kerusi itu. Seriau pula tengok dia ni betul-betul ke nak terjun. Takkan sebab aku tak nak kahwin dengan dia, nak bunuh diri pula. Relaks arr bro.
Di saat Kiesya mengangkat tubuhnya itu, Mr.A.D memalingkan semula mukanya ke arah dia. Cepat-cepat dia duduk semula. Pandang depan. Dah kenapa aku ni nak risau sangat. Takkanlah bodoh mamat ni nak bunuh diri pula.
"Saya sebenarnya pun tak ingin memaksa awak. Sebab keputusan itu bukanlah keputusan saya dan saya yakin yang Datuk Mokhzani sudah memberi penjelasan secukupnya kepada awak." Mr.A.D bersuara. Berjalan ke arah Kiesya.
Kali ini dia betul-betul berada di belakang aku. Seram sejuk pula aku rasa macam dalam kandang pesalah dekat makhamah. Dah macam aku pula yang bersalah dalam hal ni. Tak acilah macam ni!
"Tetapi sebagai pewaris tunggalnya, saya ada hak untuk menuntut hak-hak saya sebagai seorang anak. Pada mulanya saya tidak bersetuju dengan permintaannya untuk menikahi awak sebagai pelengkap perjanjian ini..."
"... Saya datang ke sini tempoh hari jika awak masih ingat. Ketika hari kejadian Datuk Mokhzani diserang sakit jantung," kata Mr.A.D lagi cuba mengigatkan Kiesya akan kejadian yang telah berlaku.
"Ya... Hari awak tumpahkan kopi kat baju saya. Hari awak kecohkan pejabat ni dan hari awak cuba membunuh saya!" Kiesya yang tadi berdiam diri telah mendapat kekuatan untuk bersuara, melepaskan apa yang terpendam.
"Ya, sebab masa itu saya tidak tahu yang Kiesha Humaira itu adalah awak." Mr.A.D memberi penjelasan.
"Oh sebab awak tak tahu suka-suka awaklah nak langgar saya! Kalau orang lain awak tak kisahlah langgar pun. Macam gitu!? Kiesya semakin berani.
"Saya sangat marah pada hari tu dan saya datang meminta penjelasan kenapa perlu saya menikahi awak. Lagi satu... Setahu saya, saya tak melanggar awak pun. Kalau awak tak menggelak pun, takkan kena kereta saya dengan awak. Mungkin awak ni jenis yang kelam kabut. Jadi awak cuba menggelak, sedangkan awak tak perlu pun. Takkanlah saya sampai hati nak langgar perempuan secantik awak ni."
Cis mamat ni bukan reti nak minta maaf ke apa. Apa salahnya minta maaf je kat aku. Memang dasar ego sombong punya jantan. Pandailah kau tak kena. Kalau kena hari tu macam mana! Cerita kau punya perasaan marah, aku punya perasaan marah ni tak nak kira. Kiesya tak berhenti memaki hamun bosnya di dalam hati. Tapi terima kasih jugalah. Sebab kaulah aku berkenalan dengan Naufal.
Mr.A.D berjalan semula ke arah kerusi bosnya dan duduk semula di situ. Dia memandang tepat ke wajah Kiesya dengan raut muka yang mengharap. Matanya yang redup membuatkan Kiesya memandang ke arah lain. Tidak berani menatap. Betul la anak Datuk. Mata dia sebiji macam ayah dia. Mata kuyu. Ada la iras-iras. Yang lain ikut mak dia kut.
"Cuba awak fikirkan apa yang akan terjadi jika surat itu tidak ditandatangani dalam tempoh tujuh hari dari sekarang." Mr.A.D cuba bermain akal.
"Apa yang nak jadi? Awak tak dapat harta Datuk. Saya takda apa-apa pun yang rugi. Saya teruskan kehidupan saya macam biasa jelah," jawab aku dengan yakin. Siapa entah nak kahwin dengan kau. Muka tak malu. Peduli apa aku dengan semua harta kau ni. Pandai-pandai kaulah cari harta sendiri lepas ni.
Mr.A.D membuka satu laci di sebelah kirinya dan mengeluarkan satu fail nipis bewarna hitam. Dia meneliti sesuatu di atas kertas yang berada di dalam fail tersebut dan membacanya.
"Jika mana-mana perkara di atas tidak dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari surat perjanjian ini dikeluarkan. Segala harta milik Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman akan diagih-agihkan kepada badan-badan amal kebajikan seperti yang telah ditetapkan oleh Datuk Mokhzani Bin Abdul Rahman di lampiran terakhir.
Selepas habis membaca salah satu perenggan yang terdapat di dalam perjanjian itu dia memalingkan muka kembali ke wajah Kiesya. Kali ini lebih serius raut mukanya. Memandang tajam.
"Saya percaya awak dah membaca keseluruhan isi perjanjian surat ini dan adakah awak faham dengan perenggan yang saya baca tadi?"
"Kenapa pula saya tak faham. Awak tak dapat satu sen pun dari harta Datuk. Itu jelah."
"Hahaha." Mr.A.D secara tiba-tiba ketawa.
Macam nilah orang kalau nak hilang harta boleh jadi gila. Tiba-tiba pula dia nak ketawa. Bukannya aku buat lawak pun. Takda masa la aku nak bergurau senda dengan kau. Sendu.
"Maksud segala harta di sini meliputilah bangunan ini, rumah yang Datuk sedang tinggal menghabiskan sisa hidup dia dan termasuk jugalah rumah yang awak duduki sekarang." Mr.A.D merenung Kiesya dengan pandangan yang cukup tajam. Kiesya belum berjaya menangkap maksud yang cuba ingin disampaikan.
"So?" soal Kiesya. Apa benda yang dia nak cakap ni. Pelik pula. Mr.A.D tersenyum simpul, sedar yang Kiesya tidak berjaya meneka apa yang dia cuba ingin sampaikan. Dia sedikit mengeluh.
"Itu bermaksud... Awak dan kawan-kawan awak dan keseluruhan pekerja di bangunan ini akan hilang pekerjaan! Kedua, Datuk kesayangan awak tu juga akan kehilangan rumah yang dia duduki sekarang dan mungkin selepas ini dia akan tinggal di rumah orang-orang tua! Ketiga, awak dan kawan awak juga terpaksa berpindah keluar kerana semua ini telah menjadi hak milik badan-badan kebajikan. Awak faham atau tidak!" Mr.A.D menghempas fail hitam yang dipegang tadi ke atas meja. Marah sekali dia. Berdengus suaranya.
Terkejut Kiesya tadi masa Mr.A.D menghempas fail itu. Hempasan itu membuka kembali kotak fikirannya. Betul juga apa yang dia kata. Kenapa aku tak terfikirkan benda-benda tu. Kami semua akan hilang pekerjaan! Aku sebagai seorang perempuan yang belum berkahwin mungkin tidak terkesan jika hilang pekerjaan. Tapi bagaimana dengan yang lain. Mencari nafkah di sini untuk anak dan isteri. Apakah perasaan diorang jika hilang pekerjaan ditambah pula dengan situasi sekarang yang agak susah untuk mendapatkan kerja.
Bagaimana pula dengan ayah yang tiada lagi tempat tinggal. Sanggupkah dia tinggal di rumah orang-orang tua. Aku dan Zira tidak mengapa. Tapi aku paling terkesan jika ini terjadi, kesemua pekerja-pekerja di bangunan ini akan turut mendapat susah. Ya Allah. Besarnya ujian Mu ini. Aku mananggung beban yang cukup besar rupanya.
Kiesya memandang wajah Mr.A.D dengan pandangan sayu. Serba salah mula menguasai dirinya.
"Jadi apa yang perlu saya buat awak?" tanyaku pada dia walaupun aku tahu apa yang perlu aku buat. Aku cuma berharap ada jalan penyelesaian yang lain.
"Tidak ada apa yang boleh awak buat untuk selamatkan semua ini kecuali awak bersetuju untuk menjadi isteri saya."
Aku yang mendengar pengakuan bernoktah itu tidak mampu lagi menahan diri. Air mataku tumpah lagi. Kali ini lebih pedih dan seksa.
LANGKAH kaki Kiesya yang lemah dan longlai, melangkah pergi meninggalkan pejabat Mr. A.D. Hatinya keluh-kesah. Kepalanya mula berserabut. Dia memerhatikan satu persatu wajah-wajah rakan sekerjanya. Kata-kata Mr.A.D tadi betul-betul membelenggu dirinya sekarang.
Tidakkah mereka tahu yang masa depan mereka berada di atas bahuku. Tidakkah mereka tahu, untuk menyelamatkan masa depan mereka di sini, aku Kiesha Humaira terpaksa bekorban untuk mereka. Bukan sahaja rakan-rakan di pejabat, malah keseluruhan pekerja di bangunan ini. Pekerja-pekerja di kilang juga. Aduh, beratnya bebanan yang aku pikul ini. Berat sangat pengorbanan yang terpaksa aku tempuh ini. Sanggup ke aku?
Korbanku bukan sedikit. Seluruh jiwa dan ragaku harus diserah pada seorang lelaki yang tidak kucintai bermakna juga aku harus meninggalkan buah hatiku yang sedang mekar di dalam hati ini, Naufal. Seksanya dugaan ini. Apakah reaksi Naufal jika aku mengahwini lelaki lain sedangkan dia merayu dan meminta padaku untuk menunggu kepulangannya.
Kenapalah ayah begitu kejam terhadap aku. Ya aku tidak boleh menyalahkannya kerana sudah diterang kepada ku kenapa dan mengapa. Malah dia tidak memaksa aku dan dia juga turut sedar bahawasanya yang dia akan hidup merempat jika aku enggan menurut. Mungkin dia tidak lagi kisah akan semua itu. Tiada lagi yang dia harap di dunia ini, mungkin. Tapi aku... Sanggupkah aku melihatnya terseksa meneruskan saki baki nyawa yang tinggal.
Aku tidak sanggup melihat dia terseksa lagi. Aku tidak sanggup melihat mereka ini hilang mata pencarian tetapi aku juga tidak sanggup menyerahkan jiwa dan raga ini kepada lelaki itu. Aku perlu membuat pilihan. Berikanlah aku jalan yang terbaik. Tolonglah aku ya Allah.
"Tutt. Tutt. Tutt."
Hi sayang
Sorry busy sket
Fal kena buat banyak kerja luar hari ni
Mungkin tak sempat nak call you
Miss you like crazy
Pesanan-pesanan WhatsApp dari buah hatiku Naufal yang menerjah masuk. Tak sempat lagi nak berbual dengan dia sejak dia tiba di England. Sampai pun pukul 2 pagi waktu Malaysia.
Sya pun rindukan Fal
Jangan lupa makan ya sayang
Sya rindu sangat. Sya teringin sangat nak jumpa Fal. Nak mengadu pada Fal. Sya tak kuat nak hadapi semua ini. Sya perlukan Fal di sisi. Baliklah sayang please... Tapi aku hanya mampu pendamkan sahaja di dalam hati. Aku tidak mahu dirinya dibebani dengan masalahku. Cukuplah beban kerja yang dia hadapi.
Terpaksalah aku lalui semua benda ini seorang diri. Apa yang perlu aku buat sekarang ni. Tinggal lagi tujuh hari dari sekarang, sebelum kesemua harta benda milik ayah berpindah tangan. Maknanya tinggal tujuh hari jelah lagi aku dan yang lain bekerja di sini. Nak pergi kerja mana pula lepas ni? Nak duduk mana pula lepas ni aku? Perlu ke aku kongsi masalah aku ni dengan Zira?
Kalau aku berkongsi dengan dia sekalipun. Apa yang dia boleh buat? Tiada siapa yang mampu tolong aku sekarang ni kerana surat perjanjian itu telah dikeluarkan. Telah disahkan.
Kiesya bersoal jawab dengan dirinya sendiri mencari jalan penyelesaian terbaik. Benarlah seperti apa yang dia fikirkan. Tiada siapa yang mampu menolong dirinya. Semua, terpulang pada dirinya. Dia yang akan menentukan hala tuju hidup dirinya dan rakan-rakannya yang lain.
"Hei Sya... Awat dengan hang ni. Runsing semacam ja aku tengok, dah kenapa? Sakit ka?" soal Umi yang datang entah dari mana. Kiesya tidak segera menjawab. Mengangkat lambat wajahnya memandang pada rakannya itu. Tidak sedar, dia mengeluh panjang.
"Awat ni? Hang okey tak ni? Risaunya aku... Kalau tak sihat, hang pi balik la. Ambik cuti." Sekali lagi Umi bertanya. Raut wajah kerisauan jelas terpampang di wajahnya. Jarang sekali dia melihat Kiesya sebegini rupa semenjak mereka sama-sama mencari rezeki di Layar Emas Holding.
Umi, kalaulah aku boleh, nak je aku kongsi dengan kau. Kalaulah boleh, nak je aku kongsi dengan semua orang. Tapi apa akibatnya pada aku? Apa natijahnya yang bakal berlaku pada syarikat kita jika semua orang tahu yang aku dan A.D berkahwin atas perjanjian. Mana aku nak letak muka aku? Aku tak nak orang menjaja cerita aku ni sampai ke tua. Aku tak nak semua orang hina aku. Dan yang lebih penting, aku tak nak Naufal tinggalkan aku.
"Haah Umi... Aku rasa tak sihatlah hari ni. Aku ingat nak baliklah," kataku memandang lemah pada Umi.
"Haa, pi lah balik. Takpalah rehat la. Nanti kalau ada kerja hang yang kena buat. Biaq aku yang buat. Dah habaq kat bos belum? Kalau belum, takpa biaq aku cakap dengan dia, hang tunggu sat." Umi dah berjalan ke arah bilik A.D. Apa bercakap punya laju minah ni. Tak sempat aku nak balas. Aduyai...
Kiesya terpaksa jugalah menunggu Umi yang telah masuk ke bilik Mr.A.D mengadu meminta cuti buat untuk dirinya.
Sebenarnya aku pun boleh minta sendiri. Tapi dah Umi ni... Hai manalah aku tak sayang diorang ni. Semuanya baik-baik dengan aku. Tak sanggup aku berpisah dengan diorang. Aku tak sanggup!
Kiesya mengemas barang-barangnya. Dia percaya yang Mr.A.D akan meluluskan cutinya untuk hari ini. Dia tahu yang bosnya itu cukup faham kekusutan yang melanda di hatinya. Seperti yang dijangka, Umi keluar dengan senyuman. Cuti aku diluluskan. Dah agak pun.





No comments:
Post a Comment