Thursday, January 7, 2016

BAB 17 Suamiku Badak Suamiku Buaya

SINAR cahaya menerombos masuk melalui ruang-ruang kecil di jendelanya. Burung-burung mula terbang pulang ke sarang mereka. Seekor ulat kecil berusaha gigih merayap di tepian luar jendelanya. Burung yang pulang hingap sebentar, memagut rezeki yang terhidang di depan mata. Ketukan paruh yang tidak sengaja menyedarkan dia yang terlena.

"Ermmmm..." Kiesya mengeliat panjang.

"Dah pukul berapa ni?" tanya diri sendiri.

Dia tidur agak lewat semalam. Selepas mengemas dapur, baru sedar akan Naufal. Melihat pada telefonnya, ada berbelas panggilan yang tidak dijawab. Alahai boleh pula terlupa. Sorry Fal, Sya tak sedar semalam sebab sibuk dengan urusan masak-memasak untuk ermm... Kalaulah dia tahu yang aku sibuk kerana Aqil Danish. Pukul 12 lebih baru dia mengubungi Naufal, sembang rancak seperti biasa, melepaskan rasa rindu di hati sehingga hampir ke pukul 2 pagi. Mana tak mengantuk.

"Haa pukul 9.50!?"

Pecah rekod terbuka Hong Kong ni. Tak pernah lagi aku bangun macam ni punya lewat. Tadi lepas subuh aku terus terbaring tidur keletihan. Nasib baik hari ni hari sabtu. Kalau tak, tak pasal-pasal je kena merangkak ke klinik minta MC. Hehe.

Lepas siap mandi aku turun ke bawah, ke dapur. Sebab dah lewat, kan. Nak siang ikan, nak buat bahan tumis untuk sambal ikan bakar seperti yang dijanjikan semalam. Ingatkan ada A.D kat bawah. Tak ada. Dalam bilik hujung tu kut. Kadang-kadang aku perasan juga hujung-hujung minggu macam ni dia akan workout kat bilik mini gym dia tu. Tapi tak pernahlah lagi aku masuk ke situ. Takut terjumpa makhluk tak berbaju.

Bilik yang dimaksudkan oleh Kiesya ialah sebuah bilik yang menempatkan peralatan-peralatan kesihatan atau untuk membina badan. Bilik yang akan digunakan oleh A.D bagi mendapatkan otot-otot yang dimahukan. Walaupun begitu, Kiesya sama sekali tidak berani untuk memasuki bilik itu. Dia telah ditegah oleh A.D. 

"Wuhuuuu..." Terdengar sayup-sayup suara A.D di luar rumah.

Suara tu kalau tak silap dari arah belakang. Buat apa pula kat belakang dia tu. Ingatkan dia workout. Aku pun pergilah ke arah kolam sebab suara dia macam tengah best je dengarnya.

"Wauuu...." Melopong mulut Kiesya apabila terlihat akan sesuatau yang tidak disangka.

Sampai je aku kat kolam belakang rumah memang terkejut habis aku. Kolam yang kami nak cuci dulu dan tertangguh akibat gerangan gangguan hantu air telah bersih sebersih-bersihnya! A.D sedang berenang kuak dada dari hujung ke hujung tanpa menyedari aku dah terpacak di situ. Patutlah best benor suaranya. 

Tapi mestilah best, kan. Boleh aku berenang-renang pula nanti. Sekarang? Ish mana boleh. Takkan aku nak mandi dengan badak ni. Minta maaf jelah.

Tapi itulah, yang peliknya bila masa pula kolam ni jadi sebersih ni, kan. Semalam kotor lagi seingat aku. Tiba-tiba je bersih. Hairan ni.

"Ehh Sya... Kenapa tak bagitau." A.D yang tersedar akan kehadiran Kiesya merapati ke arah tebing kolam.

Nak kena bagitahu ke? Nak bagitahu apa? Hi A.D, Sya di sini yoo, tak nak ajak Sya mandi berenang bersama-sama. Worghhh... Minta maaflah. Ingat aku gedik macam minah Tasya tu ke.

A.D yang masih merendamkan diri di dalam air. Hanya tangan dan separuh badannya berada di atas air merenung Kiesya yang berdiri di atas. Malulah pula orang tengok kita dari bawah macam ni. Baju aku ni dah la tak berapa nak labuh. 

Cepat-cepat Kiesya meletakkan kedua belah tangannya di hadapan. Cuba menutupi ruang-ruang yang mungkin boleh dilihat oleh suaminya itu dari bawah. A.D tersenyum-senyum.

"Pari-pari mana yang tolong cuci kolam ni?" Aku bertanya meminta kepastian dari A.D.

"Haha, sayalah cuci Sya. Pari-pari mana pula pagi-pagi ni. Kalau pari-pari tu wujud, jangankan kolam, dengan awak-awak sekali saya suruh cuci." Gelak A.D lagi. Kiesya pelik.

Ehh lain macam pula dia punya ayat ni. Dah kenapa nak suruh pari-pari bersihkan aku pula. Aku busuk ke? Tadi aku dah mandilah. Kiesya mengerakkan hidung untuk menghidu bau sendiri. Wangi je. Pakai bedak kut tadi lepas mandi.

"Apasal pula saya kena bersih sekali?" Aku dah tak tenteram.

"Lah... Itu dekat telinga awak tu, kenapa hitam? Main arang ke apa?" kata A.D menunding jari ke arah telinga Kiesya.

Kiesya berusaha mengibas-gibas telinga, untuk bersihkan arang yang bak kata A.D terlekat di telinganya. Bila pula aku main arang. Ish takda pun hitam kat tangan. A.D masih menunjukkan sesuatu di telinganya. Dia mengibas-gibas lagi tetapi masih tidak nampak apa-apa warna hitam di tangan.

"Mana ada..."

"Marilah saya tunjukkan." AD melambai-lambai tangan meminta Kiesya menunduk sedikit ke bawah.

Aku yang risau akan benda hitam yang A.D katakan tadi menundukkan badan ke bawah. Dekat dengan A.D. Malulah aku kotor-kotor macam ni. Di saat kepala sudah hampir dengan A.D, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan pula menimpa kepala. Beratus-ratus titisan air menghempas muka dan sebahagian badan aku. A.D menyimbah dengan air kolam!

"A.D !!!" Geramnya aku. Baru je tadi mandi.

"Haha..." A.D ketawa gembira kerana berjaya mengenakan Kiesya segera berenang menjauhi dirinya. Dia geram tak terkata. Habis basah bajunya. Bodoh je aku yang percaya buat apa.

"Dah bersih dah telinga awak, barulah cantik," laung A.D dari tengah kolam sambil tersenyum-senyum.

Kalau ikutkan hati aku, kalaulah dia ni adik aku memang aku dah kejar dia dalam kolam ni. Nanti nampak sangat yang aku ni meroyan. Takpa, relaks je. Bagi dia chance. Lagipun bagus juga si A.D ni simbah air je kat aku. Mungkin sebab syarat aku yang baru tu tak bagi dia sentuh aku sesuka hati. Kalau tak ada syarat tu rasanya dia tak simbah dengan air, mesti dia tarik tangan aku masuk ke dalam kolam sekali, kan. Ikut perintah juga dia ni. Good Boy.

Kiesya yang mengigatkan itu kembali bertenang. Mungkin dia sekadar nak bergurau. Simbah air je pun. Chill la. Dia duduk di tebing kolam dan menghulurkan kakinya ke dalam air sambil memandang ke arah A.D. Memanglah teringin nak mandi, tapi mandi dengan A.D tak mahulah. Nanti tunggu dia dah tak ada kat rumah.

"Sya, came on. Penat saya cuci sorang-sorang tadi. Ingat awak suka," laung A.D yang masih terapung di tengah kolam.

Patutlah rajin bebenor A.D ni. Ada udang di sebalik berus gigi rupanya. Dia bersihkan untuk aku? Baiknya hati. Kenapa tak ajak aku bersihkan sekali tadi. Ermm... Mungkin sebab aku tidur kut, tak dengar dia panggil dari luar bilik. Mungkin. Tapi betul ke, tak percayalah. Cepat pula dia bersihkan sorang-sorang. Besar kolam ni. Takkan la sorang-sorang.

"A.D, sejak bila awak cuci kolam ni?" jeritku separa kuat, sebab rasa macam jauh je tapi tak jauh. Bunyi air kut sekali.

"Dari pagi tadi pukul lima pagi."

Haa pukul lima pagi? Tak tidur ke? Aku melambai-lambai tangan pada A.D meminta dia merapati lebih dekat. Letih nak kena jerit-jerit bila bercakap. A.D memghampiri dan menaikkan badanya lalu duduk di sebelah aku. Terperciklah air-air yang datang dari badannya. Kena lagi aku. Cuma kali ini tidak disengajakan. Takpa, tak perlu minta maaf.

"Kenapa awal sangat cuci pukul lima pagi?"

"Saya tak boleh nak tidur, sekejap-kejap terjaga, bosan saya turun sini, bersihkan semua ni," terang dia.

"Kenapa tak ajak saya?" tanyaku lagi.

"Pukul lima pagi takkan saya nak ajak awak, lagipun awak tidur lambat semalam, kan. Mesti letih, masakkan saya asam pedas semalam. Lagipun takda hal lah. Setakat besar ni anytime je." A.D membuat ala-ala muka belagak.

Kiesya memandang A.D dengan senyuman. Baik juga dia ni. Tak adalah jahat mana cuma buaya je. Kiesya yang masih memandang sedari tadi terperasan sesuatu di belakang A.D yang tidak berbaju. Dia dekatkan sedikit kepalanya untuk mengamati apakah benda itu. Ish ni lebam ni. Dah merah-merah biru dah.

"Ni kenapa lebam kat belakang awak A.D?"

"Ahh tadi masa cuci, tergelincir kat situ. Lumut banyak, lincin." A.D memuncungkan mulut menunjuk di mana dia terjatuh tadi.

"Tak sakit ke?" Aku bertanya soalan tak masuk akal. Kalau dah macam tu punya biru takkan tak sakit Sya.

"Sikit jelah." A.D membalas pendek.

Tiba-tiba... Tanpa dijangka, Kiesya secara spontan mengangkat tangan dan meletakkan tangannya ke tempat yang mempunyai kesan lebam itu. Dia ingin merasainya. Sejuk. Lebam ni dah dibiarkan lama. Kalau dibiar mungkin akan berlaku gejala darah beku. Tak boleh dibiarkan ni. Getus hatinya.

"Tunggu sini tau, saya pergi ambil air panas."

A.D yang mungkin tidak menyangka, hanya mengangguk. Kiesya berlari anak mendapatkan air panas dan sehelai kain bersih. Tak boleh dibiarkan. Manalah tahu lebam tu merebak. Demam ke nanti. Susah la, bos sakit. Lagipun dah terbiasa. Macam jaga ayah dulu juga. Sebelum terjadi, baik dicegah dulu.

"A.D mari sini, baring dekat sini." Kiesya meminta A.D baring di atas kerusi panjang yang terdapat di bawah pondok kecil berhampiran kolam. A.D hanya menurut seperti anak kecil. Kiesya merendam kain bersih ke dalam air panas dan melekapkan ia di atas kesan lebam tadi.

"Auww..." A.D mengaduh sakit.

"Ha tulah sapa suruh buat kerja gelap-gelap, lain kali tunggu matahari naik dulu kalau ya pun nak buat kerja. Kalau dah deman dah sakit, dah merebak kena potong badan ni macam mana." Makcik tua dah mula membebel, kau ingat ni kencing manis ke Sya nak kena potong-potong badan semua. Tak mati si A.D ni kalau kena potong badan dia? Biarlah. Suka hatilah nak bebel apa. Kalau dia sakit siapa yang susah. Tak aku juga nanti. Macam hari tu dia tak datang kerja. Berapa banyak kerja tertangguh. Selagi dia tak turunkan tandatangan dia, kerja pun tak boleh jalan. Faham!

A.D tidak menjawab hanya mengukir senyuman di hujung bibir. Kiesya demah lebamnya berulang kali sehingga nampak kemerah-merahan dan dia tidak menyedari yang ketika itu A.D sudah tertidur, mungkin terlalu letih. Kiesya demah lagi sehingga dia berpuas hati. Sehingga hilang warna biru.

"Dah okey dah ni... Lepas ni jangan buat kerja waktu gelap lagi, tahu?" Kiesya tersenyum berpuas hati melihat kesan pada lebam itu yang beransur kemerahan.

"Awak dengar ke tidak ni?" Senyap pula dia. Asyik sangat ke aku demah sampai mulut pun jadi bisu. Kiesya memandang pada wajah A.D. Lah... Tidur rupanya. 

"Ish macam mana tidur macam ni. Tidur syaitan namanya ni kalau terlungkup." Kiesya berbisik sendiri. Tak suka tengok orang tidur macam tu. Tidur syaitan kata Nabi Muhammad S.A.W.

Takkan aku nak kejut pula. Kesian dia dari semalam tak tidur. Tapi tak elok tidur macam ni. Fikir dan berfikir, dia membuat keputusan untuk membalikkan tubuh badan A.D. 

"Ya Allah... Beratnya badan kau ni, anak gajah bentung ke apa." Kiesya berusaha menolak dengan kudratnya yang tak berapa nak kuat.

Dia berusaha bertungkus lumus membalikkan badan A.D dengan kudrat wanitanya. Berjaya juga akhirnya. A.D masih terlena. Tidur mati. Dan di saat badan A.D sudah terbaring, ketika dia ingin mengambil bekas air di sebelah badan suaminya itu, tangannya telah dipegang. Dipegang oleh tangan A.D yang masih tertidur.

"Ma... Jangan tinggalkan A.D maa..." Terlucut kembali genggaman tangannya, perlahan-lahan jatuh ke bawah.

Kiesya yang pada mulanya agak terkejut, tiba-tiba merasa sayu yang amat. A.D mengigau teringat akan arwah mamanya. Kesianya awak. Sampai bawa ke dalam mimpi. Sampai mengigau teringat pada arwah ibu. Kiesya memandang sayu wajah tampan A.D seraya tidak dia sedar air mata bergenang di hujung kelopak matanya.

"Aku faham penderitaan kau A.D." Kiesya berbisik halus.

Ya, aku memahami perasaan kehilangan ibu, kehilangan ahli anggota keluarga tersayang bukanlah mudah untuk dihadapi. Tambahan pula jika kita hanya sebatang kara seperti aku. Tetapi kau lebih bertuah kerana masih mempunyai seorang ayah. Biarpun kau tidak menyukainya tapi kau tetap lebih bertuah dari aku. Cuma mujurlah sempat aku mendapat kasih dari ayah kau itu.

Sementara A.D masih tertidur, Kiesya menyiapkan makanan tengah hari seperti yang dijanjikan. Sambal bersama ikan talapia bakar, daging goreng kunyit dan sayur campur goreng. Waktu telah memasuki zohor, dia tinggalkan hidangan yang telah tersedia di atas meja makan, pergi menunaikan solat zohor terlebih dahulu.

Tepat pukul 2, dia turun ke bawah setelah selesai segala urusan dirinya dengan tuhan. A.D masih lagi tertidur. Perut dah mula berbunyi meminta ihsan sedikit makanan. Tapi tak sampai hati nak makan dulu pula. Nak kejut A.D pun tak sampai hati juga. Aku mengambil snek makanan ringan yang dibeli semalam, dibuat alas perut. Sementara menunggu A.D terjaga, dia menonton telivisyen.

Tiada rancangan yang menarik di TV untuk ditonton. Semakin lama dia memerhatikan skrin telivisyen, semakin berat kelopak matanya jatuh ke bawah. Matanya kuyu dan semakin kuyu. Dia terlena tanpa dia tahu.

"Sya... Jangan tinggalkan saya, kasihanilah saya. Hanya awaklah tempat saya mengadu kasih."

Kiesya yang ketika itu sedang berjalan berpimpinan tangan dengan Naufal, menoleh ke arah belakang, melihat ke arah empunya suara. Jauh di sana dia terlihat A.D melutut, menangis merayu kepadanya.

"Jangan tinggalkan saya Sya..." Rayu A.D lagi.

"Maafkan saya A.D, kasih dan sayang saya hanya untuk Naufal." Naufal menarik tangan Kiesya pergi.

"Kiesya jangan tingalkan saya, pleaseee..." Kiesya tetap berlalu pergi meninggalkan A.D keseorangan. Ingin sekali dia memimpin tangan A.D bersama. Apakan daya. Dia hanya seorang perempuan, bukan lelaki.

"Sya... Sya..."

"Sya bangunlah, saya lapar nak makan ni."

Kiesya yang terkejut terbangun dari tidur melihat A.D berdiri di sebelahnya. Astaqfirullahaladzim. Mimpi rupanya tadi.

"Dah bangun ke, jomlah saya pun lapar juga ni." Kiesya menyahut panggilan A.D dengan lemah.

Seperti yang ku jangka, A.D menyukai masakkan ku. Berselera betul dia makan. Boleh kata lincin ke semua makanan yang ada di atas meja. Hanya tinggal seekor sahaja lagi ikan bakar di dalam pinggan. Mereka saling berpandangan. Masing-masing berharap untuk menyantap ikan bakar yang satu itu. Namun A.D mencapai terlebih dahulu.

"Tak boleh... Saya punya!" Kiesya menepis tangan A.D. Suaminya itu membuat muka. Dia mencuba lagi untuk mendapatkan ikan itu. Perutnya masih terasa lapar. Kesan penangan ikan bakar Kiesya yang teramat sedap.

"Ish awak ni, ini saya punyalah. Awak dah makan tiga ekor dah. Saya baru seekor. Ini pun nak berebut dengan saya ke," marah Kiesya. Jenis tak ada belas ihsan ke apa dia ni. Agak-agaklah sikit. Tiga ekor tu dia dah melantak. Nak berebut juga dengan aku. 

"Alaa, bagi sayalah. Awak badan keding, makan seekor je dah cukup. Saya badan besar, mana cukup tiga ekor." Cubaan A.D buat kali ketiga untuk mendapatkan ikan itu. 

"Arghh! Tak boleh! Nak pergi masak sendiri..." Sekali lagi Kiesya tidak membenarkan. Tangannya ditepis buat sekian kalinya. Kali ini A.D mengalah. Mencebik mulutnya.

Siapa yang menang? Mestilah aku yang menang! Hohoho. Biasalah, perempuan mesti win punya. Kalau tak, nak kena tarik rambut dengan aku.

A.D dengan muka yang herot sebelah disebabkan kalah berebut ikan tadi, menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Kemudian dia bersuara.

"Sya... Saya ada benda nak minta tolong ni."

Kiesya hanya memandangnya dengan ekor mata kerana mulutnya masih lagi melahap saki baki ikan bakar yang dimenangi tadi.

"Apadia?"

A.D kembali duduk di kerusi yang berhampiran dengan Kiesya.

"Boleh tau, minta tolong sangat." A.D merayu sesuatu. Muka Serius.

"Yalah apadia?" Kiesya dah membeliakkan mata, dengan mulut yang masih penuh dengan ikan. Nak cakap pun payah dia ni. Sumbat mulut kau dengan tulang ikan ni juga nanti, baru nak cakap ke.

"Petang ni saya nak keluar, mungkin balik lewat malam sikit. Boleh?"

"Balik lewat pukul berapa? Pukul 10 mesti dah ada rumah." Aku mengigatkan dia akan perjanjian kami.

"Please Sya..." A.D merayu lagi, tapi kali ni dia semakin menghampiri. Apa dekat-dekat ni. Malas nak layan. Aku meneruskan melahap ikan tanpa mempedulikannya. Nak pergi manalah tu nak balik lewat.

"Please sayanggg.." Kali ini lebih rapat. Lebih manja.

Aku yang ketika itu agak terkejut betapa hampirnya dia dengan aku sehingga aku sendiri terlupa yang mana satu kepala ikan yang mana satu kepala A.D, ditambah pula dengan panggilan sayang yang mendayu-dayu telah membenarkan permintaannya.

"Warghhh... Yalah yalah... Shooh shoohh.." Kiesya menghambat A.D agar dia pergi jauh sikit dari dirinya. Kurang asam betullah dia ni. Guna taktik kotor macam ni memang kalah la aku.

A.D ketawa kegembiraan, berjaya mengenakan Kiesya sekali lagi. Wah kau seronok pula nampak gayanya. Jangan nak suka-suka sangat. Ingat boleh lepas macam tu je ke. Sorry la bebeh.

"Saya boleh izinkan tapi dengan satu syarat." A.D tersentak. Ketawa di mulutnya terhenti dengan sendiri.

"Apa syarat pula ni. Tadikan awak dah izinkan?!" A.D dah mula nak panas hati. Ingatkan dah dapat kelulusan tapi ada syarat pula dah.

"Bilanya saya cakap saya izinkan, saya cakap shoohh shoohh je."

A.D mengeluh.

"Awak boleh balik lambat saya izinkan, tapi esok tolong saya bersihkan halaman depan rumah tu, dah macam hutan belantara dah saya tengok." Syarat aku. Bukan susah pun, kan. Dah semak sangat aku tengok depan tu dengan lalang bagai. Macam rumah tak berpenghuni dah. Buat malu je orang lalu lalang tengok. Mesti ingat kami ni pemalas nak mampus.

"Lah itu je ke, ingat apa tadi. Jangan kata nak minta tolong saya bersihkan hutan belantara depan tu... Hutan belantara awak pun saya boleh tolong bersihkan," kata A.D tersengih-sengih bangun dari tempat duduknya. Bergurau ke apa tu? Macam kasar sangat je gurauan kau tu.

Kurang ajar betul! Apa benda yang budak setan ni merapu haa. Bikin panas betullah. Siapa yang hutan belantara? Kiesya ambil garpu yang kebetulan berada di hadapannya dan dengan pantas dia baling kepada A.D. Bagaimanapun A.D berjaya mengelak dan berjalan naik ke atas tangga sambil menyanyi kegembiraan.

Tak guna punya buaya!

1 comment:

  1. Hutan belantara? Kihkih... Jahatnya A.D. Tapi makin best pula. Tak sia2 baca dari mula...

    ReplyDelete