PERHUBUNGAN di antara Kiesha dan Naufal tetap berjalan dengan baik. Mereka melepaskan perasaan rindu seperti biasa melalui panggilan dan mesej. Tetapi perkara yang lebih melegakan hati Kiesya ialah, kekasih hatinya itu tidak tahu tentang apa yang sedang terjadi. Kalaulah dia tahu... Ermm, tak tahulah apa yang bakal terjadi pada perhubungan di antara mereka. Bertambah sakitlah otak dia rasanya.
Bagus juga mamat tu tak nak bercakap dengan aku. Boleh juga aku balik rumah lama. Jumpa Zira. Rasa lain sangat sejak duduk berpisah ni. Zira pun macam tu. Sedih je aku tengok muka dia.
Tapi sampai bila si A.D tak nak bercakap dengan aku ni. Buang masa akulah macam ni duduk kat rumah dia ni. Baik aku pindah balik rumah lama. Dah la bosan nak mampus. Macam aku pula yang duduk sorang-sorang kat sini. Rumah dah la besar, menakutkan pun ada. Dia nak aku minta maaf pada dia dulu ke apa.
"Sampai bilalah aku nak makan nasi bungkus ni. Hai..." Kiesya bercakap sendiri. Mengeluh melihat pada nasi yang dijamah. Sejak tinggal di sini hanya nasi bungkus menjadi santapan. Jika tak ke rumah Zira, dia akan membeli sebungkus nasi untuk di bawa pulang.
Aku bukan tak nak beli barang dapur. Tapi macam tak patut pula aku yang beli. Suami ada, dialah yang beli. Tapi dah dia pun tak nak bercakap. Nak suruh apanya. Sabar jelah. Tapi sampai bila? Minta maaf jelah. Tapi itulah, tak balik-balik lagi si badak tu. Dah dekat pukul 9.15 ni.
Habis makan, aku ke hadapan. Ruang tamu. Apa lagi nak aku buat. Tengok TV jelah. Kejap lagi baliklah dia tu.
Mula-mula dulu risau juga, manalah tau dia simpan dendam dengan aku sebab pijak dua-dua belah kaki gajah dia tu. Tapi setakat ni, alhamdulillah tiada benda pelik lagi yang berlaku. Aku tak nampak apa-apa kejanggalan pada A.D. Sebelum pukul 10 malam dia dah ada di rumah. Semuanya mengikut seperti apa yang aku harapkan.
Benar seperti apa yang Keisya jangkakan, A.D pulang 10 minit sebelum pukul 10 malam. Jelas kendengaran enjin kereta BMW suaminya itu di luar. Dia bertekad untuk memohon maaf di atas apa yang telah dia buat dahulu. Menanti penuh debar, suaminya itu memasuki pintu hadapan rumah.
"Haa A.D, baru balik ke?" tanya aku soalan bodoh pada dia yang baru melangkah masuk. Soalan sama yang aku tanya sebelum ni, tapi dia buat tak layan je. Aku pun malas nak tanya lagi. Tapi kali ni tak boleh dibiarkan. Seperti kebiasaan, A.D tidak menghiraukan sapaan dari Kiesya. Dia terus melangkah untuk naik ke atas.
"Alaa... Sampai bila nak marahkan saya? Tak coollah macam ni." Aku memberanikan diri menegur lagi.
Langkah kaki dia terhenti. Tak menoleh. Aku pun tunggu jelah, Mungkin dia dah nak bercakap kut. Tak pernah dia berhenti macam tu. Tapi senyap pula si A.D ni. Tak menoleh, tak bersuara.
Kemudian, A.D membuka langkah, sambung perjalanan yang terhenti tadi tanpa berkata apa-apa.
Lah... siot betullah dia ni. Apa punya perangai entah. Nak aku cakap minta maaf dulu ke apa.
"Yalah, saya minta maaf. Saya janji tak pijak kaki awak lagi." Laung aku dari bawah pada dia yang sedang menjejaki anak tangga. A.D memberhentikan langkahan kakinya. Kali ini dia menoleh. Turun semula ke bawah. Menuju ke arah Kiesya. Eleh, nak tunggu kita minta maaf rupanya.
"Awak cakap apa tadi?" tanya A.D separuh menekup sebelah telinganya minta Kiesya mengulangi apa yang dia katakan tadi.
"Saya minta maaf. Saya janji tak pijak kaki awak lagi." Mengada betul nak aku ulang dua kali.
"Haa... Pandai rupanya minta maaf. Ingat ke bengap," balas A.D, memandang sinis pada aku. Bengap dia kata aku? Bergegar pula kaki aku ni. Rasa nak memijak aje. Sabar... Sabar Sya. Nasib hati aku ni baik.
"Kenapa buat muka tak puas hati ni?" soal A.D melihat pada muka aku yang merenung tajam. Memanglah tak puas hati, gila. Suka-suka panggil orang bengap. Dah minta maaf pun mengata lagi. Kiesya mengalihkan matanya memandang pada tempat lain. Renungan mata A.D terlalu tajam untuk ditenung lama. Dia mengalah.
"Bagus! Tapi satu lagi... Janji dengan saya." A.D senyum simpul mengenangkan kemenangannya. Tetapi ada satu lagi yang ingin dia katakan. Sesuatu yang Kiesya sendiri tidak tahu.
"Janji apa pula?" tanya aku.
"Lepasni saya tak nak dengar awak bahasakan diri aku, atau awak panggil saya, kau. Faham tu?" kata A.D. Kiesya kehairanan. Memandang semula pada wajah tampan A.D. Bilanya aku cakap macam tu.
"Mana ada saya panggil awak kau atau bahasakan diri saya aku?"
"Ada."
"Mana ada."
"Ada saya kata."
"Takdalah."
Mereka masing-masing tidak mahu mengalah terutamanya Kiesya. Selama ni aku bahasakan diri saya awak kut. Dia ni apahal entah kecoh sangat pasal benda ni. Takkan itu pun nak ambil hati.
"Dah... Saya tak nak dengar lagi. Lepas ni jangan gunakan bahasa tu. Faham?" kata A.D tegas. Mana ada aku cakap macam tu. Kiesya tetap tidak mahu mengalah. Dia yakin yang dia tidak pernah bercakap sedemikian.
"Saya tanya, faham ke tidak?!" kali ini A.D meninggikan suara. Terkejut Kiesya yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.
"Ya,ya, ya... Faham." Mengalah jelah. Perkara kecil pun nak kecoh badak ni. Benda ni yang dia nak merajuk dengan aku sepuluh hari. Jenis tak cukup kasih sayang ke apa.
"Bagus... Macam nilah isteri yang baik. Good girl..." A.D menepuk-nepuk kepala aku. Lebihlah ni. Lebihlah ni. Sampai main kepala ni. Ingat aku anak anjing ke apa. Ini kepala bayar zakat woi. Kiesya menepis dengan tangannya.
"Aiii... Marah? Nak kena jual ke apa?" ajuk A.D salah satu dari adegan cerita P.Ramlee. Masalahnya cerita tu memang lawak. Tapi apa yang kau buat kat aku ni tak lawak langsung.
"Dah, simpan marah tu. Banyak lagi benda yang awak nak marah dengan saya lepas ni. Duduk dengan saya belajar hidup bersabar."
"Apa benda yang awak merepek ni?" Apahal entah dia ni. Nak ajar aku bersabar? Haha lawak. Dia tu pembengis tak ingat pula. Dulu tu masuk pejabat rempuh aku, marah aku pula, nak langgar akulah. Dekat hospital pun sama. Sendiri tak penyabar, ada hati nak ajar orang hidup bersabar. Podahh!
"Awak ni memang jenis maki orang dalam hati ke apa?" tanya A.D tiba-tiba. Lah, macam mana dia boleh tahu pula ni. Ada pasang CCTV ke apa dalam badan aku. Mampus aku tak pasal-pasal nak kena masuk bilik pembedahan nak kena buang balik. Mana aku nak cari duit banyak-banyak buat operation.
"Bila masa pula." Aku tak nak mengaku.
"Jangan tipulah. Tengok bibir awak pun tahu. Terkumat-kamit. Takda kerja lain nak mengata orang." Owh, bibir aku bergerak ke. Legalah juga dengar. Ingat ada CCTV tadi. Tapi apahal pula ursha bibir aku ni.
"Awak tu pula takda kerja lain ke tengok bibir orang? Pergi tengoklah bibir sendiri," balas aku pula. Ingat dia je nak menang. A.D tersenyum kecil.
"Dah la, saya nak naik atas dulu. Penat pula cakap lama-lama dengan awak ni. Kalau ada air ke, kueh mueh ke, boleh juga saya lepak sini, temankan awak. Jangan sepah-sepah sangat. Ermm, lagi satu, ingat apa yang saya pesan tadi," kata A.D terus berjalan naik ke atas. Meninggalkan Kiesya yang masih memeluk tubuh memerhatikan dirinya.
"Teman kita konon. Aku tak minta kau teman aku punlah. Gila," gomel Kiesya sendiri. Hanya dia yang dengar. Melangkah ke sofa. Menghempas dirinya di situ. Tersenyum sendiri.
Dalam bilik.
A.D sedang berguling-guling ketawa. Tekup bantal pada mukanya dan ketawa kuat-kuat. Suka sekali dia akhirnya Kiesya mengalah. Bangga sungguh dia. Dapat menundukkan si singa itu adalah kejayaan terbesarnya.
Selepas puas dia ketawa, dicapainya telefon di kocek. Mendail nombor Tasya. Ada kegembiraan yang hendak dikongsi. Sambung kembali ketawanya pada Tasya.
"So what's next?" soal Tasya selepas puas menadah telinga mendengar tertawa riang si A.D.
"Aku nak sakitkan hati dia. Aku nak uji si singa tu. Aku nak dia tunduk pada aku. "
HARI sabtu, bosan tahap cipan. Nak keluar dengan Zira dia dating dengan Azwan. Asyik dating je kerja diorang. Kesian kat aku. Nak pergi ke rumah Umi diorang sekeluarga balik kampung. Cuti tiga hari sampai isnin. Aku? Melepak jelah dekat rumah. Tak tahu nak buat apa.
"Aku nak buat apa ni?" cakap Kiesya sendiri.
Elok juga aku pusing-pusing tengok rumah nilah rasanya Sebenarnya aku belum berkesempatan lagi melihat rumah besar ni secara keseluruhannya. Hujung minggu yang lepas aku habiskan masa dengan Zira sampai malam. Balik kerja sampai rumah dah malam, lepak dalam rumah jelah. Tak berani aku nak keluar pusing-pusing luar rumah. Tak tahu pula aku ada apa kat sekeliling rumah ni.
Terdetik dihati ingin melihat suasana di belakang rumah. Entah-entah ada kolam renang. Takkan rumah sebesar ni takda kolam. Tak logik sangat.
Kiesya berjalan menuju ke halaman belakang rumah melalui pintu belakang. Tempat yang belum dia jejaki walau sudah hampir dua minggu mereka berkahwin. Dia mengharapkan yang kolam renang betul-betul berada di belakang rumah besar itu.
"Dah agak dah. Wuhuuu," jerit dia kegembiraan. Memang betul-betul ada kolam renang di belakang rumah.
Tapi sayang tiga ribu kali sayang. Kolamnya kotor! Berlumut sana-sini. Air penuh, tapi dia punya keruh sampai tak nampak dasar kolam. Pemalas betul badak ni. Harap badan je besar. Orang macam aku kalau ada kolam budak-budak pun dah rasa besh. Inikan kolam sebesar ni. Tak pandai menghargai langsung apa yang ada.
Terdetik di hatinya ingin membersihkan kolam yang kotor itu.
"Besar sangat kolam ni kalau aku nak cuci sorang-sorang. Sayang pula rasa kalau di biarkan. Dah bersih nanti boleh juga aku berenang-renang." Dia bercakap sendiri sambil memerhatikan kolam itu. Siap ada pondok lagi tu. Tempat lepak-lepak. Sayang kalau dibiarkan ni.
Fikir punya fikir, mahu patah pinggang terlipat enam kalau aku cuci sorang-sorang ni. Bukan kecil kolamnya. Tak boleh, ini rumah A.D, dia pun kena belajar bertanggunjawab. Dasar pemalas. Apa mamat tu tengah buat kat atas erk? Takkan membuta lagi kut. Dah pukul 8.30 ni.
Dia masuk semula ke dalam rumah dan terus menuju ke tingkat atas. Ke arah bilik A.D. Mengetuk pintu bilik tidurnya.
"Tuk... Tuk... Tuk..."
Tak ada jawapan.
Kiesha cuba membuka pintu. Tak berkunci. Pintu terkuak tapi dia tidak berani masuk ke dalam begitu sahaja. Teringat akan pesan A.D dahulu.
"A.D..." Panggil Kiesya dengan perlahan. Tiada sahutan.
"A.D... Awak ada kat dalam ke?"
Masih sama tiada jawapan. Nak masuk ke tak nak masuk. Nanti kalau aku masuk ternampak yang bukan-bukan. Lagi masalah. Marah pula badak tu. Tapi tak menyahut pula dia. Takpalah cuba sekali lagi. Kalau tak menyahut juga. Aku masuk. Kalau dia marah Sya? Aku marahlah dia balik sebab tak menyahut. Pandai tak aku?
"A.D, bangunlah. Saya nak minta tolong sikit ni."
Tidak juga berjawab. Ish mana pula dia ni pergi, kereta dia ada kat luar. Arghh lantaklah. Kiesya memberanikan diri masuk ke dalam, perlahan-lahan dia menapak. Memerhati dengan berhati-hati. Risau jika ternampak yang bukan-bukan.
"Lah dia ni, tidur lagi. Dah pukul berapa ni, membuta lagi ke."
Aku terlihat akan sekujur tubuh yang menutupi dirinya dengan selimut. Bukan main sedap tidur sampai tak bergerak. Tapi hairan pula sebab bilik air berbunyi deruan air. Ish dia ni, tahulah kaya. Kalau ya pun nak tidur balik, tutuplah pili air tu dulu, kan. Membazir betul. Ini yang nak kena sekolah dengan aku ni.
Kiesya merapati katil A.D dengan niat untuk mengejutnya dari tidur.
"A.D... Bangunlah. Dah dekat pukul 9 ni, jom tolong saya bersihkan kolam kat bawah tu. Kotor sangat." Tak ada respon. Tidur nyenyak nampak gayanya. Kalau Zira, dia siram dah dengan air.
"Hey A.D!" Kiesya meninggikan volume suara. Masih sama tidak bergerak mahupun menyahut.
Kiesya hilang sabar, dia menarik kain selimut yang menutupi muka A.D. Saat kain selimut itu memperlihatkan wajah di sebalik kain selimut itu, dia tergamam. Terpampang di hadapannya wajah yang dia tidak kenali. Bukan A.D! Dah la tak kenal, perempuan pula tu! Punya terkejutnya aku. Nasib baik jantung aku terlekat kukuh. Kalau tak dah kena kutip ikat balik.
Terkejut dengan perbuatan Kiesha tadi, perempuan itu terjaga dari lena dan seraya bangkit. Dia tersedar yang Kiesha sedang memerhatikan dirinya dengan mata yang bundar. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Perasaan Kiesya bercampur baur. Kalau ya pun sangap, tak payah bawa balik rumah kut. Tak malu ke dengan aku. Aku pula yang malu. Tak respect langsung kat aku kan!
Terdengar kuakan pintu bilik air terbuka. Kiesya menoleh, A.D keluar dengan hanya bertuala.
Keadaan sunyi seketika. Masing-masing kelu lidah. Kiesya yang menahan perasaan malu, marah atau dia pun tak pasti apa dia, memandang ke arah A.D, meminta penjelasan. A.D yang sedar akan keadaan itu akhirnya membuka mulut.
"Awak buat apa dalam bilik saya?" soal A.D dengan muka yang langsung tak ada rasa bersalah.
Kiesya yang masih lagi terkejut memang tak tahu nak cakap apa. Dia terus berlari keluar, turun semula ke bawah. Berlari ke arah kolam. Memeluk tubuh di situ.
Tak guna punya jantan, berani kau bawa balik perempuan lain dalam rumah ni kan. Memanglah kita kahwin pun terpaksa, tapi aku tetap isteri kau. Tengok perempuan lain dalam bilik suami sendiri mahu tak terasa hati. Kalau ya pun hormatlah aku sikit. Takda rasa malu ke dengan aku. Tengok muka dia tadi sikit pun tak ada rasa bersalah. Boleh sound aku lagi tu. Dasar buaya! Patutlah ayah kata dia kaki perempuan. Dah nampak depan mata, percayalah aku.
Lantak kaulah. Aku cuci je dulu separuh kolam ni. Nanti kau dah puas dengan perempuan sundal tu. Kau cuci separuh kolam ni lagi.
Bila sahaja dia ingin melangkah masuk ke dalam semula untuk mengambil barang-barang pencuci. Terdengar suaranya dipanggil. Cepat dia pergi semula ke kolam tadi. Berdiri di situ. Memeluk tubuhnya. Apahal cari aku?
"Kiesya... Kiesya," sayup-sayup suara A.D memanggil namanya.
Aku tidak menjawab. Dah kenapa nak cari aku pula. Kenapa tak berjoli dengan perempuan jalang tadi tu. Tadi bukan main muka tak bersalah semua ada. Baru nak rasa bersalah ke apa.
"Kiesya... Sya... Mana awak?!" Suara A.D masih mencari.
Kalau nak ikutkan memang aku tak letak syarat perempuan lain tidak dibenarkan dibawa masuk ke rumah. Sebab aku memang tak terfikir langsung benda macam ni akan berlaku. Jadi aku memang tiada hak untuk menghalang. Kenapa pula aku nak bersedih. Ehh, aku bersedih ke? Gila babi ke aku nak bersedih. Apahal pula.
"Kat sini rupanya awak, Sya..."
Aku yang masih berpeluk tubuh, menjeling ke arahnya dan melemparkan senyuman. Ya, senyuman sehabis manis semampu yang aku dapat. Aku tak mahu A.D tahu yang aku terkesan dengan kejadian tadi. Entah aku ni. Patut aku happylah. Sekurang-kurangnya aku selamat. A.D yang melihat reaksi Kiesya, sedikit kehairanan.
"Baguslah awak dah datang sini, sebenarnya saya nak ajak awak bersihkan kolam ni. Kotor sangatlah." Kiesya berterus-terang.
"Ermm, saya ingat awak marah tadi." A.D cuba meneka perasaan Kiesya.
"Ish nak buat apa saya marah, saya cuma malu kut tengok perempuan lain dalam bilik suami saya." Aku tekankan sikit pada 'bilik suami saya'.
"Lagipun girlfriend awak, suka hati awaklah nak buat apa, kan. Cuma tak takutkah awak pada dosa?" Kiesya cuba menyelitkan sedikit unsur nasihat di dalam percakapan dia tadi. Lagipun untuk membuat A.D menjadi lelaki yang lebih baik juga adalah misi peribadinya.
"Dosa awak dosa awak, dosa saya dosa saya, apa yang nak kecoh sangat?" A.D mencebik dan melarikan pandangan matanya ke arah kolam.
Ish tak makan saman punya buaya. Ingat dia rasa serba salah ke apa. Haram!
"Kolam ni pun dah lama terbiar, bagus juga kalau dibersihkan." A.D yang kelihatan teruja sambil mengosok-gosok ke dua belah tangannya. Tahu pula dah lama terbiar. Habis tak reti-reti selama ni nak cuci. Kalau aku takda kat sini alamat kolam ni jadi sarang biawak agaknya.
"Habis tu awak kenapa tak reti nak bersihkan selama duduk kat sini?"
"Awak ingat saya duduk sini berapa lama?" tanya semula A.D pada aku.
"Lamalah kan awak duduk sini. Pemalas..."
"Ehh, saya baru duduk sini cik adik oii. Saya dapat kunci tiga hari sebelum kita kahwin. Lagipun masa saya masuk sini, kolam ni memamg dah macam ni," terang A.D keadaan yang sebenar. Owh ya ke, ingat dah duduk lama kat sini.
"Tadi awak kata dapat kunci. Awak beli ke rumah ni?" soal aku ingin tahu. Dia memandang dan menggelengkan kepala.
"Adalah orang tu bagi. Dah kita nak kahwin. Dia bagilah rumah ni. Kalau tak, kita nak tinggal mana," kata A.D tanpa menyebut nama orang yang dimaksudkan. Tapi aku tahu siapa orang tu. Ayah dia. Maklumlah, anak beranak tak berapa nak baik. Tapi betul juga kata dia. Baru teringat cerita ayah dulu yang A.D tinggal di Johor Bahru sebelum ni. Bukan di Kuala Lumpur. Okey faham, faham.
"Awak dengan ayah, tak okey lagi ke?" soalan menempah maut. Entah ke kejap lagi marah kat aku. Menyibuk nak tahu. A.D toleh memandang pada Kiesya.
"Kenapa awak nak tahu?" tanya A.D.
"Ehh takdalah, saja je," balas aku.
"So awak tahulah cerita saya?" tanya A.D lagi. Arghh sudah. Aku ingat dia dah tahu yang aku dah tahu. Bila pula dia tahu, ayah yang cerita Sya, bukan dia yang cerita kat kau. Betul juga. Alahh, apa salahnya, dah alang-alang aku tahu kisah diorang. Kalau tak nak cakap sudah. Cakap, aku dengar.
"Saya dengan dia memang tak baik. Susah nak berbaik. Mungkin tak boleh nak berbaik lagi. Rasanya kalau awak dah tahu, awak faham kut maksud saya," kata A.D kembali menatap ke arah kolam.
Haiii, masalah berat ni. Nampak sangat tak ada hati nak berbaik semula. Apa aku nak cakap ni.
"Terima kasihlah sebab awak jaga dia selama ni." kata A.D agak perlahan tapi jelas di pendengaranku.
Kiesya tersenyum. Ego rupanya. Biasalah lelaki. Dua-dua pun ego rasa aku. Tapi jauh disudut hati dia, masih mengakui yang Datuk Mokhzani itu adalah ayahnya. Berat juga aku nak buat diorang ni berbaik semula. Insyaallah, kalau dipermudahkan. Aku akan cuba buat diorang berbaik semula nanti. Lagipun takdalah teruk sangat A.D ni. Boleh diperbaiki lagi. Nak salahkan A.D seratus peratus pun, tak boleh juga. Dia ni mangsa keadaan sebenarnya. Kesian pula aku.
Kiesya melirikkan mata memandang ke arah A.D yang sedikit kehadapan berbanding ddirinya. Mencuri lihat tubuh A.D yang hanya berseluar pendek. Badan dia memang cantik. Taklah terlalu berketak. Tapi jelas kelihatan otot-otot sasanya. Masa kes kena urut paksa tu aku tak perahtikan sangat. Kepala masa tu fikir macam-macam. Layan juga tengok badan lelaki sasa ni rupanya. Hahaha.
"Jomlah. Apa lagi. Kata nak bersihkan?" A.D mengajak Kiesya memulakan tugas pembersihan kolam.
"Nak bersihkan dengan apa? Nak gosok pakai kaki ke? Kiesya menjulurkan kakinya. A.D melihat, senyum tumpul. Mungkin nostalgia pahit dipijak kaki, mengundang kembali. Kaki inilah yang pijak kaki kau tu. Kaki legend ni. Jangan macam-macam sangat dengan aku.
"Haa... betul juga. Okey takpa awak tunggu sini, saya pergi ambil barang-barang," kata A.D semangat. Good boy! Nak je aku tepuk pula kepala dia macam yang dia buat kat aku semalam.
Tak lama selepas tu A.D datang membawa segala macam alat pembersihan. Dia memasang getah paip. Dimasukkan air ke dalam baldi dan kemudian sedikit sabun pembersih. Dihulurnya sebuku span kepada Kiesya.
"Jom, tapi jangan habiskan pula sabun tu, bukan untuk dibuat mandi." A.D memerli. Pasal kes aku mandi sabun dalam bilik dia tulah. Ada hati lagi nak usik aku tu. Benda-benda malu macam tu takyah la sebut lagi. Nak kena ni dia ni.
Kiesya yang berada berhampiran dengan A.D, memalingkan muka dan memandang tajam ke dalam mata suaminya itu. Dia megangkat sebelah kakinya seolah-olah mahu memijak kaki A.D.
Memang trauma aku rasa dia dengan kaki aku. Sebab muka A.D terus berubah bila nampak kaki aku dinaikkan tinggi macam ni. A.D yang cuba menggelak pisang berbuah empat kali cepat-cepat melompat ke belakang. Dia ingat dia dah terer la boleh elak-elak, lompat-lompat, kan. Sayang sekali, belakang A.D adalah kolam!
"Kecepukk." A.D termasuk ke dalam kolam.
Keadaan A.D yang melompat secara spontan ke belakang sehingga betul-betul masuk ke dalam kolam membuatkan Kiesya gelihati, ketawa terbahak-bahak. Takut punya pasal kaki kena pijak sampai terlompat masuk dalam kolam. Padahal aku acah-acah mak enon je tadi. Takkanlah aku nak pijak lagi kaki suami tersayang. Hahaha.
Tetapi keadaan yang melucukan bertukar sebaliknya apabila A.D yang sedari tadi masih berada di dalam kolam terkapai-terkapai seperti seorang yang kelemasan. Dia ni agak-agak la nak buat lawak. Tak percaya aku tak reti berenang.
A.D masih lagi tenggelam timbul membuatkan Kiesya yang tidak percaya menjadi panik. Alamak tak pandai berenang ke badak ni. Adui macam mana ni Sya. Aku je pun ada kat sini. Nak harap siapa lagi untuk selamatkan A.D. Ini bukan main-main ni. Takkan aku nak tengok A.D mati lemas depan mata.
Berbekalkan ilmu berenang yang sememangnya ada pada dirinya yang dah terbiasa mandi sungai sejak sedari kecil, dia melompat masuk untuk menyelamatkan si badak atau buaya itu. A.D yang ketika itu sudah tenggelam ke dasar kolam membuatkan Kiesya bertambah panik. Dia cuba menyelam ke dasar kolam dan ketika itulah drama seram telah bermula. Kaki dia ditarik!
Ya, kaki aku di tarik. Tak jadi aku nak selam.
Disebabkan keadaan air yang terlalu keruh dan kotor, Aku tak dapat pastikan siapa yang menarik kaki aku. Otak ni mulalah dah fikir macam-macam, mulalah nak teringat akan cerita seram, cerita hantu air yang suka menarik kaki mangsa hingga lemas.
Kiesya bertambah takut apabila kaki dia sekali lagi ditarik. Siapa tak takut hantu woi. Tengok TV boleh la layan, tapi kalau dah real macam ni tak meremang satu badan. Tak rasa nak menangis.
A.D tak nampak lagi bayang tubuhnya. Perasaan bersalah semakin menebal. Disebabkan dialah punca A.D mati kelemasan. Kalaulah dia tak mengacah hendak memijak kaki tadi, benda ni semua takkan terjadi. Dia pun tak perlu mengalami ketakutan seperti yang dialami sekarang. Dia percaya yang A.D sudah mati kerana sudah agak lama A.D tidak muncul-muncul. Hampir dua minit lamanya A.D tenggelam ke dasar kolam.
Kalaulah aku tahu nak jadi macam ni... Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan hantu air ni ya Allah. Kiesya membaca apa sahaja yang sempat terlintas di kepalanya. Berusaha berenang kembali ke tangga kolam.
Tak semena-mena dalam cubaan dia untuk melepaskan diri, terasa pinggangnya dipaut. Tadi tarik kaki, ni pegang pinggang pula dah. Tangan hantu itu memegang pinggang Kiesya dengan kuat dan memeluk dia dari arah belakang. Takutnya Kiesya ketika itu sampaikan dia terkucil. Dia yang tidak tertahan lagi, menjerit sekuat hati.
"Arghhh!!!" Bergegar air kolam itu terkena paluan jeritan maha hebat Kiesya. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Hantu itu lebih rakus bila mendengar Kiesya menjerit. Badan Kiesya cuba di pusingnya ke arah belakang. Kiesya memang tidak berdaya untuk melawan. Ketakutan jelas menjalar di setiap urat sarafnya. Maafkan aku A.D, aku tidak berjaya untuk menyelamatkan kau. Kiesya dah terbayang yang dia akan mengikut jejak langkah A.D sebentar sahaja lagi.
Esok mesti kecoh surat khabar. Pasangan suami isteri mati lemas di dalam kolam. Habislah semua orang tahu yang aku dah berkahwin. Mesti kena cemuh gila-gila punya. Kahwin sorok-sorok. Apalah yang Zira akan kutuk aku. Apalah yang budak-budak pejabat akan mengata aku.
Akhirnya hantu air berjaya memusingkan badan Kiesya ke arah belakang, mereka mengadap di antara satu sama lain. Kiesya tidak sanggup melihat wajah hodoh hantu air. Dia dah boleh bayangkan betapa hodoh dan menakutkan muka hantu itu. Kalau dalam TV pun dah seram giler apatah lagi yang memang hantu real. Kiesya rapatkan mata serapat-rapatnya. Dia tidak mahu melihat.
Di saat Kiesya menanti ajalnya menjelang, terasa sesuatu melekap di bibirnya. Dia dikucup lembut. Hantu air jenis apakah ini yang suka hati mak dia je mempergunakan bibir aku ni. Ke ini cara hantu air menarik nyawa melalui mulut?
Aku memberanikan diri membuka mata. Sebelum aku mati biarlah aku tengok sekali muka hantu yang real. Seram tak seram lantaklah.
Buka je mata, takku sangka hantu yang aku fikirkan hodoh, rupanya kacak nak mampos! Kalau dah hantu handsome macam ni siapa nak takut. Tapi itulah. Ini bukan setakat hantu air yang handsome je tapi hantu air yang gatal dan handsome. Menyirap terus darah aku.
"Panggg"!
Satu tamparan padu yang telah lama aku simpan sejak hari pertama kita bertemu hinggap tepat di pipi A.D. Maafkan adinda, kekanda. Usikan kekanda terlalu melampau sehingga membuatkan adinda terkucil sebentar tadi. Mujurlah air keruh. Kalau jernih? Ya, hantu yang aku sangkakan tadi adalah A.D! Si mangkuk tingkat!
Walaupun kekanda A.D telah menerima tamparan super maut dari Kiesya tadi, dia tetap memeluk seerat-eratnya tubuh Kiesya. Sikit pun dia tak lepas. Dada Kiesya dan A.D bersentuhan membuatkan Kiesya berasa malu yang amat sangat. Tak pernah seumur hidup aku dipeluk serapat ini. Lelaki pula tu. Tak boleh dibiarkan. Jantan gatal! Kau memang nak mampos dengan aku!
"Lepaskan, lepaskan, lepaskanlah...!" Kiesya meronta-ronta minta dilepaskan.
A.D akhirnya melepaskan pelukkannya mungkin kerana rontaan Kiesya yang mengila. Dia memandang Kiesya dengan perasaan serba salah. Sorry, dah terlambat kau nak rasa serba salah sangat tu. Kiesya melepaskan tamparan kedua. Tamparan Kak Ngah namanya. A.D terpaku.
Kiesya segera berenang ke arah tangga kolam dan terus berlari naik masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah A.D. Hatinya cukup geram, cukup panas. Baru nak berbaik dah buat hal. Sial!
PIPINYA diusap lembut berkali-kali. Masih terbayang-bayang kisah pagi tadi. Senyum meleret sampai ke pipi. Geleng kepala, senyum. Geleng kepala, senyum.
"Sakit otak tengok kau ni bang. Dah macam orang sakit pun ada. Takkan kena pelempang dua kali dah mereng otak kau?" pelik Tasya melihat kelakuan A.D.
"Hai..." keluhan gembira dilepaskan. Tidak menjawab persoalan Tasya tadi.
"Kau ni bang, kenapa sebenarnya ni? Sejak-sejak kenal si Kiesya tu makin pelik pulak tengok perangai kau ni. Nak bawak pergi ke hospital gila ke tak ni?" usik Tasya. Makin lama makin tak faham dia dengan A.D. Itu hari kena pijak, merajuk. Kena lempang dua das kat muka, suka pulak. Tak faham betul.
"Alah kau apa tahu. Kau budak-budak lagi. Tak faham benda-benda ni... Ini kisah orang dewasa je." balas A.D mencebik pada Tasya. Ada ke dia kata aku gila. Eeii budak ni.
"Hek eleh... Budak pulak. Budak-budak pun, kita juga yang dia cari. Kecoh je lebih." geram Tasya disamakan seperti budak-budak.
"Bukanlah... Sebenarnya aku rasa aku dah jumpalah apa yang aku cari selama ni. Tapi..." muka A.D tiba-tiba berubah wajah. Sungul.
"Lah dia ni... Sekejap muka gembira. Sekejap muka toya. Kau ni kenapa sebenarnya ni?" Tasya dah mula hilang sabar.
"Aku rasa aku dah tersuka dia." Melopong Tasya mendengar.





wow! A.D dah jatuh cinta!
ReplyDelete