AKU memerhatikan pada kedua orang lelaki yang sedang berjabat tangan. Berdebarnya aku. Tak sangka sekejap lagi status aku akan bertukar. Bujang ke berkahwin. Benci pula rasanya. Jadi isteri pada orang yang kita benci memang menyakitkan hati. Tapi A.D ni tenang pula dia. Tak benci ke dia kena kahwin dengan aku? Dulu bukan main mengamuk lagi. Kata aku perempuan tak betullah. Perempuan gilalah. Tu belum lagi dia kutuk aku macam-macam. Menyakitkan hati betul!
"Aku nikahkan dikau dengan Kiesya Humaira Binti Razak dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Kiesya Humaira Binti Razak dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah... Sah..."
Akhirnya sah Kiesya menjadi isteri kepada Aqil Danish. Perasaan gembira, sedih, terkilan bercampur baur. Gembira sebab mereka berjaya selesaikan segalan urusan perkahwinan sebelum tarikh akhir 14 haribulan september. Sedih kerana menjadi isteri pada manusia yang dia benci. Terkilan kerana terpaksa mencurangi cinta Naufal. Maafkan Sya, Naufal.
Perkahwinan yang bukanlah diimpikan oleh aku. Tiada paluan kompang. Tiada air mawar. Tiada bunga telur. Tiada inai di tangan. Tiada tempat bersanding. Tiada jurugambar. Segalanya biasa, sekadar cukup syarat.
A.D memandang Kiesya dengan senyuman lega. Kiesya membalas dengan senyuman tawar. Jangan kau nak suka sangatlah. Kalau tak sebab perangai kau takkan ada perjanjian bodoh ni semua. Kenapalah kau tak boleh jadi anak yang baik. Menyusahkan orang je!
Ayah memandang tanpa ku sedari. Merapati diri ini yang sedang duduk bertimpuh. Dihulurnya tangan untuk aku salami. Akhirnya tiada batas antara kami. Sebagai menantunya yang sah kami tergolong dalam mahram muabbad. Tiada haram lagi untuk aku menyentuh kulitnya.
Kiesya menyambut salam dihulur, saat yang telah lama dia nantikan. Si tangan tua ini yang telah banyak berjasa kepada dia. Tangan ini yang menjadikan siapa dia ketika ini. Mencium tangan itu penuh gembira. Air mata turun mengalir tanpa dipinta. Kepalanya di pegang lembut. Usapan kasih seorang ayah. Terima kasih ayah. Terima kasih di atas segala pertolonganmu selama ini.
"Terima kasih Sya... Terima kasih kerana sudi menjadi anak ayah."
Kiesya tidak mampu untuk berkata-kata, terasa matanya terlalu kabur digenangi air mata. Hidungnya sesak berair. Dia membenamkan semula mukanya ke tangan ayah. Menyelami saat-saat istimewa itu.
Semalam aku, ayah dengan A.D dah berbincang yang kami berdua akan tinggal bersama. Tapi perjanjian antara aku dengan A.D tetap kami simpan. Cuma aku beritahu ayah, perkahwinan ini jangan dihebohkan biar pun kepada kawan-kawan aku atau kawan-kawan dia. Ayah bersetuju.
Majlis serba ringkas itu berakhir. Sekali lagi aku tak percaya yang aku ni dah bersuami. Beristerikan kepada Mr.A.D yang dibenci. Dia tersengih-sengih dari tadi. Apa entah yang best sangat. Sengih apa kau, ingat ada malam pertama ke? Nak kena rodok dengan pemutar skru, cubalah.
Saat semuanya beransur pulang. Tinggallah mereka berdua. Melihat di antara satu sama lain. A.D sekali lagi memberi senyuman manisnya. Kiesya? Minta maaf, wajah singa kelaparan juga yang dia hidangkan untuk A.D.
"Apa tengok-tengok?" Kiesya sedaya upaya meninggikan kepala mengadap muka A.D yang lebih tinggi dari dirinya.
Tinggi pula mamat ni. Nak kena berjengket rupanya kalau terlampau dekat macam ni. Kepala Kiesya hanya setakat paras hidung dia sahaja. Mereka yang ketika itu begitu hampir, melihat di antara satu sama lain. Riak wajah kelegaan jelas terpapar di wajah A.D. Secara tiba-tiba, A.D mengangkat tangannya ke atas kepala Kiesya.
"Awak nak buat apa ni?" Kiesya cuba menepis tangan A.D. Belum apa-apa dah pandai nak merayap. Nak kena ni.
A.D meletakkan jari telunjuknya di bibir, meminta Kiesya mendiamkan diri. Dia memuncungkan bibirnya pada kepala Kiesya. Seperti ada sesuatu yang berada di atas kepala. Dengan pantas dia mengambilnya.
"Nah..."A.D menghulurkan benda itu tepat ke wajah Kiesya. Hampir mengenai batang hidung isterinya itu.
"Wahhhh..." Kiesya menjerit kegelian. Kurang asam punya A.D. Ulat gonggok. Ya ulat gonggok yang banyak kaki tu. Eeii geli geliman aku. Melihat telatah Kiesya itu, A.D tetawa. Gelihati sungguh dia. Menjadi taktiknya untuk mengenakan isterinya itu.
"Garang bukan main macam singa, ulat gonggok pun takut. Hahaha..." Dia meneruskan ketawa kegembiraannya. Mungkin kerana wajah Kiesya yang comel itu telah bertukar menjadi nenek kebayan tak kala terkejut melihat ulat gonggok tadi. Siapa yang tak terkejut kalau dah hulur sampai nak kena muka. Bodoh punya jantan!
Malas nak layan kaulah. Baik aku naik atas. Sebelum lebih banyak ulat gonggok merayap kat badan aku. Rumah punya cantik macam ni boleh ada ulat gonggok. Tak logik tak logik. Jangan-jangan dia yang letak tadi. Lepastu konon-konon selamatkan aku dari dibaham ulat. Bukan boleh percaya mamat ni. Nak jadi hero konon.
Yang menambahkan lagi hati panas aku ni, dah sampai kat tangga atas pun dia masih ketawa terkekek-kekek. Aku paling muka tengok dia yang terduduk sambil ketawa berdekah-dekah. Lawak sangat ke sampai terduduk-duduk kau mengekek haa. Baju pengantin ni pun menambahkan lagi kepanasan di dada. Kalau ikutkan hati, aku nak pakai baju kurung je tadi, tapi atas permintaan ayah. Pakailah juga. Mana dia dapat baju ni pun aku tak tahu. Cantik juga. Warna putih. Muat pula dengan aku.
Kiesya melangkah masuk ke dalam bilik. Melucutkan pakaian pengantinnya dan terus mengapai sehelai tuala yang telah sedia ada menuju ke bilik air. Badan panas, hati panas. Dah macam tertelan cili se timba pun ada. Elok aku mandi sebelum kena strok. Siapa tahu kalau dah semuanya panas. Tak pasal-pasal lumpuh pula aku hari pertama ni.
"Wah bestnya... Cantiknya bilik air ni..."
Hati panas Kiesya sedikit terubat apabila melangkah masuk ke dalam bilik air yang cukup cantik. Memang cantik gila. Kalah hotel kut. Besar pun besar. Pandai juga si A.D ni bab deco-deco rupanya. Kalah aku.
Tapi kau ni tak pandai juga rupanya A.D. Agak-agak la dengan pisau cukur, krim cukur pun ada dalam sini. Kau ingat aku ada jambang, ada misai nak guna benda alah ni. Kiesya mengambil pisau cukur dan krim cukur itu dan melemparnya ke dalam tong sampah kecil yang telah tersedia.
"Besarnya tab mandi ni." Kiesya yang terlihat akan sebuah tab mandi yang cukup besar. Teruja.
A.D ni pun membazir je buat tab besar-besar gajah macam ni. Aku bukan besar mana pun. Nak tunggu penuh air mahu makan masa ni. Ada rak buku di tepi sudut. Sementara menunggu air penuh, Kiesya mendapatkan sebuah majalah di rak yang terletak hampir dengan tab mandi itu.
"Sah kau ni aku rasa ada masalah mentallah A.D. Memang sah kau ni sewel. Patutlah macam tak betul je aku tengok kau ni." Majalah itu diletak semula.
Dia memaki hamun A.D di dalam hati. Kerana kesemua majalah-majalah yang terdapat di rak adalah majalah yang berunsur lelaki. Majalah bina badan. Ingat baru nak sejukkan hati yang panas ni. Tapi bengang pula rasa. Janji dengan aku nak sediakan bilik tapi bilik bertemakan lelaki. Aku ni perempuanlah jahanam!
Aku tahulah badan kau tu tough. Tapi ni bilik aku. Dah kenapa aku nak baca majalah-majalah macam ni. Kau pergi letak dalam bilik kau jelah. Atau kau sengaja nak tackle aku dengan gambar-gambar lelaki sasa ni. Haa bodoh je. Ingat aku ayam ke apa. Memang mental budak A.D ni. Siap mandi nanti, tahulah kau.
Air pun dah penuh. Tambah sabun sikit bagi buih-buih. Macam cerita orang kaya tu berendam dalam tab yang berbuih-buih. Nampak kepala je. Selesanya. Jangan aku tertidur pula kat sini tak pasal-pasal mati lemas percuma je. Best juga jadi orang kaya ni ya. Alahai bukanlah nak jakun sangat. Tapi memang tak pernah merasa. Orang susahlah katakan.
Kiesya melayani mandi buih yang begitu asyik. Pertama kali seumur hidupnya mandi berbuihkan sabun yang banyak di dalam tab yang cukup besar. Sehinggalah dia terdengar sesuatu.
"Percayalah...
Kasihmu lama tersulam...
Di ruang paling dalam...
Terlalu jauh tak terselam..."
Dalam kesyahduan melayani mandi buih, lagu Percayalah nyanyian Siti Nuhaliza berkumandang dari dalam bilik Kiesya.
Eh bila pula aku buka radio tadi. Ke, memang macam itu. Dasyat betul A.D ni. Radio pun boleh berbunyi sendiri. Orang kaya bolehlah buat macam-macam. Dasyat... Dasyat...
"Kejap-kejap... Bila masa pula Siti Nurhaliza jadi jantan? Lagu memang lagu dia tapi yang nyanyi tu suara jantan." Kiesya bercakap sendiri. Pelik dan kehairanan bila memikirkan suara yang sumbang tadi bukanlah suara nyanyian Siti Nurhaliza. Macam suara A.D, tapi... Arghh tak mungkinlah. Mungkin dia nyanyi dari bilik dia kut, dengar sampai sini. Kiesya kembali bertenang.
"Prapp." Pintu bilik air terbuka.
Aku yang masih lagi berendam di dalam tab tadi, punyalah terkejut tahap gajah afrika bila A.D muncul di sebalik pintu yang dibuka tadi. Dengan tak berbajunya hanya bertuala sahaja.
Kiesya dan A.D kaku antara satu sama lain selama tiga saat. Dan...
"Worghh!!! Keluar... Keluar... Keluar kau setan!" Kiesya menjerit sekuat hati menyuruh A.D keluar. A.D yang turut terperanjat cepat-cepat keluar dan menutup kembali pintu bilik air tu.
Adui malu aku, malu aku. Kurang ajar punya jantan, ada hati nak skodeng aku ehh. Nasib baik banyak buih. Tak nampak kut. Yang aku pula kenapa tak kunci pintu bilik air tadi! Ish ni bilik aku. Nak kunci-kunci bagai buat apa. Bukan salah aku. Yang salah si setan tu masuk ke dalam bilik aku apa hal. Takkan bilik sendiri tak kenal. Dah rasa berasap-rasap dan kepala ni.
Dia cepat-cepat mendapatkan tuala dan segera membaluti tubuhnya. Terus ke pintu bilik air untuk menguncinya. Merapatkan telinga ke arah pintu bilik air untuk mendengar jika A.D masih berada di luar. Ish dia ada laaa. Memang cari nahas betullah dia ni.
"Woi A.D, awak nak cari pasal dengan saya ke?"
Tak ada jawapan.
"Kenapa masuk dalam bilik saya? Kan kita dan janji awak bilik awak saya bilik saya." Kiesya mengingatkan A.D semula akan persetujuan syarat yang telah mereka persetujui. Baru hari pertama dah buat hal mamat ni. Geramnya!!!
"Memanglah awak bilik awak. Saya bilik saya." A.D akhirnya bersuara.
"Habis tu kenapa awak masuk sini!?" Aku dah menyirap habis dah ni. Nasib baik aku tengah berendam tadi. Nasib baik aku gatal tangan nak bagi buih-buih sabun. Kalau tak, free je dia layan body aku tadi. Setan!
"Masalahnya ini bilik saya." A.D menjawab.
"Masalah, masalah... Awak ni tak cari masalah boleh tak? Masalah awak ni bilik awak habis tu... erkkk." Macam lain macam je.
"Apa masalah awak tadi?" Kiesya bertanya semula.
"Masalah saya ialah... Dalam bilik saya sekarang ada seorang perempuan gatal yang tengah menggunakan bilik air saya. Lepastu banyak pula sabun dia guna. Dia ingat sabun tu beli pakai duit tok nek dia ke apa." A.D memperli seseorang. Siapa? Siapa yang beli sabun pow duit tok nek dia? Aku ke?
Haa? Ini bilik dia ke? Ya ampunnnnn. Patutlah ada pisau cukur, krim semua ni. Majalah entah apa-apa kat sini.
"Bertenang Sya, tarik nafas perlahan-lahan... Hembus. Betul ke bilik dia? Kalau dia tipu?" Kiesya bercakap sendiri. Masih tidak percaya. Betul juga, takkanlah aku pula yang tersilap.
"Saya tak percaya kat awak. Apa bukti ni bilik awak?" Kiesya menjerit bertanya kepada A.D lagi.
Senang-senang je nak tipu aku. Badak ni belum apa-apa dah berani nak langgar janji. Tok Kadi baru je blah tadi tak sampai sejam pun. Dia dah buat hal. Jangan sampai aku mengamuk. Malu-malu aku kalau dah mengamuk memang malu kemana, apa kemana, cangkul juga naik atas kepala nanti.
"Saya keluar dari bilik ni nanti awak perhatikan betul-betul bilik ni, okey?"
"Dumm..." Kedengaran seakan pintu bilik ditutup.
Aku buka sedikit daun pintu bilik air, tengok kiri dan kanan. Takda. Aku keluar perlahan-lahan. Sah dia takda. Cepat-cepat aku pergi kunci pintu bilik. Fuh. Aku perhatikan sekeliling bilik. Ada satu gambar mamat poyo tergantung di dinding sedang menayang badannya yang berketak-ketak. Adui memang sah la bilik dia, siap ada gambar dia lagi tu. Macam mana aku tak perasan tadi! Aku ni pun sengal juga. Kiesya dah mula mengelabah.
"Cepat sikit, saya nak masuk ni. Nak mandi," pekik A.D dari luar.
"Alamak macam mana ni... Takkan nak keluar macam gini je." Kiesya pandang pada pakaian pengantin yang ditanggalkan tadi. Makan masa nak pakai baju tu, aku kena cari baju yang senang dan cepat disarung sebelum A.D merempuh masuk. Manalah tahukan. Dengan bertuala je macam ni. Kalau A.D rempuh masuk dengan badan dia pun dah macam badak. Confirm terbalik pintu ni.
Mata dia melilau mencari almari pakaian, terpandang akan almari pakaian yang berada bertentangan dengannya. Lantaklah baju dia tak baju dia. Dari tak berbaju. Kiesya memulakan kerja menyelongkar almari pakaian A.D. Mencari pakaian yang mudah untuk dipakai. Dia mengambil kemeja dan seluar track.
"Okeylah ni, tapi besarlah pulak... Tak kisahlah."
Dah siap menyarung pakaian dia bersedia untuk membuka pintu. Mesti malu habis ni. Nak minta maaf ke? Ish tak boleh... Tak boleh. Pintu di buka. A.D dah tercegat di depan pintu dengan hanya bertuala. Kiesya terkejut terus cuba untuk menutup kembali daun pintu tapi tak berjaya disebabkan tangan gagah A.D lebih pantas menahan. Dia segera memalingkan wajahnya dari melihat tubuh sasa A.D. Kaku di situ.
Melihat Kiesya yang tidak berganjak...
"Ke awak suka dengan bilik saya? Tak puas mandi sabun lagi ke?" A.D memerli sambil cuba menahan ketawa.
"Siapa cakap! Saya just nak bersihkan bilik ni tadi. Kotor sangat. Mata saya sakit tengok habuk sana-sini." Aku cuba berdalih. Malunya! Siot betullah!
"Habis tu yang awak tercegat kat situ lagi buat apa? Kalau dah habis bersihkan habuk, sila keluar." A.D meninggikan suaranya pula kali ni.
"Yalah, tepilah sikit, orang nak lalu macam mana." Badak sumbu berdiri depan pintu macam mana sang kancil nak keluar, kan. Kalau keluar juga memang sahih bergesel ni. Tak mahulah aku. A.D berganjak ke tepi.
Kiesya perlahan-lahan keluar dari bilik A.D, berusaha menjauhinya. Geli-geliman dia melihat A.D tidak berbaju. Mereka dah bertukar posisi, kali ini dia di luar bilik. Selamat. Berjaya aku melepaskan diri dari jerangkap samar.
"Tu baju tu, macam kenal je." A.D menunjukkan tangan pada baju yang aku pakai. "Haa kenapa? Awak ingat kilang buat satu je ke? Ini baju saya okey..." Aku pertahankan baju yang aku ambil dari almari dia tadi. Ish kalau aku cakap ni baju dia mahunya dia suruh aku buka semula. Tambah lagi malu.
A.D hanya tersenyum sinis dan menutup pintu bilik. Kiesya yang masih tercegat di depan pintu, masih tak dapat menerima kenyataan yang dia telah memalukan diri sendiri. Yalah aku baru je masuk rumah ni tadi. Manalah aku tahu mana satu bilik aku. Yang kau pun tak tanya dulu kenapa? Manalah tahu. Tadi dia gelak-gelakkan aku, hati panas pula, memang lupalah nak tanya.
Kiesya yang masih juga tercegat di situ meratapi nasib malangnya tadi secara tiba-tiba terkejut sekali lagi apabila pintu bilik A.D terbuka dan A.D melemparkan senyuman gatal kepadanya untuk kali ini.
Aku memandang pelik kepadanya. Ni apa bendalah pula ni, jangan suruh aku bersihkan tab dia pula. Itu pun nak berkira ke. Buka jelah lubang tu, nanti keluarlah semua air sabun yang aku guna tadi. Itu pun tak pandai ke. Lembab.
"Awak ni memang jenis suka tinggalkan barang bersepah ke?" tanya A.D.
"Kenapa pula?" Aku mencekak pinggang, memaparkan muka garang. Malu lain cerita, kalau nak mengaku kalah kat badak ni memang sorry. Hari pertama aku tak nak nampak lemah depan dia.
"Ni baju kecik awak ni nak hadiahkan untuk saya ke? Saya cuba pakai tadi tapi tak muat." A.D membuat muka sedih menunjukkan kepada Kiesya sepasang pakaian dalam bewarna merah jambu. Memang aku kenal benda alah yang dia pegang tu. Bala! Bala! Terlupalah pula!!
Sepantas kilat dia menyambar pakaian dalam kepunyaannya yang terbuai-buai di tangan A.D. Pipi aku dah macam nak jadi ruam merah rasanya ni. Ni memang bala. Kalau dah baju-baju kecil ni orang lain pegang mana lagi nak letak muka. Malu beb! Lepas satu, satu. Boleh pula kau lupa Sya benda penting macam ni.
Bila memikirkan yang pakaian dalamnya berada di luar, itu bermakna dia tidak memakai sebarang pakaian dalam di badannya. Spontan dia menaikkankan tangan melindungi dadanya yang sedari tadi ditenung oleh A.D. Kurang asam betul. Tak guna punya jantan! Sempat lagi dia nak buat hal. Kesianlah sikit kat aku ni. Jantan tak guna! Dasar badak kepala setan!
Kemudian A.D mendekatkan sedikit kepalanya ke arah Kiesya seperti ingin mengatakan sesuatu.
"So hot!" kata A.D memuncungkan mulutnya seakan ingin mencium Kiesya. Mangkuk ni memang dah lebih sangat ni! Tak reti nak jaga aib orang langsung.
Kiesya yang sememangnya malu tak terkata ditambah lagi dengan hati yang panas membara ternampaklah pula sebelah kaki A.D yang terjulur keluar dari pintu. Teringat akan dia senjata rahsia yang sering dia gunakan apabila ingin mempertahankan diri. Kesempatan itu pasti akan digunakannya dengan sebaik mungkin.
Melihat keadaan A.D yang masih memuncungkan mulut tak sedar diri dengan mata yang tertutup, Kiesya mengangkat kaki setinggi-tingginya dan melepaskan satu pijakan maut ke atas kaki A.D dengan sekuat hati.
A.D yang terkejut kerana baru menerima hentakan maut tadi dah terlompat-lompat menahan kesakitan dan Kiesya mengambil peluang yang ada terus berlari masuk ke bilik sebelah. Haha. Puas hati aku. Bongok punya badak. Kahkah.
"Kiesya!!!!" Terdengar suara A.D meraung memanggil namanya di luar.
Padan muka kau. Nak menggatal sangat. Rasakan! Terubat rasa malu aku tadi apabila berjaya mengenakan A.D.
Bila dah berada di dalam bilik itu baru dia perasan yang beg-beg pakaiannya semua berada di situ. Rupanya A.D dah letak dalam ni, awat tak habaq awai-awai noo. Kalau cakap awal tak jadi insiden yang memalukan tadi.
Masa sampai tadi sebelum akad nikah aku gunakan bilik di bawah. Belum lagi naik atas ni. Masa itu A.D cakap nanti dia akan pindah naikkan beg-beg aku ke tingkat atas. Dia cakap atas je, tak cakap yang mana satu. Nak jadi cerita pula boleh tersesat masuk bilik dia. Hati panas. Dah malas nak fikir. Siapa suruh letak ulat gonggok kat baju aku tadi. Konon nak bermesra-mesra la hari pertama, tapikan dah kena pijak kaki, jangan kena terajang perut pula lepas ni.
Wah boleh tahan besar juga bilik ni. Lompat tengok atas katil, test dia punya empuk tak empuk... Okey pass! Lagi empuk dari tilam aku kat rumah lama. Bagus... Bagus... Meja solek pun besar. Baik juga A.D ni, rasa bersalah pula pijak kaki dia tadi. Ermm. Tapi tak apalah, anggap sahaja itu amaran awal. Siapa yang salah bukan soalnya. Haha.
Bilik air kena tengok juga, dah nama suami isteri kenalah sama besar, baru sama adil. Haa yang ni aku kecil hati. Kenapa bilik air aku kecil dari dia. Tab pun tak sebesar dia. Tapi, lagi besar dari bilik air rumah lama. Bersyukur jelah dari tak ada langsung. Sambung mandi la apa lagi.
Lepas dah mandi kenalah berkemas, kan. Nak simpan baju-baju semua. Almari banyaklah sangat pula dalam ni. Ada dua biji yang besar, sebiji yang kecil. Kalau dua pun dah cukup. Aku ni jenis melipat bukan menggantung macam si A.D tu. Tadi masa selongkar almari dia, semuanya tergantung. Tak reti lipat ke malas nak melipat. Apa punya pemalas.
Lepas dah selesai berkemas semua, kepala dah jadi berat. Nak minta tidur sikit. Aku ni kalau petang je mesti nak mengantuk. Asal kat rumah je mesti nak tertidur. Kat office tak pula. Penyakit juga aku ni.
Sambil-sambil sebelum nak tidur kepala tengah berfikir cara apa yang aku nak kena ubah pada si A.D tu. So far tak nampaklah lagi perangai sebenar dia. Apa yang nak kena ubah? Kaki perempuan yang macam mana? Tidur jelah dulu. Serabut pula fikir benda yang kita tak tahu. Zzzz...
Detik-detik hari pertama perkahwinan antara mereka tidak berjalan lancar seperti mana yang Kiesya bayangkan. Dia mengharapkan tiada kejadian yang memalukan terjadi tetapi sudah terjadi dan mungkin banyak lagi yang bakal terjadi. Risau hatinya bila memikirkan perkara-perkara lain yang bakal menyusul di dalam tempoh satu tahun perkahwinan mereka nanti.





Hai pynepol. Den rasa jln cerita ni agak menarik. Cara pynepol olah cerita dlm setiap bab tu bagus dan tak meleret leret. Cuma yg den nmpak kat sini ada penggunaan bahasa yg agak kasar mcm 'babi'..'mangkuk jamban'.. mungkin boleh tuka sikit kat situ. Bia lg sdp dibaca dan disebut. Pape pn good luck n teruskan berkarya ok. Salam drpd cb penulisan2u..
ReplyDelete