Monday, January 4, 2016

PROLOG Suamiku Badak Suamiku Buaya


SERONOK juga rupanya kursus kahwin ni. Asyik ketawa je memanjang dari tadi. Dah mengalahkan menonton Maharaja Lawak pula rasa aku. Penceramah-penceramahnya bukan main pandai lagi buat lawak. Fikir aku serius je memanjang, tapi tak. Lagi yang buat aku pelik si A.D tu. Ingat aku dia ni jenis mamat yang tak reti nak ketawa. Jenis serius. Rupanya tak! Dia pula yang lebih ketawa dari orang lain.
  Nasib jugalah ada dua pasangan lagi. Tapi kata private. Arghh biarlah. Bagus juga. Campur kami ada tiga pasangan je, enam orang peserta. Kalau tak, malu juga aku kalau sorang-sorang perempuan dalam ni. Tahu-tahulah cerita bab kahwin. A.D memang seronok dia bab-bab tu. Tapi sekurang-kurangnya fahamlah aku sikit perangai sebenar dia. Suka, suka juga. Tapi nanti jangan nak menyakat aku je kerja kau. 
  "Okey saya nak tanya setiap dari anda semua... Dah kahwin nanti nak panggil apa pada pasangan anda? Okey kita mulakan dari sini," tunjuk Ustaz Harun pada seorang peserta wanita di hadapan aku. Adui ada soalan ke.
  "Saya panggil dia abang kut ustaz," jawab gadis itu malu-malu.
  "Okey bagus tu. Awak pula?" tunjuk Ustaz Harun pada wanita di sebelahnya.
  "Saya panggil dia sayang ustaz," jawab wanita ini tak semalu yang pertama tadi.
  "Haa bagus, bagus. Panggil yang baik-baik, yang manja-manja supaya suami kita lebih sayang pada kita. Okey yang di belakang tu," tunjuk pula pada aku. Aduh. Kena juga ke. Aku nak panggil dia apa? Abang? Sayang? Nak muntah pula kalau aku panggil dia macam tu.
  "Takpa cik, jangan malu. Fikirkan panggilan yang cik rasa selesa." Lembut je ustaz ni berkata. Tapi aku yang tak berapa nak lembut ni. Tiba-tiba rasa nak lari balik rumah pun ada. Tengok A.D, tersengih-sengih dia. Gelakkan aku. 
  "Saya belum fikirkan lagi ustaz. Lagipun banyak benda yang saya nak panggil dia. Mungkin sementara ni saya berawak je dulu kut." Bagus tak jawapan aku? Jangan ditanya pula apa yang banyak sangat aku nak panggil tu ustaz. Takut bernanah pula telinga ustaz bila dengar nanti. 
  "Panggil awak pun boleh. Takpa mungkin dia malu lagi. Nanti dah kahwin tak malu dah." Tersenyum-senyum pula ustaz ni. Yang lain-lain pun ikut tersenyum. A.D ketawa kecil. Kurang ajar kau A.D. Ketawakan aku eh kau.
  "Okey sebelah lelaki pula. Nak panggil apa pada isteri anda semua nanti. Mulakan dari depan," tunjuk ustaz pada peserta lelaki yang paling hadapan.
  "Saya panggil dia sayang ustaz," jawab lelaki pertama.
  "Yang sebelahnya tu."
  "Saya panggil ayang ustaz," jawab lelaki kedua.
  "Okey yang badan macam Sazali Samad tu," tunjuk ustaz pada A.D.
  "Saya panggil dia baby ustaz," jawab A.D selambe. Apa? Nak panggil aku baby?
  "Wahaha..." Lawak, lawak. Panggil aku baby? Kahkah... Gila apa mangkuk tu nak panggil aku baby. Adui sakit perut aku gelak. Buat malu kat orang je. Kan tak pasal-pasal orang lain semua gelak kat kau. Kahkah... 
  Ermm? Jap... Kenapa macam suara aku seorang je yang ketawa ni? 
  Kiesya membuka matanya yang tertutup tadi kerana mentertawakan A.D. Memandang sekeliling. Kesemua keenam-enam orang termasuklah ustaz Harun memandang pada dirinya. Pandangan kehairanan. Wahhh!!! Aku sorang je ke yang gelak tadi. Malu, malu, malu. Kenapa diorang tak gelak pula. Siot je. Tak lawak ke? A.D senyum-senyum, geleng kepala. Senyum-senyum! Kaulah punya pasal. Buat malu aku je. Huhhh!
  "Tak salah, nak panggil baby pun boleh. Asal panggilan yang baik ya. Bahasa apa itu tak kisah, asalkan pasangan faham," kata ustaz menambahkan lagi malu aku yang tak boleh dah nak cover lagi ni. Berpakat nak kenakan aku ke apa diorang ni. Ishhh...
  "Okey cukup buat sementara ni. Dah 12.45. Anda semua boleh berehat sekejap. Kita ada sediakan makanan di kantin sana. Jangan lupa bawa kupon makan anda semua ya. Lepas tu boleh terus solat zohor. Nanti pukul 2 kita sambung semula." 
  Fuh nasib dah habis. Aku biarkan yang lain keluar dulu. Malas nak tengok muka diorang. Mesti pandang muka aku, senyum-senyum. Cis. 
  "Dah jom baby, kita makan. Dah takda orang dah. Hahaha." A.D kurang ajar. Rupanya dia pun tunggu orang lain keluar dulu. Nak bahan aku.
  "Awak jangan nak mengada-ngada eh panggil saya baby. Nak termuntah tahu." Jegil aku pada dia. Terus bangun berjalan keluar. Tapi mangkuk ni saja je. Ikut aku dari belakang.
  "Sya, Sya... Memalukan betullah awak ni. Haha... Orang lain semua pandang awak tau tadi. Adui. Lawak pula awak ni. Hahaha..." A.D ketawakan aku lagi. Geram je aku dengan dia ni. Kaki mengusik juga. 
  Aku berhenti. Pusing belakang. Pandang dia. Sebab tak habis ketawakan aku dari tadi.
  "Awak ingat eh. Awak panggil saya baby nanti, saya muntah kat muka awak. Huhh!" Aku berdengus marah. Peluk tubuh.
  "Adui haha Sya... Awak ingat saya nak panggil awak baby ke? Hahaha..." 
  "Habis tadi tu ustaz tanya. Awak kata nak panggil saya baby! Tak nak mengaku pula dia. Habis yang jawab tadi siapa? Hantu raya?" 
  "Saya jawab je. Tak semestinya saya akan panggil awak baby nanti. Gila ke saya nak panggil awak yang macam nenek kebayan ni baby? Haha... Lagipun bukan ustaz tu tahu pun nanti kita dah kahwin saya panggil awak apa. Adui, Sya... Sya... Hihi." A.D tak habis lagi dengan ketawanya.
  Nenek kebayan? Muka aku ni dia kata nenek kebayan? Kurang ajar betul. Nah ambil ni. Sepatu nenek kebayan melayang membaham kaki orang. Nak sangatkan nenek kebayan. Kiesya melepaskan satu sepakan tepat mengenai pada keting A.D, dan terus berjalan ke hadapan. 
  "Wahhh! Sakitlah! Tak guna punya baby!" A.D menjerit kesakitan. Tapi panggil aku baby juga tu. Geram, geram, geram. Takpa sabar, sabar Sya. Malu orang lain nampak nanti. Bertenang. Tarik nafas, hembus. Nasib hati aku ni baik. Kalau tak dah aku patah balik, sepak sebelah lagi keting kau tu. Biar tak boleh berjalan terus. Huhhh!
  Episod memalukan itu dan sepakkan maut aku kat keting A.D, rupanya tidak membuatkan dia insaf untuk mengusik aku. Kerana sejak itu dia akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mentertawakan aku. Nasiblah aku belum tinggal serumah dengan dia. Kalau tak... Apalah nasib aku bila tinggal dengan dia nanti. Rupanya memang kuat mengusik badak tu.
  Tapi syukur, akhirnya segala-galanya telah selesai. Tinggal nak buat persiapan terakhir je lagi. Alaaa betul ke ni. Macam tak percaya je dah nak jadi isteri orang. Jadi isteri A.D pula tu. Rasa berdebar pula. Rasa nak tarik diri pun ada tiba-tiba. Huhu

2 comments:

  1. Br baca proloq dah rasa best! Sy mmg suka sngt cite yg mcm ni! Hopefully jalan citenya mmg best ok! Minta izin untuk bc ya!

    ReplyDelete
  2. Besh! Kahwin terpaksa ke? Tk sbr nk bc lagi.

    ReplyDelete